Selepas Imbangan Duga, kita perlu sediakan
Penyata Kewangan pula.
Apa yg terlibat dlm penyediaan Penyata
Kewangan?
Ia termasuklah Penyata Pendapatan &
Kunci Kira-kira.
Nilai-nilai dlm kedua-dua penyata ini
diambil dari Imbangan Duga.
Jom kita lihat Penyata Pendapatan. Apa yg
boleh didapati dlm Penyata Pendapatan?
Ia menunjukkan kedudukan kewangan
sesuatu perniagaan,
samada ianya menguntungkan/tidak. Jadi dlm
Penyata Pendapatan, semua hasil pendapatan
syarikat yg ditolak perbelanjaan
disenaraikan.
Hasil itulah yg menjadi samada
keuntungan/kerugian syarikat.
Itulah perkara yg terkandung dlm Penyata
Pendapatan. Data ini perlu dihuraikan krn;
jumlah pendapatan & perbelanjaan sekaligus
tak membantu utk membuat kesimpulan.
Sebelum itu: Penyata Pendapatan perlu
diberi tajuk. Penyata Pendapatan lazimnya
mengumpulkan nilai bg tempoh 1 tahun
perakaunan. Jadi tajuknya perlulah ditulis
spt berikut: "Penyata Pendapatan bg
Tahun Berakhir 31 Dec 20X5".
Ingat ya, ianya bagi tahun tersebut. Jika
anda nak sediakan penyata bulanan,
tuliskan "Penyata Pendapatan bg Bulan
Berakhir xxxx". "Pendapatan" di sini
dikembangkan & diisi dgn Untung Kasar &
pendapatan lain cth: Hasil Sewa &
Hasil Faedah. Ini ialah bahagian
Pendapatan. Perbelanjaan pula meliputi
Belanja Kendalian syarikat. Perkara inilah
yg ada dlm Penyata Pendapatan:
Pendapatan - Perbelanjaan =
jumlah Untung/Rugi
Pendapatan terbahagi kpd 2 bhgian: bhgian
utama ialah prestasi perniagaan anda.
Penyata ini bg urusan perdagangan: jual/
beli sesuatu barang. Dlm cth yg lepas
bg Quirky Shirts, perniagaan yg terlibat
ialah jual/beli baju.
Dlm Penyata Pendapatan;
pendapatan utama = untung kasar perniagaan
= Jualan Baju - Kos Baju. Kemudian tambah
dgn pendapatan sampingan yg lain & ditolak
kos kendalian = Jumlah Untung/Rugi
Keseluruhan. Tapi maklumat ini masih
terlalu ringkas utk diguna dlm membuat
apa-apa keputusan, bergantung kpd siapa
yg menilai penyata ini. Jika melibatkan
pengurusan tinggi, maka lebih banyak
maklumat yg diperlukan.
Jadi kita akan kembangkan lagi maklumat
dlm Penyata Pendapatan ini sehingga
ke peringkat berikut, & ia juga diperlukan
dlm peperiksaan SPM.
Jualan Bersih dah diringkaskan di sini. Ia
dikembangkan kpd jualan - pulangan jualan
& diskaun yg diberi. Jumlah Jualan
Bersihnya sama iaitu RM433800.
Katakan hanya pulangan jualan berlaku &
tiada diskaun diberi; maka tak perlu
alihkan nilainya ke kiri. Tuliskan saja
jumlahnya sejajar di kanan. Tapi jika lebih
dari 1 perkara di sini, maka nilainya
perlu ditulis di sebelah kiri
& jumlah kecil (sub) ditulis di kanan.
Selesai utk kembangan bg Jualan Bersih.
Kos/modal Jualan paling rumit utk
dikembangkan berbanding yg lain.
Lihat hasil kembangan ini. Jumlah modal =
RM326,200. Banyak hal terlibat dlm modal
jualan ini. 1: Stok Awalan, 2: Belian;
bukan hanya masukkan invois dari penjual.
Pertama, jumlah belian - (pemulangan belian
+ diskaun diterima) = RM8100.
Belian - RM8100 = Jumlah Belian Bersih.
Kemudian + dgn perbelanjaan yg diperlukan
sebelum ia sedia utk dijual. Antara
perbelanjaan lazim yg harus dimasukkan
dlm jumlah Belian Bersih : duti impot &
caj angkutan masuk (freight inwards).
Caj angkutan masuk = caj penghantaran
barang ke ruang pameran anda utk jualan.
Apa saja kos penghantaran barang utk
dijual mesti ditambah sbg kos jualan.
Dlm cth ini kos-kos itu ialah duti impot
& caj penghantaran masuk.
Jumlah Kos Jualan pula + jumlah stok awalan
= kos barang sedia dijual bg tempoh
perakaunan tertentu. Bila tempoh habis,
stok akan dikira semula utk dapatkan
kos barang yg dah terjual.
Contoh ini dibuat dgn anggapan perniagaan
ini menggunakan Sist.Inventori Berkala.
Masih ingat lagi 2 jenis pilihan
Sist.Inventori;
samada secara Berterusan @ Berkala.
Diharapkan Sist.Inventori Berkala akan
diguna dlm SPM.
Anda boleh rujuk bab 2.9: Inventori utk
mengetahui lebih lanjut.
Jualan Bersih - Kos Jualan = Untung Kasar,
iaitu sama dgn jumlah di sini.
Kemudian, + dgn pendapatan lain & - Kos
Pengendalian
(cth: gaji pekerja, alat tulis pejabat,
insurans kenderaan & bangunan,
kos baiki kenderaan & juga utiliti)
Setelah ditolak subtotal Kos Pengendalian
iaitu RM68100,
anda dapat Untung Bersih RM42890.
