Hai, saya Kathleen Kennedy,
dan saya adalah penerbit
Star Wars The Force Awakens.
Hari ini anda akan bermain dengan
salah satu bintang kami, BB-8.
BB-8 adalah satu droid sfera.
Semua yang dia lakukan dan
setiap pergerakan yang dia buat
dikawal oleh perisian komputer.
Sains komputer memberi kesan
kepada setiap industri,
daripada pemasaran kepada
penjagaan kesihatan kepada filem.
Sebenarnya, beratus-ratus
jurutera komputer bekerjasama
untuk menghasilkan filem seperti
The Force Awakens.
Hai, Saya Rachel Rose.
Saya seorang jurutera kanan
R dan D di ILM,
dan saya mengetuai kumpulan pembangunan
animasi dan makhluk.
Di The Force Awakens,
Saya bertanggungjawab untuk membantu
artis membangunkan rigging,
yang merupakan bahagian watak
yang boleh bergerak
membolehkan watak itu kelihatan
sangat boleh dipercayai di
galaksi yang jauh.
Pada jam berikutnya, kami akan
membina permainan Star Wars kami sendiri
yang akan mengajar anda konsep
asas pengaturcaraan.
Biasanya pengaturcaraan dilakukan
semua dalam teks,
tetapi kita akan menggunakan blok di sini
supaya kita boleh seret dan lepas
untuk menulis atur cara.
Dengan cara ini, anda masih mencipta kod.
Selepas anda mencuba asas dengan blok,
kami akan menukar ke JavaScript,
Salah satu bahasa pengaturcaraan yang
paling popular di web.
Sebagai permulaan, kami akan bekerjasama
dengan Ray untuk memprogramkan
BB-8 untuk berjalan
untuk mengumpul semua bahagian sekerap.
Skrin anda dibahagikan kepada
tiga bahagian.
Di sebelah kiri ialah ruang permainan
Star Wars
di mana kod akan dijalankan.
Arahan untuk setiap peringkat
ditulis di bawah ruang permainan.
Kawasan tengah ini adalah toolbox,
dan setiap blok ini adalah arahan
yang BB-8 boleh faham.
Ruang putih di sebelah kanan
dipanggil ruang kerja,
dan kami akan membina
program kami di sini.
Jika saya menyeret blok "moveLeft"
ke ruang kerja dan tekan "Run".
Apa yang akan berlaku?
BB-8 bergerak satu blok ke kiri
pada grid.
Dan bagaimana jika saya mahu BB-8 lakukan
sesuatu selepas blok "moveLeft",
Saya boleh menambah blok lain
ke program kami.
Saya akan memilih blok "moveUp"
dan saya akan menyeretnya di bawah
blok "moveLeft" sehingga sorotan muncul,
dan kemudian melepaskannya
dan kedua-dua blok itu akan bercantum.
Apabila saya menekan "Run" sekali lagi,
BB-8 akan melaksanakan arahan
yang disusun dari atas ke bawah
pada ruang kerja kami.
Jika anda ingin memadamkan blok,
hanya keluarkannya daripada susunan
dan seretnya kembali ke dalam toolbox.
Selepas anda tekan butang "Run",
anda sentiasa boleh menekan butang "Reset"
untuk kembalikan BB-8 ke permulaan.
Jom, mari kita bermula.