1 00:00:00,965 --> 00:00:04,468 Saya dilahirkan dan dibesarkan di Korea Utara. 2 00:00:04,468 --> 00:00:09,268 Walaupun keluarga saya hidup dalam kemiskinan, 3 00:00:09,268 --> 00:00:12,796 saya selalu dipertamai dari segi sayang dan kasih 4 00:00:12,796 --> 00:00:14,947 kerana saya anak lelaki tunggal 5 00:00:14,947 --> 00:00:18,117 dan anak bongsu antara dua adik-beradik. 6 00:00:18,117 --> 00:00:21,724 Akan tetapi, tahun 1994 berlakunya suatu kebuluran besar. 7 00:00:21,724 --> 00:00:24,183 Masa itu saya berumur 4 tahun. 8 00:00:24,183 --> 00:00:27,980 Saya bersama kakak saya sering pergi mencari kayu api 9 00:00:27,980 --> 00:00:29,956 bermula dari pukul 5 pagi 10 00:00:29,956 --> 00:00:32,762 sampai pulang lepas tengah malam. 11 00:00:32,762 --> 00:00:36,650 Saya juga akan merayau-rayau jalan raya untuk mencari makanan. 12 00:00:36,650 --> 00:00:38,823 Suatu kali saya ternampak seorang kanak-kanak 13 00:00:38,823 --> 00:00:41,645 yang diikat pada belakang ibunya sambil makan keropok, 14 00:00:41,645 --> 00:00:44,869 dan saya ingat merasa seperti mencuri daripadanya. 15 00:00:44,869 --> 00:00:49,702 Kelaparan seumpama kemaluan. Kelaparan seumpama putus asa. 16 00:00:49,702 --> 00:00:52,905 Untuk seorang kanak-kanak yang lapar, politik dan kebebasan 17 00:00:52,905 --> 00:00:55,657 tak difikirkan pun. 18 00:00:55,657 --> 00:00:58,345 Pada hari jadi kesembilan saya, ibu bapa saya 19 00:00:58,345 --> 00:01:01,774 tidak mampu untuk memberikan saya makanan. 20 00:01:01,774 --> 00:01:05,718 Meskipun masih kecil, 21 00:01:05,718 --> 00:01:08,753 saya boleh merasa perasaan berat hati mereka. 22 00:01:08,753 --> 00:01:13,953 Akibat kebuluran tersebut, lebih sejuta rakyat Korea Utara meninggal dunia. 23 00:01:13,968 --> 00:01:17,664 Semasa saya berumur 13 tahun dalam tahun 2003, 24 00:01:17,664 --> 00:01:20,577 ayah saya turut menjadi mangsa kebuluran. 25 00:01:20,577 --> 00:01:24,465 Saya nampak ayah saya menjadi letih lesu dan meninggal dunia. 26 00:01:24,465 --> 00:01:28,597 Dalam tahun yang sama, ibu saya menghilangkan diri, 27 00:01:28,597 --> 00:01:30,402 dan kakak saya memberitahu saya 28 00:01:30,402 --> 00:01:33,003 bahawa dia telah pergi ke negara China untuk mencari duit, 29 00:01:33,003 --> 00:01:37,198 tetapi tidak lama lagi akan pulang dengan makanan dan wang. 30 00:01:37,198 --> 00:01:40,149 Oleh kerana kami tidak pernah dipisahkan, 31 00:01:40,149 --> 00:01:43,119 dan sebab saya sangka kami akan kekal bersama selama-lamanya, 32 00:01:43,119 --> 00:01:46,992 maka saya tidak memeluk dia apabila dia pergi. 33 00:01:46,992 --> 00:01:51,205 Itulah kesilapan paling besar dalam hidup saya. 34 00:01:51,205 --> 00:01:52,916 Tetapi saya pun tidak tahu 35 00:01:52,916 --> 00:01:56,404 yang kami akan berpisah untuk tempoh yang lama. 36 00:01:56,404 --> 00:02:01,341 Sejak itu, saya tak pernah bertemu kembali dengan mak atau kakak saya. 37 00:02:01,341 --> 00:02:05,560 Secara tiba-tiba, saya telah menjadi anak yatim piatu yang terbiar. 