Return to Video

Tambah/Tolak nombor negatif

  • 0:01 - 0:03
    Selamat datang ke perbincangan
  • 0:03 - 0:05
    tentang menambah dan menolak nombor negatif.
  • 0:05 - 0:06
    Jom kita mula!
  • 0:06 - 0:09
    Mula-mula, apa itu nombor negatif?
  • 0:09 - 0:12
    Ok, jom kita lukis garis nombor dulu.
  • 0:12 - 0:13
    Alamak, tak nampak macam garis pulak,
  • 0:13 - 0:15
    tapi rasanya semua faham kan?
  • 0:15 - 0:19
    Selalunya kita biasa ngan nombor positif, maknanya kalau itu 0
  • 0:19 - 0:25
    yang ni 1, yang ni 2, yang ni 3, yang ni 4
  • 0:25 - 0:26
    dan seterusnya...
  • 0:26 - 0:29
    Jadi kalau saya tanya berapa 2 + 2
  • 0:29 - 0:31
    awak akan mula pada 2, lepas tu awak tambah 2
  • 0:31 - 0:31
    dan awak akan dapat 4.
  • 0:31 - 0:32
    Untuk kebanyakan daripada kita, benda ni datang semulajadi.
  • 0:32 - 0:34
    Tapi kalau awak lukis atas garis nombor,
  • 0:34 - 0:36
    awak jawab 2 + 2 = 4
  • 0:36 - 0:38
    Dan kalau saya tanya berapa 2 - 1
  • 0:38 - 0:40
    atau katakanlah berapa 3 - 2.
  • 0:40 - 0:44
    Kalau awak mula pada 3 dan tolak 2
  • 0:44 - 0:46
    awak akan dapat 1
  • 0:46 - 0:51
    Jadi 2 + 2 = 4, dan 3 - 2 = 1
  • 0:51 - 0:53
    Senang kan?
  • 0:53 - 0:57
    Sekarang, kalau saya tanya apa dia 1 - 3?
  • 0:57 - 0:58
    Hmm.
  • 0:58 - 1:00
    Sama sahaja.
  • 1:00 - 1:04
    Awak mula pada 1 dan kita akan pergi 1 ..
  • 1:04 - 1:07
    Ok, sekarang kita akan pergi kurang dari 0
  • 1:07 - 1:08
    apa jadi bawah 0?
  • 1:08 - 1:08
    Haaa~ Dari situ la mulanya nombor negatif
  • 1:09 - 1:15
    -1, -2, -3, dan seterusnya.
  • 1:15 - 1:21
    Jadi kalau saya mula dengan 1 dekat sini, maknanya untuk 1 - 3
  • 1:21 - 1:26
    saya pergi 1, 2, 3. Saya sampai ke -2
  • 1:26 - 1:31
    Maknanya 1 - 3 = -2
  • 1:31 - 1:33
    Mungkin awak memang buat macam ni
  • 1:33 - 1:35
    dalam pembelajaran hari-hari.
  • 1:35 - 1:37
    Kalau saya bagitahu awak,
  • 1:37 - 1:39
    Wah, sejuknya hari ni, satu darjah je,
  • 1:39 - 1:41
    tapi esok akan jadi 3 darjah lebih sejuk,
  • 1:41 - 1:42
    awak mesti tahu dah,
  • 1:42 - 1:45
    nanti kita akan berada
  • 1:45 - 1:47
    pada suhu negatif dua darjah.
  • 1:47 - 1:48
    Jadi inilah maksud nombor negatif.
  • 1:48 - 1:51
    Ingat, bila satu nombor negatif itu besar,
  • 1:51 - 1:58
    katalah -50, itu sebenarnya lebih sejuk daripada -20, kan?
  • 1:58 - 2:02
    Maknanya nilai -50 sebenarnya lebih kecil daripada -20
  • 2:02 - 2:05
    sebab kedudukannya lebih jauh ke kiri daripada -20
  • 2:05 - 2:07
    Benda ni kita kena ikut gerak hati.
