Return to Video

Menjana Akar Idea - oleh Shimpei Takahashi (TEDxTokyo)

  • 0:03 - 0:04
    Hi
  • 0:04 - 0:07
    Saya adalah seorang pencipta mainan.
  • 0:07 - 0:11
    Impian saya ialah mencipta mainan baru
    yang belum pernah ada,
  • 0:11 - 0:13
    9 tahun yang lalu, saya mula berkerja
    di syarikat mainan.
  • 0:13 - 0:16
    Sejak itu, setiap hari saya harus banyak fikirkan
  • 0:16 - 0:20
    idea baru untuk dikemukakan pada bos.
  • 0:20 - 0:23
    Tetapi bos selalu kata
  • 0:23 - 0:26
    "data macam ini mana boleh jual?"
  • 0:26 - 0:29
    "Fikirkan ciptaan produk
    berdasarkan analisasi pasaran!"
  • 0:29 - 0:30
    Data, data, data
  • 0:30 - 0:35
    Jadi saya mula utamakan analisasi
    pasaran sebelum mencipta.
  • 0:35 - 0:39
    Saat itu, saya langsung tidak boleh
    menghasilkan idea baru.
  • 0:39 - 0:41
    (Ketawa)
  • 0:41 - 0:45
    Yang tercipta semuanya sama,
    sampai saya kering idea.
  • 0:45 - 0:48
    Memikirkannya saja
    menjadikan saya sengsara.
  • 0:48 - 0:52
    Akhirnya, saya jadi kurus begini.
  • 0:52 - 0:53
    (Ketawa)
  • 0:53 - 0:56
    Ya, benar
    (Tepukan)
  • 0:56 - 1:00
    Mungkin anda juga pernah
    merasai yang sama.
  • 1:00 - 1:04
    Bos garang, data menyusahkan,
    sampai jadi malas nak berfikir.
  • 1:04 - 1:08
    Sekarang,
    saya sudah buang data data itu semua.
  • 1:08 - 1:10
    Mencipta mainan adalah impian saya.
  • 1:10 - 1:13
    Jadi sekarang,
    bukan lagi data,
  • 1:13 - 1:17
    saya gunakan game "Shiritori" untuk
    cari idea baru.
  • 1:17 - 1:21
    Hari ini saya memperkenalkan
    cara mencari idea.
  • 1:21 - 1:23
    "Shiritori" adalah
  • 1:23 - 1:25
    misalnya perkataan Epal, Gorilla, Trompet
  • 1:25 - 1:29
    mulakan kata seterusnya dengan
    huruf terakhir kata sebelumnya.
  • 1:29 - 1:31
    Dalam bahasa Jepun
    mahupun bahasa Ingeris.
  • 1:31 - 1:34
    "Shiritori" boleh dimain pelbagai cara.
  • 1:34 - 1:37
    neKO,KOra,RAibu,BUrashi dll
    (Kuching, Coke, Konsert, Berus)
  • 1:37 - 1:40
    Perkatan-perkataan rambang akan terkeluar.
  • 1:40 - 1:42
    Kaitkan perkataan-perkataan ini
    pada apa yang anda
  • 1:42 - 1:45
    mahu fikirkan, ia akan manghasilkan idea.
  • 1:45 - 1:49
    Misalnya saya mahu fikirkan
    sesuatu mainan.
  • 1:49 - 1:51
    Seperti mainan "Kucing".
    Apakah dia?
  • 1:51 - 1:55
    Seperti seekor kucing berjunkir
    dari tempat yang tinggi?
  • 1:55 - 1:57
    bagaimana pula dengan "Coke"?
  • 1:57 - 2:00
    Mainan tembak Coke,
    tembak tembak sampai basah
  • 2:00 - 2:01
    (Ketawa)
  • 2:01 - 2:04
    Idea tidak masuk akal, tidak apa.
    Biar idea datang satu persatu.
  • 2:04 - 2:10
    Lebih banyak idea dihasilkan
    pasti yang bagus akan terhasil.
  • 2:10 - 2:12
    Seperti "Berus".
  • 2:12 - 2:16
    Mainan yang boleh memberus gigi?
  • 2:16 - 2:18
    Seperti berus gigi yang digabungkan
    dengan gitar
  • 2:18 - 2:20
    jeng jeng jeng jeng jeng
  • 2:20 - 2:22
    berus sambil menyanyi.
  • 2:22 - 2:25
    (Ketawa dan tepukan)
  • 2:25 - 2:29
    Budak yang tidak suka berus gigi
    mungkin akan mula suka memberus gigi
  • 2:29 - 2:33
    Bagaimana pula dengan topi?
  • 2:33 - 2:37
    Seperti Russian Roulette
    seorang demi seorang memakai topi.
  • 2:37 - 2:42
    Saat mengenakan topi di kepala,
    tembus keluar ke atas dan
  • 2:42 - 2:44
    "gaaahh" keluar mahluk asing
    yang menyeramkan.
  • 2:44 - 2:47
    Mungkin ada gunanya untuk pesta.
  • 2:47 - 2:49
    Data yang anda renungkan
  • 2:49 - 2:53
    akan pasti menghasilkan idea
    walaupun idea itu sukar terhasil.
  • 2:53 - 2:55
    Sebenarnya, plastik pembungkus ini,
  • 2:55 - 2:58
    picit picit,
    membalut barang yang senang pecah.
  • 2:58 - 3:03
