WEBVTT 00:00:00.640 --> 00:00:05.800 Di seluruh dunia, lebih 1.5 bilion orang mengalami konflik bersenjata. 00:00:06.880 --> 00:00:09.576 Akibatnya, ramai orang terpaksa meninggalkan negara mereka, 00:00:09.600 --> 00:00:12.720 kira-kira lebih 15 juta pelarian. 00:00:13.520 --> 00:00:14.856 Sudah tentu, kanak-kanak 00:00:14.880 --> 00:00:17.360 adalah paling tidak bersalah dan mangsa yang lemah 00:00:18.640 --> 00:00:21.256 tetapi bukan hanya bahaya fizikal yang boleh dilihat 00:00:21.280 --> 00:00:25.000 tetapi dari kesan perang yang tidak diungkapkan pada keluarga 00:00:26.280 --> 00:00:29.496 Pengalaman perang mendedahkan kanak-kanak kepada risiko tinggi 00:00:29.520 --> 00:00:32.439 dalam pembentukan masalah emosi dan kelakuan. 00:00:33.960 --> 00:00:35.816 Bayangkan, kanak-kanak 00:00:35.840 --> 00:00:37.920 akan rasa bimbang, terancam dan berisiko. 00:00:38.560 --> 00:00:39.760 Tetapi, ada berita baik. 00:00:40.400 --> 00:00:44.136 Mutu penjagaan yang kanak-kanak terima dari keluarga mereka 00:00:44.160 --> 00:00:47.616 boleh memberi kesan yang lebih baik bagi kesejahteraan mereka 00:00:47.640 --> 00:00:51.320 dari pengalaman sebenar perang yang mereka terdedah. 00:00:52.440 --> 00:00:55.176 Jadi sebenarnya, kanak-kanak boleh dilindungi 00:00:55.200 --> 00:00:59.640 dengan kasih sayang dan perlindungan ibu bapa semasa dan selepas konflik. NOTE Paragraph 00:01:01.920 --> 00:01:05.256 Pada 2011, saya seorang pelajar PhD tahun pertama. 00:01:05.280 --> 00:01:08.480 di Universiti Manchester Sekolah Sains Psikologi. 00:01:09.040 --> 00:01:10.496 Seperti anda semua di sini, 00:01:10.520 --> 00:01:13.520 Saya menyaksikan krisis Syria di TV. 00:01:14.560 --> 00:01:16.856 Keluarga saya berasal dari Syria. 00:01:16.880 --> 00:01:18.136 dan sejak peringkat awal, 00:01:18.160 --> 00:01:20.840 Saya hilang beberapa ahli keluarga dengan cara yang menyayat hati 00:01:21.760 --> 00:01:24.440 Saya bersama-sama keluarga saya menonton TV. 00:01:25.200 --> 00:01:26.616 Kami saksikan semua kejadian: 00:01:26.640 --> 00:01:28.696 bom memusnahkan bangunan, 00:01:28.720 --> 00:01:30.160 kucar-kacir, kehancuran 00:01:31.040 --> 00:01:32.612 dan orang ramai berteriak dan berlari. 00:01:33.440 --> 00:01:37.376 Suasana orang berteriak dan berlari benar-benar menyedihkan saya. 00:01:37.400 --> 00:01:39.640 terutama wajah kanak-kanak yang ketakutan. 00:01:41.400 --> 00:01:45.096 Saya ibu kepada dua orang anak kecil yang gemar bertanya 00:01:45.120 --> 00:01:46.696 Masa itu, mereka berumur lima dan enam tahun, 00:01:46.720 --> 00:01:49.776 pada umur yang biasanya mereka bertanya bermacam soalan, 00:01:49.800 --> 00:01:51.920 dan mahu jawapan yang benar dan menyakinkan. 00:01:53.120 --> 00:01:55.776 Jadi, saya mula terfikir bagaimana keadaannya 00:01:55.800 --> 00:01:59.200 saya menjaga anak-anak di zon perang dan kem pelarian. 00:02:00.240 --> 00:02:01.560 Adakah anak saya akan berubah? 00:02:02.680 --> 00:02:05.880 Adakah sinar pada wajah anak saya akan jadi kelam? 