0:00:00.965,0:00:04.468 Saya dilahirkan dan dibesarkan di Korea Utara. 0:00:04.468,0:00:09.268 Walaupun keluarga saya hidup dalam kemiskinan, 0:00:09.268,0:00:12.796 saya selalu dipertamai dari segi sayang dan kasih 0:00:12.796,0:00:14.947 kerana saya anak lelaki tunggal 0:00:14.947,0:00:18.117 dan anak bongsu antara dua adik-beradik. 0:00:18.117,0:00:21.724 Akan tetapi, tahun 1994 berlakunya suatu kebuluran besar. 0:00:21.724,0:00:24.183 Masa itu saya berumur 4 tahun. 0:00:24.183,0:00:27.980 Saya bersama kakak saya sering pergi mencari kayu api 0:00:27.980,0:00:29.956 bermula dari pukul 5 pagi 0:00:29.956,0:00:32.762 sampai pulang lepas tengah malam. 0:00:32.762,0:00:36.650 Saya juga akan merayau-rayau jalan raya untuk mencari makanan. 0:00:36.650,0:00:38.823 Suatu kali saya ternampak seorang kanak-kanak 0:00:38.823,0:00:41.645 yang diikat pada belakang ibunya sambil makan keropok, 0:00:41.645,0:00:44.869 dan saya ingat merasa seperti mencuri daripadanya. 0:00:44.869,0:00:49.702 Kelaparan seumpama kemaluan. [br]Kelaparan seumpama putus asa. 0:00:49.702,0:00:52.905 Untuk seorang kanak-kanak yang lapar,[br]politik dan kebebasan 0:00:52.905,0:00:55.657 tak difikirkan pun. 0:00:55.657,0:00:58.345 Pada hari jadi kesembilan saya, [br]ibu bapa saya 0:00:58.345,0:01:01.774 tidak mampu untuk memberikan saya makanan. 0:01:01.774,0:01:05.718 Meskipun masih kecil, 0:01:05.718,0:01:08.753 saya boleh merasa perasaan berat hati mereka. 0:01:08.753,0:01:13.953 Akibat kebuluran tersebut, lebih sejuta rakyat Korea Utara [br]meninggal dunia. 0:01:13.968,0:01:17.664 Semasa saya berumur 13 tahun dalam tahun 2003, 0:01:17.664,0:01:20.577 ayah saya turut menjadi mangsa kebuluran. 0:01:20.577,0:01:24.465 Saya nampak ayah saya menjadi letih lesu [br]dan meninggal dunia. 0:01:24.465,0:01:28.597 Dalam tahun yang sama, ibu saya menghilangkan diri, 0:01:28.597,0:01:30.402 dan kakak saya memberitahu saya 0:01:30.402,0:01:33.003 bahawa dia telah pergi ke negara China untuk mencari duit, 0:01:33.003,0:01:37.198 tetapi tidak lama lagi akan pulang [br]dengan makanan dan wang. 0:01:37.198,0:01:40.149 Oleh kerana kami tidak pernah dipisahkan, 0:01:40.149,0:01:43.119 dan sebab saya sangka kami akan kekal bersama selama-lamanya, 0:01:43.119,0:01:46.992 maka saya tidak memeluk dia apabila dia pergi. 0:01:46.992,0:01:51.205 Itulah kesilapan paling besar [br]dalam hidup saya. 0:01:51.205,0:01:52.916 Tetapi saya pun tidak tahu 0:01:52.916,0:01:56.404 yang kami akan berpisah untuk tempoh yang lama. 0:01:56.404,0:02:01.341 Sejak itu, saya tak pernah bertemu kembali[br]dengan mak atau kakak saya. 0:02:01.341,0:02:05.560 Secara tiba-tiba, saya telah menjadi anak yatim piatu yang terbiar. 0:02:05.560,0:02:08.649 Kehidupan seharian saya menjadi sangat sukar, 0:02:08.649,0:02:10.701 tapi juga sangat mudah. 0:02:10.701,0:02:14.724 Matlamat saya hanyalah untuk mencari cebisan roti yang berdebu dalam tong sampah. 0:02:14.724,0:02:17.631 Itu bukan cara baik untuk hidup. 0:02:17.631,0:02:22.349 Saya mula sedar bahawa mengemis [br]bukan penyelesaian masalah saya. 0:02:22.349,0:02:27.675 Oleh itu, saya mula mencuri dari gerai makanan [br]di pasar-pasar haram. 