WEBVTT 00:00:00.965 --> 00:00:04.468 Saya dilahirkan dan dibesarkan di Korea Utara. 00:00:04.468 --> 00:00:09.268 Walaupun keluarga saya hidup dalam kemiskinan, 00:00:09.268 --> 00:00:12.796 saya selalu dipertamai dari segi sayang dan kasih 00:00:12.796 --> 00:00:14.947 kerana saya anak lelaki tunggal 00:00:14.947 --> 00:00:18.117 dan anak bongsu antara dua adik-beradik. NOTE Paragraph 00:00:18.117 --> 00:00:21.724 Akan tetapi, tahun 1994 berlakunya suatu kebuluran besar. 00:00:21.724 --> 00:00:24.183 Masa itu saya berumur 4 tahun. 00:00:24.183 --> 00:00:27.980 Saya bersama kakak saya sering pergi mencari kayu api 00:00:27.980 --> 00:00:29.956 bermula dari pukul 5 pagi 00:00:29.956 --> 00:00:32.762 sampai pulang lepas tengah malam. 00:00:32.762 --> 00:00:36.650 Saya juga akan merayau-rayau jalan raya untuk mencari makanan. 00:00:36.650 --> 00:00:38.823 Suatu kali saya ternampak seorang kanak-kanak 00:00:38.823 --> 00:00:41.645 yang diikat pada belakang ibunya sambil makan keropok, 00:00:41.645 --> 00:00:44.869 dan saya ingat merasa seperti mencuri daripadanya. NOTE Paragraph 00:00:44.869 --> 00:00:49.702 Kelaparan seumpama kemaluan. Kelaparan seumpama putus asa. 00:00:49.702 --> 00:00:52.905 Untuk seorang kanak-kanak yang lapar, politik dan kebebasan 00:00:52.905 --> 00:00:55.657 tak difikirkan pun. 00:00:55.657 --> 00:00:58.345 Pada hari jadi kesembilan saya, ibu bapa saya 00:00:58.345 --> 00:01:01.774 tidak mampu untuk memberikan saya makanan. 00:01:01.774 --> 00:01:05.718 Meskipun masih kecil, 00:01:05.718 --> 00:01:08.753 saya boleh merasa perasaan berat hati mereka. NOTE Paragraph 00:01:08.753 --> 00:01:13.953 Akibat kebuluran tersebut, lebih sejuta rakyat Korea Utara meninggal dunia. 00:01:13.968 --> 00:01:17.664 Semasa saya berumur 13 tahun dalam tahun 2003, 00:01:17.664 --> 00:01:20.577 ayah saya turut menjadi mangsa kebuluran. 00:01:20.577 --> 00:01:24.465 Saya nampak ayah saya menjadi letih lesu dan meninggal dunia. 00:01:24.465 --> 00:01:28.597 Dalam tahun yang sama, ibu saya menghilangkan diri, 00:01:28.597 --> 00:01:30.402 dan kakak saya memberitahu saya 00:01:30.402 --> 00:01:33.003 bahawa dia telah pergi ke negara China untuk mencari duit, 00:01:33.003 --> 00:01:37.198 tetapi tidak lama lagi akan pulang dengan makanan dan wang. 00:01:37.198 --> 00:01:40.149 Oleh kerana kami tidak pernah dipisahkan, 00:01:40.149 --> 00:01:43.119 dan sebab saya sangka kami akan kekal bersama selama-lamanya, 00:01:43.119 --> 00:01:46.992 maka saya tidak memeluk dia apabila dia pergi. 00:01:46.992 --> 00:01:51.205 Itulah kesilapan paling besar dalam hidup saya. 00:01:51.205 --> 00:01:52.916 Tetapi saya pun tidak tahu 00:01:52.916 --> 00:01:56.404 yang kami akan berpisah untuk tempoh yang lama. 00:01:56.404 --> 00:02:01.341 Sejak itu, saya tak pernah bertemu kembali dengan mak atau kakak saya. NOTE Paragraph 00:02:01.341 --> 00:02:05.560 Secara tiba-tiba, saya telah menjadi anak yatim piatu yang terbiar. 