Hari ini kita akan lihat cth bg Penyata Kewangan bg Perkongsian, acc.Perasingan & acc.Semasa. Di sebelah kiri ialah soalannya. Jom perhatikan Imbangan Duga sepintas lalu. Ini ialah Imbangan Duga bg Vision Optical pd 31/12/20x5. Ini ialah modal dari Hugh & Jackman; maksudnya perkongsian ini antara 2 org. Kemudian acc.Belian & Jualan yg didapati dari Penyata Pendapatan. Kenderaan & Alatan Pej dari Kunci Kira2 dlm Aset Bukan Semasa. Lagi; Penghutang & Pemiutang juga dari Kunci Kira2. Pinjaman dari Hugh; iaitu rakan kongsi. Maka ini pinjaman dari rakan kongsi. Tapi pinjaman dari rakan niaga juga = pinjaman dari pihak ke-3. Jadi ianya dlm Liabiliti Bukan Semasa & bukannya Ekuiti. Ada Ambilan dari Jackman. Utiliti, Gaji, Insurans & Promosi semuanya Perbelanjaan dlm Penyata Pendapatan. Aset Semasa anda = Bank. Perhatikan, tiada acc.Semasa dlm Imbangan Duga kan? Stok Awalan pun tiada, bermaksud perniagaan ini baru beroperasi setahun. maka tiada baki yg terkumpul. Maklumat tambahan: 1. Stok RM11k pd 31Dec. Ini ialah Stok Akhir. 2. Susut nilai bg Kenderaan 20% & Alatan Pej 10%. Jom kirakan nilainya. Anggapkan tempohnya 1thn & tak perlu puratakan mengikut bulan. Berapakah kos Kenderaan? Kosnya RM26k. Nilai susutan = 20% x RM26k = RM5200. Bg Alatan Pej, kosnya RM10300. Nilai susutan = 10% x RM10300 = RM1030. Jumlah kedua-dua nya = RM6230. 3. Faedah pinjaman = 8% setahun. Jumlah pinjaman = RM10k, Faedah pinjaman = 8% x RM10k = RM800. 4. Tunggakan Utiliti = RM250. Dlm Imbangan Duga, Utiliti = RM3800. Tambah nilai2 itu utk dapat jumlah bg Utiliti. 5. Gaji Jackman = RM7200. Tiada kiraan diperlukan. 6. Faedah bg Modal = 5%. Modal dari Hugh = RM30k, Jackman pula RM20k. Faedah bg Modal: 5% x RM30k = RM1500, 5% x RM20k = RM1000. 7. Faedah bg Ambilan: 5%. Hanya Jackman yg buat Ambilan iaitu RM2k. Maka Faedah bg Ambilan: 5% x RM2k = RM100. 8. Baki Untung/Rugi dibahagikan kpd Hugh & Jackman dgn nisbah 3:2. OK. Sekarang kita boleh mula dgn Penyata Pendapatan pula. Perkara pertama dlm Imbangan Duga ialah Modal. Tinggalkan ruang dlm Kunci Kira2 bg Aset Semasa/Bukan Semasa & Liabiliti Semasa. Pinjaman dari Hugh = Liabiliti Bkn Semasa. Jadi nama bhgian ini bkn Ekuiti, tapi 'Dibiayai Oleh' krn perniagaan ini dibiayai oleh ekuiti dari rakan kongsi + liabiliti jangka panjang. Di bawahnya: Modal dari Hugh, RM30k & Modal dari Jackman, RM20k. Selesai utk Modal. Seterusnya: Belian & Jualan. Yg ini masuk dlm Penyata Pendapatan. Tuliskan Jualan, RM90k. Kemudian kita ada bhgian Kos Jualan. Perkara pertama mestilah Stok Awalan, tapi belum ada sebab baru thn pertama. Jadi kita teruskan dgn Belian. Belian, RM50k. Ia ditolak dgn Stok Akhir, RM11k. Maklumat 1: Kos Jualan = RM50k - RM11k = RM39k. RM90k - RM39k = RM51k = Untung Kasar. Selesai bg Belian, Jualan & sebahagian Stok. Ingat lg bahawa sebarang maklumat tambahan mesti dimasukkan 2x; 1x bg setiap Penyata Pendapatan & Kunci Kira2. Kita perlu buat Catatan Beregu utk nya. Jom siapkan Catatan Beregu bg Stok. Kita dah tulis di Penyata Pendapatan, sekarang utk Aset