Selamat datang ke video "Asas Penolakan". Sebelum itu, jom kita imbas semula tentang "Asas Penambahan". Apa maksudnya jika diberi 4 + 3? Apa jawapannya? Kita boleh selesaikan dengan beberapa cara. Anggapkan kita ada 4 benda. Mungkin 4 bulatan. Mungkin 4 biji lemon. 1...2...3...4 biji lemon. Dan kita tambah 3 biji lemon lagi. 1...2...3 biji. Berapakah kesemua lemon yang kita ada? Kita tambahkan 3 dengan 4. Jumlahnya? Jumlahnya ialah: 1...2...3...(giliran anda!) 6...7! 7 biji lemon kesemuanya! Satu lagi cara ialah dengan melukis Garis Nombor. Lukiskan 1 garisan. Ini ialah Garis Nombor kita. Mula dengan nombor: 0...1...2...(giliran anda!) 5...6...7. Bermula pada nombor 4, iaitu nombor 4 ini, tambahkan dengan 3. Jadi kita anjakkan ke 3 titik seterusnya. 1...2...3 dan kita sampai ke titik nombor 7! Kesimpulannya, kalau kita ada 4 dan ditambah 3, kita ada 7 semuanya. Ataupun kalau kita meningkat 4 dari 3, kita dapat 7 juga. Jadi, apa itu "Penolakan"? Contoh pertama: 4 - 3. Apakah jawapannya? Saya ulang, 4 - 3 = ? "Penolakan" atau "Pengurangan" ialah lawan kepada "Penambahan". Dalam "Penambahan", anda tingkatkan jumlah. Contoh; saya ada 4 lemon + 3 lemon lagi. Dalam "Penolakan" pula, anda kurangkan jumlah. Contoh; saya ada 4 biji lemon. Jika saya tolak 3 dari jumlah ini, maksudnya saya buang atau kurangkan 3 dari kesemuanya. Jadi untuk tolak 3 daripada 4, kita buang yang ini (1), yang ini (2), dan juga yang ini (3). Berapa banyak lemon yang ada sekarang? 1 lemon saja yang tidak dibuang, jadi bakinya ialah 1! Cara lain untuk selesaikan soalan ini ialah dengan Garis Nombor seperti tadi. Ini Garis Nombor. Kita tuliskan nombor-nombor seperti tadi juga. 0...1...2...3 (giliran anda!) 6...7. Garisan ini akan berterusan. Sebab itulah kita lukis anak panah disini, sebab kita takkan lukis keseluruhan garisan. Kita mula dengan 4 lemon, kan? Semasa Penambahan, kita anjakkan 3 titik dari nombor 4 pada Garis Nombor. Sebab semakin ke kanan, nilai semakin bertambah. Kita bergerak dari 4 ke 5, itu anjakan pertama. 5 ---> 6; itu ke-2, dan 6---> 7 ialah anjakan ke-3. Sekarang, kita kurangkan dari 4. Jadi apa yang perlu dibuat? Apa yang anda fikir kita akan buat? Kita akan menolak, maksudnya kita akan mengurangkan jumlah lemon yang ada. Jadi kita kurangkan 1, kita sampai ke titik nombor 3. Kita kurangkan 2, kita sampai ke titik nombor 2. Kita akan tolak 3 semuanya,kan? Jadi kita berundur 1...2...3 dari Garis Nombor. Jadi kita sampai ke titik nombor 1. Sebagai imbasan, Penambahan menjadikan sesuatu jumlah lebih besar. Penolakan ula mengurangkan jumlah. Jika pada Garis Nombor pula, Penambahan bermaksud; jumlah di anjakkan sebanyak nilai yang diberi. Contohnya, anjakan sebanyak 3 titik seperti dalam latihan. Maka dari 4, kita sampai ke titik nombor 7. Dalam Penolakan pula, kita undurkan titik dalam Garis Nombor sebanyak nilai yang diberi. Contohnya, undur 3 titik seperti dalam latihan. Kita undurkan 1....2...3 titik dan sampai ke nombor 1. Anda boleh juga bayangkan yang anda ada 4 barang, jika anda beri 3 daripadanya kepada orang lain, atau 3 daripadanya hilang, maka tinggal 1 saja barang. Sekarang saya nak kongsikan sesuatu yang menarik mengenai Penolakan. Kita sudah tahu 4 - 3 = 1. Apa jawapannya jika 4 - 1? Katakan saya ada 1...2...3...4, 4 biji epal. Dan saya makan 1 daripadanya. Jadi sudah kurang 1 epal. Berapakah jumlah epal yang tinggal? 1...2...3. 4 - 1 = 3. Jika kita gunakan Garis Nombor, bermula dari 4, kita tolak dengan 1. Jadi kita dapat jumlah lebih kecil. Undur 1 titik, kita sampai ke titik nombor 3. Kedua-dua cara memberikan jawapan yang sama. 4 - 3 =1, 4 - 1 = 3 Saya akan kongsikan 1 lagi contoh. Berapakah jawapan 3 + 1 = ? Mudah saja. Anda sudah tahu "Asas Penambahan". Bermula dari 3 pada Garis Nombor, anjakkan 1 titik. Anda sampai ke titik nombor 4. 3 + 1 = 4. Ataupun, bermula dari 1, anjakkan 3 titik. 1...2...3. Anda sampai ke titik nombor 4 juga. Kita boleh songsangkan nombor-nombor ini Kedia-duanya mendapat 4 sebagai jawapan. Apa yang anda perhatikan di sini? Contoh-contoh ini berkaitan sesama sendiri. 1 + 3 = 4. 3 + 1 = 4. 4 - 1 = 3. Asasnya, 4 - 1 = 3 berkait dengan 3 + 1 = 4. Maksudnya, jika saya tambah 1 pada 3, saya dapat 4. Jika saya ambil 1 dari 4, saya dapat 3. Semoga latihan-latihan tadi dapat memberi gambaran tentang Penolakan. Saya akan selesaikan sebanyak mungkin latihan Penolakan dalam masa 10 minit untuk video seterusnya. Dan anda akan bersedia untuk membuat latihan. Jumpa lagi!