Return to Video

Pakar (Sketsa Komedi Pendek)

  • 0:00 - 0:03
    Syarikat kami mempunyai inisiatif baru
  • 0:03 - 0:07
    untuk meningkatkan penembusan pasaran, memaksimumkan kesetiaan jenama,
  • 0:07 - 0:08
    dan memperbaik asset tak ketara
  • 0:08 - 0:11
    Untuk mencapai objektif ini, kami dah mulakan projek baru
  • 0:11 - 0:14
    yang memerlukan 7 garisan merah
  • 0:14 - 0:17
    Dalam fahaman saya, syarikat anda boleh membantu dalam perkara ini
  • 0:17 - 0:21
    Lelaki: Sudah tentu! Walter di sini akan menjadi Pengurus Projek
  • 0:21 - 0:24
    Walter, kita mampu lakukan ini, betul?
    Walter: Ya, sudah tentu!
  • 0:24 - 0:27
    Walter: Anderson adalah pakar dalam semua perkara mengenai lukisan garis merah
  • 0:27 - 0:30
    Dia bersama kita hari ini untuk memberi nasihat professional
  • 0:30 - 0:32
    (Wanita) Selamat berkenalan. Jadi, semua dah kenal saya.
  • 0:32 - 0:36
    -Ini Justine, pakar reka bentuk di syarikat kami
    -Justine: Hai.
  • 0:36 - 0:41
    Wanita: Kami perlukan anda untuk melukis tujuh garis merah yang semuanya saling berserenjang
  • 0:41 - 0:45
    Beberapa dengan dakwat hijau dan beberapa dengan dakwat lut sinar. Boleh?
  • 0:46 - 0:49
    -Anderson: (berjeda) Tak, saya tak rasa...
    -Walter: Jangan beri jawapan terburu-buru, Anderson.
  • 0:49 - 0:52
    Walter: Tugasan ini dah ditetapkan dan perlu dijalankan.
  • 0:52 - 0:54
    Lagipun, kamu adalah pakar.
  • 0:54 - 0:57
    Anderson: Istilah "garis merah" bermaksud warna garisan tersebut adalah merah.
  • 0:57 - 0:59
    Untuk melukis garis merah dengan dakwat hijau adalah,
  • 1:00 - 1:03
    kalau tak mustahil pun ianya dekat untuk jadi mustahil.
  • 1:03 - 1:05
    Walter: Apa maksud kamu? "Mustahil"
  • 1:05 - 1:06
    -Wanita ketawa
    -Anderson: Maksud saya mungkin
  • 1:06 - 1:11
    ada orang yang buta warna dan ianya tak banyak memberi beza
  • 1:11 - 1:13
    Tapi saya pasti bahawa penonton sasaran
  • 1:13 - 1:16
    untuk projek kamu tak terdiri daripada orang seperti itu semata-mata.
  • 1:16 - 1:19
    Wanita: Jadi, secara prinsip, ianya boleh dilakukan.
  • 1:20 - 1:24
    Anderson: Saya akan ringkaskan. Garisan boleh dilukis dengan apa-apa dakwat sekalipun
  • 1:24 - 1:27
    Tapi, kalau kamu mahukan garis merah, kamu perlukan dakwat merah.
  • 1:28 - 1:30
    Lelaki: Apa kata kita lukis dengan dakwat biru?
    Walter: Hmm. Hmm.
  • 1:31 - 1:34
    Anderson: Ianya takkan menjadi. Kalau awak guna dakwat biru, awak akan dapat garis biru.
  • 1:37 - 1:40
    Apa maksud awak sebenarnya bila awak cakap tentang dakwat lut sinar?
  • 1:40 - 1:43
    Woman: Macam mana boleh saya terangkan? Saya pasti awak tahu
  • 1:43 - 1:44
    apa maksud lut sinar.
  • 1:45 - 1:49
