[Script Info] Title: [Events] Format: Layer, Start, End, Style, Name, MarginL, MarginR, MarginV, Effect, Text Dialogue: 0,0:00:00.96,0:00:04.47,Default,,0000,0000,0000,,Saya dilahirkan dan dibesarkan di Korea Utara. Dialogue: 0,0:00:04.47,0:00:09.27,Default,,0000,0000,0000,,Walaupun keluarga saya hidup dalam kemiskinan, Dialogue: 0,0:00:09.27,0:00:12.80,Default,,0000,0000,0000,,saya selalu dipertamai dari segi sayang dan kasih Dialogue: 0,0:00:12.80,0:00:14.95,Default,,0000,0000,0000,,kerana saya anak lelaki tunggal Dialogue: 0,0:00:14.95,0:00:18.12,Default,,0000,0000,0000,,dan anak bongsu antara dua adik-beradik. Dialogue: 0,0:00:18.12,0:00:21.72,Default,,0000,0000,0000,,Akan tetapi, tahun 1994 berlakunya suatu kebuluran besar. Dialogue: 0,0:00:21.72,0:00:24.18,Default,,0000,0000,0000,,Masa itu saya berumur 4 tahun. Dialogue: 0,0:00:24.18,0:00:27.98,Default,,0000,0000,0000,,Saya bersama kakak saya sering pergi mencari kayu api Dialogue: 0,0:00:27.98,0:00:29.96,Default,,0000,0000,0000,,bermula dari pukul 5 pagi Dialogue: 0,0:00:29.96,0:00:32.76,Default,,0000,0000,0000,,sampai pulang lepas tengah malam. Dialogue: 0,0:00:32.76,0:00:36.65,Default,,0000,0000,0000,,Saya juga akan merayau-rayau jalan raya untuk mencari makanan. Dialogue: 0,0:00:36.65,0:00:38.82,Default,,0000,0000,0000,,Suatu kali saya ternampak seorang kanak-kanak Dialogue: 0,0:00:38.82,0:00:41.64,Default,,0000,0000,0000,,yang diikat pada belakang ibunya sambil makan keropok, Dialogue: 0,0:00:41.64,0:00:44.87,Default,,0000,0000,0000,,dan saya ingat merasa seperti mencuri daripadanya. Dialogue: 0,0:00:44.87,0:00:49.70,Default,,0000,0000,0000,,Kelaparan seumpama kemaluan. \NKelaparan seumpama putus asa. Dialogue: 0,0:00:49.70,0:00:52.90,Default,,0000,0000,0000,,Untuk seorang kanak-kanak yang lapar,\Npolitik dan kebebasan Dialogue: 0,0:00:52.90,0:00:55.66,Default,,0000,0000,0000,,tak difikirkan pun. Dialogue: 0,0:00:55.66,0:00:58.34,Default,,0000,0000,0000,,Pada hari jadi kesembilan saya, \Nibu bapa saya Dialogue: 0,0:00:58.34,0:01:01.77,Default,,0000,0000,0000,,tidak mampu untuk memberikan saya makanan. Dialogue: 0,0:01:01.77,0:01:05.72,Default,,0000,0000,0000,,Meskipun masih kecil, Dialogue: 0,0:01:05.72,0:01:08.75,Default,,0000,0000,0000,,saya boleh merasa perasaan berat hati mereka. Dialogue: 0,0:01:08.75,0:01:13.95,Default,,0000,0000,0000,,Akibat kebuluran tersebut, lebih sejuta rakyat Korea Utara \Nmeninggal dunia. Dialogue: 0,0:01:13.97,0:01:17.66,Default,,0000,0000,0000,,Semasa saya berumur 13 tahun dalam tahun 2003, Dialogue: 0,0:01:17.66,0:01:20.58,Default,,0000,0000,0000,,ayah saya turut menjadi mangsa kebuluran. Dialogue: 0,0:01:20.58,0:01:24.46,Default,,0000,0000,0000,,Saya nampak ayah saya menjadi letih lesu \Ndan meninggal dunia. Dialogue: 0,0:01:24.46,0:01:28.60,Default,,0000,0000,0000,,Dalam tahun yang sama, ibu saya menghilangkan diri, Dialogue: 0,0:01:28.60,0:01:30.40,Default,,0000,0000,0000,,dan kakak saya memberitahu saya Dialogue: 0,0:01:30.40,0:01:33.00,Default,,0000,0000,0000,,bahawa