0:02:27.675,0:02:30.640 Kadang-kadang, saya mengambil upah 0:02:30.640,0:02:32.970 untuk makanan. 0:02:32.970,0:02:36.116 Pernah suatu masa sewaktu musim sejuk, [br]saya menghabiskan dua bulan 0:02:36.116,0:02:37.859 bekerja dalam lombong batu arang, 0:02:37.859,0:02:43.634 33 meter di bawah tanah tanpa perlindungan 0:02:43.634,0:02:47.067 sampai selama 16 jam sehari. 0:02:47.067,0:02:49.431 Bukan saya seorang sahaja yang hidup sebegini. 0:02:49.431,0:02:56.992 Banyak lagi anak yatim yang hidup begini, [br]malah aga yang lebih teruk lagi. 0:02:56.992,0:03:01.128 Apabila saya terasa susah nak tidur akibat sejuk yang keterlaluan 0:03:01.128,0:03:02.595 ataupun akibat sakit dari kelaparan, 0:03:02.595,0:03:05.443 Saya berharap yang keesokan harinya, 0:03:05.443,0:03:08.006 kakak saya akan pulang untuk mengejutkan saya 0:03:08.006,0:03:10.276 dengan makanan kegemaran saya. 0:03:10.276,0:03:13.426 Harapan itu membantu saya untuk meneruskan hidup. 0:03:13.426,0:03:16.224 Saya tak bermaksud harapan yang sangat hebat. 0:03:16.224,0:03:19.346 Harapan saya adalah jenis yang [br]membolehkan saya percaya 0:03:19.346,0:03:21.809 bahawa dalam tong sampah berikutnya terdapat roti, 0:03:21.809,0:03:24.942 walaupunlah biasanya tiada. 0:03:24.942,0:03:28.385 Tapi kalau tak percaya, [br]saya tak akan cuba, 0:03:28.385,0:03:30.478 dan seterusnya akan mati. 0:03:30.478,0:03:34.416 Harapan membantu saya untuk hidup. 0:03:34.416,0:03:37.176 Tiap-tiap hari, saya memberitahu diri 0:03:37.176,0:03:39.904 bahawa sesusah mana pun hidup saya, 0:03:39.904,0:03:43.806 saya harus terus bertahan. 0:03:43.806,0:03:47.936 Selepas tiga tahun menunggu kepulangan kakak saya, 0:03:47.936,0:03:52.288 saya berputus untuk pergi ke negara China [br]sendiri untuk mencarinya. 0:03:52.288,0:03:55.148 Saya sedar 0:03:55.148,0:03:58.798 yang saya tak boleh hidup lama dengan cara ini. 0:03:58.798,0:04:01.603 Saya tahu perjalanan ke China akan penuh risiko, 0:04:01.603,0:04:04.500 tapi tak kira cara yang manapun [br]nyawa saya akan digadaikan juga. 0:04:04.500,0:04:08.686 Saya boleh mati kelaparan [br]seperti ayah saya di Korea Utara, 0:04:08.686,0:04:12.144 atau sekurang-kurangnya saya boleh cuba mencari kehidupan yang lebih baik 0:04:12.144,0:04:15.380 dan melarikan diri ke China. 0:04:15.380,0:04:18.610 Saya mendapat tahu yang banyak orang cuba merentas 0:04:18.610,0:04:23.397 sempadan ke China pada waktu malam supaya tidak dilihat. 0:04:23.397,0:04:27.355 Pengawal sempadan Korea Utara biasanya akan menembak dan membunuh orang 0:04:27.355,0:04:30.728 yang cuba merentas sempadan tanpa izin. 0:04:30.728,0:04:33.379 Askar China akan tangkap 0:04:33.379,0:04:35.233 dan menghantar balik orang Korea Utara, 0:04:35.233,0:04:39.573 di mana mereka akan menghadapi hukuman berat. 0:04:39.573,0:04:42.654 Saya mengambil keputusan untuk menyeberangi sempadan pada waktu siang, 0:04:42.654,0:04:48.087 pertama sekali sebab saya masih budak [br]dan masih takut kegelapan, 0:04:48.087,0:04:52.736 kedua sebab saya tahu saya sudahpun mengambil risiko, 0:04:52.736,0:04:56.151 dan sebab tak ramai orang yang cuba [br]merentas sempadan pada waktu siang. 0:04:56.151,0:04:57.841 Saya berpendapat bahawa ada peluang untuk [br]merentas sempadan 0:04:57.841,0:05:01.266 tanpa dilihat oleh sesiapa. 