Return to Video

Sejarah Cokolat - Deanna Pucciarelli

  • 0:08 - 0:11
    Jika kamu tidak dapat bayangkan
    hidup tanpa cokolat,
  • 0:11 - 0:16
    kamu amat bertuah kerana tidak dilahirkan
    sebelum abad ke-16.
  • 0:16 - 0:19
    Sebelum itu, cokolat hanya wujud
    di Mesoamerika
  • 0:19 - 0:22
    dalam bentuk yang agak berbeza
    dengan apa yang kita ketahui.
  • 0:22 - 0:25
    Sejak 1900 SM,
  • 0:25 - 0:28
    penghuni kawasan tersebut sudah
    pandai menyediakan kacang
  • 0:28 - 0:31
    dari pokok koko tempatan.
  • 0:31 - 0:33
    Rekod terawal memberitahu kita bahawa
    kacang ditumbuk
  • 0:33 - 0:36
    dan dicampur dengan tepung jagung dan cili
  • 0:36 - 0:38
    lalu dijadikan minuman -
  • 0:38 - 0:40
    bukan secawan koko panas
    yang menyenangkan,
  • 0:40 - 0:45
    tetapi minuman memberi tenaga
    yang berbuih dan pahit.
  • 0:45 - 0:48
    Jika kamu fikir kita terlalu mementingkan
    cokolat dewasa ini,
  • 0:48 - 0:51
    orang Mesoamerika lebih ekstrem.
  • 0:51 - 0:54
    Mereka percaya bahawa koko
    ialah makanan dari syurga
  • 0:54 - 0:57
    dan dianugerah kepada manusia
    oleh dewa ular berbulu,
  • 0:57 - 1:00
    orang Maya memanggilnya Kukulkan,
  • 1:00 - 1:03
    orang Aztek pula
    memanggilnya Quetzalcoatl.
  • 1:03 - 1:05
    Orang Aztek menggunakan kacang koko
    sebagai wang
  • 1:05 - 1:08
    dan minum cokolat pada jamuan diraja,
  • 1:08 - 1:11
    koko juga diberi kepada para askar sebagai
    hadiah kemenangan,
  • 1:11 - 1:13
    dan ia juga digunakan dalam upacara.
  • 1:13 - 1:18
    Pertemuan transatlantik cokolat pertama
    berlaku pada 1519
  • 1:18 - 1:22
    apabila Hernán Cortés melawat
    istana Moctezuma
  • 1:22 - 1:23
    di Tenochtitlan.
  • 1:23 - 1:26
    Menurut catatan leftenan Cortés,
  • 1:26 - 1:31
    raja menyediakan 50 jag minuman itu
    dan menghidangkannya ke dalam cawan emas.
  • 1:31 - 1:35
    Apabila para penjajah kembali dengan
    hantaran kacang yang asing itu,
  • 1:35 - 1:38
    kisah para penginjil tentang adat
    orang tempatan yang lucah
  • 1:38 - 1:42
    telah membuatnya dianggap sebagai
    ubat yang menaikkan syahwat.
  • 1:42 - 1:46
    Pada mulanya, rasa pahitnya membuatkannya
    sesuai dijadikan ubat bagi penyakit,
  • 1:46 - 1:48
    seperti sakit perut,
  • 1:48 - 1:51
    namun jika ditambahkan dengan madu,
    gula atau vanila,
  • 1:51 - 1:55
    cokolat dengan pantas menjadi
    hidangan popular di dalam istana Sepanyol.
  • 1:55 - 1:59
    Tidak lama kemudian, semua rumah bangsawan
  • 1:59 - 2:02
    dilengkapi dengan
    perkakas khas untuk cokolat.
  • 2:02 - 2:05
    Minuman popular itu sukar dan
    memakan masa yang lama untuk dibuat
  • 2:05 - 2:07
    dalam skala yang besar.
  • 2:07 - 2:10
    Cokolat juga melibatkan perladangan
    dan pengimportan buruh hamba
  • 2:10 - 2:15
    di Kepulauan Carribean dan pulau-pulau
    di persisiran benua Afrika.
  • 2:15 - 2:18
    Dunia cokolat berubah selama-lamanya
    pada 1828
  • 2:18 - 2:24
    apabila pemerah koko diperkenalkan oleh
    Coenraad van Houten dari Amsterdam.
  • 2:24 - 2:29
    Ciptaan Van Houten membolehkan pemisahan
    lemak semula jadi koko, atau mentega koko.
  • 2:29 - 2:33
    Apa yang tertinggal ialah serbauk yang
    boleh dicampurkan ke dalam larutan minuman
  • 2:33 - 2:35
    atau dicampur kembali dengan mentega koko
  • 2:35 - 2:38
    untuk menghasilkan cokolat pepejal
    yang kita ketahui hari ini.
  • 2:38 - 2:41