Semasa pula. Kita semak Kunci Kira2. Tuliskan tajuknya iaitu Aset Bkn Semasa. Selang 5 baris utk aset2 tadi. Tuliskan tajuk bg Aset Semasa pula. di bawahnya ada Stok Akhir, RM11k. Kita dah selesaikan Maklumat Tambahan no.1. Belian & Jualan pun dah siap. Teruskan dgn Kenderaan & Alatan Pej iaitu dlm Kunci Kira2. Kos bg Kenderaan, RM26k. Selang sebaris bg Susutan Nilainya. Kemudian Alatan Pej, RM10300. Selesai 2 perkara itu. Perkara2 dlm Imbangan Duga cuma direkod 1x saja. Seterusnya, Penghutang & Pemiutang. Nilai Penghutang pasti RM6500 krn ianya Aset & mesti ada baki debit. Nilai Pemiutang pula RM7900 krn ianya Liabiliti & mesti ada baki kredit. Lihat Kunci Kira2. Di bawah Aset Semasa, tuliskan Penghutang, RM6500. Selang sebaris utk Bank. Kemudian, tuliskan Liabiliti Semasa. Di bawahnya ada Pemiutang, RM7900. selesai utk Penghutang & Pemiutang. Pinjaman dari Hugh masuk dlm Liabiliti Bkn Semasa iaitu di bawah 'Dibiayai Oleh'. Buka ruang dlm Kunci Kira2 utk acc.Semasa, tuliskan Liabiliti Bkn Semasa. Masukkan jumlah Pinjaman dari Hugh, RM10k. Selesai utk Pinjaman Hugh. Nilai Ambilan dipindahkan ke acc.Semasa rakan kongsi kemudian. Bulatkan ia sbg peringatan. Utiliti, Gaji, Insurans & Promosi; semua Perbelanjaan ini ditulis dlm Penyata Pendapatan slps Untung Kasar. Di bawah Belanja, tuliskan: jumlah semua Utiliti, RM4050. Diikuti Gaji, RM9600; Insurans, RM1600 & Promosi, RM2700. Selesai bg Utiliti, Gaji, Insurans & Promosi. Masukkan nilai RM45400 bg Bank dlm Aset Semasa. Sekarang utk maklumat tambahan pula. Nilai Susutan mesti direkod dlm Penyata Pendapatan & Kunci Kira2. Kita masih di thn pertama perniagaan, jadi tiada baki susutan nilai dari tahun lepas. Jumlah belanja tahun ini = RM6230, sama juga dgn baki susutan nilai bg Aset. Isikan susut nilai tadi dlm Penyata Pendapatan, RM6230. Tuliskan juga susut nilai terkumpul; bg Kenderaan,RM5200; Alatan Pej,RM1030. Selesai bg perkara ke-2. Perkara ke-3; Faedah pinjaman RM800. Ia sama spt pinjaman dgn pihak ke-3, maka kadar faedah termasuk dlm Kos Kendalian. Ia tak dikira sbg keuntungan kpd rakan niaga. Jd ia ditulis dlm Penyata Pendapatan. Faedah RM800 ini bukan dibayar kpd anda, maka menjadi Liabiliti Semasa sbg Faedah Terakru. Selesai utk perkara ke-3. Perkara ke-4; Tunggakan Utiliti. Kita dah tambahkan RM250 kpd jumlah di atas. Maka ia menjadi Utiliti Terakru, maksudnya ia dah jadi Liabiliti & belum dibayar. Di bawah Liabiliti Semasa, tuliskan Utiliti Terakru, RM250. Selesai. Perkara ke-5; Gaji Jackman yg di dlm acc.Perasingan. Abaikan dulu. Perkara ke-6; Faedah bg Modal. Perkara ke-7; Faedah bg Ambilan. Perkara ke-8; baki untung/rugi. Semua ini pun termasuk dlm acc.Perasingan. Sebelum diteruskan dgn acc.Perasingan, kita perlu semak jumlah Untung Bersih. Jumlah Untung Bersih perlu diketahui utk diagihkan kpd rakan2 kongsi. Jom jumlahkan Perbelanjaan iaitu sebanyak RM24980. Untung Kasar - Perbelanjaan = Untung Bersih = RM26020. Dlm bhgian ke-2, kita akan belajar apakah yg mempengaruhi acc.Perasingan & acc.Semasa kpd rakan2 kongsi.