"Belanja Terakru". 1 lg pelarasan yg perlu dibuat pd hujung tempoh perakaunan. Apa itu Belanja Terakru? Ia adalah perbelanjaan yg ditanggung tapi belum dilunaskan. Cth:bil elektrik bulanan. Katakan ini ialah tempoh perakaunan bermula dari 1/1/20x5 - 31/12/20x5. Bil elektrik bg tahun 20x5 dah dibayar bermula dari 1 Jan - 30 Nov 20x5. Jom semak bilakah tempoh perakaunan berakhir. Ia berakhir pd 31/12/20x5. Elektrik dah diguna & dibayar sehingga bln Nov 20x5.Bgaimana dgn bln Dis? Adakah kita masih guna elektrik pd bln Dis? Biasanya memang akan diguna juga. Tapi bil utiliti selalunya dikeluarkan pd bulan berikutnya. Bil bg kegunaan bln Dis akan keluar pd thn depan iaitu Jan 20x6. Jd elektrik memang diguna pd bln Dis tapi belum lg dibayar. Dlm Sist.Akaun Terakru, kita perlu tahu jumlah kegunaan elektrik bg tahun 20x5. Supaya ada nilai perbelanjaan bg elektrik dlm Penyata Pendapatan bg tahun itu. Jom masukkan nilai. Katakan utk 11 bln pertama,kegunaan elektrik = RM4620. Bil bg kegunaan pd bln Dis belum diterima tapi kita perlu anggarkannya. Bagaimana nak anggarkan? Rujuk bil2 bln sebelumnya sbg panduan. Anggapkan dari bil sebelumnya, anggaran bg penggunaan bln Dis = RM680. Maka jumlah bil elektrik bg tahun 20x5 = RM5300. Jumlah ini perlu ditunjukkan dlm Penyata Pendapatan bg tahun berakhir 31/12/20x5. Jom semak apakah yg telah direkod dlm akaun. Kita terima & bayar bil spjg tahun 20x5. Bayaran itu bermaksud: Debit acc.Elektrik. Ia boleh juga dinamakan sbg Utiliti. Tapi semua jenis utiliti akan termasuk dlm nya. Cth: bil air,elektrik,pembentungan dsb... Bg cth ini:Debit RM4620 ke acc.Elektrik, Kredit Bank RM4620. Dlm acc.Elektrik, RM4620 didebit bg tahun 20x5. Kredit ke acc.Bank tak ditunjukkan krn tiada perubahan ke atasnya. Inilah rekod dlm acc.Elektrik anda sekarang. Jika tiada perubahan pdnya, RM4620 akan direkod sbg kos Elektrik dlm Penyata Pendapatan bg tahun 20x5. Kita tahu ianya tak tepat krn belum termasuk dgn penggunaan bg bln Dis. Sekarang kita perlu olahkan akaun ini utk memasukkan penggunaan bln Dis. Apakah yg perlu dimasukkan? Pelarasan biasanya dibuat pd hari terakhir dlm tempoh perakaunan. Kita perlu tambahkan jumlahnya utk mendapatkan jumlah penggunaan setahun. Semua acc.Perbelanjaan didebitkan. Anda perlukan debit utk tingkatkan jumlahnya. Debit acc.Elektrik RM680 bg bln Dis. Kita belum buat bayaran, jadi tak boleh kreditkan ke Bank. Sekarang kita berhutang dgn TNB sebanyak RM680. Hutang tadi akan menjadi Liabiliti. Maka kreditkan acc.Liabiliti yg juga dipanggil acc.Belanja Terakru. Akaun ini dijangkakan tutup dgn segera. Biasanya ia ditutup pd bln berikutnya. Ia hanyalah acc.Liabiliti Semasa. Tuliskan Belanja Terakru di bhgian debit dgn nilai RM680. Dlm acc.Belanja Terakru pula, tuliskan Elektrik di bhgian kredit bernilai RM680. Perhatikan: ini ialah acc.Perbelanjaan, ini pula acc.Liabiliti. Selesai pelarasan bg tahun berakhir, jumlahkan nilai acc.Elektrik & tuliskan nilai tertingginya. Imbangkan RM5300 di bhgian kredit & ia akan dimasukkan ke dlm acc.Untung & Rugi. Jumlah tadi ditunjukkan sbg Perbelanjaan dlm Penyata Pendapatan. Jom kita lihat Penyata Pendapatan. Dlm Penyata Pendapatan di bwh Belanja Kendalian, tuliskan Elektrik RM5300. Dlm Kunci Kira2 di bwh Liabiliti Semasa, tuliskan jumlah hutang anda dgn TNB tadi sbg Belanja Terakru iaitu RM680. Jom kita buat rumusan.Ini ialah data sebelum pelarasan. Ini pula data yg dilaraskan.Bila jumlah bil bln Dis dimasukkan, kita dah menunjukkan penggunaan elektrik yg lebih tepat dlm Penyata Pendapatan bg tahun itu. Kita juga dah buatkan acc.Liabiliti Semasa utk menunjukkan pembayaran dah dibuat, tapi belum diguna & dianggap sbg Liabiliti Semasa dlm Kunci Kira2. Inilah kesan pelarasan dgn memberikan nilai yg lebih tepat. Perbelanjaan lain yg memerlukan pelarasan bg Belanja Terakru termasuklah: bil air,pembentungan & langganan akhbar & majalah. Dgn ini selesailah bg pelarasan bg akru & bayaran terdahulu (kpd/drp org lain). Kita akan belajar pula pelarasan bg Penghutang dlm pelajaran yg lain.