  • 2:07 - 2:09
    Kadang-kadang bila awak mula, awak rasa macam
  • 2:09 - 2:10
    oh, 50 lebih besar daripada 20
  • 2:10 - 2:14
    tapi sebenarnya -50, bukannya 50.
  • 2:14 - 2:15
    Jadi jom kita buat latihan,
  • 2:15 - 2:19
    dan kita akan terus guna garis nombor ok?
  • 2:19 - 2:22
    sebab saya rasa ianya amat berguna.
  • 2:22 - 2:27
    Ok, jom selesaikan 5 - 12
  • 2:27 - 2:30
    Saya rasa awak pun dah tahu
  • 2:30 - 2:34
    apa jawapan untuk soalan ni.
  • 2:34 - 2:45
    Tapi biar saya lukis garis, 5 - 12
  • 2:45 - 2:53
    Saya mula dengan -10, -9, -8, ..
  • 2:53 - 2:59
    Rasanya tak cukup ruang lah pulak.. -7, -6, -5
  • 2:59 - 3:05
    Patutnya saya dah lukis siap-siap dah.. -4, -3, -2, -1
  • 3:05 - 3:13
    0, 1, 2, 3, 4, dan saya letak 5 di sini.
  • 3:13 - 3:14
    Saya panjangkan sikit anak panah ni. Okay.
  • 3:14 - 3:16
    5 - 12
  • 3:16 - 3:18
    Jadi, jika kita mula dengan 5 .. eh, guna warna lainlah ..
  • 3:18 - 3:21
    kita mula pada 5 kat sini dan kita gerak ke kiri 12
  • 3:21 - 3:23
    sebab kita tengah tolak 12
  • 3:23 - 3:34
    Jadi kita pergi 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,10, 11, 12...
  • 3:34 - 3:38
    Negatif 7
  • 3:38 - 3:40
    Hmmm menarik.
  • 3:40 - 3:43
    Sebab kita juga tahu
  • 3:43 - 3:46
    yang 12 - 5 = + 7
  • 3:46 - 3:49
    Jadi, saya nak awak fikir sikit kenapa boleh jadi macam tu.
  • 3:49 - 3:53
    Kenapa beza antara 12 dan 5 adalah 7,
  • 3:53 - 3:59
    dan beza antara 5.....
  • 3:59 - 4:00
    .. rasanya mana-manapun boleh
  • 4:00 - 4:01
    Di sini menunjukkan
  • 4:01 - 4:04
    yang beza antara 5 dan 12 ialah -7,
  • 4:04 - 4:05
    tapi nombor-nombor tu jauh bezanya,
  • 4:05 - 4:07
    sekarang kita guna nombor yang kecil.
  • 4:07 - 4:10
    Ok, saya rasa ayat akhir tadi mengelirukan,
  • 4:10 - 4:12
    tapi jom kita teruskan.
  • 4:12 - 4:18
    Tadi kita kata 5 - 12 = - 7
  • 4:18 - 4:19
    Jom cuba lagi satu.
  • 4:19 - 4:26
    Apa dia - 3 + 5?
  • 4:26 - 4:28
    Kita guna garis nombor yang sama.
  • 4:28 - 4:31
    Jom buat -3 tambah 5
  • 4:31 - 4:34
    Kita akan pergi 5 langkah ke kanan
  • 4:34 - 4:38
    Satu, dua, tiga, empat, lima.
  • 4:38 - 4:43
    Jawapannya dua.
  • 4:43 - 4:44
    Sama dengan dua.
  • 4:44 - 4:49
    Jadi, -3 + 5 = 2
  • 4:49 - 4:54
    Menarik .. Sebab 5 - 3 pun sama dengan 2
  • 4:54 - 4:57
    Nampaknya 5 - 3 pun sama,
  • 4:57 - 5:00
    cuma cara lain untuk kita tulis 5 tambah -3
  • 5:00 - 5:04
    atau -3 tambah 5
  • 5:04 - 5:07
    Secara amnya, cara senang nak buat nombor negatif
  • 5:07 - 5:12
    ialah cara sama dengan tambah dan tolak nombor biasa,
  • 5:12 - 5:15
    tapi sekarang bila kita tolak
  • 5:15 - 5:19
    kita pergi ke kiri, kurang dari kosong.
