WEBVTT 00:00:13.971 --> 00:00:16.313 Hai, saya Kathleen Kennedy, 00:00:16.314 --> 00:00:19.700 dan saya adalah penerbit Star Wars The Force Awakens. 00:00:19.757 --> 00:00:24.140 Hari ini anda akan bermain dengan salah satu bintang kami, BB-8. 00:00:24.170 --> 00:00:26.860 BB-8 adalah satu droid sfera. 00:00:26.890 --> 00:00:29.829 Semua yang dia lakukan dan setiap pergerakan yang dia buat 00:00:29.857 --> 00:00:32.529 dikawal oleh perisian komputer. 00:00:33.371 --> 00:00:36.071 Sains komputer memberi kesan kepada setiap industri, 00:00:36.072 --> 00:00:38.529 daripada pemasaran kepada penjagaan kesihatan kepada filem. 00:00:38.900 --> 00:00:42.213 Sebenarnya, beratus-ratus jurutera komputer bekerjasama 00:00:42.214 --> 00:00:45.529 untuk menghasilkan filem seperti The Force Awakens. 00:00:46.143 --> 00:00:47.243 Hai, Saya Rachel Rose. 00:00:47.270 --> 00:00:49.866 Saya seorang jurutera kanan R dan D di ILM, 00:00:50.066 --> 00:00:53.157 dan saya mengetuai kumpulan pembangunan animasi dan makhluk. 00:00:53.471 --> 00:00:54.986 Di The Force Awakens, 00:00:55.010 --> 00:00:57.913 Saya bertanggungjawab untuk membantu artis membangunkan rigging, 00:00:57.914 --> 00:01:01.313 yang merupakan bahagian watak yang boleh bergerak 00:01:01.314 --> 00:01:03.401 membolehkan watak itu kelihatan 00:01:03.402 --> 00:01:06.057 sangat boleh dipercayai di galaksi yang jauh. 00:01:07.000 --> 00:01:08.386 Pada jam berikutnya, kami akan 00:01:08.387 --> 00:01:10.000 membina permainan Star Wars kami sendiri 00:01:10.030 --> 00:01:12.814 yang akan mengajar anda konsep asas pengaturcaraan. 00:01:12.843 --> 00:01:14.400 Biasanya pengaturcaraan dilakukan semua dalam teks, 00:01:14.401 --> 00:01:15.971 tetapi kita akan menggunakan blok di sini 00:01:15.986 --> 00:01:18.514 supaya kita boleh seret dan lepas untuk menulis atur cara. 00:01:18.850 --> 00:01:21.329 Dengan cara ini, anda masih mencipta kod. 00:01:21.330 --> 00:01:23.257 Selepas anda mencuba asas dengan blok, 00:01:23.258 --> 00:01:24.771 kami akan menukar ke JavaScript, 00:01:24.772 --> 00:01:27.757 Salah satu bahasa pengaturcaraan yang paling popular di web. 00:01:28.357 --> 00:01:30.170 Sebagai permulaan, kami akan bekerjasama 00:01:30.171 --> 00:01:31.986 dengan Ray untuk memprogramkan BB-8 untuk berjalan 00:01:31.987 --> 00:01:34.700 untuk mengumpul semua bahagian sekerap. 00:01:34.730 --> 00:01:36.857 Skrin anda dibahagikan kepada tiga bahagian. 00:01:36.858 --> 00:01:38.943 Di sebelah kiri ialah ruang permainan Star Wars 00:01:38.944 --> 00:01:39.986 di mana kod akan dijalankan. 00:01:40.071 --> 00:01:41.242 Arahan untuk setiap peringkat 00:01:41.243 --> 00:01:44.029 ditulis di bawah ruang permainan. 00:01:44.030 --> 00:01:45.929 Kawasan tengah ini adalah toolbox, 00:01:45.930 --> 00:01:47.571 dan setiap blok ini adalah arahan 00:01:47.600 --> 00:01:49.414 yang BB-8 boleh faham. 00:01:49.800 --> 00:01:52.180 Ruang putih di sebelah kanan dipanggil ruang kerja, 00:01:52.200 --> 00:01:54.460 dan kami akan membina program kami di sini. 00:01:54.490 --> 00:01:56.620 Jika saya menyeret blok "moveLeft" 00:01:56.650 --> 00:01:58.602 ke ruang kerja dan tekan "Run". 00:01:58.802 --> 00:01:59.420 Apa yang akan berlaku? 00:01:59.450 --> 00:02:02.340 BB-8 bergerak satu blok ke kiri pada grid. 00:02:02.360 --> 00:02:04.000 Dan bagaimana jika saya mahu BB-8 lakukan 00:02:04.029 --> 00:02:05.913 sesuatu selepas blok "moveLeft", 00:02:05.914 --> 00:02:08.285 Saya boleh menambah blok lain ke program kami. 00:02:08.286 --> 00:02:10.223 Saya akan memilih blok "moveUp" 00:02:10.224 --> 00:02:11.414 dan saya akan menyeretnya di bawah 00:02:11.415 --> 00:02:14.028 blok "moveLeft" sehingga sorotan muncul, 00:02:14.029 --> 00:02:17.243 dan kemudian melepaskannya dan kedua-dua blok itu akan bercantum. 00:02:17.760 --> 00:02:18.987 Apabila saya menekan "Run" sekali lagi, 00:02:19.187 --> 00:02:20.700 BB-8 akan melaksanakan arahan 00:02:20.701 --> 00:02:24.143 yang disusun dari atas ke bawah pada ruang kerja kami. 00:02:24.300 --> 00:02:26.171 Jika anda ingin memadamkan blok, 00:02:26.186 --> 00:02:27.300 hanya keluarkannya daripada susunan 00:02:27.330 --> 00:02:29.500 dan seretnya kembali ke dalam toolbox. 00:02:29.530 --> 00:02:30.860 Selepas anda tekan butang "Run", 00:02:30.890 --> 00:02:32.629 anda sentiasa boleh menekan butang "Reset" 00:02:32.630 --> 00:02:34.820 untuk kembalikan BB-8 ke permulaan. 00:02:34.840 --> 00:02:35.880 Jom, mari kita bermula.