00:02:06.520 --> 00:02:11.520 Adakah sikap anak lelaki saya yang santai dan bebas akan menjadi ketakutan? 00:02:12.800 --> 00:02:14.040 Bagaimana saya menanganinya? 00:02:15.440 --> 00:02:16.640 Adakah saya akan berubah? NOTE Paragraph 00:02:18.640 --> 00:02:20.856 Sebagai ahli psikologi dan jurulatih ibu bapa, 00:02:20.880 --> 00:02:24.776 kita tahu memberikan ibu bapa kemahiran menjaga anak mereka 00:02:24.800 --> 00:02:27.360 ada kesan yang besar pada kesejahteraan mereka, 00:02:28.200 --> 00:02:30.080 dan kita panggil sebagai latihan ibu bapa. 00:02:30.680 --> 00:02:32.616 Persoalan saya ialah, 00:02:32.640 --> 00:02:36.376 adakah program latihan ibu bapa berguna kepada keluarga 00:02:36.400 --> 00:02:39.416 yang berada dalam zon perang atau kem pelarian? 00:02:39.440 --> 00:02:42.016 Bolehkah kita dampingi dengan nasihat atau latihan? 00:02:42.040 --> 00:02:44.160 yang membantu mereka melalui kesukaran ini? 00:02:45.840 --> 00:02:48.576 Jadi saya bertemu penyelia PhD saya, 00:02:48.600 --> 00:02:50.096 Profesor Rachel Calam, 00:02:50.120 --> 00:02:54.400 untuk gunakan kemahiran akademik saya untuk mengubah dunia. 00:02:54.760 --> 00:02:56.999 Saya tidak pasti apa yang saya mahu lakukan. 00:02:58.040 --> 00:02:59.896 Beliau mendengar dengan teliti dan sabar. 00:02:59.920 --> 00:03:01.496 tiba-tiba beliau berkata, 00:03:01.520 --> 00:03:04.376 "Jika anda mahu lakukannya, dan ia amat bermakna kepada anda, 00:03:04.400 --> 00:03:05.656 lakukanlah. 00:03:05.680 --> 00:03:08.656 Mari cari jalan jika program ibu bapa 00:03:08.680 --> 00:03:11.040 berguna untuk keluarga dalam konteks itu." NOTE Paragraph 00:03:11.960 --> 00:03:14.856 Sejak lima tahun lalu, saya dan rakan kerja saya, 00:03:14.880 --> 00:03:17.456 Prof. Calam dan Dr. Kim Cartwright, 00:03:17.480 --> 00:03:19.696 berusaha bagamana untuk menyokong keluarga 00:03:19.720 --> 00:03:21.920 yang pernah mengalami perang dan penghijrahan. 00:03:23.560 --> 00:03:26.976 Untuk tahu cara membantu keluarga yang telah melalui konflik 00:03:27.000 --> 00:03:28.416 membantu anak-anak mereka, 00:03:28.440 --> 00:03:32.256 langkah pertama tentunya tanyakan mereka masalah yang dihadapi, 00:03:32.280 --> 00:03:33.496 betul, kan? 00:03:33.520 --> 00:03:34.896 Maksud saya, ia jelas. 00:03:34.920 --> 00:03:37.296 Tetapi biasanya, golongan yang paling lemah, 00:03:37.320 --> 00:03:38.736 itulah yang kita cuba sokong, 00:03:38.760 --> 00:03:40.096 tetapi sebenarnya mereka yang tidak ditanya. 00:03:40.120 --> 00:03:43.296 Berapa kerap kita andaikan kita tahu perkara yang betul 00:03:43.320 --> 00:03:46.960 untuk membantu seseorang atau sesuatu tanpa bertanya lebih dahulu? NOTE Paragraph 00:03:47.400 --> 00:03:51.056 Jadi, saya kunjungi kem pelarian di Syria dan Turki, 00:03:51.080 --> 00:03:53.440 dan duduk bersama mereka sekeluarga dan mendengar. 00:03:54.240 --> 00:03:56.976 Saya mendengar cabaran sebagai ibu bapa, 00:03:57.000 --> 00:03:59.256 saya mendengar kesukaran sebagai ibu bapa 00:03:59.280 --> 00:04:01.496 dan saya dengar laungan mereka untuk bantuan. 