Carikan Luas dan Perimeter poligon ini. Kita mulakan dengan mencari Luas dahulu. Poligon ini terdiri dari 2 bahagian; yang pertama ialah Segi Empat Sama, iaitu bahagian ini. Mudah saja pengiraannya; Luas = Tapak x Tinggi. Maka, Luas bagi Segi Empat Sama ini ialah (L) = 8 x 4. Seterusnya untuk Segi Tiga pula. Luas bagi Segi Tiga sama dengan Tapak x Tinggi x (1/2). Apa logiknya kita darabkan dengan (1/2)? Sebab, jika hanya Tapak x Tinggi, anda dapat keseluruhan Luas ini; iatu Luas Segi Empat Sama. Perhatikan, Segi Tiga itu sebenarnya cuma separuh saja. Kalau anda pindahkan Segi Tiga kecil ini, sama dengan bahagian ini. Anda pindahkan yang sebelah sini pula, sama dengan bahagian ini. Jelas? Maka Segi Tiga itu ialah (1/2) x Tapak x Tinggi. Maka di sini, + (1/2) x 8 (Tapak) x 4 (Tinggi). Selesaikan pengiraan ini; Tinggi = 3, bukan 4. (Maaf!) Jadi tuliskan semula; A = 32 + 12 Maka Luas poligon ini ialah 44. Sekarang, kirakan Perimeter poligon ini pula. Perimeter ialah jumlah kesemua sisi yang membentuk poligon ini. Maka Perimeter = 8 + 4 + 5 + 5 + 4 = 26 inci. Saya akan tuliskan unit dengan betul. 8 inci x 4 inci = 32 inci persegi. 8 inci x 3 inci = 24 inci persegi. 24 inci² ÷ 2 = 12 inci² Maka unit Luas ialah 44 inci², Perimeter pula ialah 26 inci. Luas ialah 2 dimensi, dan Perimeter ialah 1 dimensi.