Return to Video

10 tip teknologi yang menjimatkan masa

  • 0:00 - 0:03
    Terdapat sesuatu yang menarik
    tentang masyarakat dan budaya.
  • 0:03 - 0:06
    Semua yang berisiko
    memerlukan lesen:
  • 0:06 - 0:11
    belajar memandu, memiliki senjata,
    berkahwin.
  • 0:11 - 0:15
    (Gelak ketawa)
  • 0:15 - 0:19
    Ia benar untuk semua yang berisiko,
    kecuali teknologi.
  • 0:19 - 0:21
    Entah apa sebabnya,
    ia tiada sukatan pelajaran,
  • 0:21 - 0:23
    tiada kursus asas.
  • 0:23 - 0:24
    Anda hanya diberikan
    sebuah komputer
  • 0:24 - 0:27
    dan dibiarkan begitu saja.
  • 0:27 - 0:29
    Anda sepatutnya belajar sendiri.
    Bagaimana?
  • 0:29 - 0:31
    Melalui pemahaman sendiri.
    Tiada orang
  • 0:31 - 0:33
    akan beritahu anda,
    "Ini caranya."
  • 0:33 - 0:36
    Jadi hari ini, saya akan beritahu anda
    10 perkara
  • 0:36 - 0:39
    yang anda ingat semua orang tahu,
    tapi sebenarnya tidak.
  • 0:39 - 0:41
    Baiklah, yang pertama, semasa anda
    sedang melayari Internet
  • 0:41 - 0:43
    dan mahu tatal ke bawah,
    jangan gunakan tetikus
  • 0:43 - 0:46
    dan bar tatal.
    Ia membuang masa.
  • 0:46 - 0:48
    Buatlah begitu jika anda dibayar
    mengikut masa bekerja.
  • 0:48 - 0:50
    Sebaliknya,
    tekan bar ruang.
  • 0:50 - 0:54
    Bar ruang gerakkan
    satu muka surat ke bawah.
  • 0:54 - 0:57
    Untuk ke atas semula,
    tekan kekunci 'Shift' dan bar ruang.
  • 0:57 - 0:59
    Jadi, ruang bar
    untuk bergerak ke bawah.
  • 0:59 - 1:01
    Ia berfungsi dalam semua jenis
    pelayar web di semua komputer.
  • 1:01 - 1:05
    Juga, semasa anda isikan alamat
    seperti dalam borang ini di laman web,
  • 1:05 - 1:07
    saya andaikan anda tahu,
    anda boleh gunakan kekunci 'Tab'
  • 1:07 - 1:08
    untuk bergerak dari
    satu kotak ke kotak yang lain.
  • 1:08 - 1:12
    Bagaimana dengan menu timbul?
  • 1:12 - 1:15
    Jangan buka menu timbul.
    Ia membuang masa.
  • 1:15 - 1:19
    Tekan huruf pertama negeri anda
    beberapa kali.
  • 1:19 - 1:21
    Jika anda mahu Connecticut,
    tekan 'C', 'C', 'C'.
  • 1:21 - 1:24
    Jika anda mahu Texas, tekan 'T', 'T'.
    Ia akan keluar
  • 1:24 - 1:27
    dan anda tidak perlu
    buka menu timbul.
  • 1:27 - 1:30
    Dalam laman web,
    jika teks terlalu kecil,
  • 1:30 - 1:34
    anda boleh tekan 'Control' dan
    kekunci '+' beberapa kali.
  • 1:34 - 1:37
    Setiap '+' akan besarkan teks.
  • 1:37 - 1:39
    Ia berfungsi dalam semua jenis
    komputer dan pelayan.
  • 1:39 - 1:41
    Untuk kecilkan teks,
    tekan kekunci '-'.
  • 1:41 - 1:43
    Jika anda gunakan Mac,
    tekan kekunci 'Command'.
  • 1:43 - 1:47
    Jika anda taip menggunakan
    Blackberry, Android, iPhone,
  • 1:47 - 1:51
    jangan ubah kepada
    bentangan tanda baca
  • 1:51 - 1:54
