Return to Video

3.5 EN: Makluman Kredit, Makluman Debit, Slip Kiriman Wang dan Folio Pelanggan

  • 0:02 - 0:05
    Ini pelajaran ke-5 bg Dokumen Perniagaan.
  • 0:05 - 0:14
    Kita sudah pun belajar perkara 1 - 4.
    Sekarang kita akan belajar perkara terakhir
  • 0:15 - 0:21
    iaitu Makluman Kredit, Makluman Debit,
    Borang Kiriman Wang & Folio Pelanggan.
  • 0:22 - 0:26
    Ada beberapa dokumen lagi dari Bank yg
    perlu diberi perhatian;
  • 0:27 - 0:34
    yg pertama: Makluman Kredit.
    Fungsinya sama spt Nota Kredit.
  • 0:34 - 0:42
    Bezanya Makluman Kredit diterima dari Bank;
    Nota Kredit pula dari pembekal/penjual.
  • 0:43 - 0:48
    Dari cth: dokumen ini dihantar oleh Bank
    kpd Penerima berikut.
  • 0:50 - 0:56
    "Pemberitahuan bahawa akaun anda
    telah dikreditkan spt berikut"
  • 0:56 - 1:01
    'akaun' di sini ialah akaun yg anda buka
    di bank berkenaan.
  • 1:01 - 1:08
    Dlm buku akaun bank itu, wang berjumlah
    RM929.23 akan dikredit/masukkan
  • 1:09 - 1:16
    ke akaun anda, diproses dari cek
    bernombor xxx keluaran Bank of New York.
  • 1:17 - 1:24
    Sekarang, wang dlm akaun anda akan
    bertambah spt jumlah yg dinyatakan.
  • 1:25 - 1:29
    Apakah yg menyebabkan anda
    menerima Makluman Kredit dari bank?
  • 1:29 - 1:41
    Cth: 1. Anda terima dividen utk saham
    dlm syarikat lain.
  • 1:42 - 1:47
    Maka syarikat itu kreditkan dividen
    ke dlm akaun anda.
  • 1:47 - 1:56
    2. Bank bayar faedah utk akaun
    yg anda buka.
  • 1:57 - 2:01
    Ini cuma cth drp beberapa sebab
    yg berkaitan.
  • 2:01 - 2:07
    Makluman Kredit didapati dlm 2 salinan:
    yg asal diberi kpd penerima
  • 2:08 - 2:12
    iaitu anda (Quirky Shirts),
    pendua disimpan oleh bank.
  • 2:12 - 2:19
    Ini ialah aliran masuk wang. Maka akaun
    yg terlibat dlm buku akaun ialah:
  • 2:19 - 2:26
    Jurnal Penerimaan Tunai @
    Buku Tunai Debit.
  • 2:29 - 2:36
    Peringatan: cth ini tidak mewakili caj
    sebenar dari mana-mana bank.
  • 2:36 - 2:42
    Dokumen ke-2: Makluman Debit -
    berfungsi sama spt Nota Debit.
  • 2:43 - 2:48
    Ia diterima dari bank, Nota Debit pula
    diberi oleh pembekal/penjual.
  • 2:48 - 2:55
    Tertera disini: "akaun anda telah
    didebitkan spt berikut"
  • 2:56 - 3:00
    'akaun' di sini merujuk kpd akaun yg anda
    buka di bank berkenaan.
  • 3:00 - 3:11
    Bank itu telah debitkan akaun anda sebanyak
    RM25 sbg caj utk permohonan penyata.
  • 3:11 - 3:19
    Peringatan: caj ini tidak mewakili
    caj sebenar dari bank.
  • 3:20 - 3:23
    Apa yg berlaku dlm akaun anda sebenarnya?
  • 3:23 - 3:28
    Jumlah wang dlm akaun anda akan
    berkurang sebanyak RM25.
  • 3:29 - 3:33
    Inilah fungsi Makluman Debit dikeluarkan.
  • 3:33 - 3:41
    Antara sebab lain ia dikeluarkan:
    1. sbg caj utk buku cek
  • 3:42 - 3:53
    2. caj utk pembatalan cek yg telah
    dikeluarkan,
  • 3:54 - 4:01
    3. mungkin juga sbg kadar faedah
    bg overdraf bank.
  • 4:01 - 4:05
    Sama spt Makluman Kredit, ia dikeluarkan
    dlm 2 salinan.
  • 4:05 - 4:11
    Salinan asal dipegang oleh penerima,
    pendua disimpan oleh bank berkenaan.
  • 4:11 - 4:19
    Oleh kerana ini ialah aliran wang keluar,
    ia dianggap sbg bayaran dlm akaun anda.
  • 4:20 - 4:31
    Maka ia direkod dlm Jurnal Pembayaran
    Tunai @ Buku Tunai (Kredit)
  • 4:31 - 4:36
    Dokumen ke-3 dari bank ialah
    Borang Kiriman Wang.
  • 4:37 - 4:44
    Sesetengah pembekal/penjual mungkin
    belum biasa berurusan dgn anda disebabkan
  • 4:45 - 4:52
    prestasi anda yg masih baru dlm perniagaan.
  • 4:52 - 5:00
    Mereka tak akan terima cek anda krn
    khuatir tunai tak mencukupi dlm akaun.
  • 5:01 - 5:11
    Maka sbg jaminan sebelum barang dihantar, mereka akan meminta bayaran
  • 5:12 - 5:26
    dlm bentuk lain iaitu Draf Permintaan
    @ pindahan secara 'online'.
  • 5:26 - 5:33
    Kemudahan itu boleh dimohon di bank
    menggunakan borang ini.
  • 5:33 - 5:40
    Dlm cth ini, anda (Quirky Shirts) memohon
