Tulis semula 5 campur 5 campur 5 campur 5 campur 5 campur 5 campur 5 dalam
ekspresi pendaraban.
Tuliskan expresi itu tiga kali dengan
menggunakan cara penulisan pendaraban yang berlainan.
Mari kita buat bahagian pertama.
Mari kita tuliskannya sebagai ekspresi pendaraban.
Berapa kali kita telah menambah 5?
Kita ada satu, dua, tiga,
empat, lima, enam, tujuh.
Satu cara untuk memikirkannya ialah
Berapakah '5' di sini?
Kamu boleh kata, 'Saya sudah campurkan 5 kepada dirinya sebanyak tujuh kali', betul?
Kamu boleh katakan ini sebagai 7 kali 5.
Kita boleh tuliskan secara literal, ini ialah 7 kali 5, ataupun kita boleh
melihatnya sebagai 5 sebanyak tujuh kali.
Saya belum tuliskannya dalam bentuk matematik lagi.
Saya hanya bercakap, tengok, jika saya nampak tujuh sesuatu, kamu
boleh katakan, jika ini ialah epal, kamu akan kata
epal tujuh kali, atau kamu akan kata tujuh kali epal itu,
apa-apa saja.
Sekarang, dalam kes ini, kita sebenarnya sedang mencampurkan nombor-nombor
ini ke satu sama lain, dan jika kita boleh memikirkan apakah itu, dan
kenapa tidak?
Tetapi, secara matematik, kita akan
katakan ini ialah 7 kali 5.
Kita juga boleh tuliskannya begini.
Kita boleh tulis 7 titik 5.
Ini dan ini ialah perkara yang sama.
Ia bermaksud kita sedang mendarabkan 7 kali 5, atau, 5 kali 7.
Kamu boleh tukarkan susunannya, dan kamu akan dapat
nilai yang sama.
Kamu boleh tuliskan 5 kali 7.
Jadi kamu boleh tafsirkan ini sebagai 7 kali lima, atau, 5 tujuh kali,
Buatlah apa yang kamu suka, atau 5 kali tujuh.
Saya tidak mahu mengelirukan kamu.
Saya hanya mahu tunjukkan kepada kamu bahawa semua ini adalah sama.
Ini juga adalah sama.
5 kali 7.
Perkara yang sama.
Kamu boleh tuliskannya dalam kurungan.
Kamu boleh tuliskan macam ini.
Semua ini maksudnya sama.
ini 7 darab 5, dan ini juga sama.
Semua ini membawa maksud yang sama : 5 darab 7.
Semua ini adalah sama, dan sejak kita sudah buat
begitu banyak, mari kita fikirkan jawapannya.
Jika kita campurkan 5 kepada dirinya sebanyak tujuh kali, apakah yang kita dapat?
5 campur 5 ialah 10.
10 campur 5 ialah 15, campur 5 ialah 20, campur 5 ialah 25, campur 5 ialah 30.
campur 5 ialah 35.
Jadi semua ini menilai ke 35, kamu nampak ia ialah
perkara yang sama.
Semua ini bersamaan dengan 35.
Ini juga perkara yang sama,
bergantung ke bagaimana kamu mahu tafsirkan ini,
lima kali 7
lima kali 7
Mereka tidak menyuruh kita buat, tetapi saya mahu tunjukkan
kepada kamu.
lima kali 7 akan nampak seperti ini : 7 campur 7 campur 7 campur 7
campur 7, betul?
Saya ada lima kali 7.
Saya campurkannya kepada dirinya sebanyak 5 kali.
Ada lima 7 disini yang telah dicampurkan kepada dirinya.
Bila kamu campurkan, kamu akan dapat 35.
Inilah mengapa 5 kali 7 dan 7 kali 5 ialah perkara yang sama.