dia telah pergi ke negara China untuk mencari duit, Dialogue: 0,0:01:33.00,0:01:37.20,Default,,0000,0000,0000,,tetapi tidak lama lagi akan pulang \Ndengan makanan dan wang. Dialogue: 0,0:01:37.20,0:01:40.15,Default,,0000,0000,0000,,Oleh kerana kami tidak pernah dipisahkan, Dialogue: 0,0:01:40.15,0:01:43.12,Default,,0000,0000,0000,,dan sebab saya sangka kami akan kekal bersama selama-lamanya, Dialogue: 0,0:01:43.12,0:01:46.99,Default,,0000,0000,0000,,maka saya tidak memeluk dia apabila dia pergi. Dialogue: 0,0:01:46.99,0:01:51.20,Default,,0000,0000,0000,,Itulah kesilapan paling besar \Ndalam hidup saya. Dialogue: 0,0:01:51.20,0:01:52.92,Default,,0000,0000,0000,,Tetapi saya pun tidak tahu Dialogue: 0,0:01:52.92,0:01:56.40,Default,,0000,0000,0000,,yang kami akan berpisah untuk tempoh yang lama. Dialogue: 0,0:01:56.40,0:02:01.34,Default,,0000,0000,0000,,Sejak itu, saya tak pernah bertemu kembali\Ndengan mak atau kakak saya. Dialogue: 0,0:02:01.34,0:02:05.56,Default,,0000,0000,0000,,Secara tiba-tiba, saya telah menjadi anak yatim piatu yang terbiar. Dialogue: 0,0:02:05.56,0:02:08.65,Default,,0000,0000,0000,,Kehidupan seharian saya menjadi sangat sukar, Dialogue: 0,0:02:08.65,0:02:10.70,Default,,0000,0000,0000,,tapi juga sangat mudah. Dialogue: 0,0:02:10.70,0:02:14.72,Default,,0000,0000,0000,,Matlamat saya hanyalah untuk mencari cebisan roti yang berdebu dalam tong sampah. Dialogue: 0,0:02:14.72,0:02:17.63,Default,,0000,0000,0000,,Itu bukan cara baik untuk hidup. Dialogue: 0,0:02:17.63,0:02:22.35,Default,,0000,0000,0000,,Saya mula sedar bahawa mengemis \Nbukan penyelesaian masalah saya. Dialogue: 0,0:02:22.35,0:02:27.68,Default,,0000,0000,0000,,Oleh itu, saya mula mencuri dari gerai makanan \Ndi pasar-pasar haram. Dialogue: 0,0:02:27.68,0:02:30.64,Default,,0000,0000,0000,,Kadang-kadang, saya mengambil upah Dialogue: 0,0:02:30.64,0:02:32.97,Default,,0000,0000,0000,,untuk makanan. Dialogue: 0,0:02:32.97,0:02:36.12,Default,,0000,0000,0000,,Pernah suatu masa sewaktu musim sejuk, \Nsaya menghabiskan dua bulan Dialogue: 0,0:02:36.12,0:02:37.86,Default,,0000,0000,0000,,bekerja dalam lombong batu arang, Dialogue: 0,0:02:37.86,0:02:43.63,Default,,0000,0000,0000,,33 meter di bawah tanah tanpa perlindungan Dialogue: 0,0:02:43.63,0:02:47.07,Default,,0000,0000,0000,,sampai selama 16 jam sehari. Dialogue: 0,0:02:47.07,0:02:49.43,Default,,0000,0000,0000,,Bukan saya seorang sahaja yang hidup sebegini. Dialogue: 0,0:02:49.43,0:02:56.99,Default,,0000,0000,0000,,Banyak lagi anak yatim yang hidup begini, \Nmalah aga yang lebih teruk lagi. Dialogue: 0,0:02:56.99,0:03:01.13,Default,,0000,0000,0000,,Apabila saya terasa susah nak tidur akibat sejuk yang keterlaluan Dialogue: 0,0:03:01.13,0:03:02.60,Default,,0000,0000,0000,,ataupun akibat sakit dari kelaparan, Dialogue: 0,0:03:02.60,0:03:05.44,Default,,0000,0000,0000,,Saya berharap yang keesokan harinya, Dialogue: 0,0:03:05.44,0:03:08.01,Default,,0000,0000,0000,,kakak saya akan pulang untuk mengejutkan saya Dialogue: 