00:02:05.560 --> 00:02:08.649 Kehidupan seharian saya menjadi sangat sukar, 00:02:08.649 --> 00:02:10.701 tapi juga sangat mudah. 00:02:10.701 --> 00:02:14.724 Matlamat saya hanyalah untuk mencari cebisan roti yang berdebu dalam tong sampah. 00:02:14.724 --> 00:02:17.631 Itu bukan cara baik untuk hidup. 00:02:17.631 --> 00:02:22.349 Saya mula sedar bahawa mengemis bukan penyelesaian masalah saya. 00:02:22.349 --> 00:02:27.675 Oleh itu, saya mula mencuri dari gerai makanan di pasar-pasar haram. 00:02:27.675 --> 00:02:30.640 Kadang-kadang, saya mengambil upah 00:02:30.640 --> 00:02:32.970 untuk makanan. 00:02:32.970 --> 00:02:36.116 Pernah suatu masa sewaktu musim sejuk, saya menghabiskan dua bulan 00:02:36.116 --> 00:02:37.859 bekerja dalam lombong batu arang, 00:02:37.859 --> 00:02:43.634 33 meter di bawah tanah tanpa perlindungan 00:02:43.634 --> 00:02:47.067 sampai selama 16 jam sehari. 00:02:47.067 --> 00:02:49.431 Bukan saya seorang sahaja yang hidup sebegini. 00:02:49.431 --> 00:02:56.992 Banyak lagi anak yatim yang hidup begini, malah aga yang lebih teruk lagi. NOTE Paragraph 00:02:56.992 --> 00:03:01.128 Apabila saya terasa susah nak tidur akibat sejuk yang keterlaluan 00:03:01.128 --> 00:03:02.595 ataupun akibat sakit dari kelaparan, 00:03:02.595 --> 00:03:05.443 Saya berharap yang keesokan harinya, 00:03:05.443 --> 00:03:08.006 kakak saya akan pulang untuk mengejutkan saya 00:03:08.006 --> 00:03:10.276 dengan makanan kegemaran saya. 00:03:10.276 --> 00:03:13.426 Harapan itu membantu saya untuk meneruskan hidup. 00:03:13.426 --> 00:03:16.224 Saya tak bermaksud harapan yang sangat hebat. 00:03:16.224 --> 00:03:19.346 Harapan saya adalah jenis yang membolehkan saya percaya 00:03:19.346 --> 00:03:21.809 bahawa dalam tong sampah berikutnya terdapat roti, 00:03:21.809 --> 00:03:24.942 walaupunlah biasanya tiada. 00:03:24.942 --> 00:03:28.385 Tapi kalau tak percaya, saya tak akan cuba, 00:03:28.385 --> 00:03:30.478 dan seterusnya akan mati. 00:03:30.478 --> 00:03:34.416 Harapan membantu saya untuk hidup. 00:03:34.416 --> 00:03:37.176 Tiap-tiap hari, saya memberitahu diri 00:03:37.176 --> 00:03:39.904 bahawa sesusah mana pun hidup saya, 00:03:39.904 --> 00:03:43.806 saya harus terus bertahan. NOTE Paragraph 00:03:43.806 --> 00:03:47.936 Selepas tiga tahun menunggu kepulangan kakak saya, 00:03:47.936 --> 00:03:52.288 saya berputus untuk pergi ke negara China sendiri untuk mencarinya. 00:03:52.288 --> 00:03:55.148 Saya sedar 00:03:55.148 --> 00:03:58.798 yang saya tak boleh hidup lama dengan cara ini. 00:03:58.798 --> 00:04:01.603 Saya tahu perjalanan ke China akan penuh risiko, 00:04:01.603 --> 00:04:04.500 tapi tak kira cara yang manapun nyawa saya akan digadaikan juga. 00:04:04.500 --> 00:04:08.686 Saya boleh mati kelaparan seperti ayah saya di Korea Utara, 00:04:08.686 --> 00:04:12.144 atau sekurang-kurangnya saya boleh cuba mencari kehidupan yang lebih baik 00:04:12.144 --> 00:04:15.380 dan melarikan diri ke China. NOTE Paragraph 00:04:15.380 --> 00:04:18.610 Saya mendapat tahu yang banyak orang cuba merentas 00:04:18.610 --> 00:04:23.397 sempadan ke China pada waktu malam supaya tidak dilihat. 