00:04:01.520 --> 00:04:03.536 Adakalanya, kami hanya terdiam, 00:04:03.560 --> 00:04:05.616 apa saya boleh buat hanya genggam tangan 00:04:05.640 --> 00:04:07.840 bersama mereka, menangis dan berdoa. 00:04:08.600 --> 00:04:11.016 Mereka beritahu saya mengenai perjuangan mereka, 00:04:11.040 --> 00:04:14.816 mereka beritahu saya keadaan kem pelarian yang sukar, 00:04:14.840 --> 00:04:18.055 tidak boleh fokus melainkan tugasan yang penting 00:04:18.079 --> 00:04:19.880 seperti mengambil air bersih. 00:04:20.600 --> 00:04:23.160 Mereka beritahu bagaimana anak-anak mereka berubah; 00:04:23.920 --> 00:04:27.096 kesedihan, kemurungan, kemarahan, 00:04:27.120 --> 00:04:30.296 kencing malam, menghisap jari, takut bunyi bising, 00:04:30.320 --> 00:04:32.176 takut mimpi ngeri - 00:04:32.200 --> 00:04:33.920 mimpi yang sangat, sangat mengerikan. 00:04:34.960 --> 00:04:38.640 Keluarga-keluarga ini telah mengalami apa yang kita saksikan di TV. 00:04:39.240 --> 00:04:40.456 Ibu-ibu, 00:04:40.480 --> 00:04:42.656 hampir separuh mereka kini janda-janda perang 00:04:42.680 --> 00:04:45.456 atau tidak tahu jika suami mereka mati atau hidup, 00:04:45.480 --> 00:04:48.160 menceritakan kesukaran menghadapi keadaan ini. 00:04:49.480 --> 00:04:53.536 Mereka saksikan anak mereka berubah tetapi tidak tahu cara membantu mereka. 00:04:53.560 --> 00:04:56.520 Mereka tidak tahu menjawab soalan anak-anak mereka. NOTE Paragraph 00:04:57.440 --> 00:05:00.776 Apa yang saya dapati begitu menakjubkan dan memberangsangkan 00:05:00.800 --> 00:05:05.696 adalah keluarga ini sungguh terdorong untuk membantu anak-anak mereka. 00:05:05.720 --> 00:05:08.136 Walau berdepan dengan cabaran ini, 00:05:08.160 --> 00:05:10.416 mereka cuba membantu anak-anak mereka. 00:05:10.440 --> 00:05:14.056 Mereka cuba mendapatkan sokongan pekerja NGO, 00:05:14.080 --> 00:05:15.976 dari guru-guru kem pelarian, 00:05:16.000 --> 00:05:17.216 pakar perubatan profesional 00:05:17.240 --> 00:05:18.440 ibu bapa yang lain. 00:05:19.040 --> 00:05:22.256 Seorang ibu yang saya temui baru empat hari berada di kem 00:05:22.280 --> 00:05:23.896 dan sudah membuat dua percubaan 00:05:23.920 --> 00:05:26.336 untuk dapatkan bantuan bagi anaknya berumur lapan tahun 00:05:26.360 --> 00:05:28.400 yang mengalami mimpi yang mengerikan. 00:05:30.000 --> 00:05:32.920 Malangnya, percubaannya selalunya tidak berhasil. 00:05:33.680 --> 00:05:35.736 Doktor kem pelarian, jika ada, 00:05:35.760 --> 00:05:37.536 selalu terlalu sibuk 00:05:37.560 --> 00:05:41.640 atau tidak ada pengetahuan atau masa untuk bantuan asas ibu bapa. 00:05:42.360 --> 00:05:45.480 Guru kem pelarian dan ibu bapa lain sama seperti mereka, 00:05:46.120 --> 00:05:49.600 masyarakat pelarian yang baru yang terpaksa memenuhi keperluan baru. NOTE Paragraph 00:05:51.000 --> 00:05:53.200 Jadi, kita mula berfikir. 00:05:53.760 --> 00:05:56.120 Bagaimana boleh kita membantu keluarga ini? 00:05:57.240 --> 00:06:01.376 Keluarga ini bergelut dengan masalah lebih besar dari yang mampu ditangani. 