0:05:01.266,0:05:05.174 Saya berjaya sampai ke China pada 15 Februari 2006. 0:05:05.174,0:05:07.402 Masa itu, saya berumur 16 tahun. 0:05:07.402,0:05:10.322 Saya sangkakan kehidupan di China lebih senang, 0:05:10.322,0:05:13.595 memandangkan di sana terdapat lebih banyak makanan. 0:05:13.595,0:05:16.651 Saya ingatkan lebih ramai orang akan menolong saya. 0:05:16.651,0:05:20.664 Tapi kehidupan sana lebih sukar daripada kehidupan di Korea Utara, 0:05:20.664,0:05:22.359 sebab saya tak bebas. 0:05:22.359,0:05:25.104 Saya selalu risau akan kena tangkap 0:05:25.104,0:05:27.899 dan dihantar pulang. 0:05:27.899,0:05:31.170 Seperti keajaiban, beberapa bulan kemudian, 0:05:31.170,0:05:32.613 Saya bertemu seseorang yang menguruskan 0:05:32.613,0:05:35.955 tempat perlindungan bawah tanah [br]untuk orang Korea Utara, 0:05:35.955,0:05:38.563 dan dibenarkan untuk tinggal sana 0:05:38.563,0:05:43.915 dengan makanan tetap untuk kali pertamanya [br]selepas beberapa tahun. 0:05:43.915,0:05:48.396 Kemudian, pada tahun yang sama, seorang aktivis membantu saya melarikan diri dari China 0:05:48.396,0:05:52.617 dan pergi ke Amerika Syarikat sebagai orang pelarian. 0:05:52.617,0:05:55.917 Saya pergi ke Amerika tanpa mengetahui sepatah perkataan bahasa Inggeris, 0:05:55.917,0:06:00.296 tetapi pekerja sosial saya masih menyuruh saya [br]untuk pergi ke sekolah menegah. 0:06:00.296,0:06:04.495 Di Korea Utara pun, saya merupakan pelajar corot. 0:06:04.495,0:06:05.879 (Ketawa) 0:06:05.879,0:06:09.586 Dan saya hampir-hampir tak habis sekolah rendah. 0:06:09.586,0:06:12.890 Dan saya ingat pernah bergaduh di sekolah [br]lebih sekali sehari. 0:06:12.890,0:06:16.828 Minat saya bukanlah buku-buku teks dan perpustakaan. 0:06:16.828,0:06:20.573 Ayah saya cuba bersungguh-sungguhnya [br]untuk memotivasikan saya untuk belajar. 0:06:20.573,0:06:23.124 tapi ia masih tak berhasil. 0:06:23.124,0:06:26.267 Pada suatu ketika, ayah saya putus asa dengan saya. 0:06:26.267,0:06:30.236 Dia kata, "Kamu bukan anak saya lagi." 0:06:30.236,0:06:34.988 Masa itu saya hanya berumur 11 atau 12, [br]tapi saya betul-betul kecil hati. 0:06:34.988,0:06:37.649 Meskipun begitu, tahap motivasi saya 0:06:37.649,0:06:42.356 tidak berubah sebelum dia meninggal dunia. 0:06:42.356,0:06:45.161 Jadi semasa di Amerika, saya rasa tak masuk akal 0:06:45.161,0:06:48.188 apabila disuruh untuk belajar di sekolah menengah atas. 0:06:48.188,0:06:50.612 Sekolah menengah rendah pun saya tak pergi. 0:06:50.612,0:06:53.996 Saya mengambil keputusan untuk pergi, [br]hanya sebab disuruh, 0:06:53.996,0:06:56.404 tanpa betul-betul mencuba. 0:06:56.404,0:06:59.817 Tapi suatu hari apabila pulang dari sekolah, ibu angkat saya 0:06:59.817,0:07:03.026 telah memasak kepak ayam untuk makan malam. 0:07:03.026,0:07:06.280 Semasa makan malam, [br]saya keinginan mengambil satu lagi kepak ayam, 0:07:06.280,0:07:09.476 tapi saya perasan tak cukup untuk semua orang, 0:07:09.476,0:07:12.973 oleh itu tak jadi. 0:07:12.973,0:07:15.298 Apabila saya melihat pinggan saya, 0:07:15.298,0:07:20.434 saya nampak kepak ayam terakhir [br]yang ayah angkat saya berikan. 0:07:20.434,0:07:22.752 Saya berasa sungguh gembira. 