Selamat datang ke perbincangan
tentang ASAS PENAMBAHAN!
Anda sudah bersedia?
Jom,mari kita mula dengan
menyelesaikan beberapa soalan mudah.
Contohnya, 1+1.
Ya,saya pasti anda tahu jawapannya.
Jadi saya cuma ingin kongsikan cara
untuk mendapat jawapan itu
jika anda belum mampu untuk mencongaknya.
Katakan saya ada
satu biji limau.
Anda pula memberi saya 1 lagi biji limau,
Sekarang, berapa buah limau yang saya ada ?
Mari kita kira.
1..2.. biji limau.
Jadi 1+1 = 2!
Jika anda rasa contoh ini
terlalu mudah,
mari kita selesaikan contoh
yang lebih mencabar.
Berapakah jumlah 3+4?
Saya masih menggunakan limau
sebagai contoh.
Katakan saya ada 3 biji limau.
1...2...3...,
dan anda bagi saya 4 biji limau lagi.
Saya warnakan limau anda
dengan warna kuning.
1.....2....3...4...
Sekarang berapa jumlah limau yang saya ada?
1...2...(giliran anda!)
6...7 biji limau!
Maka 3+4 = 7!
Ok. Sekarang saya ingin memperkenalkan
1 lagi cara penambahan
yang dipanggil "Garis Nombor".
Anda boleh guna cara ini
jika anda belum mampu mencongak.
Lukiskan 1 garisan dan
tulis nombor mengikut turutan.
Pastikan semua nombor
yang anda guna
ada pada garis nombor ini.
Nombor pertama ialah 0,
maknanya tiada nilai atau
tidak ada apa-apa.
1...2...(giliran anda!)
9...10...11.
3+4.
Jadi kita mulakan dengan
3 disini.
Kita akan tambah 4 lagi.
Tambah bermaksud
jumlah menjadi lebih besar.
Jadi kita anjakkan 4 titik
1..2..3..4!
Anda nampak tadi macam mana
kita anjakkan 4 titik
dari nombor 3
dan kita dapat 7!
Anda boleh cuba selesaikan
contoh lain juga seperti;
8+1=?
Sama saja seperti
contoh sebelumnya.
Anda mula dari nombor 8
dan anjakkan 1 titik.
8+1 = 9!
Mari kita selesaikan soalan yang mencabar.
Sedikit pengetahuan untuk anda,
kalau anda ragu-ragu dengan Penambahan,
anda boleh lukis bulatan atau objek,
(seperti limau tadi)
ataupun "Garis Nombor".
Jika anda berlatih dengan lebih kerap
anda akan dapat menghafal cara ini
dan boleh mecongak jawapannya dengan pantas!
Kita teruskan lagi
dengan "Garis Nombor".
Lukiskan satu garisan,
dan masukkan nombor
mengikut turutan.
0
1...2...3...4...5...6...(giliran anda!)
13...14...15.
Selesaikan 5+6.
Contoh ini sedikit mencabar
kerana jawapannya lebih dari 1 angka.
Dari 5,
kita tambahkan 6 padanya.
Jadi kita anjakkan:
1...2...3...4...5...6
kita sampai ke titik nombor 11!
jadi 5+6 = 11!
Sekarang saya terbalikkan
6+5=?
Anda rasa
boleh tak kita terbalikkan nombor tadi
dan dapat jawapan yang sama?
Jom kita selesaikan
kali ini dengan warna lain
supaya kita semua tak keliru.
Bermula dari titik nombor 6,
anjakkan 5 darinya.
1..2..3..4..5
Kita dapat jawapan di tempat yang sama!
Saya pasti anda hendak cuba buat cara ini
pada soalan-soalan yang lain.
Terbukti hasilnya yang mana
tidak kira urutan apa yang anda buat;
"5+6" sama sahaja dengan "6+5"
Ok, mari teruskan beberapa latihan lagi
untuk menambah kecekepan anda.
Berapakah jumlah 8+7?
Bermula dari 8,
tambahkan 7 lagi padanya.
1..2..3..4..5..6..7.
Kita akan dapat 15!
8+7 = 15!
Jadi saya harap anda dapat gambaran
macam mana nak selesaikan
latihan sebegini.
Dalam matapelajaran Matematik,
anda perlu banyak berlatih
soalan-soalan seperti latihan tadi.
Latihan yang banyak menjadikan anda
lebih cekap dan mampu mencongak
dengan pantas dan tepat.
Untuk menyemak jawapan
kepada mana-mana soalan penambahan
yang terdapat dalam latihan
anda boleh tekan "hints" dan
ia akan lukiskan bulatan
untuk anda kira;
atau sekiranya anda ingin mendapat
jawapan yang tepat
anda boleh lukiskan sendiri
bulatan atau garisan nombor
seperti yang kita lakukan dalam perbincangan ini.
Tahniah!
Sekarang anda sudah bersedia untuk menjawab soalan penambahan yang lain pula!
Selamat mencuba!