Kami mereka bentuk tadika ini pada tahun 2007. Kami bangunkan tadika ini dalam bentuk bulat. Ia seperti pusingan tanpa henti di atas bumbung. Jika anda ibu bapa, anda tahu bahawa kanak-kanak amat suka bergerak dalam bulatan. Ini rupa bentuk atap bangunan itu. Kenapa kami pilih reka bentuk sebegini? Pengetua tadika ini berkata, "Tidak, saya tidak mahu pagar keselamatan." Saya katakan. "Mustahil." Namun dia memberi pendapat "Bagaimana jikalau diletakkan jaring di penjuru bumbung? Jadi, ia akan menghalang pelajar dari jatuh ke tanah?" (Ketawa) Saya katakan, "Itu mustahil." Dan sudah pasti, pihak berkuasa akan berkata, "Sudah semestinya kamu mesti mewujudkan tempat pemegang." Tetapi kita masih lagi boleh menggunakan idea itu di keliling pokok. Terdapat tiga pokok menembusi atap ini. Dan kami dibenarkan memanggil jaringan tali ini sebagai tempat pemegang, Tetapi sudah pasti, tali ini tidak akan mengapa-apakan mereka. Mereka jatuh ke dalam jaringan tali. Ramai bermain di situ, dan lebih ramai, dan semakin ramai. (Ketawa) Ada kalanya 40 orang kanak-kanak bermain disekitar pokok. Budak lelaki di dahan pokok, dia sayangkan pokok tersebut, jadi dia makan pokok itu. (Ketawa) Jika ada acara, mereka duduk di pinggir. Sangat menarik jika dilihat dari bawah. Monyet di zoo. (Ketawa) Masa untuk makan. (Ketawa) (Tepukan) Dan kami bina atap tersebut serendah mungkin, kerana kami ingin melihat kanak-kanak yang berada di atas atap, bukan sahaja yang berada di bawah atap. Dan jika atap terlalu tinggi, anda hanya akan melihat siling. Dan tempat membasuh kaki -- terdapat banyak tempat yang ada pili air. Ia pili jenis boleh lentur, dan jika mereka ingin sembur air pada rakan mereka, dan semburan tersebut, dan yang paling hadapan agak normal. Tapi jika anda lihat yang ini, kanak-kanak tersebut bukannya membasuh kasut but, tetapi memasukkan air ke dalam kasutnya. (Ketawa) Tadika ini dibuka sepenuhnya, sepanjang tahun. Dan disini tiada batasan antara dalam dan luar. Jadi maksud pada asasnya seni bina ini sebenarnya atap. Dan juga tiada halangan antara kelas. Jadi tiada halangan bunyi langsung. Apabila anda letakkan ramai kanak-kanak di dalam kotak yang senyap, ada antara mereka akan gusar. Tetapi di tadika ini, tiada alasan untuk rasa gusar. Kerana tiada halangan, Pengetua berkata, jika ada kanak-kanak di penjuru tidak mahu berada di kelas, kami lepaskan dia pergi. Dia akan kembali tanpa disedari, kerana ia bulat, pasti kembali. (Ketawa) Tetapi tujuannya adalah, di dalam keadaan sebegitu, kebiasannya kanak-kanak akan menyorok di mana-mana. Tetapi disini, dia pergi dan kembali semula. Ia berlaku secara alami. Keduanya, kami mengambil berat terhadap pentingnya kebisingan. Anda tahu kanak-kanak akan lebih nyenyak di dalam kebisingan. Mereka tidak tidur di tempat yang sunyi. Di tadika ini, kanak-kanak ini menunjukkan tumpuan yang bagus di dalam kelas. Anda tahu, kita dibesarkan di dalam hutan yang bising. Mereka perlukan kebisingan. Dan kamu tahu, anda boleh berbual dengan rakan anda di dalam bar yang bising. Anda tak sepatutnya berdiam diri. Masa kini kita cuba pastikan semuanya terkawal. Anda tahu, ia sepenuhnya terbuka. Anda patut tahu kita boleh main ski pada suhu -20 selsius waktu musim sejuk. Musim panas anda berenang. Suhu pasir 50 darjah. Kita tahan. Anda juga patut tahu anda kalis air. Anda tidak akan cair di dalam hujan. Jadi pelajar sepatutnya berada di luar. Jadi itu yang sepatutnya kita lakukan. Ini cara mereka membahagikan kelas. Mereka sepatutnya membantu guru. Tapi tidak. (Ketawa) Saya tak letak dia di dalam. Sebuah kelas. Sinki. Mereka berbual sesama mereka keliling sinki. Akan ada pokok di dalam kelas. Seekor monyet cuba untuk menarik perhatian monyet yang lain dari atas. (Ketawa) Monyet. (Ketawa) Setiap kelas akan ada satu atap tembus cahaya. Di sini tempat Santa Claus turun apabila Krismas tiba. Ini adalah bangunan annex. di sebelah kanannya tadika berbentuk bujur. Bangunan ini hanya setinggi lima meter dengan tujuh tingkat. Dan sudah pasti, ketinggian siling sangat rendah. Jadi keselamatan perlu dititikberatkan. Jadi, kami letakkan anak kami, lelaki dan perempuan. Mereka berusaha untuk masuk. Kepalanya terhantuk. Dia okey. Tengkoraknya agak kuat. Dia mampu pulih. Dia anak lelaki saya. (Ketawa) Dia mengagak: adakah selamat untuk melompat? Kemudian kami letakkan kanak-kanak lain. Kesesakan sangat teruk di Tokyo, seperti anda tahu. [Ketawa] Pemandunya di hadapan, dia perlu belajar untuk memandu. Masa kini, kanak-kanak perlukan sedikit perasaan bahaya. Dan dalam keadaan ini, mereka akan belajar untuk membantu satu sama lain. Inilah masyarakat. Inilah peluang yang kita hilang masa kini. Sekarang, lukisan menunjukkan pergerakan seorang budak lelaki. antara pukul 9.10 dan 9.30 pagi. Ukurlilit bangunan ini ialah 183 meter. Jadi ia tidaklah kecil. Dan kanak-kanak lelaki ini berlari 6,000 meter pada sebelah pagi. Tetapi perkara yang mengejutkan belum diberitahu. Kanak-kanak di tadika ini secara puratanya bergerak 4,000 meter. Mereka mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dibandingkan dengan tadika yang lain. "Pengetua berkata, "Saya tidak melatih mereka. Kami tinggalkan mereka di atas atap. Seperti berbiri." (Ketawa) Mereka tak berhenti berlari. (Ketawa) Saranan saya, jangan mengawal mereka, jangan terlampau melindungi mereka, dan ada kalanya mereka tersembam. Mereka perlukan sedikit kecederaan. Dan ini akan mendidik mereka cara untuk hidup di dunia ini. Saya merasakan senibina mampu mengubah dunia, dan kehidupan manusia. Ini salah satu cubaan untuk merubah kehidupan kanak-kanak. Terima kasih. (Tepukan)