00:06:01.400 --> 00:06:03.096 Krisis Syria jelas membuktikan 00:06:03.120 --> 00:06:08.416 amat mustahil untuk dapat membantu keluarga secara individu. 00:06:08.440 --> 00:06:10.416 Apakah cara lain yang boleh kita bantu mereka? 00:06:10.440 --> 00:06:14.376 Bagaiaman boleh kita dekati keluarga secara ramai 00:06:14.400 --> 00:06:15.960 dan rendah kos 00:06:17.120 --> 00:06:19.840 dalam masa yang menakutkan ini? NOTE Paragraph 00:06:20.880 --> 00:06:23.456 Selepas berjam-jam berbincang dengan pekerja NGO, 00:06:23.480 --> 00:06:25.936 seorang mencadangkan satu idea innovatif yang hebat 00:06:25.960 --> 00:06:30.976 iaitu mengedarkan maklumat keibubapaan melalui bungkusan roti. 00:06:31.000 --> 00:06:35.336 Bungkusan roti yang diedarkan kepada keluarga di zon konflik Syria 00:06:35.360 --> 00:06:37.000 oleh para pekerja kemanusiaan. 00:06:37.360 --> 00:06:38.976 Jadi, itulah yang kami lakukan. 00:06:39.000 --> 00:06:41.976 Tidak ada apa-apa perubahan pada bungkusan roti itu 00:06:42.000 --> 00:06:44.200 melainkan ada dua keping kertas yang dilampirkan. 00:06:44.800 --> 00:06:49.696 Satu ialah risalah keibubapaan yang memberikan maklumat asas 00:06:49.720 --> 00:06:53.136 mengenai apa yang ibu bapa sedang alami 00:06:53.160 --> 00:06:55.176 dan apa yang anak mereka mungkin alami. 00:06:55.200 --> 00:06:59.016 Dan maklumat mengenai cara mereka boleh membantu diri dan anak mereka, 00:06:59.040 --> 00:07:03.256 seperti meluangkan masa berbual-bual dengan anak mereka, 00:07:03.280 --> 00:07:05.376 menunjukkan lebih kasih sayang kepada mereka, 00:07:05.400 --> 00:07:07.456 lebih bersabar terhadap anak anda, 00:07:07.480 --> 00:07:09.296 berbual dengan anak anda. 00:07:09.320 --> 00:07:11.896 Kertas yang satu lagi ialah soalan-soalan maklum balas. 00:07:11.920 --> 00:07:13.520 Dan sudah tentu, disertakan pen. 00:07:14.160 --> 00:07:17.656 Jadi, adakah ini sekadar pengedaran risalah 00:07:17.680 --> 00:07:21.496 atau ini sebenarnya satu cara menyebarkan bantuan awal psikologi 00:07:21.520 --> 00:07:24.576 untuk memberikan sentuhan ibu bapa yang menyayangi, meyakinkan? NOTE Paragraph 00:07:24.600 --> 00:07:28.680 Kami berjaya mengedarkan 3,000 bungkusan dalam hanya seminggu. 00:07:30.160 --> 00:07:33.816 Apa yang menakjubkan ialah kami menerima kadar respons 60 peratus. 00:07:33.840 --> 00:07:38.056 60 peratus respons daripada 3,000 keluarga. 00:07:38.080 --> 00:07:40.576 Saya tidak tahu berapa ramai pengkaji yang hadir pada hari ini, 00:07:40.600 --> 00:07:42.936 tetapi kadar respons seperti itu adalah hebat. 00:07:42.960 --> 00:07:46.216 Respons seperti itu jika di Manchester adalah satu pencapaian, 00:07:46.240 --> 00:07:48.936 apa lagi jika di zon konflik di Syria. 00:07:48.960 --> 00:07:52.680 Ia benar-benar menunjukkan pentingnya mesej ini kepada keluarga. 00:07:55.200 --> 00:07:59.136 Saya masih ingat, betapa gembira bila menerima maklum balas itu kembali. 