Selamat Datang ke Dunia Koordinat Geometri! Sekarang kita akan belajar tentang Jarak antara 2 Titik. Contohnya 1 garisan dengan 2 titik: Titik A ialah (2,4) Titik B ialah (5,10) Bagaimana nak dapatkan jarak dari titik A ke B? Gunakan formula Jarak = Punca Kuasa Dua (√ ) iaitu jumlah kpd nilai-nilai yg di kuasa dua. Nilai-nilai dalam kurungan ialah (x2-x1), dan (y2-y1) Maka, Jarak = √ kpd hasil tambah nilai-nilai dlm kurungan. Jom. Kita ganti masuk nilai-nilai ini. Jarak = Punca Kuasa Dua kepada.. (5 - 2) kuasa dua. ini ialah x2, ini pula x1. kedudukan nilai-nilai itu boleh disongsangkan. ini ialah y2, ini pula y1. Dan, + (10 - 4) kuasa dua. Maka, 5 - 2 = 3, kuasa dua. 10 - 4 = 6, kuasa dua. Maka, 9 + 36 = √ 45. Jadi, jarak yg dicari sama dgn √ 45 unit, atau anda boleh kira dgn kalkulator utk jawapan dlm perpuluhan.