Ini bhgian ke-2 bg tajuk Pembubaran Perkongsian. Setakat ini, semua Aset dah terjual & Pemiutang juga dah dibayar. Sekarang kita boleh kira untung/rugi dari acc.Realisasi ini. Mula2, jumlahkan debit & kredit. Kita akan dapat jumlah kredit yg besar, maka itulah jumlah bg kedua2 debit & kredit = RM96700. Di bhgian debit, jumlah 4 perkara ini ialah RM96000. RM96700 - RM96k = RM700 = Keuntungan. Mcm mana ia nak dibahagikan? Rujuk nisbah perkongsian keuntungan ini. Dari soalan, untung dibahagi sama rata. Maka RM700 akan dibahagi sama rata antara Halim & Othman. RM700 รท 2 = RM350/seorang. Maka, debitkan acc.Realisasi RM350 & kredit pd Halim. Pd acc.Realisasi, debit Modal (Halim) RM350, kredit acc.Modal bg Halim RM350 juga. Baki RM350 dimiliki Othman. Kaedah yg sama: Debit Modal (Othman) RM350 pd acc. Realisasi,kredit acc.Modal (Othman) RM350. Dgn ini tertutuplah acc.Realisasi. Tiada lagi baki. Seterusnya bg perpindahan baki acc.Semasa ke acc.Modal utk mengetahui jumlah modal bg Halim & Othman. Jom kita pindahkan baki bg Halim. Ini ialah baki kredit, maka kita debitkan acc.Semasa (Halim) & kreditkan acc.Modal beliau. Debitkan RM9800 ke acc.Semasa & kreditkan pula ke acc.Modal beliau. Maka acc.Semasa (Halim) kini ditutup. Kemudian kita akan pindahkan acc.Semasa (Othman). Kreditkan RM1600 ke acc.Semasa (Othman) & debit pd acc.Modal (Othman). Kini acc.Semasa (Othman) ditutup & sekarang hanya ada acc.Modal & Bank. Jom semakkan jumlah acc.Modal (Halim). Debit = RM15k. Jumlah kredit lebih besar. Jumlahkan 3 perkara ini utk mendapat jumlah bg kedua2 bhgian iaitu RM30150. Semak juga bg acc.Modal (Othman). Debit = RM1600. Jumlah kredit lebih besar. Jumlah kredit = jumlah kedua2 bhgian, iaitu RM14350. Berapakah nilai imbangan di sini? Nilai imbangan = jumlah yg Halim dapat dari perniagaan ini. Jumlah kredit lbh besar, bermaksud perniagaan ini berhutang dgn Halim. Halim juga boleh tuntut hasil perniagaan ini. Berapa jumlah tuntutan itu? Jumlahnya = RM30150 - RM15k = RM15150. Kredit acc.Bank RM15150 & debit acc.Modal (Halim). Maka tertutuplah acc.Modal (Halim). Kemudian; bayaran pd Othman. Jumlahnya = RM14350 - RM1600 = RM12750. Jadi kreditkan acc.Bank RM12750, debitkan RM12750 ke acc.Modal (Othman). Kini acc.Modal (Othman) pun ditutup. Langkah yg terakhir; menutup acc.Bank. Bhgian debit mesti = kredit krn sepatutnya tiada lg baki didapati. Jom kita semak. Jumlah 4 perkara ini = RM66400, sama dgn jumlah bhgian kredit. Kini acc.Bank pun dah ditutup. Kembali pd soalan. Dlm Kunci Kira2 ini: akaun2 Kenderaan, Susut Nilai Terkumpul, Stok, Penghutang, Per.Hutang Ragu, Belanja Terdahulu, O/draf bank & Pemiutang; semuanya dah ditutup. Acc.Modal & Semasa juga telah ditutup. Kesimpulannya SEMUA akaun dah ditutup. Itulah yg sepatutnya berlaku krn bila perniagaan ditutup, tiada lg baki dlm akaun. Maka semua akaun mesti ditutup. Inilah catatan yg diperlukan utk Pembubaran Perkongsian.