Dalam perjalanan tadi,
saya berbual dengan penumpang di sebelah
saya mengenai satu perkara menarik
sepanjang penerbangan saya.
Katanya, "Nampaknya Amerika Syarikat
telah ketandusan pekerjaan,
kerana mereka mencipta sesetengah darinya;
pakar psikologi kucing, pelatih anjing,
pemburu ribut.
seketika kemudian, beliau bertanya,
"Apa pekerjaan anda? "
Saya berkata "Pembina Keamanan?"
(ketawa)
Setiap hari, saya berusaha untuk
mempertingkatkan suara wanita
dan untuk menonjolkan pengalaman mereka
dan juga penglibatan mereka dalam
proses keamanan dan penyelesaian konflik,
dan disebabkan oleh pekerjaan saya ini,
saya mendapati hanya ada satu cara untuk
pastikan penglibatan wanita, seluruh dunia
ialah dengan menggunakan agama.
Perkara ini merupakan sesuatu yang
amat penting pada saya.
Sebagai seorang wanita Muslim, saya amat
berbangga dengan kepercayaan saya.
Ia memberikan saya kekuatan dan keyakinan
untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Ia juga merupakan sebab
saya berdiri di sini hari ini.
Tetapi saya tidak boleh memandang remeh
kemusnahan yang dilakukan atas nama agama,
bukan sahaja oleh agama saya, malah
kepercayaan utama di seluruh dunia.
Gambaran yang salah dan penyalahgunaan
serta manipulasi kitab keagamaan
telah mempengaruhi norma sosial dan
kebudayaan kita,
undang-undang, kehidupan
seharian,
sehingga ke tahap kita tidak lagi
mengenalinya.
Kedua ibubapa saya berpindah dari Libya,
Afrika Utara, ke Kanada
pada awal tahun 80-an,
dan saya merupakan anak tengah
dari 11 orang adik beradik.
Ya benar, 11.
Semakin dewasa,
saya dapati ibubapa saya,
kedua mereka amat
mentaati agama,
bersembahyang dan bersyukur
atas rahmat yang diterima,
salah satunya adalah saya,
disamping perkara lain. (ketawa)
Mereka baik dan lucu serta
sabar orangnya,
amat penyabar, tahap kesabaran dituntut
dalam membesarkan 11 orang anak.
Dan mereka bersikap adil.
Saya tidak pernah diukur berdasarkan
kanta budaya agama.
Saya dilayan sama rata,
saya juga diharap untuk
berfikiran sama seperti itu.
Saya tidak pernah diajar bahawa Tuhan
menghakimi berdasarkan jantina.
Dan pada kepercayaan mereka, Tuhan adalah
maha mengasihani dan maha membantu
serta pemberi dan ia telah membentuk
pemahaman saya terhadap kehidupan ini.
Sudah tentu, bagaimana saya dibesarkan
memberi saya kelebihan tambahan.
Menjadi salah seorang dari 11 orang anak
merupakan Diplomasi 101. (Ketawa)
Sehingga sekarang, saya ditanya
di mana saya mendapat pendidikan
seperti, "Kennedy School of Government?"
saya melihat mereka
dan berkata, "Tidak,
saya belajar di "Murabit School of
International Affairs."
Ianya amat eksklusif. Anda perlu bertanya
kepada ibu saya untuk kemasukan ke situ.
Nasib anda baik, ibu saya
ada di sini.
Tapi menjadi salah seorang dari 11 orang
saudara dan mempunyai 10 adik-beradik
mengajar anda banyak erti struktur kuasa
dan sekutu.
Ia mengajar fokus; bercakap pantas
atau berkata sedikit,
kerana anda akan seringkali di pintas.
Ia juga mengajar erti menyampai
pesanan yang betul.
Anda perlu bertanya soalan yang betul
untuk mendapat jawapan yang anda mahu,
dan anda perlu tahu berkata tidak dengan
cara yang betul demi mengekalkan keamanan.
Tetapi perkara yang paling penting saya
belajar ke arah menjadi dewasa,
adalah betapa pentingnya untuk terus
kekal berada di meja.
Apabila lampu kesayangan ibu pecah,
saya harus berada di situ bila ibu
mencari bagaimana dan perbuatan siapa,
kerana saya perlu pertahankan diri sendiri
kerana jika tidak, ibu
pula akan mengesyaki saya,
dalam sekelip mata saya
akan dihukum tidak boleh keluar.
