Return to Video

8 Rahsia Kejayaan Richard St. John

  • 0:00 - 0:03
    Penyampaian sepanjang dua jam yang saya berikan kepada pelajar sekolah menengah,
  • 0:03 - 0:04
    telah diringkaskan kepada tiga minit.
  • 0:04 - 0:07
    Semuanya bermula dalam sebuah pesawat, semasa perjalanan ke TED,
  • 0:07 - 0:08
    tujuh tahun yang lalu.
  • 0:08 - 0:09
    Sebuah kerusi di sebelah saya telah diduduki oleh
  • 0:09 - 0:13
    seorang pelajar sekolah menengah, seorang remaja,
  • 0:13 - 0:15
    dan dia berasal daripada keluarga yang sangat miskin.
  • 0:15 - 0:18
    Dia bertekad untuk mencapai sesuatu dalam hidupnya.
  • 0:18 - 0:19
    Dia juga telah mengajukan satu soalan yang mudah kepada saya.
  • 0:19 - 0:21
    Soalannya adalah "Apakah yang menjurus kepada kejayaan?"
  • 0:21 - 0:23
    Saya rasa sangat bersalah,
  • 0:23 - 0:25
    kerana saya tidak dapat memberikannya jawapan yang baik.
  • 0:25 - 0:28
    Jadi saya turun dari pesawat, dan datang ke TED.
  • 0:28 - 0:31
    Dan saya fikir, wah, saya berada dalam kalangan individu - individu yang berjaya!
  • 0:31 - 0:34
    Mengapakah tidak saya bertanya kepada mereka tentang perkara - prekara yang membantu mereka untuk berjaya,
  • 0:34 - 0:36
    dan beritahu kepada kanak-kanak?
  • 0:36 - 0:40
    Jadi, di sini kita, tujuh tahun, 500 temu ramah kemudian,
  • 0:40 - 0:43
    dan saya akan memberitahu anda tentang perkara yang membawa kepada kejayaan
  • 0:43 - 0:45
    dan yang merangsang peminat TED.
  • 0:45 - 0:47
    Perkara pertama ialah keghairahan.
  • 0:47 - 0:50
    Freeman Thomas berkata, "Saya didorong oleh keghairahan saya."
  • 0:50 - 0:53
    Peminat TED melakukannya kerana minat, bukan kerana wang.
  • 0:53 - 0:56
    Carol Coletta berkata,"Saya akan bayar seseorang untuk membuat apa yang saya buat."
  • 0:56 - 0:58
    Perkara yang menarik ialah,
  • 0:58 - 1:00
    jika anda buat sesuatu dengan minat yang mendalam, wang akan diperolehi.
  • 1:00 - 1:04
    Kerja! Rupert Murdoch beritahu saya, "Segala-galanya adalah usaha.
  • 1:04 - 1:06
    Tiada yang diperolehi dengan mudah. Tetapi saya berasa seronok."
  • 1:06 - 1:10
    Bukankah dia kata seronok? Rupert? Ya!
  • 1:10 - 1:14
    Peminat TED memang seronok bekerja. Dan mereka bekerja keras.
  • 1:14 - 1:17
    Saya mendapat tahu bahawa mereka bukan mabuk kerja. Mereka seronok bekerja.
  • 1:18 - 1:24
    Bagus! Alex Garden berkata, "Untuk berjaya, lakukan sesuatu dengan tekun
  • 1:24 - 1:25
    dan mahiri bidang itu."
  • 1:25 - 1:28
    Tiada keajaiban, hanya latihan, latihan, latihan.
  • 1:28 - 1:31
    Dan tumpuan. Norman Jewison memberitahu saya,
  • 1:31 - 1:34
    "Saya fikir segala-galanya adalah berdasarkan tumpuan anda kepada sesuatu perkara"
  • 1:34 - 1:38
    Dan usaha gigih! David Gallo berkata, "Dorong diri anda.
  • 1:38 - 1:40
    Secara fizikal dan mental, anda perlu dorong, dorong, dorong."
  • 1:40 - 1:43
    Anda perlu dorong diri melepasi perasaan segan dan sangsi diri.
  • 1:43 - 1:46
    Goldie Hawn berkata, "Saya sering menyangsi diri.
  • 1:46 - 1:48
    Saya tidak bagus, saya tidak bijak.
  • 1:48 - 1:50
    Saya tidak fikir saya boleh berjaya."
  • 1:50 - 1:52
    Bukannya mudah untuk menolak diri anda sendiri,
  • 1:52 - 1:57
    dan sebab itu ibu-ibu diciptakan. (Ketawa)
  • 1:57 - 2:00
    Frank Gehry -- Frank Gehry berkata kepada saya,
  • 2:00 - 2:01
    "Ibu saya mendorong saya."
  • 2:02 - 2:07
    Berkhidmat! Sherwin Nuland berkata, "Adalah satu keistimewaan untuk berkhidmat sebagai doktor."
  • 2:07 - 2:10
    Kini, ramai kanak-kanak memberitahu saya bahawa mereka mahu menjadi jutawan.
  • 2:10 - 2:11
    Dan perkara pertama yang saya beritahu mereka adalah,
  • 2:11 - 2:13
    "OK, anda tidak boleh berkhidmat untuk diri anda sendiri,
  • 2:13 - 2:15
    anda perlu berkhidmat kepada orang lain sesuatu yang bernilai.
  • 2:15 - 2:18
    Sebab itulah caranya seseorang menjadi kaya."
  • 2:19 - 2:23
    Idea-idea. Seorang peminat TED, Bill Gates berkata, "Saya mempunyai idea --
  • 2:23 - 2:26
    mengasaskan syarikat perisian komputer mikro yang pertama."
  • 2:26 - 2:28
    Saya menyatakan bahawa itu satu idea yang baik.
  • 2:28 - 2:31
    Tidak ada keajaiban terhadap kreativiti dalam mencipta idea-idea,
  • 2:31 - 2:33
    itu hanya sekadar melakukan beberapa perkara yang mudah.
  • 2:33 - 2:35
    Dan saya berikan banyak bukti.
  • 2:35 - 2:37
    Usaha berterusan. Joe Kraus berkata,
  • 2:37 - 2:40
    "Usaha berterusan adalah sebab nombor satu bagi kejayaan kami."
  • 2:40 - 2:44
    Anda mesti berusaha berterusan sekalipun gagal. Anda mesti cekal melalui kesukaran!
  • 2:44 - 2:47
    Sudah tentu kesukaran bermakna "Kritikan, Penolakan, Penghamunan dan Tekanan."
  • 2:47 - 2:49
    (Ketawa)
  • 2:50 - 2:54
    Jadi, jawapan kepada soalan ini adalah mudah:
  • 2:54 - 2:57
    Bayar 4,000 dolar dan datang ke TED.
  • 2:57 - 3:00
    Atau, lakukan lapan perkara itu -- dan percayalah,
  • 3:00 - 3:04
    ini adalah lapan perkara utama yang membawa kepada kejayaan.
  • 3:04 - 3:06
    Terima kasih peminat TED di atas semua temu ramah anda!
Title:
8 Rahsia Kejayaan Richard St. John
Speaker:
Richard St. John
Description:

Mengapakah seseorang itu berjaya? Adakah kerana dia pintar? Ataupun bertuah? Bukan kedua-duanya. Dalam penyampaian selama 3 minit hasil daripada temu ramah yang dilakukan sejak beberapa tahun, penganalisis Richard St. John mendedahkan rahsia - rahsia kejayaan.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
03:13
Rudy Herman Sinen added a translation

Malay subtitles

Revisions