  • 5:19 - 5:20
    Jom buat lagi satu.
  • 5:20 - 5:22
    Apa jadi bila awak dapat soalan
  • 5:22 - 5:27
    katalah, 2 tolak -3?
  • 5:27 - 5:31
    Kalau awak fikir betul-betul cara yang sepatutnya,
  • 5:31 - 5:32
    saya rasa yang ini ada logiknya tu.
  • 5:32 - 5:34
    Bila dua tanda negatif berjumpa,
  • 5:34 - 5:36
    tanda negatif tu akan terhapus.
  • 5:36 - 5:40
    Dah jadi sama macam 2 tambah +3
  • 5:40 - 5:43
    sama dengan 5.
  • 5:43 - 5:46
    Atau awak boleh kata .... kita buat lagi satulah ..
  • 5:46 - 5:53
    Apa dia -7 tolak -2?
  • 5:53 - 5:58
    Itu kan sama ngan -7 + 2
  • 5:58 - 6:00
    Ingat, kita mula pada -7
  • 6:00 - 6:04
    dan kita gerak 2 langkah ke kanan.
  • 6:04 - 6:06
    Kalau kita gerak 1 ke kanan kita dapat -6
  • 6:06 - 6:11
    Kalau kita gerak 2 ke kanan kita dapat -5
  • 6:11 - 6:14
    Logik kan sebab -7 + 2
  • 6:14 - 6:17
    sama ngan 2 - 7
  • 6:17 - 6:19
    Kalau sekarang suhu dua darjah dan
  • 6:19 - 6:22
    lepas tu jadi tujuh darjah lebih sejuk, dah jadi -5
  • 6:22 - 6:23
    Ok jom buat lagi.
  • 6:23 - 6:25
    Rasanya makin banyak awak buat, awak akan jadi lebih mahir.
  • 6:25 - 6:27
    dan modul ini dah terangkan dengan jelas.
  • 6:27 - 6:29
    Mungkin lebih baik daripada penjelasan saya.
  • 6:29 - 6:31
    Jadi jom selesaikan lebih banyak masalah.
  • 6:31 - 6:36
    Jadi saya kata -7 - 3
  • 6:36 - 6:39
    Sekarang kita akan gerak 3 ke kiri daripada -7
  • 6:39 - 6:41
    Kita akan dapat nilai yang kurang 3 daripada -7
  • 6:41 - 6:45
    jadi dapat -10 kan?
  • 6:45 - 6:49
    Memanglah, sebab jika soalannya 7 + 3
  • 6:49 - 6:51
    kita mula pada 7 di kanan 0
  • 6:51 - 6:53
    dan kita akan gerak lagi 3 ke kanan daripada 0
  • 6:53 - 6:55
    dan kita dapat positif 10
  • 6:55 - 6:57
    Jadi, untuk 7 ke kiri daripada 0 dan pergi lagi 3 ke kiri
  • 6:57 - 6:59
    kita akan sampai ke -10
  • 6:59 - 6:59
    Jom buat lagi.
  • 6:59 - 7:01
    Saya tahu saya mungkin mengelirukan awak,
  • 7:01 - 7:04
    tapi latihan-latihan ini akan tolong kita.
  • 7:04 - 7:09
    Jadi katakanlah 3 tolak -3
  • 7:09 - 7:12
    Haaa~ dua tanda negatif ni akan terhapus,
  • 7:12 - 7:15
    jadi ianya sama dengan 6
  • 7:15 - 7:17
    Apa 3 - 3?
  • 7:17 - 7:19
    3 - 3, senang je.
  • 7:19 - 7:21
    Jawapannya 0
  • 7:21 - 7:24
    Apa -3 tolak 3?