    untuk tekan titik, ruang, huruf besar
    untuk huruf seterusnya.
  • 1:54 - 1:56
    Anda cuma perlu tekan
    bar ruang 2 kali.
  • 1:56 - 2:01
    Telefon akan masukkan
    titik, ruang, huruf besar untuk anda.
  • 2:01 - 2:04
    Tekan bar ruang 2 kali.
    Ia agak menakjubkan.
  • 2:04 - 2:07
    Bagi semua jenis telefon bimbit,
  • 2:07 - 2:10
    jika anda mahu dail semula
    sesuatu nombor,
  • 2:10 - 2:13
    anda cuma perlu tekan 'Call',
  • 2:13 - 2:17
    dan nombor terakhir yang anda dail
    akan muncul.
  • 2:17 - 2:20
    Tekan 'Call' sekali lagi untuk
    hubungi nombor itu.
  • 2:20 - 2:22
    Anda tidak perlu pergi ke
    senarai panggilan.
  • 2:22 - 2:24
    Jadi, jika anda mahu
    hubungi seseorang,
  • 2:24 - 2:25
    tekan saja 'Call' sekali lagi.
  • 2:25 - 2:26
    Ini sesuatu yang saya tidak suka.
  • 2:26 - 2:29
    Jika saya tinggalkan mesej
    dalam mel suara anda,
  • 2:29 - 2:31
    saya akan dengar,
    "Tinggalkan mesej"
  • 2:31 - 2:34
    dan arahan sepanjang 15 saat.
  • 2:34 - 2:38
    Ia seolah-olah kita tiada
    mesin jawab panggilan selama 45 tahun!
  • 2:38 - 2:41
    (Gelak ketawa)
  • 2:41 - 2:44
    Saya tidak marah.
  • 2:44 - 2:46
    Terdapat kekunci pintas
  • 2:46 - 2:49
    yang bawa anda terus ke
    bunyi bip seperti ini.
  • 2:49 - 2:51
    Mesin jawab panggilan:
    Semasa berdering, sila - BIP.
  • 2:51 - 2:53
    Malangnya, operator mudah alih
    tidak gunakan
  • 2:53 - 2:56
    kekunci yang sama.
  • 2:56 - 2:59
    Jadi,
    anda perlu belajar kekunci
  • 2:59 - 3:01
    yang digunakan orang
    yang anda mahu hubungi.
  • 3:01 - 3:04
    Saya tidak kata
    ia adalah sempurna.
  • 3:04 - 3:07
    OK, anda fikir bahawa
    Google digunakan sebagai
  • 3:07 - 3:10
    carian laman web,
    tapi ia juga sebuah kamus.
  • 3:10 - 3:13
    Taip perkataan "define" dan
    perkataan yang anda mahu.
  • 3:13 - 3:14
    Anda tidak perlu klik apa-apa.
  • 3:14 - 3:17
    Definisi perkataan akan muncul.
  • 3:17 - 3:19
    Ia juga merupakan
    pangkalan data penerbangan.
  • 3:19 - 3:21
    Taip nama syarikat dan penerbangan.
  • 3:21 - 3:23
    Ia akan tunjukkan tempat penerbangan,
    pintu masuk, terminal,
  • 3:23 - 3:25
    masa mendarat. Anda tidak perlukan
    sebarang aplikasi.
  • 3:25 - 3:28
    Ia boleh juga tunjukkan
    pertukaran unit dan mata wang.
  • 3:28 - 3:31
    Anda tidak perlu klik
    hasil pencarian.
  • 3:31 - 3:33
    Cuma taip di dalam kotak
    dan ini jawapannya.
  • 3:33 - 3:36
    Bercakap tentang teks,
  • 3:36 - 3:38
    jika anda mahu menonjolkan --
  • 3:38 - 3:42
    ini cuma satu contoh.
    (Gelak ketawa)
  • 3:42 - 3:44
    Jika anda mahu menonjolkan
    sebuah perkataan,
  • 3:44 - 3:47
    jangan tarik dan tonjolkan
    perkataan itu
  • 3:47 - 3:49
    dengan tetikus,
    bagaikan orang baru belajar.