    -Anderson: Ya, saya tahu.
    -Wanita: Dan apa maksud garis merah. Saya harap saya tak perlu terangkan kepada awak.
  • 1:50 - 1:51
    (ketawa)
    -Anderson: Sudah tentu tidak.
  • 1:51 - 1:55
    Wanita: Kamu perlu lukis satu garis merah... dengan dakwat lut sinar.
  • 1:56 - 1:59
    Anderson: Boleh kamu jelaskan, bagaimana rupa hasil akhirnya nanti?
  • 1:59 - 2:02
    Walter: Alah, Anderson, kamu fikir kita di mana? Tadika?
  • 2:02 - 2:03
    (semua bercakap sekali)
  • 2:03 - 2:05
    Lelaki: Jangan bazirkan masa kita dengan pergaduhan tak produktif.
  • 2:05 - 2:08
    Tugasan dah ditetapkan, tugasan adalah ringkas dan jelas.
  • 2:08 - 2:11
    Sekarang kalau kamu ada soalan tertentu, teruskan.
  • 2:12 - 2:13
    Walter: Kamu lah yang pakar di sini.
  • 2:14 - 2:17
    Anderson: Baiklah, kita tinggalkan warna itu buat masa sekarang
  • 2:17 - 2:20
    Kamu ada sesuatu juga tentang keserenjangan.
  • 2:20 - 2:23
    Wanita: Tujuh garisan. Semuanya serenjang.
  • 2:23 - 2:24
    Anderson: Kepada apa?
  • 2:25 - 2:27
    Wanita: Uh...
  • 2:27 - 2:27
    kepada...
  • 2:27 - 2:30
    kepada semuanya... antaranya
  • 2:30 - 2:33
    Saya anggap kamu tahu apa itu garis serenjang.
  • 2:33 - 2:35
    Walter: Sudah tentu dia tahu! Dia seorang pakar.
  • 2:35 - 2:37
    Anderson: Dua garis boleh serenjang.
  • 2:37 - 2:40
    Kesemua tujuh garis tidak boleh serenjang antara satu sama lain pada masa yang sama
  • 2:42 - 2:44
    Saya akan, saya akan tunjukkan kepada kamu!
  • 2:46 - 2:48
    Ini satu garis. Betul?
  • 2:49 - 2:50
    Women: Ya.
  • 2:51 - 2:54
    Anderson: Dan satu lagi. Adakah ia serenjang terhadap garis pertama?
  • 2:56 - 2:57
    Women: Hmmm..
  • 2:58 - 3:00
    Anderson: Ya! Ianya serenjang.
  • 3:00 - 3:02
    Wanita: Tepat sekali!
    Anderson: Sebentar, sebentar, saya belum habis.
  • 3:02 - 3:05
    Dan garis ketiga. Adakah ia serenjang kepada garis pertama?
  • 3:06 - 3:10
    Ya. Tapi ia tidak melintasi garis kedua.
  • 3:10 - 3:11
    Kedua-duanya selari.
  • 3:12 - 3:14
    Bukan serenjang.
  • 3:17 - 3:21
    Wanita: Oh, rasaya begitu.
    Anderson: Itu lah dia. Dua garis boleh jadi serenjang.
  • 3:21 - 3:22
    Woman: Boleh saya ambil pen?
  • 3:43 - 3:44
    Bagaimana dengan ini?
  • 3:48 - 3:53
    Anderson: Ini sebuah segitiga. Sudah tentu bukan garis serenjang.
  • 3:53 - 3:56
    Dan hanya tiga garis, bukan tujuh.
  • 3:58 - 4:00
    Man: Kenapa warnanya biru?
    Walter: Betul, saya mahu tanya soalan itu tadi.
  • 4:02 - 4:04
    Anderson: Saya ada pen biru dengan saya. Ini hanya satu demonstrasi.
  • 4:04 - 4:08
    Man: Itulah masalahnya, garis kamu warna biru. Lukiskan dengan dakwat merah.
  • 4:08 - 4:09
    Anderson: Itu tidak akan selesaikan masalah.