    utk perpindahan wang asing.
  • 5:40 - 5:46
    Anggapkan anda mengimpot baju dari
    pembekal di Amerika.
  • 5:46 - 5:54
    Bayaran dibuat dlm USD & butirannya
    harus diisi dlm borang ini.
  • 5:55 - 5:58
    Cuma ikuti arahan spt yg tertera
    dlm borang:
  • 5:58 - 6:08
    nama,alamat,tujuan bayaran,penerima,
    bank penerima,matawang bayaran (USD)
  • 6:08 - 6:23
    & jumlah bayaran (RM). Komisen ini sbg cth
    saja & tidak berkait dgn mana-mana bank.
  • 6:23 - 6:29
    Isikan juga butiran lain yg berkaitan.
    Ia ditandatangan oleh sesiapa
  • 6:30 - 6:32
    yg berkuasa dlm syarikat.
  • 6:33 - 6:40
    Anda harus bayar RM3636 tadi bg
    membolehkan bank bayar kpd pembekal
  • 6:40 - 6:44
    iaitu "Shirts & Such PLC".
  • 6:47 - 6:55
    Bayaran boleh dibuat tunai di kaunter bank
    @ debit dari akaun anda.
  • 6:55 - 7:03
    Bank akan bayar kpd pihak berkenaan
    setelah menerima wang dari anda.
  • 7:03 - 7:14
    Transaksi begini memberi jaminan yg
    bayaran akan masuk kpd pembekal tadi.
  • 7:15 - 7:28
    Bukan spt cek, bayaran ini tak mungkin
    bersifat cek lambung. Ia lebih terjamin.
  • 7:28 - 7:32
    Borang ini ada beberapa salinan,tertakluk
    kpd bank yg mengeluarkannya.
  • 7:33 - 7:38
    1 salinan diberi kpd anda sbg pemohon,
    1 salinan disimpan oleh bank,
  • 7:38 - 7:47
    1 salinan utk penerima & 1 salinan utk
    simpanan bank penerima di luar negara.
  • 7:48 - 7:52
    Ini ialah bayaran oleh Quirky Shirts,
    maka ia direkodkan dlm
  • 7:53 - 8:05
    Jurnal Bayaran Tunai @ Buku Tunai (kredit).
  • 8:05 - 8:09
    Dokumen yg terakhir ialah Folio Pelanggan.
  • 8:09 - 8:13
    Bilakah agaknya anda akan terima
    Folio Pelanggan?
  • 8:13 - 8:20
    Kadangkala pekerja anda harus keluar
    berurusan dgn pembekal di luar negeri.
  • 8:20 - 8:27
    Beliau akan menginap di hotel & bil hotel
    akan dihantar dlm bentuk Folio Pelanggan.
  • 8:27 - 8:30
    Ini ialah cth Folio Pelanggan.
  • 8:30 - 8:37
    Ia sama fungsi spt bil krn mengandungi caj
    yg dikenakan kpd anda.
  • 8:38 - 8:45
    Ia juga adalah resit krn mengandungi
    jumlah bayaran yg dikenakan.
  • 8:46 - 8:54
    Hotel akan hantar bil kpd syarikat @
    dibayar terus oleh pekerja berkenaan.
  • 8:55 - 9:00
    Jika beliau mendahulukan bayaran
    menggunakan kad kredit,
  • 9:00 - 9:18
    beliau (En.Simon Yam) akan tuntut kembali
    bayaran setelah kembali ke syarikat.
  • 9:19 - 9:23
    En.Simon Yam akan berikan resit ini
    kpd akauntan syarikat;
  • 9:23 - 9:28
    akauntan pula akan membayar mengikut
    prosedur bayaran spt biasa iaitu:
  • 9:28 - 9:38
    1. pengeluaran baucar bayaran
    2. Folio Pelanggan tadi dikepil sbg rujukan
  • 9:39 - 9:46
    3. pengesahan dibuat oleh majikan
    4. cek dikeluarkan
  • 9:46 - 9:49
    Apakah buku akaun yg terlibat
    dgn bayaran ini?
  • 9:49 - 9:53
    Baucar bayaran telah dikeluarkan.
    Maka ia akan
  • 9:53 - 9:57
    mengikut prosedur bayaran baucar
    spt biasa.
  • 10:01 - 10:12
    Ia akan direkod dlm Jurnal Bayaran Tunai
    @ Buku Tunai (kredit).
  • 10:13 - 10:18
    Ini ialah dokumen perniagaan yg terakhir
    dlm perbincangan kita kali ini.
  • 10:19 - 10:23
    Sememangnya ada banyak lagi dokumen yg
    terlibat samada dari pembekal,
  • 10:23 - 10:30
    bank atau pej.kerajaan. Tapi kita cuma
    bincangkan dokumen yg lazim diguna
  • 10:30 - 10:39
    bila anda memulakan perniagaan. Tak semua
    perniagaan menggunakan kitaran serupa.
  • 10:39 - 10:43
    Bukan semua perniagaan akan guna
    dokumen perniagaan yg sama.
  • 10:44 - 10:49
    Setiap perniagaan diuruskan dgn keunikan
    tersendiri.Cth yg telah kita bincang tadi
  • 10:50 - 11:03
    ialah yg lazim diguna. Saya harap semoga
    anda jelas tentang jenis-jenis dokumen
  • 11:04 - 11:08
    yg terlibat utk menjalankan perniagaan.
Title:
3.5 EN: Makluman Kredit, Makluman Debit, Slip Kiriman Wang dan Folio Pelanggan
Description:

more » « less
Video Language:
English
Duration:
11:08

Malay subtitles

Revisions