0,0:03:08.01,0:03:10.28,Default,,0000,0000,0000,,dengan makanan kegemaran saya. Dialogue: 0,0:03:10.28,0:03:13.43,Default,,0000,0000,0000,,Harapan itu membantu saya untuk meneruskan hidup. Dialogue: 0,0:03:13.43,0:03:16.22,Default,,0000,0000,0000,,Saya tak bermaksud harapan yang sangat hebat. Dialogue: 0,0:03:16.22,0:03:19.35,Default,,0000,0000,0000,,Harapan saya adalah jenis yang \Nmembolehkan saya percaya Dialogue: 0,0:03:19.35,0:03:21.81,Default,,0000,0000,0000,,bahawa dalam tong sampah berikutnya terdapat roti, Dialogue: 0,0:03:21.81,0:03:24.94,Default,,0000,0000,0000,,walaupunlah biasanya tiada. Dialogue: 0,0:03:24.94,0:03:28.38,Default,,0000,0000,0000,,Tapi kalau tak percaya, \Nsaya tak akan cuba, Dialogue: 0,0:03:28.38,0:03:30.48,Default,,0000,0000,0000,,dan seterusnya akan mati. Dialogue: 0,0:03:30.48,0:03:34.42,Default,,0000,0000,0000,,Harapan membantu saya untuk hidup. Dialogue: 0,0:03:34.42,0:03:37.18,Default,,0000,0000,0000,,Tiap-tiap hari, saya memberitahu diri Dialogue: 0,0:03:37.18,0:03:39.90,Default,,0000,0000,0000,,bahawa sesusah mana pun hidup saya, Dialogue: 0,0:03:39.90,0:03:43.81,Default,,0000,0000,0000,,saya harus terus bertahan. Dialogue: 0,0:03:43.81,0:03:47.94,Default,,0000,0000,0000,,Selepas tiga tahun menunggu kepulangan kakak saya, Dialogue: 0,0:03:47.94,0:03:52.29,Default,,0000,0000,0000,,saya berputus untuk pergi ke negara China \Nsendiri untuk mencarinya. Dialogue: 0,0:03:52.29,0:03:55.15,Default,,0000,0000,0000,,Saya sedar Dialogue: 0,0:03:55.15,0:03:58.80,Default,,0000,0000,0000,,yang saya tak boleh hidup lama dengan cara ini. Dialogue: 0,0:03:58.80,0:04:01.60,Default,,0000,0000,0000,,Saya tahu perjalanan ke China akan penuh risiko, Dialogue: 0,0:04:01.60,0:04:04.50,Default,,0000,0000,0000,,tapi tak kira cara yang manapun \Nnyawa saya akan digadaikan juga. Dialogue: 0,0:04:04.50,0:04:08.69,Default,,0000,0000,0000,,Saya boleh mati kelaparan \Nseperti ayah saya di Korea Utara, Dialogue: 0,0:04:08.69,0:04:12.14,Default,,0000,0000,0000,,atau sekurang-kurangnya saya boleh cuba mencari kehidupan yang lebih baik Dialogue: 0,0:04:12.14,0:04:15.38,Default,,0000,0000,0000,,dan melarikan diri ke China. Dialogue: 0,0:04:15.38,0:04:18.61,Default,,0000,0000,0000,,Saya mendapat tahu yang banyak orang cuba merentas Dialogue: 0,0:04:18.61,0:04:23.40,Default,,0000,0000,0000,,sempadan ke China pada waktu malam supaya tidak dilihat. Dialogue: 0,0:04:23.40,0:04:27.36,Default,,0000,0000,0000,,Pengawal sempadan Korea Utara biasanya akan menembak dan membunuh orang Dialogue: 0,0:04:27.36,0:04:30.73,Default,,0000,0000,0000,,yang cuba merentas sempadan tanpa izin. Dialogue: 0,0:04:30.73,0:04:33.38,Default,,0000,0000,0000,,Askar China akan tangkap Dialogue: 0,0:04:33.38,0:04:35.23,Default,,0000,0000,0000,,dan menghantar balik orang Korea Utara, Dialogue: 0,0:04:35.23,0:04:39.57,Default,,0000,0000,0000,,di mana mereka akan menghadapi hukuman berat. Dialogue: 0,0:04:39.57,0:04:42.65,Default,,0000,0000,0000,,Saya mengambil keputusan untuk menyeberangi