38 00:02:05,560 --> 00:02:08,649 Kehidupan seharian saya menjadi sangat sukar, 39 00:02:08,649 --> 00:02:10,701 tapi juga sangat mudah. 40 00:02:10,701 --> 00:02:14,724 Matlamat saya hanyalah untuk mencari cebisan roti yang berdebu dalam tong sampah. 41 00:02:14,724 --> 00:02:17,631 Itu bukan cara baik untuk hidup. 42 00:02:17,631 --> 00:02:22,349 Saya mula sedar bahawa mengemis bukan penyelesaian masalah saya. 43 00:02:22,349 --> 00:02:27,675 Oleh itu, saya mula mencuri dari gerai makanan di pasar-pasar haram. 44 00:02:27,675 --> 00:02:30,640 Kadang-kadang, saya mengambil upah 45 00:02:30,640 --> 00:02:32,970 untuk makanan. 46 00:02:32,970 --> 00:02:36,116 Pernah suatu masa sewaktu musim sejuk, saya menghabiskan dua bulan 47 00:02:36,116 --> 00:02:37,859 bekerja dalam lombong batu arang, 48 00:02:37,859 --> 00:02:43,634 33 meter di bawah tanah tanpa perlindungan 49 00:02:43,634 --> 00:02:47,067 sampai selama 16 jam sehari. 50 00:02:47,067 --> 00:02:49,431 Bukan saya seorang sahaja yang hidup sebegini. 51 00:02:49,431 --> 00:02:56,992 Banyak lagi anak yatim yang hidup begini, malah aga yang lebih teruk lagi. 52 00:02:56,992 --> 00:03:01,128 Apabila saya terasa susah nak tidur akibat sejuk yang keterlaluan 53 00:03:01,128 --> 00:03:02,595 ataupun akibat sakit dari kelaparan, 54 00:03:02,595 --> 00:03:05,443 Saya berharap yang keesokan harinya, 55 00:03:05,443 --> 00:03:08,006 kakak saya akan pulang untuk mengejutkan saya 56 00:03:08,006 --> 00:03:10,276 dengan makanan kegemaran saya. 57 00:03:10,276 --> 00:03:13,426 Harapan itu membantu saya untuk meneruskan hidup. 58 00:03:13,426 --> 00:03:16,224 Saya tak bermaksud harapan yang sangat hebat. 59 00:03:16,224 --> 00:03:19,346 Harapan saya adalah jenis yang membolehkan saya percaya 60 00:03:19,346 --> 00:03:21,809 bahawa dalam tong sampah berikutnya terdapat roti, 61 00:03:21,809 --> 00:03:24,942 walaupunlah biasanya tiada. 62 00:03:24,942 --> 00:03:28,385 Tapi kalau tak percaya, saya tak akan cuba, 63 00:03:28,385 --> 00:03:30,478 dan seterusnya akan mati. 64 00:03:30,478 --> 00:03:34,416 Harapan membantu saya untuk hidup. 65 00:03:34,416 --> 00:03:37,176 Tiap-tiap hari, saya memberitahu diri 66 00:03:37,176 --> 00:03:39,904 bahawa sesusah mana pun hidup saya, 67 00:03:39,904 --> 00:03:43,806 saya harus terus bertahan. 68 00:03:43,806 --> 00:03:47,936 Selepas tiga tahun menunggu kepulangan kakak saya, 69 00:03:47,936 --> 00:03:52,288 saya berputus untuk pergi ke negara China sendiri untuk mencarinya. 70 00:03:52,288 --> 00:03:55,148 Saya sedar 71 00:03:55,148 --> 00:03:58,798 yang saya tak boleh hidup lama dengan cara ini. 72 00:03:58,798 --> 00:04:01,603 Saya tahu perjalanan ke China akan penuh risiko, 73 00:04:01,603 --> 00:04:04,500 tapi tak kira cara yang manapun nyawa saya akan digadaikan juga. 74 00:04:04,500 --> 00:04:08,686 Saya boleh mati kelaparan seperti ayah saya di Korea Utara, 75 00:04:08,686 --> 00:04:12,144 atau sekurang-kurangnya saya boleh cuba mencari kehidupan yang lebih baik 76 00:04:12,144 --> 00:04:15,380 dan melarikan diri ke China. 