0:07:22.752,0:07:25.015 Saya memandang dia tengah duduk sebelah saya. 0:07:25.015,0:07:28.331 Dia memandang saya balik dengan mesra, 0:07:28.331,0:07:31.003 tanpa berkata apa-apa. 0:07:31.003,0:07:35.847 Tiba-tiba saya teringat ayah kandung saya. 0:07:35.847,0:07:38.820 Perbuatan kecil ayah angkat saya yang penuh kasih sayang 0:07:38.820,0:07:41.041 mengingatkan saya pada ayah saya, 0:07:41.041,0:07:44.041 yang gemar berkongsi makanannya dengan saya 0:07:44.041,0:07:48.678 apabila dia lapar, walaupun apabila dia tengah kelaparan. 0:07:48.678,0:07:53.010 Saya berasa sangat rimas [br]sebab ada terlalu banyak makanan di Amerika, 0:07:53.010,0:07:56.477 sementara ayah saya telah mati akibat kebuluran. 0:07:56.477,0:08:00.680 Harapan tunggal saya pada malam itu [br]adalah untuk memasak makanan untuknya, 0:08:00.680,0:08:04.171 dan pada malam itu saya berfikir [br]apa lagi yang boleh dibuat 0:08:04.171,0:08:06.387 untuk memberi penghormatan kepadanya. 0:08:06.387,0:08:09.121 Dan jawapan saya adalah untuk berjanji diri 0:08:09.121,0:08:12.551 untuk belajar bersungguh-sungguh [br]dan mendapat pendidikan terbaik 0:08:12.551,0:08:16.115 di Amerika sebagi peringatan jasanya. 0:08:16.115,0:08:18.651 Saya mulai belajar lebih serius di sekolah, 0:08:18.651,0:08:21.451 dan untuk pertama kalinya dalam hidup saya, 0:08:21.451,0:08:25.348 saya menerima anugerah akademik untuk kecemerlangan, 0:08:25.348,0:08:30.962 dan berjaya ditempatkan dalam senarai dekan [br]dari semester pertama sekolah menengah atas. 0:08:30.962,0:08:38.594 (Tepukan) 0:08:38.594,0:08:41.324 Kepak ayam itu mengubah hidup saya. 0:08:41.324,0:08:45.381 (Ketawa) 0:08:45.381,0:08:48.973 Harapan itu peribadi. Harapan itu adalah sesuatu 0:08:48.973,0:08:51.482 yang tiada sesiapa boleh dianugerahkan. 0:08:51.482,0:08:54.402 Anda haruslah memilih untuk percaya harapan. 0:08:54.402,0:08:57.569 Anda haruslah mencapainya sendiri. 0:08:57.569,0:09:00.809 Di Korea Utara, saya mencapainya sendiri. 0:09:00.809,0:09:03.522 Harapan membawa saya ke Amerika. 0:09:03.522,0:09:06.522 Tapi di Amerika, saya tak tahu nak buat apa, 0:09:06.522,0:09:11.554 sebab saya mendapat kebebasan yang keterlaluan. 0:09:11.554,0:09:15.605 Malam itu, ayah angkat saya memberikan saya arah, 0:09:15.605,0:09:19.131 dan mendorong saya serta memberikan saya 0:09:19.131,0:09:23.058 tujuan hidup di Amerika. 0:09:23.058,0:09:26.178 Saya tidak datang ke sini sendiri. 0:09:26.178,0:09:31.132 Saya mempunyai harapan, [br]tetapi harapan sahaja tidak memadai. 0:09:31.132,0:09:35.286 Banyak orang telah membantu saya [br]untuk sampai ke sini. 0:09:35.286,0:09:39.274 Orang Korea Utara berjuang keras untuk hidup. 0:09:39.274,0:09:42.063 Mereka terus memaksa diri sendiri untuk bertahan hidup, 0:09:42.063,0:09:44.818 mempunyai harapan untuk hidup, 0:09:44.818,0:09:49.579 tetapi mereka tak mungkin berjaya tanpa pertolongan. 0:09:49.579,0:09:51.925 Inilah pesanan saya untuk sekalian. 0:09:51.925,0:09:54.634 Berharaplah untuk diri sendiri, 0:09:54.634,0:09:57.746 tapi bantulah satu sama lain. 0:09:57.746,0:10:04.328 Hidup boleh menjadi sukar untuk semua orang,[br]tidak kira di mana anda hidup. 