sempadan pada waktu siang, Dialogue: 0,0:04:42.65,0:04:48.09,Default,,0000,0000,0000,,pertama sekali sebab saya masih budak \Ndan masih takut kegelapan, Dialogue: 0,0:04:48.09,0:04:52.74,Default,,0000,0000,0000,,kedua sebab saya tahu saya sudahpun mengambil risiko, Dialogue: 0,0:04:52.74,0:04:56.15,Default,,0000,0000,0000,,dan sebab tak ramai orang yang cuba \Nmerentas sempadan pada waktu siang. Dialogue: 0,0:04:56.15,0:04:57.84,Default,,0000,0000,0000,,Saya berpendapat bahawa ada peluang untuk \Nmerentas sempadan Dialogue: 0,0:04:57.84,0:05:01.27,Default,,0000,0000,0000,,tanpa dilihat oleh sesiapa. Dialogue: 0,0:05:01.27,0:05:05.17,Default,,0000,0000,0000,,Saya berjaya sampai ke China pada 15 Februari 2006. Dialogue: 0,0:05:05.17,0:05:07.40,Default,,0000,0000,0000,,Masa itu, saya berumur 16 tahun. Dialogue: 0,0:05:07.40,0:05:10.32,Default,,0000,0000,0000,,Saya sangkakan kehidupan di China lebih senang, Dialogue: 0,0:05:10.32,0:05:13.60,Default,,0000,0000,0000,,memandangkan di sana terdapat lebih banyak makanan. Dialogue: 0,0:05:13.60,0:05:16.65,Default,,0000,0000,0000,,Saya ingatkan lebih ramai orang akan menolong saya. Dialogue: 0,0:05:16.65,0:05:20.66,Default,,0000,0000,0000,,Tapi kehidupan sana lebih sukar daripada kehidupan di Korea Utara, Dialogue: 0,0:05:20.66,0:05:22.36,Default,,0000,0000,0000,,sebab saya tak bebas. Dialogue: 0,0:05:22.36,0:05:25.10,Default,,0000,0000,0000,,Saya selalu risau akan kena tangkap Dialogue: 0,0:05:25.10,0:05:27.90,Default,,0000,0000,0000,,dan dihantar pulang. Dialogue: 0,0:05:27.90,0:05:31.17,Default,,0000,0000,0000,,Seperti keajaiban, beberapa bulan kemudian, Dialogue: 0,0:05:31.17,0:05:32.61,Default,,0000,0000,0000,,Saya bertemu seseorang yang menguruskan Dialogue: 0,0:05:32.61,0:05:35.96,Default,,0000,0000,0000,,tempat perlindungan bawah tanah \Nuntuk orang Korea Utara, Dialogue: 0,0:05:35.96,0:05:38.56,Default,,0000,0000,0000,,dan dibenarkan untuk tinggal sana Dialogue: 0,0:05:38.56,0:05:43.92,Default,,0000,0000,0000,,dengan makanan tetap untuk kali pertamanya \Nselepas beberapa tahun. Dialogue: 0,0:05:43.92,0:05:48.40,Default,,0000,0000,0000,,Kemudian, pada tahun yang sama, seorang aktivis membantu saya melarikan diri dari China Dialogue: 0,0:05:48.40,0:05:52.62,Default,,0000,0000,0000,,dan pergi ke Amerika Syarikat sebagai orang pelarian. Dialogue: 0,0:05:52.62,0:05:55.92,Default,,0000,0000,0000,,Saya pergi ke Amerika tanpa mengetahui sepatah perkataan bahasa Inggeris, Dialogue: 0,0:05:55.92,0:06:00.30,Default,,0000,0000,0000,,tetapi pekerja sosial saya masih menyuruh saya \Nuntuk pergi ke sekolah menegah. Dialogue: 0,0:06:00.30,0:06:04.50,Default,,0000,0000,0000,,Di Korea Utara pun, saya merupakan pelajar corot. Dialogue: 0,0:06:04.50,0:06:05.88,Default,,0000,0000,0000,,(Ketawa) Dialogue: 0,0:06:05.88,0:06:09.59,Default,,0000,0000,0000,,Dan saya hampir-hampir tak habis sekolah rendah. Dialogue: 0,0:06:09.59,0:06:12.89,Default,,0000,0000,0000,,Dan saya ingat pernah bergaduh di sekolah \Nlebih sekali sehari. Dialogue: 