77 00:04:15,380 --> 00:04:18,610 Saya mendapat tahu yang banyak orang cuba merentas 78 00:04:18,610 --> 00:04:23,397 sempadan ke China pada waktu malam supaya tidak dilihat. 79 00:04:23,397 --> 00:04:27,355 Pengawal sempadan Korea Utara biasanya akan menembak dan membunuh orang 80 00:04:27,355 --> 00:04:30,728 yang cuba merentas sempadan tanpa izin. 81 00:04:30,728 --> 00:04:33,379 Askar China akan tangkap 82 00:04:33,379 --> 00:04:35,233 dan menghantar balik orang Korea Utara, 83 00:04:35,233 --> 00:04:39,573 di mana mereka akan menghadapi hukuman berat. 84 00:04:39,573 --> 00:04:42,654 Saya mengambil keputusan untuk menyeberangi sempadan pada waktu siang, 85 00:04:42,654 --> 00:04:48,087 pertama sekali sebab saya masih budak dan masih takut kegelapan, 86 00:04:48,087 --> 00:04:52,736 kedua sebab saya tahu saya sudahpun mengambil risiko, 87 00:04:52,736 --> 00:04:56,151 dan sebab tak ramai orang yang cuba merentas sempadan pada waktu siang. 88 00:04:56,151 --> 00:04:57,841 Saya berpendapat bahawa ada peluang untuk merentas sempadan 89 00:04:57,841 --> 00:05:01,266 tanpa dilihat oleh sesiapa. 90 00:05:01,266 --> 00:05:05,174 Saya berjaya sampai ke China pada 15 Februari 2006. 91 00:05:05,174 --> 00:05:07,402 Masa itu, saya berumur 16 tahun. 92 00:05:07,402 --> 00:05:10,322 Saya sangkakan kehidupan di China lebih senang, 93 00:05:10,322 --> 00:05:13,595 memandangkan di sana terdapat lebih banyak makanan. 94 00:05:13,595 --> 00:05:16,651 Saya ingatkan lebih ramai orang akan menolong saya. 95 00:05:16,651 --> 00:05:20,664 Tapi kehidupan sana lebih sukar daripada kehidupan di Korea Utara, 96 00:05:20,664 --> 00:05:22,359 sebab saya tak bebas. 97 00:05:22,359 --> 00:05:25,104 Saya selalu risau akan kena tangkap 98 00:05:25,104 --> 00:05:27,899 dan dihantar pulang. 99 00:05:27,899 --> 00:05:31,170 Seperti keajaiban, beberapa bulan kemudian, 100 00:05:31,170 --> 00:05:32,613 Saya bertemu seseorang yang menguruskan 101 00:05:32,613 --> 00:05:35,955 tempat perlindungan bawah tanah untuk orang Korea Utara, 102 00:05:35,955 --> 00:05:38,563 dan dibenarkan untuk tinggal sana 103 00:05:38,563 --> 00:05:43,915 dengan makanan tetap untuk kali pertamanya selepas beberapa tahun. 104 00:05:43,915 --> 00:05:48,396 Kemudian, pada tahun yang sama, seorang aktivis membantu saya melarikan diri dari China 105 00:05:48,396 --> 00:05:52,617 dan pergi ke Amerika Syarikat sebagai orang pelarian. 106 00:05:52,617 --> 00:05:55,917 Saya pergi ke Amerika tanpa mengetahui sepatah perkataan bahasa Inggeris, 107 00:05:55,917 --> 00:06:00,296 tetapi pekerja sosial saya masih menyuruh saya untuk pergi ke sekolah menegah. 108 00:06:00,296 --> 00:06:04,495 Di Korea Utara pun, saya merupakan pelajar corot. 109 00:06:04,495 --> 00:06:05,879 (Ketawa) 110 00:06:05,879 --> 00:06:09,586 Dan saya hampir-hampir tak habis sekolah rendah. 111 00:06:09,586 --> 00:06:12,890 Dan saya ingat pernah bergaduh di sekolah lebih sekali sehari. 