Saya bukanlah bercakap
melalui pengalaman saya,
Semasa saya berumur 15 tahun pada 2005,
saya tamatkan sekolah dan berpindah
dari Kanada -- Saskatoon --
ke Zawiya, kampung kedua ibubapa
saya di Libya,
satu bandar yang masih mengikut cara lama.
Ingin saya kongsi dengan anda, saya cuma
melawat Libya sekali sahaja untuk bercuti,
sewaktu berusia tujuh tahun,
ia adalah sesuatu yang luar biasa.
Makan ais-krim dan pegi bersiar-siar di
pantai dan bertemu saudara mara.
Rupanya, keadaan bertukar sama sekali
apabila saya mencecah usia 15 tahun.
Saya diperkenalkan dengan aspek
budaya agama saya.
Perkataan "Haram" --
bermaksud dilarang oleh agama --
dan "Aib" -- bermaksud
tidak sesuai dari segi budaya --
digunakan tanpa mengambil berat
maksudnya sebenar.
seolah-olah ianya adalah perkara yang sama
dan mempunyai kesan yang serupa.
Dan banyak kali saya berbincang tentang
perkara ini apabila rakan sekelas
rakan sekolej, profesor, kawan,
malah saudara saya,
mula bertanya tentang peraturan saya
serta aspirasi saya.
Walaupun dengan adanya asas panduan dari
kedua ibubapa saya,
saya masih tercari-cari peranan wanita
di kaca mata agama saya.
Maka, di Murabit School of International
Affairs,
kami menitik beratkan perbahasan,
peraturan utama adalah membuat kajian,
dan itu jugalah yang saya lakukan,
alangkah terkejut apabila saya dapati
ianya amat mudah
untuk mengenalpasti wanita dari
kepercayaan saya yang merupakan pemimpin,
yang inovatif, yang gagah --
dari segi politik, ekonomi
malahan ketenteraan.
Khadijah RA telah membiayai pergerakan Islam
diperingkat awal.
Kita semua tidak akan berada
di sini jika bukan kerananya.
Jadi, kenapa kita tidak mempelajari
tentang beliau?
Kenapa kita tidak mempelajari tentang
wanita-wanita ini?
Kenapakah wanita direndahkan
ke posisi pada zaman sebelum
ajaran kepercayaan kita?
Dan kenapa, jika kita semua
sama di sisi Tuhan,
kenapa pula kita wanita tidak
sama taraf di mata manusia?
Pada saya, ia membawa kembali ke zaman
sewaktu saya membesar.
Pembuat keputusan, orang yang menguasai
mesej yang disampaikan,
perlu duduk di meja,
dan alangkah sedihnya,
di dalam setiap kepercayaan dunia,
mereka bukanlah wanita.
Institusi keagamaan didominasi oleh lelaki
dan di teraju oleh kepimpinan lelaki,
dan mereka mencipta polisi sesuka hati,
Dan sehingga kita berupaya merubah
sistem secara keseluruhan,
realistiknya kita tidak boleh
mengharapkan penyertaan penuh
wanita dalam bidang ekonomi dan politik.
Tapak asas kita telah musnah.
Ibu berkata, kita tidak boleh bina rumah
yang teguh atas asas yang tidak kukuh.
Pada 2011, Revolusi Libya tercetus, dan
keluarga saya berada di baris hadapan.
Dan ada perkara yang menarik berlaku
sewaktu peperangan,
Seolah-olah perubahan budaya,
yang bersifat terlalu sementara,
Dan ia adalah pertama kali saya
berasa bukan sahaja dibenarkan
untuk terlibat malah digalakkan.
Ia adalah dituntut.
Saya dan wanita lain mempunyai
tempat duduk di meja ini.
Kami tidak berpegangan tangan atau
menjadi perantara,
Kami sebahagian dari
pembuat keputusan.
Kami berkongsi maklumat. Kami adalah
kumpulan yang penting.
Saya inginkan dan perlukan
perubahan itu kekal.
Rupa-rupanya, ia bukanlah semudah itu.
Ia cuma mengambil masa beberapa minggu
sahaja untuk wanita-wanita tersebut
kembali ke peranan asal masing-masing,
dan kebanyakan dari mereka didorong oleh
kata-kata semangat
dari ketua-ketua agama dan ketua-ketua
politik,
yang mana memetik ayat-ayat
dari kitab agama sebagai perisai mereka.