0,0:06:12.89,0:06:16.83,Default,,0000,0000,0000,,Minat saya bukanlah buku-buku teks dan perpustakaan. Dialogue: 0,0:06:16.83,0:06:20.57,Default,,0000,0000,0000,,Ayah saya cuba bersungguh-sungguhnya \Nuntuk memotivasikan saya untuk belajar. Dialogue: 0,0:06:20.57,0:06:23.12,Default,,0000,0000,0000,,tapi ia masih tak berhasil. Dialogue: 0,0:06:23.12,0:06:26.27,Default,,0000,0000,0000,,Pada suatu ketika, ayah saya putus asa dengan saya. Dialogue: 0,0:06:26.27,0:06:30.24,Default,,0000,0000,0000,,Dia kata, "Kamu bukan anak saya lagi." Dialogue: 0,0:06:30.24,0:06:34.99,Default,,0000,0000,0000,,Masa itu saya hanya berumur 11 atau 12, \Ntapi saya betul-betul kecil hati. Dialogue: 0,0:06:34.99,0:06:37.65,Default,,0000,0000,0000,,Meskipun begitu, tahap motivasi saya Dialogue: 0,0:06:37.65,0:06:42.36,Default,,0000,0000,0000,,tidak berubah sebelum dia meninggal dunia. Dialogue: 0,0:06:42.36,0:06:45.16,Default,,0000,0000,0000,,Jadi semasa di Amerika, saya rasa tak masuk akal Dialogue: 0,0:06:45.16,0:06:48.19,Default,,0000,0000,0000,,apabila disuruh untuk belajar di sekolah menengah atas. Dialogue: 0,0:06:48.19,0:06:50.61,Default,,0000,0000,0000,,Sekolah menengah rendah pun saya tak pergi. Dialogue: 0,0:06:50.61,0:06:53.100,Default,,0000,0000,0000,,Saya mengambil keputusan untuk pergi, \Nhanya sebab disuruh, Dialogue: 0,0:06:53.100,0:06:56.40,Default,,0000,0000,0000,,tanpa betul-betul mencuba. Dialogue: 0,0:06:56.40,0:06:59.82,Default,,0000,0000,0000,,Tapi suatu hari apabila pulang dari sekolah, ibu angkat saya Dialogue: 0,0:06:59.82,0:07:03.03,Default,,0000,0000,0000,,telah memasak kepak ayam untuk makan malam. Dialogue: 0,0:07:03.03,0:07:06.28,Default,,0000,0000,0000,,Semasa makan malam, \Nsaya keinginan mengambil satu lagi kepak ayam, Dialogue: 0,0:07:06.28,0:07:09.48,Default,,0000,0000,0000,,tapi saya perasan tak cukup untuk semua orang, Dialogue: 0,0:07:09.48,0:07:12.97,Default,,0000,0000,0000,,oleh itu tak jadi. Dialogue: 0,0:07:12.97,0:07:15.30,Default,,0000,0000,0000,,Apabila saya melihat pinggan saya, Dialogue: 0,0:07:15.30,0:07:20.43,Default,,0000,0000,0000,,saya nampak kepak ayam terakhir \Nyang ayah angkat saya berikan. Dialogue: 0,0:07:20.43,0:07:22.75,Default,,0000,0000,0000,,Saya berasa sungguh gembira. Dialogue: 0,0:07:22.75,0:07:25.02,Default,,0000,0000,0000,,Saya memandang dia tengah duduk sebelah saya. Dialogue: 0,0:07:25.02,0:07:28.33,Default,,0000,0000,0000,,Dia memandang saya balik dengan mesra, Dialogue: 0,0:07:28.33,0:07:31.00,Default,,0000,0000,0000,,tanpa berkata apa-apa. Dialogue: 0,0:07:31.00,0:07:35.85,Default,,0000,0000,0000,,Tiba-tiba saya teringat ayah kandung saya. Dialogue: 0,0:07:35.85,0:07:38.82,Default,,0000,0000,0000,,Perbuatan kecil ayah angkat saya yang penuh kasih sayang Dialogue: 0,0:07:38.82,0:07:41.04,Default,,0000,0000,0000,,mengingatkan saya pada ayah saya, Dialogue: 0,0:07:41.04,0:07:44.04,Default,,0000,0000,0000,,yang gemar berkongsi makanannya dengan saya Dialogue: 0,0:07:44.04,0:07:48.68,Default,,0000,0000,0000,,apabila