"Belanja Terakru". 1 lg pelarasan yg
perlu dibuat pd hujung tempoh perakaunan.
Apa itu Belanja Terakru?
Ia adalah perbelanjaan yg ditanggung
tapi belum dilunaskan.
Cth:bil elektrik bulanan.
Katakan ini ialah tempoh perakaunan
bermula dari 1/1/20x5 - 31/12/20x5.
Bil elektrik bg tahun 20x5 dah dibayar
bermula dari 1 Jan - 30 Nov 20x5.
Jom semak bilakah tempoh perakaunan
berakhir.
Ia berakhir pd 31/12/20x5.
Elektrik dah diguna & dibayar sehingga
bln Nov 20x5.Bgaimana dgn bln Dis?
Adakah kita masih guna elektrik pd
bln Dis?
Biasanya memang akan diguna juga.
Tapi bil utiliti selalunya dikeluarkan pd
bulan berikutnya.
Bil bg kegunaan bln Dis akan keluar pd
thn depan iaitu Jan 20x6.
Jd elektrik memang diguna pd bln Dis
tapi belum lg dibayar.
Dlm Sist.Akaun Terakru, kita perlu tahu
jumlah kegunaan elektrik bg tahun 20x5.
Supaya ada nilai perbelanjaan bg elektrik
dlm Penyata Pendapatan bg tahun itu.
Jom masukkan nilai. Katakan utk 11 bln
pertama,kegunaan elektrik = RM4620.
Bil bg kegunaan pd bln Dis belum diterima
tapi kita perlu anggarkannya.
Bagaimana nak anggarkan? Rujuk bil2
bln sebelumnya sbg panduan.
Anggapkan dari bil sebelumnya, anggaran
bg penggunaan bln Dis = RM680.
Maka jumlah bil elektrik bg tahun 20x5
= RM5300. Jumlah ini perlu ditunjukkan
dlm Penyata Pendapatan bg
tahun berakhir 31/12/20x5.
Jom semak apakah yg telah
direkod dlm akaun.
Kita terima & bayar bil spjg tahun 20x5.
Bayaran itu bermaksud:
Debit acc.Elektrik.
Ia boleh juga dinamakan sbg Utiliti. Tapi
semua jenis utiliti akan termasuk dlm nya.
Cth: bil air,elektrik,pembentungan dsb...
Bg cth ini:Debit RM4620 ke acc.Elektrik,
Kredit Bank RM4620.
Dlm acc.Elektrik, RM4620 didebit
bg tahun 20x5.
Kredit ke acc.Bank tak ditunjukkan krn
tiada perubahan ke atasnya.
Inilah rekod dlm acc.Elektrik anda
sekarang. Jika tiada perubahan pdnya,
RM4620 akan direkod sbg kos Elektrik dlm
Penyata Pendapatan bg tahun 20x5.
Kita tahu ianya tak tepat krn belum
termasuk dgn penggunaan bg bln Dis.
Sekarang kita perlu olahkan akaun ini
utk memasukkan penggunaan bln Dis.
Apakah yg perlu dimasukkan?
Pelarasan biasanya dibuat pd hari terakhir
dlm tempoh perakaunan.
Kita perlu tambahkan jumlahnya utk
mendapatkan jumlah penggunaan setahun.
Semua acc.Perbelanjaan didebitkan. Anda
perlukan debit utk tingkatkan jumlahnya.
Debit acc.Elektrik RM680 bg bln Dis.
Kita belum buat bayaran,
jadi tak boleh kreditkan ke Bank. Sekarang
kita berhutang dgn TNB sebanyak RM680.
Hutang tadi akan menjadi Liabiliti.
Maka kreditkan acc.Liabiliti yg
juga dipanggil acc.Belanja Terakru. Akaun
ini dijangkakan tutup dgn segera.
Biasanya ia ditutup pd bln berikutnya.
Ia hanyalah acc.Liabiliti Semasa.
Tuliskan Belanja Terakru di bhgian debit
dgn nilai RM680.
Dlm acc.Belanja Terakru pula, tuliskan
Elektrik di bhgian kredit bernilai RM680.
Perhatikan: ini ialah acc.Perbelanjaan,
ini pula acc.Liabiliti.
Selesai pelarasan bg tahun berakhir,
jumlahkan nilai acc.Elektrik
& tuliskan nilai tertingginya.
Imbangkan RM5300 di bhgian kredit & ia
akan dimasukkan ke dlm acc.Untung & Rugi.
Jumlah tadi ditunjukkan sbg Perbelanjaan
dlm Penyata Pendapatan.
Jom kita lihat Penyata Pendapatan.
Dlm Penyata Pendapatan di bwh Belanja
Kendalian, tuliskan Elektrik RM5300.
Dlm Kunci Kira2 di bwh Liabiliti Semasa,
tuliskan jumlah hutang anda dgn TNB tadi
sbg Belanja Terakru iaitu RM680.
Jom kita buat rumusan.Ini ialah data
sebelum pelarasan.
Ini pula data yg dilaraskan.Bila jumlah
bil bln Dis dimasukkan,
kita dah menunjukkan penggunaan
elektrik yg lebih tepat
dlm Penyata Pendapatan bg tahun itu.
Kita juga dah buatkan acc.Liabiliti Semasa
utk menunjukkan pembayaran dah dibuat,
tapi belum diguna & dianggap sbg
Liabiliti Semasa dlm Kunci Kira2.
Inilah kesan pelarasan dgn memberikan
nilai yg lebih tepat.
Perbelanjaan lain yg memerlukan pelarasan
bg Belanja Terakru termasuklah:
bil air,pembentungan & langganan
akhbar & majalah.
Dgn ini selesailah bg pelarasan bg akru &
bayaran terdahulu (kpd/drp org lain).
Kita akan belajar pula pelarasan bg
Penghutang dlm pelajaran yg lain.