Dlm bhgian 1 bg pelajaran ini,
saya ada terangkan dgn teliti
Catatan Beregu yg terlibat dlm
Perakaunan utk Penggajian.
Sekarang, saya akan rumuskan
kaedahnya & juga akaun yg terlibat
bg Perakaunan utk Penggajian.
Pd hujung bln bila gaji perlu dibayar;
istilah "perlu dibayar" diguna krn gaji itu
belum lagi dibayarkan. Ini krn masanya
gaji disedia berbeza dgn ia dibayar.
Apa yg perlu anda buat bila tiba masa
gaji perlu dibayar?
Saya akan rumuskan Catatan Beregu
utk anda.
Anda perlu debitkan
acc.Perbelanjaan (Gaji).
Dlm acc itu, anda rekodkan jumlah
Gaji Kasar.
Utk maklumat terperinci, anda buka
acc.KWSP utk merekod caruman majikan.
Ia menunjukkan bhgian majikan &
perbelanjaan majikan saja.
Ada juga acc.PERKESO dgn caruman
dari majikan saja.
Ingat ya, ini semua akaun bg majikan.
Semua acc.Perbelanjaan ini didebit,
& kredit kpd acc.Liabiliti Persendirian.
Yg pertama, kreditkan apa yg terhutang
dgn pekerja anda.
Setelah ditolak semua bhgian di atas,
jumlah kredit ini = Gaji Bersih.
Jumlah yg selainnya akan dimasukkan ke
acc.Liabiliti yg berkenaan.
Maka acc.Gaji Terakru dikreditkan. Akaun2
berikutnya juga ialah acc.Liabiliti.
Acc.Gaji Terakru dikreditkan
dgn Gaji Bersih,
acc.KWSP pula dikredit dgn
caruman majikan + pekerja.
Acc.PERKESO juga dikredit dgn
caruman majikan + pekerja.
Acc.PCB(cukai pendp) pula dikredit
dgn caruman pekerja saja.
Majikan tak perlu mencarum utk akaun ini.
Lain2 potongan dari gaji pekerja cth:
pinjaman perumahan, yuran kelab sukan dll
dimasukkan samada ke acc.Liabiliti
Persendirian @ acc.Potongan Lain Terakru.
Walaupun diberi nama lain, ia tetap
akaun Liabiliti & hanya mengandungi
caruman pekerja saja.
3 akaun ini didebitkan dgn
perbelanjaan majikan.
Akaun di bawah ini pula dikredit dgn
jumlah potongan yg akan dibayar kemudian.
Inilah Catatan Beregu utk
gaji yg perlu dibayar.
Selepas anda buat bayaran kpd pihak
berikut, akaun2 ini akan didebitkan.
Krn utk menutup akaun Liabiliti,
wang perlu didebitkan kpdnya.
Akaun2 yg didebit ialah: acc.Gaji Terakru
spt jumlah yg tertera, diikuti dgn
acc.KWSP Terakru, PERKESO Terakru,
PCB Terakru & Potongan Lain Terakru.
Akaun2 didebit utk menutupnya
slps bayaran dibuat.
Apa yg dikreditkan?
Ya. Acc.Bank yg akan dikreditkan dgn
jumlah kesemua bayaran.
Perhatikan, akaun2 di bhgian kiri =
di bhgian kanan kan?
Bezanya: yg ini dikredit,
yg ini pula didebit.
Bila akaun yg sama didebit & dikreditkan
dgn jumlah yg sama, nilai2 itu terbatal.
Maka akaun itu pun ditutup.
Kesannya pd akaun majikan ialah semua
perbelanjaan & pengurangan baki acc.Bank.
Bila debit/kredit terbatal, wujud Belanja
dlm akaun majikan & baki acc.Bank susut.
Ini cth Catatan Beregu bg Penggajian.
Ia akan menunjukkan perbelanjaan dlm akaun
majikan & berapakah jumlah bayaran
yg harus majikan buat,samada terdapat
potongan utk pekerja itu atau tidak.
Krn potongan2 itu perlu dimasukkan
ke pihak yg sepatutnya menerima.
Anda hanya memegangnya sementara ia
dimasukkan ke akaun pihak berkenaan.