Ia merupakan cara mereka mendapat sokongan
popular kepada pendapat mereka.
Pada awalnya, saya tumpukan pemerkasaan
wanita dalam ekonomi dan politik.
Saya berasa ia dapat menjurus ke arah
perubahan budaya dan sosial.
Nampaknya, ianya berhasil dengan sedikit,
tidak banyak.
Saya mengambil keputusan untuk menjadikan
pertahanan mereka sebagai senjata saya,
Saya juga telah mula menggunakan
ayat-ayat dari kitab Islam.
Pada 2012 dan 2013, organisasi saya
memimpin kempen terbesar
dan yang paling meluas di Libya.
Kami melawat banyak rumah, sekolah dan
universiti malah masjid.
Kami bercakap dengan seramai 50,000 orang,
dan beratus ribu lagi melalui papan
iklan dan iklan melalui televisyen,
iklan radio dan juga poster.
Anda mungkin tertanya bagaimana
sebuah organisasi hak asasi wanita
berupaya melakukannya sedangkan
komuniti ini dulunya menolak
kewujudan kami.
Saya menggunakan kitab.
Saya guna ayat-ayat dari Al-Quran dan
kata-kata dari Nabi Muhammad.
Hadith atau kata-kata baginda, contohnya,
"Sebaik-baik kamu, adalah yang
terbaik kepada keluarganya."
"Jangan biarkan saudaramu menzalimi
saudara yang lain."
Untuk pertama kalinya, khutbah Jumaat
yang dibaca oleh imam tempatan
menggalakkan hak-hak wanita.
Mereka membincangkan isu larangan,
seperti keganasan rumahtangga.
Polisi telah diubah.
Di sesetengah komuniti, kita terpaksa
berusaha sehingga
menggunakan Deklarasi
Hak Asasi Antarabangsa,
yang anda tidak setujui kerana ia tidak
ditulis oleh cendekiawan agama,
walhal, pegangan tersebut juga terdapat
di dalam kitab kami.
Sebenarnya, Bangsa-Bangsa Bersatu
hanya meniru prinsip kami.
Dengan menukar pesanan,
kami telah berupaya memberi
naratif pilihan yang mana ianya
menggalakkan hak asasi wanita di Libya.
Ianya merupakan sesuatu yang kini
direplikasi di seluruh dunia,
saya tidak mengatakan bahawa ianya senang,
percayalah, ianya tidak mudah.
Kaum liberal akan menuduh anda menggunakan
agama dan menggelar anda kolot.
Pihak konservatif pula akan menggelar anda
dengan berbagai nama.
Saya telah menghadapi berbagai cacian dari
"Pasti ibubapa kamu malu dengan kamu" --
salah; mereka merupakan
peminat utama saya --
kepada "Kamu takkan sempat
menyambut hari jadi kamu" --
sekali lagi salah, kerana saya sempat
merayakannya.
Dan saya tetap merupakan seorang yang
berpendirian bahawa hak wanita dan agama
bukanlah hak saling eksklusif.
Tetapi kita harus kekal berada di meja.
Kita harus berhenti dari bersikap menyerah
kerana dengan berdiam diri,
kita membenarkan penindasan, penganiayaan
berterusan terhadap wanita seluruh dunia.
Dengan berikrar untuk menegakkan
hak wanita
dan menentang ekstrimisme dengan bom
dan peperangan,
kita telah lumpuhkan komuniti tempatan
yang sepatutnya membincangkan isu ini
agar ianya dapat dipertahankan.
Bukannya mudah untuk mencabar mesej
keagamaan yang telah salah.
Anda akan menempuh tohmahan,
diperlekehkan dan menerima ugutan.
Tetapi kita harus melakukannya.
Kita tiada pilihan lain selain menegakkan
kembali mesej hak asasi manusia,
tunggak utama kepercayaan kita,
bukan untuk kita, atau wanita
dalam keluarga kita,
bukan demi wanita di dalam dewan ini,
tidak juga untuk wanita di luar sana,
tetapi demi masyarakat yang akan berubah
dengan penglibatan kaum wanita.
Dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya,
satu-satunya pilihan yang kita ada,
adalah dengan kekal berada di meja.
Terima kasih.
(Tepukan)