Umur saya 14 tahun di sebuah pusat boling, pecah masuk sebuah pusat permainan. Keluar bangunan, seorang pengawal tarik tangan saya, lalu saya lari. Saya lari ke hujung jalan, dan lompat ke atas pagar. Bila di atas pagar, berat 3,000 syiling dalam beg menarik saya jatuh ke tanah. Ketika bangun, pengawal keselamatan diri atas saya dan berkata "Lain kali kau nak curi, curi barang yang boleh pikul. (Gelak) Saya di bawa ke mahkamah juvenil dan saat dibebaskan ke pangkuan ibu saya, ayat pertama pakcik saya cakap "Macam mana boleh ditangkap?" Saya jawab, "Beg itu berat sangat." Dia balas, " Jangan ambil semua syiling." Jawab saya, "Duit itu kecil. Nak buat macam mana?" 10 minit kemudian,dia bawa saya pecah masuk pusat permainan lain. Kami perlu duit minyak untuk pulang. Itulah hidup saya. Saya membesar di Oakland, California, bersama ibu dan keluarga terdekat yang ketagih dadah kokain. Persekitaran saya adalah hidup dengan keluarga, kawan dan pusat gelandangan. Seringkali makan malam dihidang di barisan agihan makanan dan dapur umum. Gelandangan beritahu saya ini: wang menguasai dunia dan isinya. Di kawasan ini, wang adalah raja. Jika kau ikut wang, ia bawa kepada orang jahat atau baik. Tak lama lepas itu, saya lakukan jenayah pertama dan itulah kali pertama seseorang beritahu saya berpotensi dan rasa ada orang percaya pada saya. Tak siapa pernah beritahu saya boleh jadi peguam, doktor atau jurutera. Macam mana nak jadi? Saya tak tahu baca, tulis atau eja. Saya buta huruf. Jadi saya selalu fikir jenayah adalah cara hidup saya. Satu hari, saya berbual dengan seseorang dan dia beritahu tentang satu rompakan yang kami boleh buat. Kami pun lakukannya. Realitinya, saya membesar dalam negara paling kukuh kewangannya di dunia, Amerika Syarikat, sementara melihat ibu saya beratur di pusat darah menjual darahnya untuk $40 semata-mata untuk beri anak makan. Kesan jarum di tangannya masih kekal hingga kini. Saya tak kisah tentang masyarakat. Mereka tak kisah tentang saya. Semua di sana buat sesuka hati, ambil sesuka hati. pengedar dadah, perompak, pusat darah. Semuanya ambil duit yang berdarah. Jadi, saya dapatkan wang apa cara pun. Saya dapatkan wang saya. Celik kewangan memang menguasai dunia dan saya hamba kanak-kanak yang mengikuti orang jahat. Umur 17 tahun, saya ditahan kerana merompak dan membunuh dan saya dapati kewangan di penjara lebih berkuasa dari di jalanan jadi saya nak masuk sana. Satu hari, saya berebut helaian sukan dalam surat khabar supaya rakan sel boleh bacakan, saya terambil bahagian perniagaan. Seorang lelaki tua tegur, "Eh anak muda, awak melabur saham?" Jawab saya, "Apa itu?" Balas beliau, "Itulah tempat orang putih simpan duit." (Ketawa) Itulah kali pertama saya nampak sedikit harapan masa depan. Dia beritahu secara ringkas tentang saham, namun hanya sikit sahaja. Macam mana saya nak buat? Saya tak boleh baca, tulis atau eja. Kemahiran yang saya ada untuk tutup kelemahan buta huruf tak berkesan lagi dalam dunia ini. Saya terperangkap dalam penjara, mangsa kepada pemangsa, berjuang untuk kebebasan yang hilang. Saya sesat, penat dan tiada pilihan. Pada usia 20 tahun, saya buat perkara paling sukar seumur hidup saya. Saya ambil sebuah buku, dan ia saat paling menyakitkan dalam hidup saya, cuba belajar membaca, diperkecilkan oleh keluarga, gelandangan. Sangat sukar. Saya bergelut. Namun saya tak tahu Saya dapat hadiah paling berharga pernah diimpikan nilai diri, ilmu, disiplin. Saya sangat teruja membaca hingga saya baca semua yang saya pegang: pembalut gula-gula, lencana baju, papan tanda, semuanya. Saya hanya membaca! (Tepukan) Hanya membaca. Saya amat teruja tahu membaca dan mengeja. Orang datang bertanya, "Makan apa itu?" Saya jawab, "G-U-L-A, gula." (Ketawa) Dia cakap, "Minta sikit." Saya jawab, "T-A-K. Tak." (Ketawa) Seronok sangat. Kali pertama membaca dalam hidup saya. Perasaan yang saya dapat menakjubkan. Kemudian, di usia 22 tahun, rasa bersemangat rasa yakin, saya teringat kata-kata orang tua itu. Lalu, saya ambil bahagian perniagaan dalam akhbar Saya nak cari orang kaya kulit putih. (Ketawa) Jadi saya cari harapan di situ. Semakin saya kembangkan kerjaya mengajar orang mengurus wang dan melabur, saya sedar saya perlu bertanggungjawab terhadap tindakan saya. Benar, saya dibesarkan dalam persekitaran yang rumit. namun saya pilih untuk lakukan jenayah dan saya perlu bertanggungjawab. Saya perlu bertanggungjawab dan saya lakukannya. Saya membina kurikulum untuk ajar banduan urus wang melalui pekerjaan di penjara. Urus gaya hidup dengan betul dapat beri alat yang boleh dipindah yang boleh guna untuk urus duit apabila kami kembali kepada masyarakat, macam kebanyakan orang yang tak lakukan jenayah. Kemudian saya dapat tahu, menurut MarketWatch, lebih 60 peratus populasi Amerika memiliki kurang dari $1000 simpanan. Sports Illustated laporkan lebih 60 peratus pemain NBA dan NFL pokai. 