-
Apa yang saya nak buat dalam video ini ialah menyusun pecahan dari terkecil ke terbesar
-
dan cara yang paling senang dan pasti dapat jawapan
-
ialah cari penyebut yang sama, kalau tak,
-
pecahan ini susah untuk dibandingkan: 4/9 dengan 3/4 dengan 4/5 dan lain-lain.
-
Anda boleh agak sahaja tetapi anda boleh terus bandingkan mereka jika
-
mereka ada penyebut yang sama. Tip yang boleh diguna ialah cari penyebut yang sama dahulu.
-
Ada banyak cara untuk lakukannya, anda boleh pilih mana-mana nombor ini,
-
dan cari gandaannya hingga anda dapat gandaan yang boleh dibahagi dengan penyebut yang lain.
-
Cara lain ialah cari pemfaktoran perdana mereka,
-
dan cari GSTK daripada nombor perdana.
-
Mari lakukan kaedah kedua dan semak ia.
-
9 = 3 x 3, jadi GSTK sekurang-kurangnya ada 3 x 3.
-
Dan 4 sama dengan 2 x 2.
-
Kita ada 2 x 2 dalam pemfaktoran perdana (GSTK).
-
5 ialah nombor perdana, jadi kita masukkan ia.
-
12 = 2 x 6, dan 6 = 2 x 3.
-
Jadi dalam GSTK kita sudah ada dua 2 dan kita ada satu 3.
-
Dengan kata lain, sesuatu yang boleh membahagi 9 dan 4
-
boleh juga membahagi 12.
-
Akhir sekali, ia perlu boleh membahagi faktor perdana 15.
-
15 = 3 x 5.
-
Kita sudah ada 3 dan 5.
-
Jadi inilah GSTK kita.
-
GSTK sama dengan 3 x 3 x 2 x 2 x 5 = 180.
-
GSTK kita ialah 180. Kita perlu tulis semula semua pecahan ini dengan 180 sebagai penyebut.
-
Pertama, 4/9, apa per 180?
-
Untuk dapatkan 180 daripada 9, kita perlu darab dengan 20.
-
Untuk dapatkan penyebut 180, kita darab 20.
-
4 perlu darab dengan 20 untuk kekalkan nilainya.
-
4 x 20 = 80. Jadi 4/9 sama dengan 80/180.
-
Mari lakukan 3/4. Berapa kita perlu darab untuk dapatkan penyebut 180?
-
Anda boleh bahagi 180 dengan 4 untuk tentukannya.
-
4 x 45 = 180. Anda perlu darabkan pengangka dengan 45.
-
3 x 45 = 135. Jadi 3/4 sama dengan 135/180.
-
Teruskan dengan 4/5. Untuk dapatkan 180 daripada 5, darabkan dengan 36.
-
Jadi kita darabkan pengangka dengan 36.
-
Jadi, 144/180.
-
Sekarang kita tinggal lagi dua.
-
Jadi 11/12, 180 bahagi 12 = 15. 11 x 15 = 165. Jadi,11/12 = 165/180.
-
Akhir sekali, kita ada 13/15.
-
Untuk dapatkan 180, 15 x 12.
-
Jadi darabkan pengangka dengan 12.
-
Kita tahu 12 x 12 = 144, jadi tambah lagi 12 = 156.
-
Jadi kita tulis semula pecahan ini dengan penyebut yang sama.
-
Sekarang lebih mudah untuk bandingkan mereka. kita hanya perlu lihat pengangka sahaja.
-
Jadi, pengangka terkecil ialah 80, jadi 4/9 ialah nombor terkecil.
-
Nombor terkecil seterusnya ialah 135, iaitu 3/4.
-
Seterusnya ialah 144, iaitu 4/5.
-
Kemudian ialah 156, iaitu 13/15.
-
Dan terakhir ialah 165, iaitu 11/12.
-
Kita sudah selesai dengan susunan kita.