Apakah fakta yang paling mengagumkan yang boleh anda kongsi tentang alam semesta? Fakta yg paling menakjubkan ialah pengetahuan bahawa atom-atom yang terkandung dalam kesemua hidupan di muka bumi atom-atom dalam tubuh manusia boleh dikesan kepada "kawah" yang melakurkan unsur-unsur ringan kepada unsur-unsur berat di dalam terasnya pada suhu dan tekanan yang amat tinggi Bintang-bintang ini, terutama dengan jisim yang besar menjadi kurang stabil pada akhir hayat mereka dan runtuh lalu meletup, menyuraikan isi perutnya ke seluruh alam semesta isi perut yang mengandungi karbon, nitrogen, oksigen dan segala bahan-bahan asas untuk kehidupan berkembang Bahan-bahan ini membentuk awanan gas lalu memeluwap, runtuh untuk membentuk sistem-sistem solar, bintang-bintang dengan planet yang kini mampu menampung kehidupan Jadi apabila saya mengamati langit di waktu malam dan saya tahu yang kita adalah sebahagian dari alam semesta, kita hidup di alam semesta ini, tetapi yang lebih penting lagi, kitalah alam semesta Apabila saya pertimbangkan fakta itu ramai yang merasa kecil bila terfikir akan keluasan alam semesta, tetapi saya rasa besar, kerana atom-atom saya dilahirkan di dalam bintang-bintang tersebut Terdapat satu tahap perhubungan di sini Dan itulah yang kita mahu rasa -terhubung, terkait dan relevan kita mahu rasa yang kita turut serta dalam alam ini dengan segala peristiwa & kejadian alam Dan kita adalah sebahagian dari alam ini, kerana kita wujud