Selamat datang ke video "Asas Penolakan".
Sebelum itu, jom kita imbas semula tentang "Asas Penambahan".
Apa maksudnya jika diberi 4 + 3?
Apa jawapannya?
Kita boleh selesaikan
dengan beberapa cara.
Anggapkan kita ada 4 benda.
Mungkin 4 bulatan.
Mungkin 4 biji lemon.
1...2...3...4 biji lemon.
Dan kita tambah 3 biji lemon lagi.
1...2...3 biji.
Berapakah kesemua lemon yang kita ada?
Kita tambahkan 3 dengan 4.
Jumlahnya?
Jumlahnya ialah:
1...2...3...(giliran anda!)
6...7!
7 biji lemon kesemuanya!
Satu lagi cara ialah
dengan melukis Garis Nombor.
Lukiskan 1 garisan.
Ini ialah Garis Nombor kita.
Mula dengan nombor:
0...1...2...(giliran anda!)
5...6...7.
Bermula pada nombor 4,
iaitu nombor 4 ini,
tambahkan dengan 3.
Jadi kita anjakkan
ke 3 titik seterusnya.
1...2...3
dan kita sampai ke titik nombor 7!
Kesimpulannya,
kalau kita ada 4 dan ditambah 3,
kita ada 7 semuanya.
Ataupun
kalau kita meningkat 4 dari 3,
kita dapat 7 juga.
Jadi, apa itu "Penolakan"?
Contoh pertama:
4 - 3.
Apakah jawapannya?
Saya ulang,
4 - 3 = ?
"Penolakan" atau "Pengurangan" ialah
lawan kepada "Penambahan".
Dalam "Penambahan",
anda tingkatkan jumlah.
Contoh;
saya ada 4 lemon + 3 lemon lagi.
Dalam "Penolakan" pula,
anda kurangkan jumlah.
Contoh;
saya ada 4 biji lemon.
Jika saya tolak 3 dari jumlah ini,
maksudnya
saya buang atau kurangkan
3 dari kesemuanya.
Jadi untuk tolak 3 daripada 4,
kita buang yang ini (1),
yang ini (2),
dan juga yang ini (3).
Berapa banyak lemon yang ada sekarang?
1 lemon saja
yang tidak dibuang,
jadi bakinya ialah 1!
Cara lain untuk selesaikan soalan ini
ialah dengan Garis Nombor seperti tadi.
Ini Garis Nombor.
Kita tuliskan nombor-nombor
seperti tadi juga.
0...1...2...3 (giliran anda!)
6...7.
Garisan ini akan berterusan.
Sebab itulah kita lukis anak panah disini,
sebab kita takkan lukis
keseluruhan garisan.
Kita mula dengan 4 lemon, kan?
Semasa Penambahan,
kita anjakkan
3 titik dari nombor 4
pada Garis Nombor.
Sebab semakin ke kanan,
nilai semakin bertambah.
Kita bergerak dari 4 ke 5,
itu anjakan pertama.
5 ---> 6; itu ke-2,
dan 6---> 7 ialah anjakan ke-3.
Sekarang,
kita kurangkan dari 4.
Jadi apa yang perlu dibuat?
Apa yang anda fikir kita akan buat?
Kita akan menolak,
maksudnya kita akan mengurangkan
jumlah lemon yang ada.
Jadi kita kurangkan 1,
kita sampai ke titik nombor 3.
Kita kurangkan 2,
kita sampai ke titik nombor 2.
Kita akan tolak 3 semuanya,kan?
Jadi kita berundur
1...2...3 dari Garis Nombor.
Jadi kita sampai
ke titik nombor 1.
Sebagai imbasan,
Penambahan menjadikan
sesuatu jumlah lebih besar.
Penolakan ula mengurangkan jumlah.
Jika pada Garis Nombor pula,
Penambahan bermaksud;
jumlah di anjakkan sebanyak nilai yang diberi.
Contohnya, anjakan sebanyak
3 titik seperti dalam latihan.
Maka dari 4,
kita sampai ke titik nombor 7.
Dalam Penolakan pula,
kita undurkan titik
dalam Garis Nombor
sebanyak nilai yang diberi.
Contohnya, undur 3 titik
seperti dalam latihan.
Kita undurkan 1....2...3 titik
dan sampai ke nombor 1.
Anda boleh juga bayangkan
yang anda ada 4 barang,
jika anda beri 3 daripadanya
kepada orang lain,
atau 3 daripadanya hilang,
maka tinggal 1 saja barang.
Sekarang saya nak kongsikan
sesuatu yang menarik mengenai Penolakan.
Kita sudah tahu
4 - 3 = 1.
Apa jawapannya jika
4 - 1?
Katakan saya ada
1...2...3...4,
4 biji epal.
Dan saya makan 1 daripadanya.
Jadi sudah kurang 1 epal.
Berapakah jumlah epal yang tinggal?
1...2...3.
4 - 1 = 3.
Jika kita gunakan Garis Nombor,
bermula dari 4,
kita tolak dengan 1.
Jadi kita dapat jumlah lebih kecil.
Undur 1 titik,
kita sampai ke titik nombor 3.
Kedua-dua cara memberikan
jawapan yang sama.
4 - 3 =1,
4 - 1 = 3
Saya akan kongsikan 1 lagi
contoh.
Berapakah jawapan
3 + 1 = ?
Mudah saja.
Anda sudah tahu "Asas Penambahan".
Bermula dari 3 pada Garis Nombor,
anjakkan 1 titik.
Anda sampai ke titik nombor 4.
3 + 1 = 4.
Ataupun,
bermula dari 1,
anjakkan 3 titik.
1...2...3.
Anda sampai ke titik nombor 4 juga.
Kita boleh songsangkan
nombor-nombor ini
Kedia-duanya mendapat 4
sebagai jawapan.
Apa yang anda perhatikan
di sini?
Contoh-contoh ini
berkaitan sesama sendiri.
1 + 3 = 4.
3 + 1 = 4.
4 - 1 = 3.
Asasnya,
4 - 1 = 3
berkait dengan
3 + 1 = 4.
Maksudnya, jika saya tambah 1 pada 3,
saya dapat 4.
Jika saya ambil 1 dari 4,
saya dapat 3.
Semoga latihan-latihan tadi dapat
memberi gambaran
tentang Penolakan.
Saya akan selesaikan
sebanyak mungkin latihan Penolakan
dalam masa 10 minit
untuk video seterusnya.
Dan anda akan
bersedia untuk membuat latihan.
Jumpa lagi!