dia lapar, walaupun apabila dia tengah kelaparan. Dialogue: 0,0:07:48.68,0:07:53.01,Default,,0000,0000,0000,,Saya berasa sangat rimas \Nsebab ada terlalu banyak makanan di Amerika, Dialogue: 0,0:07:53.01,0:07:56.48,Default,,0000,0000,0000,,sementara ayah saya telah mati akibat kebuluran. Dialogue: 0,0:07:56.48,0:08:00.68,Default,,0000,0000,0000,,Harapan tunggal saya pada malam itu \Nadalah untuk memasak makanan untuknya, Dialogue: 0,0:08:00.68,0:08:04.17,Default,,0000,0000,0000,,dan pada malam itu saya berfikir \Napa lagi yang boleh dibuat Dialogue: 0,0:08:04.17,0:08:06.39,Default,,0000,0000,0000,,untuk memberi penghormatan kepadanya. Dialogue: 0,0:08:06.39,0:08:09.12,Default,,0000,0000,0000,,Dan jawapan saya adalah untuk berjanji diri Dialogue: 0,0:08:09.12,0:08:12.55,Default,,0000,0000,0000,,untuk belajar bersungguh-sungguh \Ndan mendapat pendidikan terbaik Dialogue: 0,0:08:12.55,0:08:16.12,Default,,0000,0000,0000,,di Amerika sebagi peringatan jasanya. Dialogue: 0,0:08:16.12,0:08:18.65,Default,,0000,0000,0000,,Saya mulai belajar lebih serius di sekolah, Dialogue: 0,0:08:18.65,0:08:21.45,Default,,0000,0000,0000,,dan untuk pertama kalinya dalam hidup saya, Dialogue: 0,0:08:21.45,0:08:25.35,Default,,0000,0000,0000,,saya menerima anugerah akademik untuk kecemerlangan, Dialogue: 0,0:08:25.35,0:08:30.96,Default,,0000,0000,0000,,dan berjaya ditempatkan dalam senarai dekan \Ndari semester pertama sekolah menengah atas. Dialogue: 0,0:08:30.96,0:08:38.59,Default,,0000,0000,0000,,(Tepukan) Dialogue: 0,0:08:38.59,0:08:41.32,Default,,0000,0000,0000,,Kepak ayam itu mengubah hidup saya. Dialogue: 0,0:08:41.32,0:08:45.38,Default,,0000,0000,0000,,(Ketawa) Dialogue: 0,0:08:45.38,0:08:48.97,Default,,0000,0000,0000,,Harapan itu peribadi. Harapan itu adalah sesuatu Dialogue: 0,0:08:48.97,0:08:51.48,Default,,0000,0000,0000,,yang tiada sesiapa boleh dianugerahkan. Dialogue: 0,0:08:51.48,0:08:54.40,Default,,0000,0000,0000,,Anda haruslah memilih untuk percaya harapan. Dialogue: 0,0:08:54.40,0:08:57.57,Default,,0000,0000,0000,,Anda haruslah mencapainya sendiri. Dialogue: 0,0:08:57.57,0:09:00.81,Default,,0000,0000,0000,,Di Korea Utara, saya mencapainya sendiri. Dialogue: 0,0:09:00.81,0:09:03.52,Default,,0000,0000,0000,,Harapan membawa saya ke Amerika. Dialogue: 0,0:09:03.52,0:09:06.52,Default,,0000,0000,0000,,Tapi di Amerika, saya tak tahu nak buat apa, Dialogue: 0,0:09:06.52,0:09:11.55,Default,,0000,0000,0000,,sebab saya mendapat kebebasan yang keterlaluan. Dialogue: 0,0:09:11.55,0:09:15.60,Default,,0000,0000,0000,,Malam itu, ayah angkat saya memberikan saya arah, Dialogue: 0,0:09:15.60,0:09:19.13,Default,,0000,0000,0000,,dan mendorong saya serta memberikan saya Dialogue: 0,0:09:19.13,0:09:23.06,Default,,0000,0000,0000,,tujuan hidup di Amerika. Dialogue: 0,0:09:23.06,0:09:26.18,Default,,0000,0000,0000,,Saya tidak datang ke sini sendiri. Dialogue: 0,0:09:26.18,0:09:31.13,Default,,0000,0000,0000,,Saya mempunyai harapan, \Ntetapi harapan sahaja tidak memadai. Dialogue: 