00:07:59.160 --> 00:08:01.656 Keluarga itu meninggalkan ratusan mesej 00:08:01.680 --> 00:08:04.056 yang kebanyakannya amat positif dan menggalakkan. 00:08:04.080 --> 00:08:05.816 Tetapi yang paling saya suka ialah 00:08:05.840 --> 00:08:08.840 "Terima kasih kerana tidak melupakan kami dan anak-anak kami." 00:08:10.280 --> 00:08:12.336 Ia benar-benar menunjukkan potensi 00:08:12.360 --> 00:08:15.136 menyebarkan bantuan awal psikologi kepada keluarga 00:08:15.160 --> 00:08:17.256 dan menerima kembali maklum balas. 00:08:17.280 --> 00:08:19.776 Bayangkan, menyebarkannya melalui cara yang lain 00:08:19.800 --> 00:08:24.376 seperti melalui pengedaran susu bayi atau perkakas kebersihan wanita 00:08:24.400 --> 00:08:25.680 atau dalam bakul makanan. NOTE Paragraph 00:08:28.021 --> 00:08:29.736 Mari bicara sesuatu yang hampir dengan kita 00:08:29.760 --> 00:08:31.056 sebab krisis pelarian ini 00:08:31.080 --> 00:08:34.496 menjejas setiap kita. 00:08:34.520 --> 00:08:39.135 Setiap hari kita dihujani dengan statistik dan gambar, 00:08:39.159 --> 00:08:40.736 dan bukan sesuatu yang menghairankan, 00:08:40.760 --> 00:08:42.015 sebab sehingga bulan lalu, 00:08:42.039 --> 00:08:45.136 lebih satu juta pelarian telah sampai di Eropah. 00:08:45.160 --> 00:08:46.360 Satu juta. 00:08:46.960 --> 00:08:50.096 Pelarian kini menyertai masyarakat kita, 00:08:50.120 --> 00:08:51.616 mereka menjadi jiran-jiran kita, 00:08:51.640 --> 00:08:54.120 anak-anak mereka menghadiri sekolah anak-anak kita. 00:08:55.280 --> 00:08:58.840 Jadi kami menyesuaikan risalah itu untuk keperluan pelarian Eropah 00:08:59.600 --> 00:09:01.936 dan ada dalam talian, boleh dibaca oleh sesiapa, 00:09:01.960 --> 00:09:04.616 di kawasan yang ada jumlah pelarian yang sangat ramai. 00:09:04.640 --> 00:09:07.856 Contohnya, pihak kesihatan Sweden muat naik di laman web mereka. 00:09:07.880 --> 00:09:09.576 Dalam masa 45 minit pertama, 00:09:09.600 --> 00:09:12.800 ia dimuat turun 343 kali... 00:09:13.480 --> 00:09:15.376 benar-benar menunjukkan betapa penting 00:09:15.400 --> 00:09:17.936 bagi sukarelawan, pengamal dan ibu bapa yang lain 00:09:17.960 --> 00:09:20.880 mempunyai mesej bantuan awal psikologi yang mudah dicapai. NOTE Paragraph 00:09:23.280 --> 00:09:29.456 Pada 2013, saya duduk di lantai dingin dalam khemah kem pelarian 00:09:29.480 --> 00:09:32.560 bersama ibu-ibu sedang saya menjalankan kumpulan fokus. 00:09:33.440 --> 00:09:35.736 Di depan saya seorang wanita tua berdiri dengan 00:09:35.760 --> 00:09:39.216 seorang budak perempuan, seperti, berumur 13 tahun berbaring di sebelahnya 00:09:39.240 --> 00:09:41.520 dengan kepalanya di lutut wanita tua itu. 00:09:42.080 --> 00:09:44.856 Budak perempuan itu senyap di sepanjang kumpulan fokus, 00:09:44.880 --> 00:09:46.176 langsung tidak bercakap, 00:09:46.200 --> 00:09:48.320 dengan lututnya mengerekot di dadanya. 00:09:49.040 --> 00:09:50.736 Di penghujung kumpulan fokus itu, 00:09:50.760 --> 00:09:53.736 sedang saya ucap terima kasih kepada ibu-ibu kerana luangkan masa, 00:09:53.760 --> 00:09:56.736 wanita tua itu memandang saya dan tunjuk ke arah budak itu 00:09:56.760 --> 00:09:59.160 dan katanya, "Boleh anda bantu saya dengan..?" 