00:04:23.397 --> 00:04:27.355 Pengawal sempadan Korea Utara biasanya akan menembak dan membunuh orang 00:04:27.355 --> 00:04:30.728 yang cuba merentas sempadan tanpa izin. 00:04:30.728 --> 00:04:33.379 Askar China akan tangkap 00:04:33.379 --> 00:04:35.233 dan menghantar balik orang Korea Utara, 00:04:35.233 --> 00:04:39.573 di mana mereka akan menghadapi hukuman berat. 00:04:39.573 --> 00:04:42.654 Saya mengambil keputusan untuk menyeberangi sempadan pada waktu siang, 00:04:42.654 --> 00:04:48.087 pertama sekali sebab saya masih budak dan masih takut kegelapan, 00:04:48.087 --> 00:04:52.736 kedua sebab saya tahu saya sudahpun mengambil risiko, 00:04:52.736 --> 00:04:56.151 dan sebab tak ramai orang yang cuba merentas sempadan pada waktu siang. 00:04:56.151 --> 00:04:57.841 Saya berpendapat bahawa ada peluang untuk merentas sempadan 00:04:57.841 --> 00:05:01.266 tanpa dilihat oleh sesiapa. NOTE Paragraph 00:05:01.266 --> 00:05:05.174 Saya berjaya sampai ke China pada 15 Februari 2006. 00:05:05.174 --> 00:05:07.402 Masa itu, saya berumur 16 tahun. 00:05:07.402 --> 00:05:10.322 Saya sangkakan kehidupan di China lebih senang, 00:05:10.322 --> 00:05:13.595 memandangkan di sana terdapat lebih banyak makanan. 00:05:13.595 --> 00:05:16.651 Saya ingatkan lebih ramai orang akan menolong saya. 00:05:16.651 --> 00:05:20.664 Tapi kehidupan sana lebih sukar daripada kehidupan di Korea Utara, 00:05:20.664 --> 00:05:22.359 sebab saya tak bebas. 00:05:22.359 --> 00:05:25.104 Saya selalu risau akan kena tangkap 00:05:25.104 --> 00:05:27.899 dan dihantar pulang. NOTE Paragraph 00:05:27.899 --> 00:05:31.170 Seperti keajaiban, beberapa bulan kemudian, 00:05:31.170 --> 00:05:32.613 Saya bertemu seseorang yang menguruskan 00:05:32.613 --> 00:05:35.955 tempat perlindungan bawah tanah untuk orang Korea Utara, 00:05:35.955 --> 00:05:38.563 dan dibenarkan untuk tinggal sana 00:05:38.563 --> 00:05:43.915 dengan makanan tetap untuk kali pertamanya selepas beberapa tahun. 00:05:43.915 --> 00:05:48.396 Kemudian, pada tahun yang sama, seorang aktivis membantu saya melarikan diri dari China 00:05:48.396 --> 00:05:52.617 dan pergi ke Amerika Syarikat sebagai orang pelarian. NOTE Paragraph 00:05:52.617 --> 00:05:55.917 Saya pergi ke Amerika tanpa mengetahui sepatah perkataan bahasa Inggeris, 00:05:55.917 --> 00:06:00.296 tetapi pekerja sosial saya masih menyuruh saya untuk pergi ke sekolah menegah. 00:06:00.296 --> 00:06:04.495 Di Korea Utara pun, saya merupakan pelajar corot. 00:06:04.495 --> 00:06:05.879 (Ketawa) 00:06:05.879 --> 00:06:09.586 Dan saya hampir-hampir tak habis sekolah rendah. 00:06:09.586 --> 00:06:12.890 Dan saya ingat pernah bergaduh di sekolah lebih sekali sehari. 00:06:12.890 --> 00:06:16.828 Minat saya bukanlah buku-buku teks dan perpustakaan. 