    Tidak lama kemudian, seorang
    pembuat cokolat Swiss
  • 2:41 - 2:42
    yang bernama Daniel Peter
  • 2:42 - 2:45
    menambahkan serbuk susu ke dalam campuran,
  • 2:45 - 2:48
    lalu menghasilkan cokolat susu.
  • 2:48 - 2:51
    Pada abad ke-20, cokolat bukan lagi
    makanan mewah golongan elit
  • 2:51 - 2:54
    tetapi menjadi makanan ringan
    orang biasa.
  • 2:54 - 2:58
    Permintaan yang besar menyebabkan
    koko ditaman dengan lebih meluas,
  • 2:58 - 3:01
    namun koko hanya boleh tumbuh
    dekat kawasan khatulistiwa.
  • 3:01 - 3:04
    Hari ini, hamba Afrika tidak lagi
    dihantar ke
  • 3:04 - 3:06
    ladang koko di Amerika Selatan,
  • 3:06 - 3:09
    sebaliknya penghasilan koko telah
    beralih ke Afrika Barat,
  • 3:09 - 3:15
    dengan Cote d'Ivoire menghasilkan
    dua pertiga jumlah koko sedunia pada 2015.
  • 3:15 - 3:17
    Namun seraya pertumbuhan industri ini,
  • 3:17 - 3:20
    penyalahgunaan hak asasi manusia
    yang menggeramkan telah muncul.
  • 3:20 - 3:22
    Banyak ladang di Afrika Barat,
  • 3:22 - 3:24
    yang menjadi pembekal
    syarikat Barat,
  • 3:24 - 3:26
    telah menggunakan hamba
    dan buruh kanak-kanak,
  • 3:27 - 3:32
    angka kanak-kanak yang terlibat
    diaggarkan lebih daripada 2 juta.
  • 3:32 - 3:34
    Gejala ini merupakan maslah yang kompleks
  • 3:34 - 3:39
    yang berlarutan walaupun usaha bersama
    antara syarikat cokolat dan negara Afrika
  • 3:39 - 3:43
    untuk mengurangkan amalan
    buruh kontrak dan kanak-kanak.
  • 3:43 - 3:48
    Hari ini, cokolat telah menjadi sebati
    dengan budaya moden kita.
  • 3:48 - 3:51
    Oleh sebab kaitannya penjajahannya
    dengan budaya tempatan,
  • 3:51 - 3:54
    disertai dengan kuasa pengiklanan,
  • 3:54 - 3:57
    cokolat telah sinonim
    dengan nafsu,
  • 3:57 - 3:58
    keruntuhan akhlak,
  • 3:58 - 4:00
    dan terlarang.
  • 4:00 - 4:03
    Namun pengetahuan lebih tentang sejarahnya
    yang menarik dan biasanya kejam,
  • 4:03 - 4:06
    serta penghasilannya hari ini,
  • 4:06 - 4:09
    membuat kita faham asal-usul
    semua kaitan ini
  • 4:09 - 4:11
    serta fakta yang tersembunyi.
  • 4:11 - 4:14
    Oleh itu, apabila kamu membuka bungkusan
    cokolat kamu nanti,
  • 4:14 - 4:20
    fikir sejenak bahawa bukan semua tentang
    cokolat adalah manis.
Title:
Sejarah Cokolat - Deanna Pucciarelli
Speaker:
Deanna Pucciarelli
Description:

Untuk menonton pelajaran lengkap: http://ed.ted.com/lessons/the-history-of-chocolate-deanna-pucciarelli

Jika kamu tidak dapat bayangkan hidup tanpa cokolat, kamu bertuah kerana tidak dilahirkan sebelum abad ke-16. Sebelum itu, cokolat hanya wujud di Mesoamerika dalam bentuk minuman yang pahit dan berbuih. Jadi bagaimanakah cokolat berubah daripada minuman yang pahit kepada bar cokolat yang kita ada hari ini? Deanna Pucciarelli menjejak semula sejarah cokolat yang menarik dan kejam.

Palajaran disediakan oleh Deanna Pucciarelli, animasi oleh TED-Ed.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TED-Ed
Duration:
04:41
TED Translators admin approved Malay subtitles for The history of chocolate
Nor Aliyyah Abd Gani accepted Malay subtitles for The history of chocolate
Nor Aliyyah Abd Gani edited Malay subtitles for The history of chocolate
Chien Yet Chong edited Malay subtitles for The history of chocolate
Chien Yet Chong edited Malay subtitles for The history of chocolate
Chien Yet Chong edited Malay subtitles for The history of chocolate

Malay subtitles

Revisions