00:10:00.080 --> 00:10:02.456 Tidak pasti apa yang dia mahu saya lakukan. 00:10:02.480 --> 00:10:04.336 Saya pandang budak perempuan itu dan senyum 00:10:04.360 --> 00:10:05.736 dan saya berkata dalam bahasa Arab, 00:10:05.760 --> 00:10:07.776 "Salaam alaikum. Shu-ismak?" 00:10:07.800 --> 00:10:09.000 "Apa nama awak?" 00:10:09.720 --> 00:10:12.456 Dia pandang saya, wajahnya begitu keliru dan tidak beri perhatian 00:10:12.480 --> 00:10:14.080 tetapi berkata, "Halul." 00:10:14.840 --> 00:10:19.376 Halul ialah nama timangan bagi nama wanita Arab iaitu Hala 00:10:19.400 --> 00:10:22.280 dan hanya digunakan oleh budak perempuan yang sangat muda. 00:10:23.320 --> 00:10:26.960 Pada waktu itu, saya sedar Hala sebenarnya lebih dewasa dari 13 tahun. 00:10:27.800 --> 00:10:32.080 Sebenarnya, Hala berumur 25 tahun dan ibu kepada tiga anak kecil. 00:10:32.920 --> 00:10:36.896 Hala dahulunya seorang ibu yang yakin diri, bijak, ceria, penyayang 00:10:36.920 --> 00:10:38.136 kepada anak-anaknya 00:10:38.160 --> 00:10:40.120 tetapi perang telah mengubah segalanya. 00:10:41.000 --> 00:10:45.376 Dia mengalami peritiwa bandarnya dibom dari udara, 00:10:45.400 --> 00:10:47.840 dan pelbagai letupan. 00:10:48.440 --> 00:10:50.896 Semasa jet pejuang terbang di sekitar bangunannya, 00:10:50.920 --> 00:10:52.136 melepaskan bom, 00:10:52.160 --> 00:10:54.896 anak-anaknya berteriak ketakutan dengan bunyi bising. 00:10:54.920 --> 00:10:58.016 Sambil tidak keruan, Hala mencapai bantal untuk menutup telinga anaknya 00:10:58.040 --> 00:10:59.416 untuk menghalang bunyi bising 00:10:59.440 --> 00:11:01.000 dan dia tidak henti memekik. 00:11:02.080 --> 00:11:03.776 Bila mereka sampai di kem pelarian 00:11:03.800 --> 00:11:07.016 dan dia tahu akhirnya mereka berada di tempat perlindungan, 00:11:07.040 --> 00:11:10.440 wataknya langsung berubah dan dia berkelakuan seperti kanak-kanak. 00:11:11.080 --> 00:11:13.160 Dia langsung tidak mengenali keluarganya, 00:11:14.480 --> 00:11:16.440 anak-anaknya, suaminya. 00:11:17.200 --> 00:11:19.320 Hala tidak mampu menanggungnya lagi. NOTE Paragraph 00:11:20.600 --> 00:11:23.496 Inilah yang dihadapi ibu bapa dengan kesudahan yang menyayat hati. 00:11:23.520 --> 00:11:25.336 Yang sedihnya, ia bukan jarang berlaku. 00:11:25.360 --> 00:11:28.336 Sesiapa yang melalui konflik bersenjata dan penghijrahan 00:11:28.360 --> 00:11:30.960 akan menghadapi pergelutan emosi yang serius. 00:11:31.720 --> 00:11:33.760 Dan itu sesuatu yang kita boleh fahami 00:11:34.920 --> 00:11:37.920 jika anda pernah melalui detik yang mengecewakan dalam hidup, 00:11:38.600 --> 00:11:42.240 jika anda pernah kehilangan seseorang atau sesuatu yang anda sayangi, 00:11:43.400 --> 00:11:45.480 bagaimana anda terus menghadapinya? 00:11:46.680 --> 00:11:49.800 Bolehkah anda masih menjaga diri dan keluarga anda? NOTE Paragraph 00:11:51.480 --> 00:11:54.616 Tahun pertama kanak-kanak adalah penting 00:11:54.640 --> 00:11:57.896 untuk pembangunan fizikal dan emosi yang sihat. 