  • 4:09 - 4:11
    Walter: Bagaimana kamu tahu sebelum kamu cuba?
  • 4:11 - 4:13
    Mari kita lukiskan dengan dakwat merah dan lihat, hmm?
  • 4:13 - 4:15
    Anderson: Saya tak ada pen merah dengan saya.
  • 4:15 - 4:19
    Tapi, um, saya yakin bahawa dengan dakwat merah, hasilnya akan sama.
  • 4:19 - 4:22
    Walter: Bukan tadi kamu beritahu kami bahawa kamu hanya boleh lukis garis merah dengan dakwat merah?
  • 4:22 - 4:24
    Ya, saya dah tulis di sini.
  • 4:25 - 4:29
    Dan sekarang saya mahu lukisnya dengan dakwat biru. Dan kamu mahu kami panggilnya garis merah?
  • 4:29 - 4:33
    Justine: Saya rasa saya faham. Kamu tak cakap tentang warna sekarang kan?
  • 4:33 - 4:38
    Kamu sedang cakap tentang, um, apa kamu panggil, uh, keser-keseren-
  • 4:38 - 4:39
    Anderson: Keserenjangan! Ya!
  • 4:39 - 4:42
    Lelaki: Sudah lah. Sekarang kamu mengelirukan semua orang.
  • 4:42 - 4:45
    Jadi apa sebenarnya yang menghalang kita dari buat perkara ini?
  • 4:45 - 4:46
    Anderson: Geometri.
  • 4:46 - 4:47
    Wanita: Abaikan sahaja.
  • 4:47 - 4:50
    Lelaki: Kita ada tugasan. Tujuh garis merah.
  • 4:51 - 4:53
    Bukannya dua puluh. Tujuh sahaja.
  • 4:53 - 4:56
    Anderson, saya tahu kamu seorang pakar dalam bidang yang khusus.
  • 4:56 - 4:58
    Kamu tak nampak gambaran keseluruhan
  • 4:58 - 5:01
    Tapi sudah tentu ianya bukan tugasan yang susah untuk lukis tujuh garisan
  • 5:01 - 5:05
    Walter: Betul. Cadangkan satu penyelesaian. Sesiapa pun boleh kritik.
  • 5:06 - 5:09
    Maaf. Tapi, kamu seorang pakar. Kamu sepatutnya lebih tahu
  • 5:10 - 5:15
    Anderson: Okay. Biar saya lukis dua garis merah yang benar-benar serenjang
  • 5:15 - 5:18
    Dan saya akan lukis yang lain dengan dakwat lut sinar
  • 5:19 - 5:22
    Ianya lut sinar, tapi saya akan lukiskannya.
  • 5:22 - 5:24
    Wanita: Bolehkan kita terima?
  • 5:24 - 5:26
    (Justine menggangguk)
    Wanita: Ya, kita boleh terima.
  • 5:26 - 5:29
    Justine: Ya, tapi sekurang-kurangnya dengan beberapa dakwat hijau.
  • 5:29 - 5:31
    Oh, dan saya ada satu soalan, kalau boleh.
  • 5:31 - 5:34
    Boleh tak kamu lukis satu daripada garis-garis tersebut dalam bentuk anak kucing?
  • 5:35 - 5:36
    Anderson: Uh, apa?
    Justine: Dalam bentuk anak kucing?
  • 5:37 - 5:40
    Kajian pasaran memberitahu bahawa pengguna kami gemar akan binatang comel
  • 5:40 - 5:42
    Justine: Ianya lebih bagus kalau kita boleh...
    Anderson: Tidak...
  • 5:42 - 5:43
    Justine: Kenapa?
  • 5:43 - 5:47
    Anderson: Saya boleh lukiskan kamu seekor kucing. Saya bukan seorang pelukis tapi saya boleh cuba
  • 5:47 - 5:49
    Tapi ianya bukan satu garis lagi, ia akan jadi seekor kucing
  • 5:49 - 5:51
    Satu garis dan seekor kucing, ini adalah dua benda yang berbeza.