40 peratus masalah rumahtangga datang dari masalah kewangan. Biar betul? (Ketawa) Adakah awak nak beritahu, orang bekerja seumur hidup, beli kereta, baju, rumah dan barang tetapi hidup cukup makan? Bagaimana anggota masyarakat nak bantu bekas banduan kembali pada masyarakat kalau mereka pun tak boleh urus diri? Habislah. (Ketawa) Saya perlu rancangan lebih baik. Keadaan sekarang kurang berkesan. Jadi... Saya fikir... sekarang saya bertanggungjawab berjumpa mereka bermasalah dan membantu. Pelik, kini saya ambil berat tentang masyarakat saya. Fikirkan. Saya ambil berat tentang masyarakat. Buta kewangan adalah penyakit yang lumpuhkan golongan minoriti dan kelas bawahan generasi demi generasi. Kita patut rasa marah. Tanya diri kita: Bagaimana 50 peratus populasi Amerika buta kewangan dalam negara yang dilimpahi kemakmuran kewangan? Akses kepada keadilan, status sosial, taraf hidup, pengangkutan dan makanan semuanya bergantung kepada wang yang kebanyakannya gagal diurus. Membimbangkan! Ia satu epidemik dan satu ancaman kepada keselamatan umum berbanding isu lain. Menurut Jabatan Pemulihan California, lebih 70 peratus banduan melakukan atau didakwa atas kesalahan berkaitan wang: rompakan, pecah masuk, penipuan, kecurian, peras ugut, dan banyak lagi. Dengar ini: kebiasannya seorang banduan masuk ke penjara California tanpa pendidikan kewangan, gaji 30 sen sejam, sekitar $800 setahun, tanpa perbelanjaan tetap dan tiada simpanan. Selepas dibebaskan dengan parol, dia diberi $200 duit saku dan diberitahu "Hey, semoga berjaya, hindari masalah. Jangan masuk balik penjara." Tanpa persediaan atau pelan kewangan jangka panjang, apa yang dia buat? Pada usia 60 tahun? Dapatkan kerja yang bagus.. atau kembali kepada kelakuan jenayah yang jadi sebab dia ke penjara? Anda pembayar cukai, anda pilih. Mungkin taraf pendidikannya telah memilih. Bagaimana kita sembuhkan penyakit ini? Saya tubuhkan satu program yang dipanggil Financial Empowerment Emotional Literacy. Kami gelarnya FEEL. Ia ajar cara asingkan membuat keputusan secara emosi dengan keputusan kewangan anda serta empat peraturan kewangan peribadi: cara betul menyimpan, kawal kos sara hidup meminjam dengan efektif dan pelbagaikan kewangan dengan cara duit bekerja untuk anda berbanding anda bekerja untuk duit. Banduan perlukan kemahiran hidup ini sebelum kembali kepada masyarakat. Anda tak boleh pulih tanpa kemahiran hidup ini. Pandangan hanya profesional boleh melabur dan urus wang adalah mengarut, dan sesiapa yang beritahu itu menipu. (Tepukan) Seorang profesional ialah orang yang arif tentang bidangnya lebih dari orang lain dan tiada yang lebih tahu jumlah wang yang diperlukan, dimiliki dan dimahukan lebih baik dari diri sendiri, maksudnya andalah profesional itu. Celik kewangan bukanlah kemahiran, tuan-tuan dan puan-puan. Ia gaya hidup. Kestabilan kewangan itu produk sampingan dari gaya hidup yang betul. Seorang banduan yang kukuh kewangannya boleh jadi pembayar cukai pembayar cukai yang kukuh kewangannya akan kekal membayar. Ini membolehkan kita membina jambatan antara golongan yang kita pengaruhi: keluarga, sahabat dan anak muda yang masih percaya jenayah dan wang berkait rapat. Jadi ayuh buang ketakutan dan kerisauan tentang jargon kewangan serta ayat mengarut yang kita dengar. Ayuh tumpukan perkara yang menghalang masyarakat kita dari pikul tanggungjawab agar menjadi pengurus hidup yang lebih baik. Ayuh sediakan kurikulum yang mudah dan ringkas yang menumpukan perkara penting tentang pemerkasaan kewangan dan celik emosi yang sebenar. Jika penonton di sini berfikir "Oh, itu bukan saya, saya tak percaya," datanglah masuk kelas saya. (Ketawa) supaya saya boleh tunjuk berapa kerugian setiap kali anda ikut emosi. (Tepukan) Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih. (Tepukan)