00:06:16.828 --> 00:06:20.573 Ayah saya cuba bersungguh-sungguhnya untuk memotivasikan saya untuk belajar. 00:06:20.573 --> 00:06:23.124 tapi ia masih tak berhasil. 00:06:23.124 --> 00:06:26.267 Pada suatu ketika, ayah saya putus asa dengan saya. 00:06:26.267 --> 00:06:30.236 Dia kata, "Kamu bukan anak saya lagi." 00:06:30.236 --> 00:06:34.988 Masa itu saya hanya berumur 11 atau 12, tapi saya betul-betul kecil hati. 00:06:34.988 --> 00:06:37.649 Meskipun begitu, tahap motivasi saya 00:06:37.649 --> 00:06:42.356 tidak berubah sebelum dia meninggal dunia. 00:06:42.356 --> 00:06:45.161 Jadi semasa di Amerika, saya rasa tak masuk akal 00:06:45.161 --> 00:06:48.188 apabila disuruh untuk belajar di sekolah menengah atas. 00:06:48.188 --> 00:06:50.612 Sekolah menengah rendah pun saya tak pergi. 00:06:50.612 --> 00:06:53.996 Saya mengambil keputusan untuk pergi, hanya sebab disuruh, 00:06:53.996 --> 00:06:56.404 tanpa betul-betul mencuba. NOTE Paragraph 00:06:56.404 --> 00:06:59.817 Tapi suatu hari apabila pulang dari sekolah, ibu angkat saya 00:06:59.817 --> 00:07:03.026 telah memasak kepak ayam untuk makan malam. 00:07:03.026 --> 00:07:06.280 Semasa makan malam, saya keinginan mengambil satu lagi kepak ayam, 00:07:06.280 --> 00:07:09.476 tapi saya perasan tak cukup untuk semua orang, 00:07:09.476 --> 00:07:12.973 oleh itu tak jadi. 00:07:12.973 --> 00:07:15.298 Apabila saya melihat pinggan saya, 00:07:15.298 --> 00:07:20.434 saya nampak kepak ayam terakhir yang ayah angkat saya berikan. 00:07:20.434 --> 00:07:22.752 Saya berasa sungguh gembira. 00:07:22.752 --> 00:07:25.015 Saya memandang dia tengah duduk sebelah saya. 00:07:25.015 --> 00:07:28.331 Dia memandang saya balik dengan mesra, 00:07:28.331 --> 00:07:31.003 tanpa berkata apa-apa. 00:07:31.003 --> 00:07:35.847 Tiba-tiba saya teringat ayah kandung saya. 00:07:35.847 --> 00:07:38.820 Perbuatan kecil ayah angkat saya yang penuh kasih sayang 00:07:38.820 --> 00:07:41.041 mengingatkan saya pada ayah saya, 00:07:41.041 --> 00:07:44.041 yang gemar berkongsi makanannya dengan saya 00:07:44.041 --> 00:07:48.678 apabila dia lapar, walaupun apabila dia tengah kelaparan. 00:07:48.678 --> 00:07:53.010 Saya berasa sangat rimas sebab ada terlalu banyak makanan di Amerika, 00:07:53.010 --> 00:07:56.477 sementara ayah saya telah mati akibat kebuluran. 00:07:56.477 --> 00:08:00.680 Harapan tunggal saya pada malam itu adalah untuk memasak makanan untuknya, 00:08:00.680 --> 00:08:04.171 dan pada malam itu saya berfikir apa lagi yang boleh dibuat 00:08:04.171 --> 00:08:06.387 untuk memberi penghormatan kepadanya. 