Return to Video

Prime Numbers

  • 0:01 - 0:03
    Dalam video ini saya akan menerangkan
  • 0:03 - 0:08
    apa maksud nombor perdana,
  • 0:08 - 0:10
    dan anda dapat lihat video ini
  • 0:10 - 0:13
    menggunakan konsep yang mudah
  • 0:13 - 0:15
    tapi jika anda pergi dengan lebih mendalam,
  • 0:15 - 0:18
    ia adalah konsep yang lebih kompleks
  • 0:18 - 0:21
    melebihi idea asal nombor perdana
  • 0:21 - 0:23
    termasuk idea kriptografi
  • 0:23 - 0:26
    dan mungkin ada enkripsi yang komputer anda
  • 0:26 - 0:28
    gunakan sekarang berdasarkan nombor perdana.
  • 0:28 - 0:30
    Anda tidak perlu risau jika
  • 0:30 - 0:32
    anda tidak tahu apa itu enkripsi,
  • 0:32 - 0:34
    anda hanya perlu tahu nombor perdana
  • 0:34 - 0:37
    agak penting. Saya akan menerangkan maksudnya
  • 0:37 - 0:39
    dan ia agak mengelirukan
  • 0:39 - 0:44
    tapi dengan contoh ia akan mudah difahami.
  • 0:44 - 0:50
    Nombor perdana ialah nombor biasa
  • 0:50 - 0:58
    contohnya 1, 2 atau 3
  • 0:58 - 1:00
    atau integer positif
  • 1:00 - 1:31
    boleh dibahagi dengan 2 nombor: nombor itu sendiri dan 1.
  • 1:31 - 1:40
    Ia boleh dibahagi dengan 2 nombor itu SAHAJA.
  • 1:40 - 1:43
    Saya akan beri contoh supaya anda lebih faham.
  • 1:43 - 1:46
    Mari tentukan sama ada nombor itu perdana atau tidak.
  • 1:46 - 1:49
    Kita mula dengan nombor paling kecil.
  • 1:49 - 1:52
    Nombor 1. "1 boleh dibahagi dengan 1"
  • 1:52 - 1:59
    dan "1 boleh dibahagi dengan diri sendiri", hey! 1 ialah nombor perdana!
  • 1:59 - 2:02
    Tetapi nombor itu MESTI boleh dibahagi
  • 2:02 - 2:08
    dengan 2 nombor. 1 hanya boleh dibahagi dengan satu nombor, iaitu 1.
  • 2:08 - 2:17
    Walaupun 1 seperti betul, tapi ia bukan perdana.
  • 2:17 - 2:21
    Mari beralih ke nombor 2.
  • 2:21 - 2:28
    Jadi 2 boleh dibahagi dengan 1 dan 2, dan bukan nombor lain.
  • 2:28 - 2:31
    Jadi ia menepati syarat.
  • 2:31 - 2:34
    Ia boleh dibahagi oleh 2 nombor sahaja.
  • 2:34 - 2:42
    Nombor itu sendiri dan 1. Jadi 2 ialah perdana.
  • 2:42 - 2:53
    Saya akan bulatkan nombor perdana.
  • 2:53 - 2:55
    Nombor 2 unik kerana ia
  • 2:55 - 2:58
    satu-satunya nombor genap yang perdana.
  • 2:58 - 3:00
    Nombor genap yang lain boleh dibahagi
  • 3:00 - 3:04
    dengan 2, jadi ia bukan perdana.
  • 3:04 - 3:07
    Video lain akan menerangkan dengan lebih lanjut.
  • 3:07 - 3:13
    Beralih kepada 3. 3 boleh dibahagi dengan 1 dan 3
  • 3:13 - 3:16
    dan tidak dengan nombor lain.
  • 3:16 - 3:20
    Ia tidak boleh dibahagi dengan 2. Jadi 3 ialah perdana.
  • 3:20 - 3:25
