-
Adakah anda mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan?
-
Bagaimana dengan mereka yang tidak diiktiraf oleh kerajaan
-
atau terpinggir kerana diskriminasikan.
-
Mari kita lihat beberapa contoh sebenar kekurangan akses yang dihadapi golongan ini.
-
Adakah anda mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan?
-
Titik terakhir baginya.
-
Apabila dia berfikir dia akhirnya mendapat akses perkhidmatan kesihatan
-
Dia terkejut dengan sambutan dan sikap doktor-doktor yang menghadapinya.
-
Doktor pertama yang telah mengesahkan kehamilannya bersikap menghukum terhadapnya.
-
Doktornya membuat dia berasa amat bersalah dan menyinggung emosinya.
-
Doktor kedua, selepas memeriksanya, tiba-tiba merberitahunya bahawa dia terlalu sibuk untuk melakukan operasi itu.
-
Dia tiada pilihan dan terus ke doktor ketiga yang disyorkan.
-
Selepas memeriksanya lagi, doktor ketiga ini bertanya tentang bapa kepada bayinya.
-
Menurutnya, bapa bayi itu mesti memberi persetujuanya.
-
Itu memang titik terakhir baginya.
-
Kes-kes begini memang serupa.
-
Seseorang itu pergi pintu ke pintu untuk menamatkan kehamilanya,
-
kehamilan yang tidak diingini.
-
Kebenaranya adalah bahawa di Malaysia ia tidak menyalahi undang-undang untuk menamatkan kehamilan.
-
Itu adalah fakta.
-
Doktor di Malaysia boleh membuatnya, terutamanya jika kesihatan mental atau fizikal ibu akan terjejas.
-
Sebenarnya ada garis panduan daripada Kementerian Kesihatan yang mengatakan bahawa
-
jika doktor berasa mereka tidak boleh melakukan pengguguran kerana ia menentang nilai-nilai mereka,
-
mereka wajib memaklumkan kepada pesakit doktor lain yang boleh melakukan pengguguran itu.
-
Kita seharusnya memahami bahawa setiap wanita ada hak kepada badannya sendiri
-
dan dia patutnya berhak melakukan apa yang dia mahu dengan bandanya.
-
Dipukul dan dirogol setiap hari
-
Ini kisah seorang wanita orang asal yang tinggal di kawasan pendalaman yang semakin diceroboh oleh pembalak.
-
Satu malam, rumahnya dipecah masuk dan dia diculik oleh seorang pembalak
-
yang membawanya ke kem pembalak dan memukul dan merogolnya setiap hari.
-
Dia dapat melarikan diri seminggu kemudian dan kembali kekampungya sebelum mendapat tahu yang dia hamil.
-
Orang kampung yang lain mendapat tahu tentang kehamilannya tetapi tidak dapat mengesan perogolnya.
-
Dia mahu membuat laporan polis tetapi tidak tahu bagaimana untuk berbuat demikian
-
dan tiada pengangkutan untuk ke balai polis.
-
Saya seorang wanita
-
Jika saya demam dan pergi ke hospital, mereka akan meletakkan saya di wad lelaki.
-
Apa-apa ubat atau resit akan diberi atas nama yang ditampil di IC saya.
-
Farmasi akan memanggil nama itu didepan semua orang dan ia sangat memalukkan bagi saya.
-
Orang semua ketawakan saya dan saya takut mereka akan menyerang atau memukul saya kerana
-
saya seorang Mak Nyah.
-
Ia mustahil untuk saya menukar IC saya untuk mengatakan bahawa saya seorang wanita.
-
Orang transgender tidak diiktiraf atau dilindungi dibawah undang-undang Malaysia.
-
Ini mewujudkan halangan bagi golongan transgender untuk mendapat hak asasi kami
-
termasuk hak untuk perkhidmatan kesihatan.
-
Diskrimasi di hospital dan klinik memaksa kami meminggirkan kesihatan kami.
-
Banyak daripada golongan ini memilih untuk mengubati diri sendiri atau melibatkan doktor palsu.
-
Doktor-doktor sebegini satu-satunya pilihan kami.
-
Terdapat kes-kes yang tidak dilaporkan tentang kematian di tangan doktor-doktor sebegini.
-
Terapi penggantian hormon juga dilakukan sendiri tanpa berunding dengan doktor.
-
Larangan terhadap pembedahan penukaran jantina di Malaysia memaksa kami melakukanya di luar negara
-
tanpa kaunseling dan bimbingan yang mencukupi.
-
Ini telah menyebabkan tekanan mental dan emosi yang kadang-kadang membawa kepada pencubaan bunuh diri.
-
Doktor tidak memeriksa saya
-
Saya demam, dan meminta ubat daripada doktor.
-
Kita pergi ketiga-tiga sekali ke doktor.
-
Doktor itu tidak memeriksa saya dan menuduh kami menipunya.
-
Dia kata saya tidak demam dan menghukum saya.
-
Dia menyuruh saya letakkan jari saya ke lantai dan memusing lima puluh kali.
-
Selepas lima belas kali, saya terjatuh.
-
Di Malaysia, orang asing atau perkerja asing dikenakan bayaran lain daripada penduduk tempatan untuk perkhidmatan kesihatan.
-
Perbezaanya boleh mencapai 50 atau 100 kali ganda pembayaran yang dikenakan warganegara Malaysia.
-
Jadi, pekerja asing selalunya tidak mampu membayar untuk perkhidmatan kesihatan
-
apatah lagi Pelarian yang tidak dibenarkan berkerja di Malaysia.
-
Itu salah satu faktor yang menghalang akses ke perkhidmatan kesihatan bagi orang asing.
-
Diskriminasi juga menjadi satu penghalang akses perkhidmatan kesihatan.
-
Banyak Pelarian mengisahkan bahawa mereka dijeritkan atau dimalukan apabila pergi ke hospital.
-
Jarak atau akses fizikal kepada hospital juga menjadi penghalang.
-
Banyak Pelarian tidak mampu tinggal di bandar jadi perjalanan ke hospital mengambil seluruh hari.
-
Apabila akses ke perkhidmatan kesihatan dihalangkan, selalunya mereka tunggu sehingga kesihatan mereka terlalu teruk.
-
Pada masa itu, ia menjadi lagi mahal, ia memerlukan perhatian yang lebih dan membebankan individu dan perkhidmatan kesihatan.
-
Perkhidmatan kesihatan adalah satu hak asasi manusia.
-
Penjagaan kesihatan dan dasar pembangunan sepatutnya memberikan keutamaan kepada keperluan rakyat
-
dan memastikan semua orang mempunyai akses yang sama.
-
Tiada pengecualian.
-
Anda boleh memastikan akses untuk semua dengan berbicara dan mengongsi video ini.