112 00:06:12,890 --> 00:06:16,828 Minat saya bukanlah buku-buku teks dan perpustakaan. 113 00:06:16,828 --> 00:06:20,573 Ayah saya cuba bersungguh-sungguhnya untuk memotivasikan saya untuk belajar. 114 00:06:20,573 --> 00:06:23,124 tapi ia masih tak berhasil. 115 00:06:23,124 --> 00:06:26,267 Pada suatu ketika, ayah saya putus asa dengan saya. 116 00:06:26,267 --> 00:06:30,236 Dia kata, "Kamu bukan anak saya lagi." 117 00:06:30,236 --> 00:06:34,988 Masa itu saya hanya berumur 11 atau 12, tapi saya betul-betul kecil hati. 118 00:06:34,988 --> 00:06:37,649 Meskipun begitu, tahap motivasi saya 119 00:06:37,649 --> 00:06:42,356 tidak berubah sebelum dia meninggal dunia. 120 00:06:42,356 --> 00:06:45,161 Jadi semasa di Amerika, saya rasa tak masuk akal 121 00:06:45,161 --> 00:06:48,188 apabila disuruh untuk belajar di sekolah menengah atas. 122 00:06:48,188 --> 00:06:50,612 Sekolah menengah rendah pun saya tak pergi. 123 00:06:50,612 --> 00:06:53,996 Saya mengambil keputusan untuk pergi, hanya sebab disuruh, 124 00:06:53,996 --> 00:06:56,404 tanpa betul-betul mencuba. 125 00:06:56,404 --> 00:06:59,817 Tapi suatu hari apabila pulang dari sekolah, ibu angkat saya 126 00:06:59,817 --> 00:07:03,026 telah memasak kepak ayam untuk makan malam. 127 00:07:03,026 --> 00:07:06,280 Semasa makan malam, saya keinginan mengambil satu lagi kepak ayam, 128 00:07:06,280 --> 00:07:09,476 tapi saya perasan tak cukup untuk semua orang, 129 00:07:09,476 --> 00:07:12,973 oleh itu tak jadi. 130 00:07:12,973 --> 00:07:15,298 Apabila saya melihat pinggan saya, 131 00:07:15,298 --> 00:07:20,434 saya nampak kepak ayam terakhir yang ayah angkat saya berikan. 132 00:07:20,434 --> 00:07:22,752 Saya berasa sungguh gembira. 133 00:07:22,752 --> 00:07:25,015 Saya memandang dia tengah duduk sebelah saya. 134 00:07:25,015 --> 00:07:28,331 Dia memandang saya balik dengan mesra, 135 00:07:28,331 --> 00:07:31,003 tanpa berkata apa-apa. 136 00:07:31,003 --> 00:07:35,847 Tiba-tiba saya teringat ayah kandung saya. 137 00:07:35,847 --> 00:07:38,820 Perbuatan kecil ayah angkat saya yang penuh kasih sayang 138 00:07:38,820 --> 00:07:41,041 mengingatkan saya pada ayah saya, 139 00:07:41,041 --> 00:07:44,041 yang gemar berkongsi makanannya dengan saya 140 00:07:44,041 --> 00:07:48,678 apabila dia lapar, walaupun apabila dia tengah kelaparan. 141 00:07:48,678 --> 00:07:53,010 Saya berasa sangat rimas sebab ada terlalu banyak makanan di Amerika, 142 00:07:53,010 --> 00:07:56,477 sementara ayah saya telah mati akibat kebuluran. 143 00:07:56,477 --> 00:08:00,680 Harapan tunggal saya pada malam itu adalah untuk memasak makanan untuknya, 144 00:08:00,680 --> 00:08:04,171 dan pada malam itu saya berfikir apa lagi yang boleh dibuat 145 00:08:04,171 --> 00:08:06,387 untuk memberi penghormatan kepadanya. 146 00:08:06,387 --> 00:08:09,121 Dan jawapan saya adalah untuk berjanji diri 147 00:08:09,121 --> 00:08:12,551 untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat pendidikan terbaik 148 00:08:12,551 --> 00:08:16,115 di Amerika sebagi peringatan jasanya. 