0,0:09:31.13,0:09:35.29,Default,,0000,0000,0000,,Banyak orang telah membantu saya \Nuntuk sampai ke sini. Dialogue: 0,0:09:35.29,0:09:39.27,Default,,0000,0000,0000,,Orang Korea Utara berjuang keras untuk hidup. Dialogue: 0,0:09:39.27,0:09:42.06,Default,,0000,0000,0000,,Mereka terus memaksa diri sendiri untuk bertahan hidup, Dialogue: 0,0:09:42.06,0:09:44.82,Default,,0000,0000,0000,,mempunyai harapan untuk hidup, Dialogue: 0,0:09:44.82,0:09:49.58,Default,,0000,0000,0000,,tetapi mereka tak mungkin berjaya tanpa pertolongan. Dialogue: 0,0:09:49.58,0:09:51.92,Default,,0000,0000,0000,,Inilah pesanan saya untuk sekalian. Dialogue: 0,0:09:51.92,0:09:54.63,Default,,0000,0000,0000,,Berharaplah untuk diri sendiri, Dialogue: 0,0:09:54.63,0:09:57.75,Default,,0000,0000,0000,,tapi bantulah satu sama lain. Dialogue: 0,0:09:57.75,0:10:04.33,Default,,0000,0000,0000,,Hidup boleh menjadi sukar untuk semua orang,\Ntidak kira di mana anda hidup. Dialogue: 0,0:10:04.33,0:10:08.11,Default,,0000,0000,0000,,Ayah angkat saya tiada niat untuk mengubah hidup saya. Dialogue: 0,0:10:08.11,0:10:12.49,Default,,0000,0000,0000,,Dengan cara yang sama, \Nanda juga boleh mengubah kehidupan seseorang Dialogue: 0,0:10:12.49,0:10:17.01,Default,,0000,0000,0000,,dengan perbuatan kasih sayang yang terkecil. Dialogue: 0,0:10:17.01,0:10:22.12,Default,,0000,0000,0000,,Sekeping roti boleh menghilangkan lapar, Dialogue: 0,0:10:22.12,0:10:25.22,Default,,0000,0000,0000,,dan harapan itu akan membawa roti Dialogue: 0,0:10:25.22,0:10:27.51,Default,,0000,0000,0000,,untuk membantu anda hidup. Dialogue: 0,0:10:27.51,0:10:30.73,Default,,0000,0000,0000,,Saya yakin bahawa Dialogue: 0,0:10:30.73,0:10:34.18,Default,,0000,0000,0000,,perbuatan anda yang penuh kasih sayang Dialogue: 0,0:10:34.18,0:10:37.59,Default,,0000,0000,0000,,boleh membantu kehidupan seorang yang lain seperti saya Dialogue: 0,0:10:37.59,0:10:43.03,Default,,0000,0000,0000,,dan mengubah beribu-ribu orang lain seperti saya Dialogue: 0,0:10:43.03,0:10:47.03,Default,,0000,0000,0000,,yang masih mempunyai harapan untuk hidup. Dialogue: 0,0:10:47.03,0:10:48.34,Default,,0000,0000,0000,,Terima kasih. Dialogue: 0,0:10:48.34,0:10:57.44,Default,,0000,0000,0000,,(Tepukan) Dialogue: 0,0:11:24.56,0:11:27.39,Default,,0000,0000,0000,,Adrian Hong: Joseph, terima kasih kerana berkongsi Dialogue: 0,0:11:27.39,0:11:30.57,Default,,0000,0000,0000,,cerita yang begitu peribadi dan sangat istimewa itu \Ndengan kita. Dialogue: 0,0:11:30.57,0:11:33.79,Default,,0000,0000,0000,,Menurut kamu, saya tahu bahawa kamu belum bertemu dengan kakak kamu, Dialogue: 0,0:11:33.79,0:11:36.25,Default,,0000,0000,0000,,selama hampir satu dekad, Dialogue: 0,0:11:36.25,0:11:38.67,Default,,0000,0000,0000,,dan kalau dia berpeluang untuk menonton ini, Dialogue: 0,0:11:38.67,0:11:40.50,Default,,0000,0000,0000,,kami ingin memberi kamu sebuah peluang Dialogue: 0,0:11:40.50,0:11:42.72,Default,,0000,0000,0000,,untuk menghantarnya suatu pesanan. Dialogue: 0,0:11:42.72,0:11:43.86,Default,,0000,0000,0000,,Joseph