Inilah format yg diharapkan keluar dlm SPM.
Bahagian ini menyatakan apakah asas
dlm Penyata Pendapatan, yg diterangkan
lebih lanjut dlm bahagian ini.
Manakala yg berikut ialah butiran yg
diperlukan baik utk Pengurus kedai itu
atau utk para pelajar SPM.
Penyata Pendapatan ini disediakan dlm
format penyata. Anda boleh juga
menyediakannya dlm format ' T '.
Berikut ialah penyata dlm bentuk format T:
Lazimnya; Perbelanjaan di bhgian kiri,
Pendapatan di bhgian kanan.
Dari format penyata, kiraan bg Jualan Bersih
ditulis di sebelah kanan.
Cuma pindahkan maklumat yg sama. Kiraan
bg Kos Jualan ditulis di sebelah kiri.
Jualan Bersih lebih besar dari Kos Jualan,
krn ianya jumlah kedua-dua bhgian.
Untung Kasar diperoleh dari hasil tolaknya.
Ia ditulis di bawah ini & memberikan jumlah
kiri & kanan yg seimbang iaitu RM433800.
Nilai yg lebih besar = jumlah bg kedua-dua
bhgian. Beza antara nilai ditulis di sebelah
kiri (Untung Kasar), & dipindahkan pula
ke kanan utk kiraan Untung Bersih.
Pendapatan lain juga ditulis di sebelah
kanan. Maka maklumat ini dimasukkan
ke sini, + Untung Kasar tadi & lain2
pendapatan. Kos Pengendalian pula ditulis
di sebelah kiri. Jumlahkan semua kos.
Nilai yg lebih besar = jumlah kesemua kos.
Bhgian yg dapat nilai lebih kecil akan dapat
perbezaan antara jumlah tadi.
Hasilnya anda dapat Untung Bersih drp
hasil jualan.
Jika Pendapatan besar dari Perbelanjaan,
anda akan dapat Untung Bersih,
iaitu di sebelah kiri. Kerugian Bersih
pula ditunjukkan di sebelah kanan.
Beginilah hasilnya Penyata Pendapatan dlm
format T. Penyata dlm format T ditulis sbg
" Akaun Dagangan Untung & Rugi bg tahun
berakhir xxxx"
Sebenarnya, bahagian ini menunjukkan hasil
dagangan anda; bermula dari Jualan hingga
Untung Kasar. Ia melibatkan aktiviti
jual & beli barangan.
Dlm format T pula, ia diterjemahkan spt
bhgian atas ini.
Krn itulah tajuknya ditulis spt demikian.
Istilah Dagangan tiada dlm format penyata.
Mari kita bincang mengenai Stok Akhir.
Cth ini menggunakan Sist.Inventori Berkala
yg mana tak terlalu terkawal tapi mudah
digunakan. Ini krn hanya ada rekod Belian
utk merekod kemasukan ke Inventori. Tapi
tiada rekod bg pengeluaran dari Inventori.
Jadi mcm mana nak kirakan Stok Akhir bila
tempoh perakaunan berakhir?
Kita akan kira stok bila tempoh perakaunan
berakhir sebab tiada rekod baki unit.
Kita akan kira baki berdasarkan stok yg ada.
Dan mungkin baki itu tak tepat krn
kecurian boleh berlaku, samada oleh org
luar @ dalam. Kita tak rekod pengeluaran
stok dari awal, maka tak dpt dianggarkan
baki stok yg sepatutnya ada.
Katakan jumlah baju sepatutnya 1000 helai
& 800 telah hilang. Maka jika hanya
pd kiraan, baki stok = 200 helai saja.
Tanpa anda ketahui, 800 helai dah hilang krn
tiada rekod utk semak & bandingkan.
Maka apa yg anda kira,
itulah Stok Akhir anda.
Sedangkan jumlah Stok Akhir sgt penting krn
ia akan menjejaskan Untung Kasar anda.
Untung Kasar pula akan menjejaskan nilai
Untung Bersih. Kesan darinya ialah;
Stok Akhir tak dinyatakan dgn betul tanpa
pengetahuan anda.
Bila ianya kurang, Kos Jualan meningkat.
Bila kos meningkat, Untung Kasar berkurang.
Slps ditolak dgn Perbelanjaan, sedikit saja
Untung Bersih yg diperolehi.
Begitulah caranya Untung Kasar & Bersih
terjejas dari jumlah Stok Akhir.
Sebaliknya jika Stok Akhir dikira
berlebihan dari asal;
Kos Jualan akan berkurang lalu Untung Kasar
meningkat dgn hebat! Slps ditolak dgn
segala Perbelanjaan, anda masih beroleh
Untung Bersih yg besar.
Anda jelas dgn penerangan ini?
Sebab itulah Stok Akhit sgt penting dlm
Sist.Inventori Berkala. Jika kawalan rekod
samada bertulis/fizikal tak bagus, bila
kecurian/teralih/salah kira berlaku maka
yg terjejas adalah Untung Kasar & Bersih.
Anda akan perolehi nilai yg tak tepat &
kemungkinan juga menghasilkan keputusan
yg salah. Ini salah satu kekurangan
Sist.Inventori Berkala. Spt yg kita
bincangkan dlm bab 2.9, sistem yg satu lagi
lebih teratur krn ia merekod aliran
keluar/masuk inventori. Tapi ianya lebih
mahal & tak sesuai jika barang jualan
murah.
Anda boleh rujuk bab 2.9
utk keterangan lanjut.