  • 3:49 - 3:52
    Klik 2 kali pada perkataan itu.
    Lihat 200, saya klik 2 kali.
  • 3:52 - 3:54
    Seluruh perkataan telah dipilih.
  • 3:54 - 3:57
    Dan, jangan padamkan apa
    yang telah ditonjolkan.
  • 3:57 - 3:59
    Taip di atas perkataan itu.
    Ia berfungsi dalam semua jenis program.
  • 3:59 - 4:01
    Juga, anda juga boleh
    klik 2 kali, tarik
  • 4:01 - 4:04
    untuk tonjolkan lebih daripada
    satu perkataan.
  • 4:04 - 4:08
    Ia lebih tepat. Sekali lagi,
    jangan padamkannya.
  • 4:08 - 4:13
    Taip di atasnya.
    (Gelak ketawa)
  • 4:13 - 4:16
    Sela pengatup ialah masa antara
    anda tekan butang pengatup
  • 4:16 - 4:18
    dan saat kamera
    mengambil gambar.
  • 4:18 - 4:22
    Ia agak mengecewakan
    bagi kamera yang murah.
  • 4:22 - 4:23
    (Klik kamera)
  • 4:23 - 4:26
    (Gelak ketawa)
  • 4:26 - 4:28
    Ini kerana
    kamera perlukan masa
  • 4:28 - 4:30
    untuk mengira
    fokus dan pendedahan,
  • 4:30 - 4:33
    tapi jika anda tekan butang kamera separa
    ke bawah untuk pra-fokus
  • 4:33 - 4:37
    dan kemudian tekan butang sepenuhnya,
    tiada sela pengatup!
  • 4:37 - 4:39
    Anda akan berjaya setiap kali.
  • 4:39 - 4:41
    Saya baru ubah kamera anda
    yang berharga $50
  • 4:41 - 4:43
    kepada yang berharga $1,000
    dengan cara ini.
  • 4:43 - 4:47
    Semasa anda memberikan ceramah,
  • 4:47 - 4:50
    dan atas sebab tertentu
    para hadirin melihat slaid
  • 4:50 - 4:53
    dan bukannya anda!
    (Gelak ketawa)
  • 4:53 - 4:57
    Ini berfungsi dalam
    Keynote, PowerPoint.
  • 4:57 - 5:00
    Ia berfungsi dalam semua jenis program.
    Tekan kekunci 'B',
  • 5:00 - 5:02
    'B' untuk "blackout",
    iaitu menggelapkan slaid,
  • 5:02 - 5:04
    agar para hadirin melihat anda semula.
    Jika anda bersedia untuk teruskan,
  • 5:04 - 5:07
    tekan 'B' sekali lagi.
  • 5:07 - 5:10
    Anda boleh tekan kekunci 'W'
    untuk "whiteout",
  • 5:10 - 5:13
    iaitu memutihkan slaid.
    Anda boleh tekan 'W' sekali lagi
  • 5:13 - 5:15
    untuk kembali ke slaid anda.
  • 5:15 - 5:17
    Jadi saya tahu saya laju sangat.
    Jika anda terlepas apa-apa,
  • 5:17 - 5:19
    saya boleh hantarkan
    senarai tip kepada anda.
  • 5:19 - 5:21
    Sementara itu,
    tahniah!
  • 5:21 - 5:24
    Anda dapat lesen teknologi California anda.
  • 5:24 - 5:25
    Semoga hari anda indah.
  • 5:25 - 5:28
    (Tepukan)
Title:
10 tip teknologi yang menjimatkan masa
Speaker:
David Pogue
Description:

David Pogue, seorang penulis ruang teknologi, berkongsi 10 tip yang mudah dan pintar untuk pengguna komputer, Internet dan kamera. Dan ya, mungkin anda telah tahu beberapa tip ini, tapi terdapat sekurang-kurangnya satu tip yang anda tidak tahu.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
05:44

Malay subtitles

Revisions Compare revisions