"Hasil Terakru".
Apa itu Hasil Terakru?
Ianya pendapatan tapi
bayarannya belum diterima.
Cth: anda tawarkan utk mencuci
kereta Ayah anda bg tempoh 1 bln,
dan terima upah RM100. Anda dah
lakukannya utk 1 bln tapi belum
diberi upah. Sebaliknya upah
ditangguhkan ke bln depan.
Maka pd akhir bln itu, anda dah
dapat Hasil Terakru. Maksudnya
kerja dah selesai utk sebulan;
anda dah ada pendapatan tapi
belum dibayar oleh Ayah. Kini ada
seseorang yg berhutang bayaran
kpd anda. Inilah yg dinamakan
Hasil Terakru, iaitu
Pendapatan diperoleh tapi
bayarannya belum diterima.
Cth seterusnya: perniagaan kita
sekarang ialah Quirky Shirts.
Ia menjual & beli baju. 1 syarikat
kasut bernama Pamper Feet
meminta anda menjualkan kasutnya.
Anda dapat komisen bg setiap
pasang kasut yg terjual. Anda setuju
& kasutnya diletakkan di rak pameran.
Ini ialah komisen yg diterima dari
Pamper Feet dlm tahun 20x5,
iaitu dari 1/1/20x5 - 31/10/20x5.
Komisen RM10240 diterima secara tunai.
Jom semak tempoh perakaunan kita;ia
bermula dari 1/1/20x5 - 31/12/20x5.
Kita perlu sediakan Penyata Kewangan
bg tempoh ini.Maka kita perlukan
jumlah komisen bg spjg tahun ini.
Masihkah anda ingat Sist.Akaun Terakru?
Semua pendapatan semasa mesti direkodkan
dlm tempoh perakaunan yg sama juga,
samada bayaran diterima/tidak.
Tahun berakhir pd 31/12/20x5.
Berapakah jumlah komisen yg akan
direkodkan utk tahun 20x5?
Adakah jumlahnya RM10240?
Kita perlu semak adakah komisen di
terima pd bln 11 & 12 20x5.
Kita dah terima bayaran utk 10 bln
pertama. Jadi tiada persoalan di sini.
Jika ada jualan kasut pd 2 bln terakhir,
komisen yg didapati mesti direkod dlm
tempoh perakaunan yg di bawah. Ia juga
mesti ditulis dlm buku acc. bg 20x5.
Katakan ada jualan dlm 2 bln berikut.
Komisen pd bln 11 = RM1780.
Komisen pd bln 12 = RM2050. Komisen
diperoleh tapi tunainya belum diberi.
Biasanya terdapat banyak cuti umum pd
hujung tahun. Ada pekerja yg akan bercuti.
Bayaran pun lambat diproses, tapi ia
dijangka selesai pd bln 1 tahun 20x6.
Pamper Feet dianggap sbg Lain2
Penghutang;tiada terma kredit diberi.
Komisen = pendapatan sampingan.
Jangan lupa utk direkod kemudian.
Jom kirakan jumlah komisen bg
tahun 20x5.
RM10240+RM1780+RM2050 = RM14070.
Semak pula rekod semasa.
Kita terima komisen RM10240 pd
10 bln pertama bg tahun 20x5.
Cek yg diterima didepositkan dlm
Bank. Anda akan terima Slip Deposit.
Kita akan masukkan butirannya ke
dlm rekod akaun.
Maka, dlm Sist.Catatan Beregu,
debit Bank & kredit Komisen Diterima.
Jom lihat acc.Komisen Diterima.
Abaikan acc.Bank krn tiada pelarasan
yg perlu dibuat pdnya.
Dlm acc.Komisen Diterima,
RM10240 dikredit sbg komisen
bg 10 bln pertama tahun 20x5.
Jika tiada perubahan pd akaun ini,
nilai ini dianggap sbg
Komisen Diterima & direkod dlm
Penyata Pendapatan.
Kita tahu nilai ini tak tepat krn
jumlah yg sepatutnya direkod dlm
Penyata Pendapatan = RM14070.
Jadi akaun ini perlu dilaraskan
bg menunjukkan jumlah sebenarnya
RM14070.
Jadi apakah yg perlu dimasukkan?
Pelarasannya adalah:
tarikh bg pelarasan mestilah hari akhir
bg tempoh perakaunan itu.
Maka tarikhnya 31/12/20x5. Anda
perlu jadikan jumlah
acc.Komisen Diterima kpd RM14070.
Semua acc.Pendapatan dikredit.
Jika anda nak tingkatkan jumlahnya,
acc.Komisen Diterima perlu kreditkan.
Acc.Komisen Diterima kreditkan dgn jumlah
komisen yg belum direkodkan iaitu bg
2 bln yg terakhir.Jumlahnya RM3830.
Di manakah pula debit?
Seseorang dah berhutang sebanyak RM3830
dgn anda, maka acc.Aset diperlukan.
Ianya acc.Penghutang tapi bukan bg
acc.Pamper Feet, krn hutang ini cuma
dlm masa yg singkat.Jadi Pamper feet
bukanlah penghutang utama anda.
Anda hanya perlu bukakan akaun Aset
sementara yg dinamakan acc.Hasil Terakru.
Akaun ini dijangkakan tutup dlm masa yg
singkat iaitu pd bln 1 20x6,
bila Pamper Feet menjelaskan komisen
bg bln 11 & 12.
Acc.Hasil Terakru dibuka & didebit bg
Komisen Diterima sebanyak RM3830.
Acc.Komisen Diterima pula dikredit utk
Hasil Terakru sebanyak RM3830 juga.
Sekarang jumlah bg Acc.Komisen Diterima
= RM14070,sama spt jumlah komisen yg
kita kirakan bg tahun 20x5. Akaun
Komisen Diterima kini dah dilaraskan
ke RM14070, lebih tepat krn dah
termasuk komisen bg bln 11 & 12.
Jumlah inilah yg akan dimasukkan ke
dlm Penyata Kewangan anda.
Dlm Penyata Pendapatan bg tahun
berakhir 31/12/20x5;
di bawah Lain2 Pendapatan, ditulis
Komisen Diterima RM14070.
Dlm Kunci Kira2 pula,Hasil Terakru
ditulis di bawah Aset Semasa.
(biasanya slps stok Akhir & Penghutang)
Jumlahnya RM3830.
Di sinilah jumlah tadi ditunjukkan.
Jumlah dlm acc.Komisen Diterima
dimasukkan ke dlm Penyata Pendapatan.
Jumlah dlm acc.Hasil Terakru pula
dimasukkan ke dlm Kunci Kira2.
Bgaimana pula dgn wang yg diterima
dlm acc.Bank?
Pasti ada banyak transaksi dlm acc.Bank
selain Komisen Diterima.
Jadi jumlahnya pastilah bukan RM10240,
kita juga tiada maklumat mengenainya.
Jumlah acc.Bank juga dimasukkan dlm
Aset Semasa di sini dgn nilainya
xxxx sebab tiada nilai akhir slps
utk semua transaksi.
Inilah caranya utk pelarasan
bg Hasil Terakru.