    Mari cuba 4.
  • 3:25 - 3:30
    4 boleh dibahagi dengan 1 dan 4, tetapi
  • 3:30 - 3:36
    juga dengan 2. Jadi ia boleh dibahagi
  • 3:36 - 3:40
    dengan tiga nombor: 1, 2 dan 4.
  • 3:40 - 3:45
    Jadi ia bukan nombor perdana.
  • 3:45 - 3:48
    Mari cuba 5.
  • 3:48 - 3:51
    5 boleh dibahagi dengan 1,
  • 3:51 - 3:58
    tidak dengan 2, 3 atau 4
  • 3:58 - 4:01
    (anda boleh cuba 5/4 tapi anda akan dapat perpuluhan)
  • 4:01 - 4:05
    Dan sememangnya boleh dibahagi dengan 5.
  • 4:05 - 4:10
    Sekali lagi, 5 boleh dibahagi dengan dua nombor: 1 dan 5.
  • 4:10 - 4:14
    Jadi 5 ialah nombor perdana.
  • 4:14 - 4:17
    Jika anda sudah semakin faham
  • 4:17 - 4:20
    mari saya cuba yang lebih sukar.
  • 4:20 - 4:26
    Mari kita cuba nombor 6.
  • 4:26 - 4:35
    Ia boleh dibahagi dengan 1, 2, 3 dan 6.
  • 4:35 - 4:38
    Jadi ia ada empat "faktor" nombor,
  • 4:38 - 4:40
    kita boleh katakan begitu.
  • 4:40 - 4:43
    Jadi ia tidak boleh dibahagi dengan dua nombor SAHAJA.
  • 4:43 - 4:47
    ia ada empat, jadi ia bukan perdana.
  • 4:47 - 4:50
    Mari beralih ke 7.
  • 4:50 - 4:56
    7 boleh dibahagi dengan 1, bukan 2, 3, 4, 5 atau 6,
  • 4:56 - 5:01
    tapi boleh dibahagi dengan 7
  • 5:01 - 5:04
    jadi 7 ialah perdana. Saya rasa anda semakin faham.
  • 5:04 - 5:07
    Berapa banyak nombor seperti nombor 1, 2, 3, 4, 5,
  • 5:07 - 5:09
    yang anda tahu semasa berumur 2 tahun
  • 5:09 - 5:12
    tak termasuk 0 dan nombor negatif,
  • 5:12 - 5:14
    tak termasuk pecahan dan nombor tak nisbah,
  • 5:14 - 5:16
    dan perpuluhan dan sebagainya,
  • 5:16 - 5:19
    hanya nombor positif yang biasa.
  • 5:19 - 5:21
    Jika anda hanya ada dua daripadanya,
  • 5:21 - 5:24
    jika hanya boleh dibahagi dengan nombor sama dan 1,
  • 5:24 - 5:26
    jadi ia perdana.
  • 5:26 - 5:27
    Cara saya berfikir ialah,
  • 5:27 - 5:30
    jika kita kecualikan 1,
  • 5:30 - 5:32
    nombor perdana adalah seperti blok binaan daripada nombor-nombor.
  • 5:32 - 5:33
    Anda tidak boleh pecahkan mereka lagi.
  • 5:33 - 5:35
    Seperti atom.
  • 5:35 - 5:36
    Kalau anda tahu apa itu atom,
  • 5:36 - 5:38
    atau apa yang orang tahu pasal atom
  • 5:38 - 5:40
    mereka betul-betul tahu yang
  • 5:40 - 5:42
    mereka tidak boleh pecahkan ia lagi.
  • 5:42 - 5:44
    Kita tahu apabila kita pecahkan atom,
  • 5:44 - 5:46
    kita akan hasilkan letupan nuklear.
  • 5:46 - 5:50
    Sama seperti nombor perdana.
  • 5:50 - 5:53
    Anda tidak boleh bahagikan ia
  • 5:53 - 5:57
    kepada nombor yang lebih kecil.
  • 5:57 - 6:01
    Seperti 6, hey, 6 ialah 2 x 3,
  • 6:01 - 6:04