00:08:06.387 --> 00:08:09.121 Dan jawapan saya adalah untuk berjanji diri 00:08:09.121 --> 00:08:12.551 untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat pendidikan terbaik 00:08:12.551 --> 00:08:16.115 di Amerika sebagi peringatan jasanya. NOTE Paragraph 00:08:16.115 --> 00:08:18.651 Saya mulai belajar lebih serius di sekolah, 00:08:18.651 --> 00:08:21.451 dan untuk pertama kalinya dalam hidup saya, 00:08:21.451 --> 00:08:25.348 saya menerima anugerah akademik untuk kecemerlangan, 00:08:25.348 --> 00:08:30.962 dan berjaya ditempatkan dalam senarai dekan dari semester pertama sekolah menengah atas. NOTE Paragraph 00:08:30.962 --> 00:08:38.594 (Tepukan) NOTE Paragraph 00:08:38.594 --> 00:08:41.324 Kepak ayam itu mengubah hidup saya. 00:08:41.324 --> 00:08:45.381 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:08:45.381 --> 00:08:48.973 Harapan itu peribadi. Harapan itu adalah sesuatu 00:08:48.973 --> 00:08:51.482 yang tiada sesiapa boleh dianugerahkan. 00:08:51.482 --> 00:08:54.402 Anda haruslah memilih untuk percaya harapan. 00:08:54.402 --> 00:08:57.569 Anda haruslah mencapainya sendiri. 00:08:57.569 --> 00:09:00.809 Di Korea Utara, saya mencapainya sendiri. 00:09:00.809 --> 00:09:03.522 Harapan membawa saya ke Amerika. 00:09:03.522 --> 00:09:06.522 Tapi di Amerika, saya tak tahu nak buat apa, 00:09:06.522 --> 00:09:11.554 sebab saya mendapat kebebasan yang keterlaluan. 00:09:11.554 --> 00:09:15.605 Malam itu, ayah angkat saya memberikan saya arah, 00:09:15.605 --> 00:09:19.131 dan mendorong saya serta memberikan saya 00:09:19.131 --> 00:09:23.058 tujuan hidup di Amerika. NOTE Paragraph 00:09:23.058 --> 00:09:26.178 Saya tidak datang ke sini sendiri. 00:09:26.178 --> 00:09:31.132 Saya mempunyai harapan, tetapi harapan sahaja tidak memadai. 00:09:31.132 --> 00:09:35.286 Banyak orang telah membantu saya untuk sampai ke sini. 00:09:35.286 --> 00:09:39.274 Orang Korea Utara berjuang keras untuk hidup. 00:09:39.274 --> 00:09:42.063 Mereka terus memaksa diri sendiri untuk bertahan hidup, 00:09:42.063 --> 00:09:44.818 mempunyai harapan untuk hidup, 00:09:44.818 --> 00:09:49.579 tetapi mereka tak mungkin berjaya tanpa pertolongan. NOTE Paragraph 00:09:49.579 --> 00:09:51.925 Inilah pesanan saya untuk sekalian. 00:09:51.925 --> 00:09:54.634 Berharaplah untuk diri sendiri, 00:09:54.634 --> 00:09:57.746 tapi bantulah satu sama lain. 00:09:57.746 --> 00:10:04.328 Hidup boleh menjadi sukar untuk semua orang, tidak kira di mana anda hidup. 00:10:04.328 --> 00:10:08.114 Ayah angkat saya tiada niat untuk mengubah hidup saya. 00:10:08.114 --> 00:10:12.486 Dengan cara yang sama, anda juga boleh mengubah kehidupan seseorang 00:10:12.486 --> 00:10:17.006 dengan perbuatan kasih sayang yang terkecil. 00:10:17.006 --> 00:10:22.124 Sekeping roti boleh menghilangkan lapar, 00:10:22.124 --> 00:10:25.225 dan harapan itu akan membawa roti 00:10:25.225 --> 00:10:27.510 untuk membantu anda hidup. 