Kim: dalam bahasa Korea? Dialogue: 0,0:11:43.86,0:11:46.47,Default,,0000,0000,0000,,AH: Kamu boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, selepas itu dalam bahasa Korea juga. Dialogue: 0,0:11:46.47,0:11:50.38,Default,,0000,0000,0000,,(Ketawa) Dialogue: 0,0:11:50.38,0:11:52.72,Default,,0000,0000,0000,,JK: Okay, saya tak akan membuatkannya lebih panjang dalam bahasa Korea Dialogue: 0,0:11:52.72,0:11:55.46,Default,,0000,0000,0000,,sebab saya rasa saya tak boleh meneruskannya Dialogue: 0,0:11:55.46,0:11:59.12,Default,,0000,0000,0000,,tanpa berair mata. Dialogue: 0,0:11:59.12,0:12:03.84,Default,,0000,0000,0000,,Nuna, sudah genap 10 tahun Dialogue: 0,0:12:03.84,0:12:10.36,Default,,0000,0000,0000,,yang adik tak berjumpa dengan kakak. Dialogue: 0,0:12:10.36,0:12:13.75,Default,,0000,0000,0000,,Adik hanya nak cakap Dialogue: 0,0:12:13.75,0:12:17.93,Default,,0000,0000,0000,,yang adik rindukan kakak, yang adik sayang kakak, Dialogue: 0,0:12:17.93,0:12:22.28,Default,,0000,0000,0000,,dan tolong pulang kembali kepada adik dan teruskan hidup. Dialogue: 0,0:12:22.28,0:12:27.16,Default,,0000,0000,0000,,Dan adik -- oh, alamak. Dialogue: 0,0:12:27.16,0:12:31.48,Default,,0000,0000,0000,,Adik masih belum putus asa untuk bertemu dengan kakak. Dialogue: 0,0:12:33.59,0:12:38.25,Default,,0000,0000,0000,,Adik akan hidup dengan gembira Dialogue: 0,0:12:38.25,0:12:41.57,Default,,0000,0000,0000,,dan belajar bersungguh-sungguh Dialogue: 0,0:12:41.57,0:12:43.65,Default,,0000,0000,0000,,sampai bertemu kembali dengan kakak, Dialogue: 0,0:12:43.65,0:12:48.23,Default,,0000,0000,0000,,dan adik berjanji takkan menangis lagi. Dialogue: 0,0:12:48.23,0:12:49.78,Default,,0000,0000,0000,,(Ketawa) Dialogue: 0,0:12:49.78,0:12:52.37,Default,,0000,0000,0000,,Ya, adik berharap sangat untuk berjumpa dengan kakak, Dialogue: 0,0:12:52.37,0:12:54.64,Default,,0000,0000,0000,,dan kalau kakak tak dapat jumpa adik, Dialogue: 0,0:12:54.64,0:12:57.72,Default,,0000,0000,0000,,adik akan cari kakak juga, Dialogue: 0,0:12:57.72,0:13:00.45,Default,,0000,0000,0000,,dan adik harap akan berjumpa dengan kakak \Nsuatu hari nanti. Dialogue: 0,0:13:00.45,0:13:03.79,Default,,0000,0000,0000,,Boleh tak saya buat pesanan untuk ibu saya? Dialogue: 0,0:13:03.79,0:13:05.44,Default,,0000,0000,0000,,AH: Sila. Dialogue: 0,0:13:05.44,0:13:08.23,Default,,0000,0000,0000,,JK: Adik tak banyak menghabiskan masa dengan mak, Dialogue: 0,0:13:08.23,0:13:10.14,Default,,0000,0000,0000,,tapi adik tahu yang mak masih sayangkan adik, Dialogue: 0,0:13:10.14,0:13:13.08,Default,,0000,0000,0000,,dan mungkin masih berdoa untuk adik Dialogue: 0,0:13:13.08,0:13:16.20,Default,,0000,0000,0000,,dan teringatkan adik. Dialogue: 0,0:13:16.20,0:13:18.36,Default,,0000,0000,0000,,Adik nak ucapkan terima kasih Dialogue: 0,0:13:18.36,0:13:21.89,Default,,0000,0000,0000,,kerana melahirkan adik ke dunia ini. Dialogue: 0,0:13:21.89,0:13:23.36,Default,,0000,0000,0000,,Terima kasih. Dialogue: 0,0:13:23.36,0:13:28.68,Default,,0000,0000,0000,,(Tepukan)