"Hasil Terakru". Apa itu Hasil Terakru? Ianya pendapatan tapi bayarannya belum diterima. Cth: anda tawarkan utk mencuci kereta Ayah anda bg tempoh 1 bln, dan terima upah RM100. Anda dah lakukannya utk 1 bln tapi belum diberi upah. Sebaliknya upah ditangguhkan ke bln depan. Maka pd akhir bln itu, anda dah dapat Hasil Terakru. Maksudnya kerja dah selesai utk sebulan; anda dah ada pendapatan tapi belum dibayar oleh Ayah. Kini ada seseorang yg berhutang bayaran kpd anda. Inilah yg dinamakan Hasil Terakru, iaitu Pendapatan diperoleh tapi bayarannya belum diterima. Cth seterusnya: perniagaan kita sekarang ialah Quirky Shirts. Ia menjual & beli baju. 1 syarikat kasut bernama Pamper Feet meminta anda menjualkan kasutnya. Anda dapat komisen bg setiap pasang kasut yg terjual. Anda setuju & kasutnya diletakkan di rak pameran. Ini ialah komisen yg diterima dari Pamper Feet dlm tahun 20x5, iaitu dari 1/1/20x5 - 31/10/20x5. Komisen RM10240 diterima secara tunai. Jom semak tempoh perakaunan kita;ia bermula dari 1/1/20x5 - 31/12/20x5. Kita perlu sediakan Penyata Kewangan bg tempoh ini.Maka kita perlukan jumlah komisen bg spjg tahun ini. Masihkah anda ingat Sist.Akaun Terakru? Semua pendapatan semasa mesti direkodkan dlm tempoh perakaunan yg sama juga, samada bayaran diterima/tidak. Tahun berakhir pd 31/12/20x5. Berapakah jumlah komisen yg akan direkodkan utk tahun 20x5? Adakah jumlahnya RM10240? Kita perlu semak adakah komisen di terima pd bln 11 & 12 20x5. Kita dah terima bayaran utk 10 bln pertama. Jadi tiada persoalan di sini. Jika ada jualan kasut pd 2 bln terakhir, komisen yg didapati mesti direkod dlm tempoh perakaunan yg di bawah. Ia juga mesti ditulis dlm buku acc. bg 20x5. Katakan ada jualan dlm 2 bln berikut. Komisen pd bln 11 = RM1780. Komisen pd bln 12 = RM2050. Komisen diperoleh tapi tunainya belum diberi. Biasanya terdapat banyak cuti umum pd hujung tahun. Ada pekerja yg akan bercuti. Bayaran pun lambat diproses, tapi ia dijangka selesai pd bln 1 tahun 20x6. Pamper Feet dianggap sbg Lain2 Penghutang;tiada terma kredit diberi. Komisen = pendapatan sampingan. Jangan lupa utk direkod kemudian. Jom kirakan jumlah komisen bg tahun 20x5. RM10240+RM1780+RM2050 = RM14070. Semak pula rekod semasa. Kita terima komisen RM10240 pd 10 bln pertama bg tahun 20x5. Cek yg diterima didepositkan dlm Bank. Anda akan terima Slip Deposit. Kita akan masukkan butirannya ke dlm rekod akaun. Maka, dlm Sist.Catatan Beregu, debit Bank & kredit Komisen Diterima. Jom lihat acc.Komisen Diterima. Abaikan acc.Bank krn tiada pelarasan yg perlu dibuat pdnya. Dlm acc.Komisen Diterima, RM10240 dikredit sbg komisen bg 10 bln pertama tahun 20x5. Jika tiada perubahan pd akaun ini, nilai ini dianggap sbg Komisen Diterima & direkod dlm Penyata Pendapatan. Kita tahu nilai ini tak tepat krn jumlah yg sepatutnya direkod dlm Penyata Pendapatan = RM14070. Jadi akaun ini perlu dilaraskan bg menunjukkan jumlah sebenarnya RM14070. Jadi apakah yg perlu dimasukkan? Pelarasannya adalah: tarikh bg pelarasan mestilah hari akhir bg tempoh perakaunan itu. Maka tarikhnya 31/12/20x5. Anda perlu jadikan jumlah acc.Komisen Diterima kpd RM14070. Semua acc.Pendapatan dikredit. Jika anda nak tingkatkan jumlahnya, acc.Komisen Diterima perlu kreditkan. Acc.Komisen Diterima kreditkan dgn jumlah komisen yg belum direkodkan iaitu bg 2 bln yg terakhir.Jumlahnya RM3830. Di manakah pula debit? Seseorang dah berhutang sebanyak RM3830 dgn anda, maka acc.Aset diperlukan. Ianya acc.Penghutang tapi bukan bg acc.Pamper Feet, krn hutang ini cuma dlm masa yg singkat.Jadi Pamper feet bukanlah penghutang utama anda. Anda hanya perlu bukakan akaun Aset sementara yg dinamakan acc.Hasil Terakru. Akaun ini dijangkakan tutup dlm masa yg singkat iaitu pd bln 1 20x6, bila Pamper Feet menjelaskan komisen bg bln 11 & 12. Acc.Hasil Terakru dibuka & didebit bg Komisen Diterima sebanyak RM3830. Acc.Komisen Diterima pula dikredit utk Hasil Terakru sebanyak RM3830 juga. Sekarang jumlah bg Acc.Komisen Diterima = RM14070,sama spt jumlah komisen yg kita kirakan bg tahun 20x5. Akaun Komisen Diterima kini dah dilaraskan ke RM14070, lebih tepat krn dah termasuk komisen bg bln 11 & 12. Jumlah inilah yg akan dimasukkan ke dlm Penyata Kewangan anda. Dlm Penyata Pendapatan bg tahun berakhir 31/12/20x5; di bawah Lain2 Pendapatan, ditulis Komisen Diterima RM14070. Dlm Kunci Kira2 pula,Hasil Terakru ditulis di bawah Aset Semasa. (biasanya slps stok Akhir & Penghutang) Jumlahnya RM3830. Di sinilah jumlah tadi ditunjukkan. Jumlah dlm acc.Komisen Diterima dimasukkan ke dlm Penyata Pendapatan. Jumlah dlm acc.Hasil Terakru pula dimasukkan ke dlm Kunci Kira2. Bgaimana pula dgn wang yg diterima dlm acc.Bank? Pasti ada banyak transaksi dlm acc.Bank selain Komisen Diterima. Jadi jumlahnya pastilah bukan RM10240, kita juga tiada maklumat mengenainya. Jumlah acc.Bank juga dimasukkan dlm Aset Semasa di sini dgn nilainya xxxx sebab tiada nilai akhir slps utk semua transaksi. Inilah caranya utk pelarasan bg Hasil Terakru.