Selamat Datang ke
Dunia Koordinat Geometri!
Sekarang kita akan belajar tentang
Jarak antara 2 Titik.
Contohnya 1 garisan dengan 2 titik:
Titik A ialah (2,4)
Titik B ialah (5,10)
Bagaimana nak dapatkan jarak
dari titik A ke B?
Gunakan formula Jarak = Punca Kuasa Dua (√ )
iaitu jumlah kpd nilai-nilai yg di kuasa dua.
Nilai-nilai dalam kurungan ialah (x2-x1),
dan (y2-y1)
Maka, Jarak = √ kpd hasil tambah
nilai-nilai dlm kurungan.
Jom. Kita ganti masuk nilai-nilai ini.
Jarak = Punca Kuasa Dua kepada..
(5 - 2) kuasa dua.
ini ialah x2, ini pula x1.
kedudukan nilai-nilai itu boleh disongsangkan.
ini ialah y2, ini pula y1.
Dan, + (10 - 4) kuasa dua.
Maka, 5 - 2 = 3, kuasa dua.
10 - 4 = 6, kuasa dua.
Maka, 9 + 36 = √ 45.
Jadi, jarak yg dicari sama dgn √ 45 unit,
atau anda boleh kira dgn kalkulator utk
jawapan dlm perpuluhan.