Dlm pelajaran yg lalu, kita dapati bila tahun perakaunan berakhir, pelarasan perlu dibuat pd akaun sebelum Penyata Kewangan disediakan. Ini memberikan nilai yg lebih tepat dlm akaun itu. Dlm pelajaran ini pula kita akan belajar Pelarasan bg Hasil Terdahulu. Hasil Terdahulu. Cth: anda nak sewakan 1 sudut dlm kedai anda bg tempoh 1/10/20x5 - 31/3/20x6. Sewa:RM300/sbln x 6bln = RM1800. Bayaran ini diterima pd hari pertama, iaitu 1/10/20x5.Jom semak tempoh perakaunan semasa anda. Tempohnya = sepanjang tahun 20x5. Yg kita nak ketahui ialah pendapatan & perbelanjaan sepanjang tempoh ini. Pd tarikh 31/12/20x5, kita juga nak tahu berapakah nilai Aset, Liabiliti & Ekuiti Pemilik. Perhatikan,sewaan utk 6 bln ini melebihi tarikh 31/12/20x5. 3 bln pertama ini masih dlm tempoh perakaunan anda. Maka ia dikira Pendapatan. 3 bln berikutnya di luar drp tempoh perakaunan. Ia belum diperolehi lg pd 31/12/20x5, jadi pd tarikh itu ia dikira sbg Liabiliti dlm Kunci Kira2. Liabiliti inilah yg dikenali sbg Hasil Terdahulu. Tinggalkan bhgian ini seketika. Sekarang kita nak fikirkan cara pelarasan utk menunjukkan Pendapatan utk 3 bln & Liabiliti utk 3 bln. Pd 1/1/0/20x5,tunai diterima sebanyak RM1800. Dlm Sist.Catatan Beregu, debit Bank RM1800, kredit acc.Hasil Sewaan. Acc.Bank tak ditunjukkan krn tiada pelarasan dibuat. Kita lihat acc.Hasil Sewaan, RM1800 dikreditkan ke dlm nya. Jika tiada perubahan pd acc. pendapatan,jumlah ini direkodkan sbg Pendapatan bg tahun 20x5. Tapi kita tahu bahawa ini tak betul krn sepatutnya cuma dapat separuh saja. Jadi ia perlu diubah utk menunjukkan jumlah sebenar yg kita perolehi. Bagai mana nak ubah? Apakah bentuk pelarasan yg di perlukan? Pd 31/12/20x5, anda perlu keluarkan jumlah yg tak diperolehi. Maka acc.Hasil Sewaan perlu didebitkan sebanyak RM900 & kredit RM900 pd acc.Sewa Terdahulu. Debit RM900 utk mengurangkan jumlahnya & kreditkan ia di sini. Anggapkan anda sediakan acc.Untung & Rugi dlm format T. Maka anda perlu letakkan pendapatan tadi ke dlm acc.Untung & Rugi. Cara2 nya: jumlahkan Hasil Sewaan & tuliskan nilai yg tinggi di sini. Imbangannya,RM900 didebit pd 31/12/20x5 & dipindahkan ke acc.Untung & Rugi. Debit dari sini & kreditkan ke acc.Untung & Rugi. Pd bhgian kredit, tuliskan Hasil Sewaan RM900. Tak perlu imbangkan acc.Hasil Terdahulu krn ianya tunggakkan dr penyewa. Ia tak "ditutup" krn tutup acc = 0. Biarkan ia begitu & ia akan di tunjukkan dlm Kunci Kira2. Di bawah Liabiliti Semasa, RM900 dikreditkan sbg Hasil Terdahulu. Dgn pelarasan ini, anda dpt tunjukkan jumlah yg diperolehi sbg Pendapatan bg tempoh perakaunan ini; & jumlah yg belum diperoleh sbg Liabiliti pd 31/12/20x5. Ini pelarasan yg anda lakukan. Wang diterima pd tempoh perakaunan semasa tp belum sbg Pendapatan. Cth ini menunjukkan 1 akaun tambahan perlu dibuka bg menunjukkan Pendapatan yg belum diperolehi @ bhgian Liabiliti. Kaedah ini sama dgn perakaunan secara berkomputer. Bukan bermaksud ianya sama spt penggunaan Mic.Excel utk pengurusan akaun anda, tapi dgn perisian spt Quickbooks, MYOB, Sage dsb.. Perisian2 tadi akan mengeluarkan semua jumlah dlm acc.Pendapatan & tunjukkannya dlm Penyata Untung & Rugi/Pendapatan. Kemudian ia akan keluarkan jumlah Liabiliti & masukkannya ke dlm Kunci Kira2. Mcm mana sist. itu kenalpasti jumlah bg Pendapatan/Liabiliti/Aset? Semuanya terpulang pd carta akaun anda. Masih ingat Carta Akaun dlm bab sebelum ini?Setiap akaun mesti dimasukkan mengikut tajuk. Jadi sistem2 tadi mengenal akaun2 anda melalui tajuknya. Cth: jika masuk bwh tajuk/label Aset, maka ianya dianggap acc.Aset. Sama spt acc.Pendapatan, jika Hasil Sewaan dimasukkan bwh label Pendapatan,maka ia dikira sbg Pendapatan. Semua nilai di dlm nya akan dimasukkan dlm Penyata Pendapatan. Begitulah cara sist.perakaunan menerbitkan jumlah2 dlm Penyata Pendapatan.Jika anda tak bukakan 1 akaun tambahan utk Liabiliti, sist. tadi tak tahu adanya Liabiliti. Maka tiadalah Liabiliti dlm Kunci Kira2 anda. Sebab itulah anda diberikan cth yg memerlukan akaun tambahan dibuka utk tujuan spt acc.Hasil Terdahulu ini. Sebenarnya,kaedah pelarasan yg dipilih tak begitu penting. Asal saja anda dapatkan Hasil Sewaan & Liabiliti ini. Anda bebas memilih kaedah yg disukai. Hanya pastikan nilai bg Pendapatan & Liabiliti anda betul.