    Cantumkan plastik ini dengan mainan
    dan tercipta balut buih terbaru!
  • 3:03 - 3:06
    Sebuah mainan yang anda boleh
    picit picit sepuas hati.
  • 3:06 - 3:08
    Ia sangat popular sejak mula dijual!
  • 3:08 - 3:11
    Kejayaan yang tiada kaitan
    langsung dengan data!
  • 3:11 - 3:13
    Ini, picit picit sahaja, tetapi
  • 3:13 - 3:16
    ia bagus digunakan untuk membuang masa.
  • 3:16 - 3:20
    Jadi hari ini, sila buang masa
    dan kongsi dengan rakan sebelah.
  • 3:20 - 3:25
    (Tepukan)
  • 3:25 - 3:28
    Biar idea datang walaupun
    idea itu tidak menarik.
  • 3:28 - 3:31
    Fikirkan idea-idea yang tidak
    menarik.
  • 3:31 - 3:35
    Jika anda tahu apa yang diinginkan
    berdasarkan analisis,
  • 3:35 - 3:38
    anda akan jadi terlalu bergantung
    dan tidak dapat menghasilkan yang baru.
  • 3:38 - 3:40
    Sebenarnya tidak juga. Walaupun anda
    tahu apa yang anda inginkan,
  • 3:40 - 3:43
    seperti lontar dat bila menutup mata,
  • 3:43 - 3:45
    Idea boleh difikir sebebas itu.
  • 3:45 - 3:47
    Semestinya ada dat yang akan kena
    berhampiran tengah.
  • 3:47 - 3:49
    Walaupun hanya satu.
  • 3:49 - 3:51
    Itu yang harus dipilih.
  • 3:51 - 3:52
    Dengan itu idea akan jadi
  • 3:52 - 3:56
    satu keperluan dan
    jadi satu idea baru.
  • 3:56 - 3:59
    Itulah cara saya mencari idea baru
  • 3:59 - 4:02
    Bukan hanya "Shiritori", tetapi
    dengan pelbagai cara pun boleh.
  • 4:02 - 4:03
    Kumpulkan sahaja sebarang kata.
  • 4:03 - 4:07
    Seperti kumpulkan kata
    dengan membelek-belek kamus.
  • 4:07 - 4:10
    Atau bila anda ke kedai dan cari
    sebarang 2 perkataan
  • 4:10 - 4:13
    dari nama barangan dan pilih
    dari apa yang terhasil.
  • 4:13 - 4:18
    sambungkan mereka pada apa yang
    anda mahu fikirkan.
  • 4:18 - 4:22
    Tujuannya bukan untuk kumpulkan sendiri
    jenis informasi.
  • 4:22 - 4:24
    tetapi semata-semata untuk
    kumpulkan perkataan rambang.
  • 4:24 - 4:26
    Dengan itu, akan terkumpul
  • 4:26 - 4:31
    pelbagai penyambungan kata dan idea
    pada fikiran
  • 4:31 - 4:34
    dan sambungkan mereka.
    Idea akan terus mula terhasil.
  • 4:34 - 4:38
    Kelebihan cara ini terdapat
    pada kesinambungan gambaran.
  • 4:38 - 4:40
    Kerana frasa terbentuk
    dalam susunan,
  • 4:40 - 4:43
    gambaran kata sebelumnya
    akan masih terbentuk di fikiran.
  • 4:43 - 4:46
    Dari itu gambaran akan automatik terbentuk.
  • 4:46 - 4:49
    Tanpa sedar, 'Raibu' dan ' Burashu' tersambung
    (Jepun-Inggeris: 'Konsert' dan 'Brush')
  • 4:49 - 4:51
    dan 'Roulette' tersambung dengan 'Topi'.
  • 4:51 - 4:54
    Tanpa sedar, idea yang tidak
    mungkin terhasil akan terhasil
  • 4:54 - 4:57
    Memang cara ini bukan khusus
    untuk mainan sahaja.
  • 4:57 - 5:00
    Buku, app, acara atau apa saja
  • 5:00 - 5:02
    akan membantu dalam penghasilan idea
  • 5:02 - 5:05
    Jadi saya harap anda semua cuba cara ini.
  • 5:05 - 5:08
    Masa hadapan akan terlahir dari data.
  • 5:08 - 5:12
    Namun saya berharap, anda semua
    boleh mencipta masa hadapan
  • 5:12 - 5:16
    yang menarik, masa hadapan
    yang anda tidak dapat dibayangkan
  • 5:16 - 5:20
    seperti mainan kanak-kanak
    'Shiritori' ini.
  • 5:20 - 5:21
    Terima kasih.
  • 5:21 - 5:27
    (Tepukan)
Title:
Menjana Akar Idea - oleh Shimpei Takahashi (TEDxTokyo)
Speaker:
oleh Shimpei Takahashi
Description:

Shimpei Takahashi adalah seorang pencipta produk-produk terkemuka di Jepun yang sering menghasilkan idea barangan yang luar biasa. Beliau berharap untuk memperkenalkan beberapa cara mudah yang beliau gunakan untuk menghasilkan idea menarik.

more » « less
Video Language:
Japanese
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
05:40

Malay subtitles

Revisions