00:11:57.920 --> 00:12:02.896 1.5 bilion orang sedang mengalami konflik bersenjata 00:12:02.920 --> 00:12:05.616 dan ramai mereka bersama dalam masyarakat kita sekarang. 00:12:05.640 --> 00:12:07.536 Kita tidak boleh untuk tidak mengendahkan 00:12:07.560 --> 00:12:11.280 keperluan mereka yang mengalami perang dan penghijrahan. 00:12:12.800 --> 00:12:15.256 Kita mesti utamakan keperluan keluarga sebegini, 00:12:15.280 --> 00:12:20.120 bagi yang terpaksa berpindah dalam negara dan pelarian seluruh dunia. 00:12:21.080 --> 00:12:26.096 Keperluan ini mesti diutamakan oleh pekerja NGO, penggubal dasar, 00:12:26.120 --> 00:12:30.416 WHO, UNHCR dan setiap kita. 00:12:30.440 --> 00:12:33.840 dalam apa sahaja peranan yang kita lakukan dalam masyarakat kita. NOTE Paragraph 00:12:35.600 --> 00:12:40.776 Apabila kita mengenali wajah-wajah yang terjejas dengan konflik, 00:12:40.800 --> 00:12:45.296 apabila kita peduli emosi yang merungsingkan di wajah mereka, 00:12:45.320 --> 00:12:47.200 kita mula melihat mereka sebagai manusia juga. 00:12:48.000 --> 00:12:50.696 Kita mula memahami keperluan keluarga-keluarga ini 00:12:50.720 --> 00:12:52.400 dan inilah keperluan manusia yang sebenar. 00:12:53.840 --> 00:12:56.536 Apabila keperluan keluarga-keluarga ini diutamakan, 00:12:56.560 --> 00:12:59.856 bantuan bagi kanak-kanak dalam suasana kemanusiaan 00:12:59.880 --> 00:13:05.160 akan mengutamakan dan mengakui peranan asas keluarga dalam membantu kanak-kanak. 00:13:05.840 --> 00:13:08.416 Kesihatan mental keluarga akan menuntut didengari 00:13:08.440 --> 00:13:10.200 dalam agenda global, antarabangsa. 00:13:11.080 --> 00:13:14.776 Dan kemungkinan kanak-kanak dalam sistem bantuan sosial akan berkurangan 00:13:14.800 --> 00:13:16.376 di negara yang mereka hijrah 00:13:16.400 --> 00:13:19.080 sebab keluarga mereka sudah menerima sokongan sebelum ini. 00:13:20.520 --> 00:13:23.256 Dan fikiran kita akan lebih terbuka, 00:13:23.280 --> 00:13:25.096 lebih mengalu-alukan, lebih mengasihani 00:13:25.120 --> 00:13:28.600 dan lebih mempercayai kepada yang menyertai masyarakat kita. NOTE Paragraph 00:13:29.800 --> 00:13:32.000 Kita perlu menghentikan peperangan. 00:13:32.720 --> 00:13:37.376 Kita perlu membina dunia di mana kanak-kanak impikan pesawat yang menebarkan hadiah 00:13:37.400 --> 00:13:38.640 dan bukannya bom. 00:13:39.320 --> 00:13:43.376 Sehingga kita hentikan konflik bersenjata yang menghantui dunia, 00:13:43.400 --> 00:13:46.096 keluarga akan terus terpaksa berhijrah, 00:13:46.120 --> 00:13:47.480 kanak-kank akan terjejas. 00:13:48.080 --> 00:13:51.136 Dengan meningkatkan sokongan pada ibu bapa dan pengasuh, 00:13:51.160 --> 00:13:56.416 maka kaitan di antara perang dan tekanan psikologi boleh dikurangkan 00:13:56.440 --> 00:13:58.360 pada kanak-kanak dan keluarga mereka. NOTE Paragraph 00:13:58.840 --> 00:14:00.056 Terima kasih. NOTE Paragraph 00:14:00.080 --> 00:14:01.960 (Tepukan)