00:10:27.510 --> 00:10:30.727 Saya yakin bahawa 00:10:30.727 --> 00:10:34.185 perbuatan anda yang penuh kasih sayang 00:10:34.185 --> 00:10:37.589 boleh membantu kehidupan seorang yang lain seperti saya 00:10:37.589 --> 00:10:43.031 dan mengubah beribu-ribu orang lain seperti saya 00:10:43.031 --> 00:10:47.033 yang masih mempunyai harapan untuk hidup. NOTE Paragraph 00:10:47.033 --> 00:10:48.340 Terima kasih. NOTE Paragraph 00:10:48.340 --> 00:10:57.438 (Tepukan) NOTE Paragraph 00:11:24.561 --> 00:11:27.386 Adrian Hong: Joseph, terima kasih kerana berkongsi 00:11:27.386 --> 00:11:30.568 cerita yang begitu peribadi dan sangat istimewa itu dengan kita. 00:11:30.568 --> 00:11:33.793 Menurut kamu, saya tahu bahawa kamu belum bertemu dengan kakak kamu, 00:11:33.793 --> 00:11:36.253 selama hampir satu dekad, 00:11:36.253 --> 00:11:38.670 dan kalau dia berpeluang untuk menonton ini, 00:11:38.670 --> 00:11:40.497 kami ingin memberi kamu sebuah peluang 00:11:40.497 --> 00:11:42.725 untuk menghantarnya suatu pesanan. NOTE Paragraph 00:11:42.725 --> 00:11:43.861 Joseph Kim: dalam bahasa Korea? NOTE Paragraph 00:11:43.861 --> 00:11:46.469 AH: Kamu boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, selepas itu dalam bahasa Korea juga. NOTE Paragraph 00:11:46.469 --> 00:11:50.377 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:11:50.377 --> 00:11:52.718 JK: Okay, saya tak akan membuatkannya lebih panjang dalam bahasa Korea 00:11:52.718 --> 00:11:55.459 sebab saya rasa saya tak boleh meneruskannya 00:11:55.459 --> 00:11:59.115 tanpa berair mata. NOTE Paragraph 00:11:59.115 --> 00:12:03.836 Nuna, sudah genap 10 tahun 00:12:03.836 --> 00:12:10.357 yang adik tak berjumpa dengan kakak. 00:12:10.357 --> 00:12:13.749 Adik hanya nak cakap 00:12:13.749 --> 00:12:17.933 yang adik rindukan kakak, yang adik sayang kakak, 00:12:17.933 --> 00:12:22.276 dan tolong pulang kembali kepada adik dan teruskan hidup. 00:12:22.276 --> 00:12:27.162 Dan adik -- oh, alamak. 00:12:27.162 --> 00:12:31.482 Adik masih belum putus asa untuk bertemu dengan kakak. 00:12:33.591 --> 00:12:38.253 Adik akan hidup dengan gembira 00:12:38.253 --> 00:12:41.572 dan belajar bersungguh-sungguh 00:12:41.572 --> 00:12:43.649 sampai bertemu kembali dengan kakak, 00:12:43.649 --> 00:12:48.228 dan adik berjanji takkan menangis lagi. 00:12:48.228 --> 00:12:49.785 (Ketawa) 00:12:49.785 --> 00:12:52.373 Ya, adik berharap sangat untuk berjumpa dengan kakak, 00:12:52.373 --> 00:12:54.644 dan kalau kakak tak dapat jumpa adik, 00:12:54.644 --> 00:12:57.716 adik akan cari kakak juga, 00:12:57.716 --> 00:13:00.452 dan adik harap akan berjumpa dengan kakak suatu hari nanti. 00:13:00.452 --> 00:13:03.788 Boleh tak saya buat pesanan untuk ibu saya? NOTE Paragraph 00:13:03.788 --> 00:13:05.439 AH: Sila. NOTE Paragraph 00:13:05.439 --> 00:13:08.228 JK: Adik tak banyak menghabiskan masa dengan mak, 00:13:08.228 --> 00:13:10.140 tapi adik tahu yang mak masih sayangkan adik, 00:13:10.140 --> 00:13:13.084 dan mungkin masih berdoa untuk adik 00:13:13.084 --> 00:13:16.204 dan teringatkan adik. 00:13:16.204 --> 00:13:18.356 Adik nak ucapkan terima kasih 00:13:18.356 --> 00:13:21.890 kerana melahirkan adik ke dunia ini. 00:13:21.890 --> 00:13:23.359 Terima kasih. NOTE Paragraph 00:13:23.359 --> 00:13:28.683 (Tepukan)