Dlm pelajaran yg lalu, kita dapati
bila tahun perakaunan berakhir,
pelarasan perlu dibuat pd akaun
sebelum Penyata Kewangan disediakan.
Ini memberikan nilai yg lebih tepat
dlm akaun itu.
Dlm pelajaran ini pula kita akan
belajar Pelarasan bg Hasil Terdahulu.
Hasil Terdahulu.
Cth: anda nak sewakan 1 sudut dlm kedai
anda bg tempoh 1/10/20x5 - 31/3/20x6.
Sewa:RM300/sbln x 6bln = RM1800.
Bayaran ini diterima pd hari pertama,
iaitu 1/10/20x5.Jom semak tempoh
perakaunan semasa anda.
Tempohnya = sepanjang tahun 20x5.
Yg kita nak ketahui ialah pendapatan
& perbelanjaan sepanjang tempoh ini.
Pd tarikh 31/12/20x5, kita juga nak
tahu berapakah nilai Aset,
Liabiliti & Ekuiti Pemilik.
Perhatikan,sewaan utk 6 bln
ini melebihi tarikh 31/12/20x5.
3 bln pertama ini masih dlm
tempoh perakaunan anda. Maka ia
dikira Pendapatan.
3 bln berikutnya di luar drp
tempoh perakaunan.
Ia belum diperolehi lg pd
31/12/20x5, jadi pd tarikh itu
ia dikira sbg Liabiliti dlm
Kunci Kira2. Liabiliti inilah
yg dikenali sbg Hasil Terdahulu.
Tinggalkan bhgian ini seketika.
Sekarang kita nak fikirkan cara
pelarasan utk menunjukkan Pendapatan
utk 3 bln & Liabiliti utk 3 bln.
Pd 1/1/0/20x5,tunai diterima
sebanyak RM1800.
Dlm Sist.Catatan Beregu, debit Bank
RM1800, kredit acc.Hasil Sewaan.
Acc.Bank tak ditunjukkan krn tiada
pelarasan dibuat.
Kita lihat acc.Hasil Sewaan, RM1800
dikreditkan ke dlm nya.
Jika tiada perubahan pd acc.
pendapatan,jumlah ini direkodkan
sbg Pendapatan bg tahun 20x5. Tapi
kita tahu bahawa ini tak betul
krn sepatutnya cuma dapat separuh
saja. Jadi ia perlu diubah utk
menunjukkan jumlah sebenar yg kita
perolehi. Bagai mana nak ubah?
Apakah bentuk pelarasan yg di
perlukan? Pd 31/12/20x5,
anda perlu keluarkan jumlah yg tak
diperolehi. Maka acc.Hasil Sewaan
perlu didebitkan sebanyak RM900 &
kredit RM900 pd acc.Sewa Terdahulu.
Debit RM900 utk mengurangkan
jumlahnya & kreditkan ia di sini.
Anggapkan anda sediakan acc.Untung &
Rugi dlm format T.
Maka anda perlu letakkan pendapatan
tadi ke dlm acc.Untung & Rugi.
Cara2 nya: jumlahkan Hasil Sewaan &
tuliskan nilai yg tinggi di sini.
Imbangannya,RM900 didebit pd
31/12/20x5 & dipindahkan ke
acc.Untung & Rugi. Debit dari sini
& kreditkan ke acc.Untung & Rugi.
Pd bhgian kredit, tuliskan Hasil
Sewaan RM900.
Tak perlu imbangkan acc.Hasil Terdahulu
krn ianya tunggakkan dr penyewa.
Ia tak "ditutup" krn
tutup acc = 0.
Biarkan ia begitu & ia akan di
tunjukkan dlm Kunci Kira2.
Di bawah Liabiliti Semasa, RM900
dikreditkan sbg Hasil Terdahulu.
Dgn pelarasan ini, anda dpt
tunjukkan jumlah yg diperolehi
sbg Pendapatan bg tempoh perakaunan
ini; & jumlah yg belum diperoleh
sbg Liabiliti pd 31/12/20x5.
Ini pelarasan yg anda lakukan.
Wang diterima pd tempoh perakaunan
semasa tp belum sbg Pendapatan.
Cth ini menunjukkan 1 akaun tambahan
perlu dibuka bg menunjukkan
Pendapatan yg belum diperolehi @
bhgian Liabiliti.
Kaedah ini sama dgn perakaunan
secara berkomputer.
Bukan bermaksud ianya sama spt
penggunaan Mic.Excel utk
pengurusan akaun anda, tapi dgn
perisian spt Quickbooks, MYOB,
Sage dsb.. Perisian2 tadi akan
mengeluarkan semua jumlah dlm
acc.Pendapatan & tunjukkannya dlm
Penyata Untung & Rugi/Pendapatan.
Kemudian ia akan keluarkan
jumlah Liabiliti &
masukkannya ke dlm Kunci Kira2.
Mcm mana sist. itu
kenalpasti jumlah bg
Pendapatan/Liabiliti/Aset?
Semuanya terpulang pd carta akaun
anda. Masih ingat Carta Akaun dlm
bab sebelum ini?Setiap akaun
mesti dimasukkan mengikut tajuk.
Jadi sistem2 tadi mengenal akaun2
anda melalui tajuknya.
Cth: jika masuk bwh tajuk/label
Aset, maka ianya dianggap acc.Aset.
Sama spt acc.Pendapatan, jika
Hasil Sewaan dimasukkan bwh
label Pendapatan,maka ia dikira
sbg Pendapatan.
Semua nilai di dlm nya akan
dimasukkan dlm Penyata Pendapatan.
Begitulah cara sist.perakaunan
menerbitkan jumlah2
dlm Penyata Pendapatan.Jika anda
tak bukakan 1 akaun tambahan utk
Liabiliti, sist. tadi tak tahu
adanya Liabiliti.
Maka tiadalah Liabiliti dlm
Kunci Kira2 anda.
Sebab itulah anda diberikan
cth yg memerlukan akaun
tambahan dibuka utk tujuan
spt acc.Hasil Terdahulu ini.
Sebenarnya,kaedah pelarasan yg
dipilih tak begitu penting.
Asal saja anda dapatkan Hasil
Sewaan & Liabiliti ini.
Anda bebas memilih kaedah yg
disukai. Hanya pastikan nilai
bg Pendapatan & Liabiliti anda
betul.