0:10:04.328,0:10:08.114 Ayah angkat saya tiada niat untuk mengubah hidup saya. 0:10:08.114,0:10:12.486 Dengan cara yang sama, [br]anda juga boleh mengubah kehidupan seseorang 0:10:12.486,0:10:17.006 dengan perbuatan kasih sayang yang terkecil. 0:10:17.006,0:10:22.124 Sekeping roti boleh menghilangkan lapar, 0:10:22.124,0:10:25.225 dan harapan itu akan membawa roti 0:10:25.225,0:10:27.510 untuk membantu anda hidup. 0:10:27.510,0:10:30.727 Saya yakin bahawa 0:10:30.727,0:10:34.185 perbuatan anda yang penuh kasih sayang 0:10:34.185,0:10:37.589 boleh membantu kehidupan seorang yang lain seperti saya 0:10:37.589,0:10:43.031 dan mengubah beribu-ribu orang lain seperti saya 0:10:43.031,0:10:47.033 yang masih mempunyai harapan untuk hidup. 0:10:47.033,0:10:48.340 Terima kasih. 0:10:48.340,0:10:57.438 (Tepukan) 0:11:24.561,0:11:27.386 Adrian Hong: Joseph, terima kasih kerana berkongsi 0:11:27.386,0:11:30.568 cerita yang begitu peribadi dan sangat istimewa itu [br]dengan kita. 0:11:30.568,0:11:33.793 Menurut kamu, saya tahu bahawa kamu belum bertemu dengan kakak kamu, 0:11:33.793,0:11:36.253 selama hampir satu dekad, 0:11:36.253,0:11:38.670 dan kalau dia berpeluang untuk menonton ini, 0:11:38.670,0:11:40.497 kami ingin memberi kamu sebuah peluang 0:11:40.497,0:11:42.725 untuk menghantarnya suatu pesanan. 0:11:42.725,0:11:43.861 Joseph Kim: dalam bahasa Korea? 0:11:43.861,0:11:46.469 AH: Kamu boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, selepas itu dalam bahasa Korea juga. 0:11:46.469,0:11:50.377 (Ketawa) 0:11:50.377,0:11:52.718 JK: Okay, saya tak akan membuatkannya lebih panjang dalam bahasa Korea 0:11:52.718,0:11:55.459 sebab saya rasa saya tak boleh meneruskannya 0:11:55.459,0:11:59.115 tanpa berair mata. 0:11:59.115,0:12:03.836 Nuna, sudah genap 10 tahun 0:12:03.836,0:12:10.357 yang adik tak berjumpa dengan kakak. 0:12:10.357,0:12:13.749 Adik hanya nak cakap 0:12:13.749,0:12:17.933 yang adik rindukan kakak, yang adik sayang kakak, 0:12:17.933,0:12:22.276 dan tolong pulang kembali kepada adik dan teruskan hidup. 0:12:22.276,0:12:27.162 Dan adik -- oh, alamak. 0:12:27.162,0:12:31.482 Adik masih belum putus asa untuk bertemu dengan kakak. 0:12:33.591,0:12:38.253 Adik akan hidup dengan gembira 0:12:38.253,0:12:41.572 dan belajar bersungguh-sungguh 0:12:41.572,0:12:43.649 sampai bertemu kembali dengan kakak, 0:12:43.649,0:12:48.228 dan adik berjanji takkan menangis lagi. 0:12:48.228,0:12:49.785 (Ketawa) 0:12:49.785,0:12:52.373 Ya, adik berharap sangat untuk berjumpa dengan kakak, 0:12:52.373,0:12:54.644 dan kalau kakak tak dapat jumpa adik, 0:12:54.644,0:12:57.716 adik akan cari kakak juga, 0:12:57.716,0:13:00.452 dan adik harap akan berjumpa dengan kakak [br]suatu hari nanti. 0:13:00.452,0:13:03.788 Boleh tak saya buat pesanan untuk ibu saya? 0:13:03.788,0:13:05.439 AH: Sila. 0:13:05.439,0:13:08.228 JK: Adik tak banyak menghabiskan masa dengan mak, 0:13:08.228,0:13:10.140 tapi adik tahu yang mak masih sayangkan adik, 0:13:10.140,0:13:13.084 dan mungkin masih berdoa untuk adik 0:13:13.084,0:13:16.204 dan teringatkan adik. 0:13:16.204,0:13:18.356 Adik nak ucapkan terima kasih 0:13:18.356,0:13:21.890 kerana melahirkan adik ke dunia ini. 0:13:21.890,0:13:23.359 Terima kasih. 0:13:23.359,0:13:28.683 (Tepukan)