149 00:08:16,115 --> 00:08:18,651 Saya mulai belajar lebih serius di sekolah, 150 00:08:18,651 --> 00:08:21,451 dan untuk pertama kalinya dalam hidup saya, 151 00:08:21,451 --> 00:08:25,348 saya menerima anugerah akademik untuk kecemerlangan, 152 00:08:25,348 --> 00:08:30,962 dan berjaya ditempatkan dalam senarai dekan dari semester pertama sekolah menengah atas. 153 00:08:30,962 --> 00:08:38,594 (Tepukan) 154 00:08:38,594 --> 00:08:41,324 Kepak ayam itu mengubah hidup saya. 155 00:08:41,324 --> 00:08:45,381 (Ketawa) 156 00:08:45,381 --> 00:08:48,973 Harapan itu peribadi. Harapan itu adalah sesuatu 157 00:08:48,973 --> 00:08:51,482 yang tiada sesiapa boleh dianugerahkan. 158 00:08:51,482 --> 00:08:54,402 Anda haruslah memilih untuk percaya harapan. 159 00:08:54,402 --> 00:08:57,569 Anda haruslah mencapainya sendiri. 160 00:08:57,569 --> 00:09:00,809 Di Korea Utara, saya mencapainya sendiri. 161 00:09:00,809 --> 00:09:03,522 Harapan membawa saya ke Amerika. 162 00:09:03,522 --> 00:09:06,522 Tapi di Amerika, saya tak tahu nak buat apa, 163 00:09:06,522 --> 00:09:11,554 sebab saya mendapat kebebasan yang keterlaluan. 164 00:09:11,554 --> 00:09:15,605 Malam itu, ayah angkat saya memberikan saya arah, 165 00:09:15,605 --> 00:09:19,131 dan mendorong saya serta memberikan saya 166 00:09:19,131 --> 00:09:23,058 tujuan hidup di Amerika. 167 00:09:23,058 --> 00:09:26,178 Saya tidak datang ke sini sendiri. 168 00:09:26,178 --> 00:09:31,132 Saya mempunyai harapan, tetapi harapan sahaja tidak memadai. 169 00:09:31,132 --> 00:09:35,286 Banyak orang telah membantu saya untuk sampai ke sini. 170 00:09:35,286 --> 00:09:39,274 Orang Korea Utara berjuang keras untuk hidup. 171 00:09:39,274 --> 00:09:42,063 Mereka terus memaksa diri sendiri untuk bertahan hidup, 172 00:09:42,063 --> 00:09:44,818 mempunyai harapan untuk hidup, 173 00:09:44,818 --> 00:09:49,579 tetapi mereka tak mungkin berjaya tanpa pertolongan. 174 00:09:49,579 --> 00:09:51,925 Inilah pesanan saya untuk sekalian. 175 00:09:51,925 --> 00:09:54,634 Berharaplah untuk diri sendiri, 176 00:09:54,634 --> 00:09:57,746 tapi bantulah satu sama lain. 177 00:09:57,746 --> 00:10:04,328 Hidup boleh menjadi sukar untuk semua orang, tidak kira di mana anda hidup. 178 00:10:04,328 --> 00:10:08,114 Ayah angkat saya tiada niat untuk mengubah hidup saya. 179 00:10:08,114 --> 00:10:12,486 Dengan cara yang sama, anda juga boleh mengubah kehidupan seseorang 180 00:10:12,486 --> 00:10:17,006 dengan perbuatan kasih sayang yang terkecil. 181 00:10:17,006 --> 00:10:22,124 Sekeping roti boleh menghilangkan lapar, 182 00:10:22,124 --> 00:10:25,225 dan harapan itu akan membawa roti 183 00:10:25,225 --> 00:10:27,510 untuk membantu anda hidup. 184 00:10:27,510 --> 00:10:30,727 Saya yakin bahawa 185 00:10:30,727 --> 00:10:34,185 perbuatan anda yang penuh kasih sayang 186 00:10:34,185 --> 00:10:37,589 boleh membantu kehidupan seorang yang lain seperti saya 187 00:10:37,589 --> 00:10:43,031 dan mengubah beribu-ribu orang lain seperti saya 188 00:10:43,031 --> 00:10:47,033 yang masih mempunyai harapan untuk hidup. 