    anda boleh bahagikan ia
  • 6:04 - 6:06
    kepada nombor perdana.
  • 6:06 - 6:09
    Kita boleh bahagikan ia.
  • 6:09 - 6:11
    Anda tidak boleh bahagikan 7 lagi.
  • 6:11 - 6:15
    7 sama dengan 1 x 7.
  • 6:15 - 6:17
    Anda tidak bahagikan ia sebenarnya kerana
  • 6:17 - 6:19
    anda dapat 7 semula.
  • 6:19 - 6:21
    Anda boleh bahagikan 6.
  • 6:21 - 6:24
    Anda boleh bahagikan 4 kerana 4 ialah 2 x 2.
  • 6:24 - 6:26
    Mari kita beralih kepada
  • 6:26 - 6:27
    nombor yang lebih besar, dan tentukan
  • 6:27 - 6:30
    sama ada ia adalah perdana.
  • 6:30 - 6:35
    Mari cuba 16.
  • 6:35 - 6:39
    Sememangnya nombor biasa boleh dibahagi dengan 1 dan ia sendiri.
  • 6:39 - 6:42
    Jadi 16 boleh dibahagi dengan 1 dan 16.
  • 6:42 - 6:44
    Anda bermula dengan dua,
  • 6:44 - 6:46
    jika lebih dari itu,
  • 6:46 - 6:48
    anda tahu ia bukan perdana.
  • 6:48 - 6:51
    Dan 16 ialah 2 darab 8,
  • 6:51 - 6:53
    dan 4 darab 4,
  • 6:53 - 6:55
    jadi ia ada banyak faktor,
  • 6:55 - 6:58
    lebih daripada 1 dan 16.
  • 6:58 - 7:02
    jadi 16 bukan perdana. Bagaimana dengan 17?
  • 7:02 - 7:06
    1 dan 17 sememangnya termasuk,
  • 7:06 - 7:11
    2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, ...
  • 7:11 - 7:15
    semua bukan, selain daripada 1 dan 17,
  • 7:15 - 7:21
    jadi 17 ialah perdana.
  • 7:21 - 7:24
    Saya akan bagi yang susah.
  • 7:24 - 7:27
    Ramai sudah terpedaya.
  • 7:27 - 7:34
    51. Adakah 51 perdana?
  • 7:34 - 7:37
    Jika anda berminat, hentikan video ini
  • 7:37 - 7:40
    dan cuba ia sendiri
  • 7:40 - 7:42
    sama ada 51 ialah perdana.
  • 7:42 - 7:45
    Jika anda boleh cari nombor lain
  • 7:45 - 7:48
    selain 1 atau 51,
  • 7:48 - 7:50
    wow ini adalah nombor yang ganjil.
  • 7:50 - 7:52
    Anda mungkin fikir ia adalah perdana,
  • 7:52 - 7:54
    tapi mari saya jawab soalan ini.
  • 7:54 - 8:00
    Ia bukan perdana kerana boleh dibahagi dengan 3 dan 17,
  • 8:00 - 8:03
    3 x 17 = 51.
  • 8:03 - 8:05
    Harap anda sudah faham apa yang
  • 8:05 - 8:06
    dikatakan sebagai nombor perdana.
  • 8:06 - 8:09
    Mungkin kami akan sediakan video atau latihan
  • 8:09 -
    untuk anda berlatih selepas ini.
Title:
Prime Numbers
Description:

more » « less
Video Language:
English
Duration:
08:13
Amara Bot edited Malay subtitles for Prime Numbers
pijamufid edited Malay subtitles for Prime Numbers
pijamufid edited Malay subtitles for Prime Numbers
pijamufid edited Malay subtitles for Prime Numbers
pijamufid edited Malay subtitles for Prime Numbers
pijamufid added a translation

Malay subtitles

Revisions