  • 7:24 - 7:26
    Skang kita akan dapat 3 kurang daripada -3
  • 7:26 - 7:29
    jadinya -6
  • 7:29 - 7:34
    Apa -3 tolak -3
  • 7:34 - 7:36
    Menarik.
  • 7:36 - 7:41
    Ingat, dua tanda negatif akan terhapus, jadi kamu dapat -3 tambah 3
  • 7:41 - 7:44
    Mula dengan 3 di kiri 0 dan gerak 3 ke kanan,
  • 7:44 - 7:46
    kita sampai ke 0.
  • 7:46 - 7:48
    Logik, kan?
  • 7:48 - 7:49
    Jom kita buat lagi sekali.
  • 7:49 - 7:53
    -3 tolak -3
  • 7:53 - 7:56
    Apa-apapun kalau ditolak dengan diri sendiri akan jadi 0, kan?
  • 7:56 - 7:58
    Patutpun jawapannya 0
  • 7:58 - 8:01
    Sebab tu lah logik kalau
  • 8:01 - 8:03
    dua tanda negatif sebelah menyebelah tu terhapus,
  • 8:03 - 8:05
    samalah ngan yang ini.
  • 8:05 - 8:07
    Jom buat lagi.
  • 8:07 - 8:12
    Kita buat 12 - 13
  • 8:12 - 8:14
    Senang tuh.`
  • 8:14 - 8:18
    12 - 12 = 0, jadi 12 - 13 = -1
  • 8:18 - 8:21
    sebab kita gerak 1 ke kiri daripada 0
  • 8:21 - 8:25
    Jom cuba 8 - 5
  • 8:25 - 8:27
    Yang ini biasa jer, ini 3
  • 8:27 - 8:30
    Berapa pulak 5 - 8?
  • 8:30 - 8:32
    Kita akan gerak terus ke 0
  • 8:32 - 8:35
    lepas tu 3 lagi ke kiri daripada 0, jadi sampai ke -3
  • 8:35 - 8:38
    Saya boleh lukis garis nombor di sini
  • 8:38 - 8:43
    Kalau ini 0, ini 5
  • 8:43 - 8:47
    dan skang kita gerak 8 langkah ke kiri,
  • 8:47 - 8:48
    kita sampai ke -3
  • 8:48 - 8:49
    Awak boleh buat macam ni untuk semua soalan ni.
  • 8:49 - 8:52
    Itu akan jadi latihan yang bagus.
  • 8:52 - 8:54
    Saya rasa ini adalah pengenalan yang baik untuk awak
  • 8:54 - 8:56
    dan saya sarankan awak buat semua modul,
  • 8:56 - 8:58
    sebab modul tu sebenarnya
  • 8:58 - 8:59
    terutamanya jika awak klik butang 'hints'
  • 8:59 - 9:00
    ianya ada grafik yang sangat cantik
  • 9:00 - 9:02
    jauh lebih cantik daripada
  • 9:02 - 9:04
    apa yang saya lukis dekat sini.
  • 9:04 - 9:05
    Jadi, cuba lah
  • 9:05 - 9:07
    dan saya akan cuba buat lebih modul
  • 9:08 - 9:09
    yang tidak akan mengelirukan awak
  • 9:09 - 9:11
    Awak juga boleh hadiri seminar
  • 9:11 - 9:13
    tentang menambah dan menolak nombor negatif.
  • 9:13 - 9:14
    Saya harap kamu bergembira!
  • 9:14 - 9:15
    Bye.
Title:
Tambah/Tolak nombor negatif
Description:

Tambah dan tolak nombor negatif

more » « less
Video Language:
English
Duration:
09:15
sitinurfairuzzainalabidin edited Malay subtitles for Adding/Subtracting negative numbers
sitinurfairuzzainalabidin edited Malay subtitles for Adding/Subtracting negative numbers
sitinurfairuzzainalabidin edited Malay subtitles for Adding/Subtracting negative numbers
Lailiah Harun added a translation

Malay subtitles

Revisions