189 00:10:47,033 --> 00:10:48,340 Terima kasih. 190 00:10:48,340 --> 00:10:57,438 (Tepukan) 191 00:11:24,561 --> 00:11:27,386 Adrian Hong: Joseph, terima kasih kerana berkongsi 192 00:11:27,386 --> 00:11:30,568 cerita yang begitu peribadi dan sangat istimewa itu dengan kita. 193 00:11:30,568 --> 00:11:33,793 Menurut kamu, saya tahu bahawa kamu belum bertemu dengan kakak kamu, 194 00:11:33,793 --> 00:11:36,253 selama hampir satu dekad, 195 00:11:36,253 --> 00:11:38,670 dan kalau dia berpeluang untuk menonton ini, 196 00:11:38,670 --> 00:11:40,497 kami ingin memberi kamu sebuah peluang 197 00:11:40,497 --> 00:11:42,725 untuk menghantarnya suatu pesanan. 198 00:11:42,725 --> 00:11:43,861 Joseph Kim: dalam bahasa Korea? 199 00:11:43,861 --> 00:11:46,469 AH: Kamu boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, selepas itu dalam bahasa Korea juga. 200 00:11:46,469 --> 00:11:50,377 (Ketawa) 201 00:11:50,377 --> 00:11:52,718 JK: Okay, saya tak akan membuatkannya lebih panjang dalam bahasa Korea 202 00:11:52,718 --> 00:11:55,459 sebab saya rasa saya tak boleh meneruskannya 203 00:11:55,459 --> 00:11:59,115 tanpa berair mata. 204 00:11:59,115 --> 00:12:03,836 Nuna, sudah genap 10 tahun 205 00:12:03,836 --> 00:12:10,357 yang adik tak berjumpa dengan kakak. 206 00:12:10,357 --> 00:12:13,749 Adik hanya nak cakap 207 00:12:13,749 --> 00:12:17,933 yang adik rindukan kakak, yang adik sayang kakak, 208 00:12:17,933 --> 00:12:22,276 dan tolong pulang kembali kepada adik dan teruskan hidup. 209 00:12:22,276 --> 00:12:27,162 Dan adik -- oh, alamak. 210 00:12:27,162 --> 00:12:31,482 Adik masih belum putus asa untuk bertemu dengan kakak. 211 00:12:33,591 --> 00:12:38,253 Adik akan hidup dengan gembira 212 00:12:38,253 --> 00:12:41,572 dan belajar bersungguh-sungguh 213 00:12:41,572 --> 00:12:43,649 sampai bertemu kembali dengan kakak, 214 00:12:43,649 --> 00:12:48,228 dan adik berjanji takkan menangis lagi. 215 00:12:48,228 --> 00:12:49,785 (Ketawa) 216 00:12:49,785 --> 00:12:52,373 Ya, adik berharap sangat untuk berjumpa dengan kakak, 217 00:12:52,373 --> 00:12:54,644 dan kalau kakak tak dapat jumpa adik, 218 00:12:54,644 --> 00:12:57,716 adik akan cari kakak juga, 219 00:12:57,716 --> 00:13:00,452 dan adik harap akan berjumpa dengan kakak suatu hari nanti. 220 00:13:00,452 --> 00:13:03,788 Boleh tak saya buat pesanan untuk ibu saya? 221 00:13:03,788 --> 00:13:05,439 AH: Sila. 222 00:13:05,439 --> 00:13:08,228 JK: Adik tak banyak menghabiskan masa dengan mak, 223 00:13:08,228 --> 00:13:10,140 tapi adik tahu yang mak masih sayangkan adik, 224 00:13:10,140 --> 00:13:13,084 dan mungkin masih berdoa untuk adik 225 00:13:13,084 --> 00:13:16,204 dan teringatkan adik. 226 00:13:16,204 --> 00:13:18,356 Adik nak ucapkan terima kasih 227 00:13:18,356 --> 00:13:21,890 kerana melahirkan adik ke dunia ini. 228 00:13:21,890 --> 00:13:23,359 Terima kasih. 229 00:13:23,359 --> 00:13:28,683 (Tepukan)