Syarikat kami mempunyai inisiatif baru untuk meningkatkan penembusan pasaran, memaksimumkan kesetiaan jenama, dan memperbaik asset tak ketara Untuk mencapai objektif ini, kami dah mulakan projek baru yang memerlukan 7 garisan merah Dalam fahaman saya, syarikat anda boleh membantu dalam perkara ini Lelaki: Sudah tentu! Walter di sini akan menjadi Pengurus Projek Walter, kita mampu lakukan ini, betul? Walter: Ya, sudah tentu! Walter: Anderson adalah pakar dalam semua perkara mengenai lukisan garis merah Dia bersama kita hari ini untuk memberi nasihat professional (Wanita) Selamat berkenalan. Jadi, semua dah kenal saya. -Ini Justine, pakar reka bentuk di syarikat kami -Justine: Hai. Wanita: Kami perlukan anda untuk melukis tujuh garis merah yang semuanya saling berserenjang Beberapa dengan dakwat hijau dan beberapa dengan dakwat lut sinar. Boleh? -Anderson: (berjeda) Tak, saya tak rasa... -Walter: Jangan beri jawapan terburu-buru, Anderson. Walter: Tugasan ini dah ditetapkan dan perlu dijalankan. Lagipun, kamu adalah pakar. Anderson: Istilah "garis merah" bermaksud warna garisan tersebut adalah merah. Untuk melukis garis merah dengan dakwat hijau adalah, kalau tak mustahil pun ianya dekat untuk jadi mustahil. Walter: Apa maksud kamu? "Mustahil" -Wanita ketawa -Anderson: Maksud saya mungkin ada orang yang buta warna dan ianya tak banyak memberi beza Tapi saya pasti bahawa penonton sasaran untuk projek kamu tak terdiri daripada orang seperti itu semata-mata. Wanita: Jadi, secara prinsip, ianya boleh dilakukan. Anderson: Saya akan ringkaskan. Garisan boleh dilukis dengan apa-apa dakwat sekalipun Tapi, kalau kamu mahukan garis merah, kamu perlukan dakwat merah. Lelaki: Apa kata kita lukis dengan dakwat biru? Walter: Hmm. Hmm. Anderson: Ianya takkan menjadi. Kalau awak guna dakwat biru, awak akan dapat garis biru. Apa maksud awak sebenarnya bila awak cakap tentang dakwat lut sinar? Woman: Macam mana boleh saya terangkan? Saya pasti awak tahu apa maksud lut sinar. -Anderson: Ya, saya tahu. -Wanita: Dan apa maksud garis merah. Saya harap saya tak perlu terangkan kepada awak. (ketawa) -Anderson: Sudah tentu tidak. Wanita: Kamu perlu lukis satu garis merah... dengan dakwat lut sinar. Anderson: Boleh kamu jelaskan, bagaimana rupa hasil akhirnya nanti? Walter: Alah, Anderson, kamu fikir kita di mana? Tadika? (semua bercakap sekali) Lelaki: Jangan bazirkan masa kita dengan pergaduhan tak produktif. Tugasan dah ditetapkan, tugasan adalah ringkas dan jelas. Sekarang kalau kamu ada soalan tertentu, teruskan. Walter: Kamu lah yang pakar di sini. Anderson: Baiklah, kita tinggalkan warna itu buat masa sekarang Kamu ada sesuatu juga tentang keserenjangan. Wanita: Tujuh garisan. Semuanya serenjang. Anderson: Kepada apa? Wanita: Uh... kepada... kepada semuanya... antaranya Saya anggap kamu tahu apa itu garis serenjang. Walter: Sudah tentu dia tahu! Dia seorang pakar. Anderson: Dua garis boleh serenjang. Kesemua tujuh garis tidak boleh serenjang antara satu sama lain pada masa yang sama Saya akan, saya akan tunjukkan kepada kamu! Ini satu garis. Betul? Women: Ya. Anderson: Dan satu lagi. Adakah ia serenjang terhadap garis pertama? Women: Hmmm.. Anderson: Ya! Ianya serenjang. Wanita: Tepat sekali! Anderson: Sebentar, sebentar, saya belum habis. Dan garis ketiga. Adakah ia serenjang kepada garis pertama? Ya. Tapi ia tidak melintasi garis kedua. Kedua-duanya selari. Bukan serenjang. Wanita: Oh, rasaya begitu. Anderson: Itu lah dia. Dua garis boleh jadi serenjang. Woman: Boleh saya ambil pen? Bagaimana dengan ini? Anderson: Ini sebuah segitiga. Sudah tentu bukan garis serenjang. Dan hanya tiga garis, bukan tujuh. Man: Kenapa warnanya biru? Walter: Betul, saya mahu tanya soalan itu tadi. Anderson: Saya ada pen biru dengan saya. Ini hanya satu demonstrasi. Man: Itulah masalahnya, garis kamu warna biru. Lukiskan dengan dakwat merah. Anderson: Itu tidak akan selesaikan masalah. Walter: Bagaimana kamu tahu sebelum kamu cuba? Mari kita lukiskan dengan dakwat merah dan lihat, hmm? Anderson: Saya tak ada pen merah dengan saya. Tapi, um, saya yakin bahawa dengan dakwat merah, hasilnya akan sama. Walter: Bukan tadi kamu beritahu kami bahawa kamu hanya boleh lukis garis merah dengan dakwat merah? Ya, saya dah tulis di sini. Dan sekarang saya mahu lukisnya dengan dakwat biru. Dan kamu mahu kami panggilnya garis merah? Justine: Saya rasa saya faham. Kamu tak cakap tentang warna sekarang kan? Kamu sedang cakap tentang, um, apa kamu panggil, uh, keser-keseren- Anderson: Keserenjangan! Ya! Lelaki: Sudah lah. Sekarang kamu mengelirukan semua orang. Jadi apa sebenarnya yang menghalang kita dari buat perkara ini? Anderson: Geometri. Wanita: Abaikan sahaja. Lelaki: Kita ada tugasan. Tujuh garis merah. Bukannya dua puluh. Tujuh sahaja. Anderson, saya tahu kamu seorang pakar dalam bidang yang khusus. Kamu tak nampak gambaran keseluruhan Tapi sudah tentu ianya bukan tugasan yang susah untuk lukis tujuh garisan Walter: Betul. Cadangkan satu penyelesaian. Sesiapa pun boleh kritik. Maaf. Tapi, kamu seorang pakar. Kamu sepatutnya lebih tahu Anderson: Okay. Biar saya lukis dua garis merah yang benar-benar serenjang Dan saya akan lukis yang lain dengan dakwat lut sinar Ianya lut sinar, tapi saya akan lukiskannya. Wanita: Bolehkan kita terima? (Justine menggangguk) Wanita: Ya, kita boleh terima. Justine: Ya, tapi sekurang-kurangnya dengan beberapa dakwat hijau. Oh, dan saya ada satu soalan, kalau boleh. Boleh tak kamu lukis satu daripada garis-garis tersebut dalam bentuk anak kucing? Anderson: Uh, apa? Justine: Dalam bentuk anak kucing? Kajian pasaran memberitahu bahawa pengguna kami gemar akan binatang comel Justine: Ianya lebih bagus kalau kita boleh... Anderson: Tidak... Justine: Kenapa? Anderson: Saya boleh lukiskan kamu seekor kucing. Saya bukan seorang pelukis tapi saya boleh cuba Tapi ianya bukan satu garis lagi, ia akan jadi seekor kucing Satu garis dan seekor kucing, ini adalah dua benda yang berbeza. Wanita: Anak kucing. Bukan seekor kucing. Ianya kecil. Comel. Sedap dipeluk. Wanita: Kucing walau bagaimanapun adalah... Anderson: Itu tak ada bezanya. Walter: Anderson, dengar dia dulu. Dia belum habis cakap lagi kamu dah cakap tak. Anderson: Saya ada idea. Tapi mustahil untuk lukis satu gari salam bentuk kucing - anak kucing. Justine: Bagaimana kalau burung? Lelaki: Jadi, di mana kita berhenti? Apa yang kita sedang buat? Walter: Tujuh garis merah, dua dengan dakwat merah, dua dengan dakwat hijau dan yang lain dengan dakwat lut sinar. Adakah semuanya betul? Wanita: Ya. Lelaki: Bagus. Jadi, maksudnya semua dah selesai kan? Justine: Oh, saya hampir lupa. Kami juga ada belon merah. Adakah kamu boleh mengembangkannya? Anderson: Apa saya perlu buat dengan belon? Justine: Ianya merah. Lelaki: Anderson, kamu boleh buat atau tidak? Soalannya mudah Anderson: Yang itu, boleh, sudah tentu, tapi - Lelaki: Bagus. Aturkan perjalanan bisnes. Kita akan tanggung kosnya pergi ke lokasi mereka, kembungkan belonnya. Baik, ini sangat produktif. Terima kasih semua. (perbualan kabur) (pintu ditutup) (pintu ditutup) Justine: Boleh saya tanya kamu satu soalan? Bila kamu kembungkan belon itu, boleh tak kamu buat dalam bentuk anak kucing? Anderson: Sudah tentu boleh. Saya boleh buat apa sahaja. Saya boleh lakukan apa-apa sahaja. Saya kan seorang pakar.