  • 5:51 - 5:57
    Wanita: Anak kucing. Bukan seekor kucing. Ianya kecil. Comel. Sedap dipeluk.
  • 5:57 - 5:59
    Wanita: Kucing walau bagaimanapun adalah...
    Anderson: Itu tak ada bezanya.
  • 5:59 - 6:04
    Walter: Anderson, dengar dia dulu. Dia belum habis cakap lagi kamu dah cakap tak.
  • 6:04 - 6:09
    Anderson: Saya ada idea. Tapi mustahil untuk lukis satu gari salam bentuk kucing - anak kucing.
  • 6:10 - 6:12
    Justine: Bagaimana kalau burung?
  • 6:15 - 6:17
    Lelaki: Jadi, di mana kita berhenti? Apa yang kita sedang buat?
  • 6:17 - 6:21
    Walter: Tujuh garis merah, dua dengan dakwat merah, dua dengan dakwat hijau
  • 6:21 - 6:23
    dan yang lain dengan dakwat lut sinar. Adakah semuanya betul?
  • 6:23 - 6:26
    Wanita: Ya.
    Lelaki: Bagus. Jadi, maksudnya semua dah selesai kan?
  • 6:26 - 6:29
    Justine: Oh, saya hampir lupa. Kami juga ada belon merah.
  • 6:29 - 6:31
    Adakah kamu boleh mengembangkannya?
  • 6:35 - 6:37
    Anderson: Apa saya perlu buat dengan belon?
  • 6:37 - 6:38
    Justine: Ianya merah.
  • 6:38 - 6:42
    Lelaki: Anderson, kamu boleh buat atau tidak? Soalannya mudah
  • 6:42 - 6:44
    Anderson: Yang itu, boleh, sudah tentu, tapi -
  • 6:44 - 6:48
    Lelaki: Bagus. Aturkan perjalanan bisnes. Kita akan tanggung kosnya
  • 6:48 - 6:52
    pergi ke lokasi mereka, kembungkan belonnya.
  • 6:53 - 6:55
    Baik, ini sangat produktif. Terima kasih semua.
  • 6:56 - 7:00
    (perbualan kabur)
    (pintu ditutup)
  • 7:06 - 7:10
    (pintu ditutup)
    Justine: Boleh saya tanya kamu satu soalan?
  • 7:11 - 7:14
    Bila kamu kembungkan belon itu, boleh tak kamu buat dalam bentuk anak kucing?
  • 7:16 - 7:19
    Anderson: Sudah tentu boleh. Saya boleh buat apa sahaja.
  • 7:19 - 7:22
    Saya boleh lakukan apa-apa sahaja.
  • 7:23 - 7:25
    Saya kan seorang pakar.
Title:
Pakar (Sketsa Komedi Pendek)
Description:

Perjumpaan bisnes lawak yang menggambarkan betapa sukarnya jurutera untuk menyesuaikan diri dengan dunia korporat!

Dibintangi: Orion Lee, James Marlowe, Abdiel LeRoy, Ewa Wojcik, Tatjana Sendzimir

Ditulis & Diarahkan oleh Lauris Beinerts
Berdasarkan cerpen "The Meeting" oleh Alexey Berezin
Dihasilkan oleh Connor Snedecor & Lauris Beinerts
Pengarah Fotografi: Matthew Riley
Perekod Bunyi: Simon Oldham
Pereka Produksi: Karina Beinerte
Penolong Pengarah 1: James Hanline
Artis Solekan: Emily Russell
Editor: Connor Snedecor
Pereka Bunyi: James Bryant
Pewarna: Janis Stals
Animator: Benjamin Charles

Cerpen asal

Cerpen asal "The Meeting" (dalan Bahasa Rusia): http://alex-aka-jj.livejournal.com/66984.html

more » « less
Video Language:
English
Team:
Film & TV
Duration:
07:35

Malay subtitles

Revisions Compare revisions