"Belanja Terdahulu". Apa itu Belanja Terdahulu? Belanja Terdahulu = pendahuluan bayaran kpd perbelanjaan anda. Cth:bayaran dibuat dlm tempoh perakaunan semasa tapi utk kegunaan pd tempoh perakaunan yg seterusnya. Bayar sekarang, guna kemudian. Cth:sewaan lot kedai utk men- jalankan perniagaan kita. Perniagaan Quirky Shirts perlu sewa kedai dari pemiliknya dgn kadar sewa RM2k/sbln. Bayaran dibuat secara tahunan. Bayaran pertama = 6bln pertama. Habis 6bln pertama, bayar lg utk 6bln seterusnya. Jom lihat apa kaitannya dgn tempoh perakaunan semasa kita. Ini ialah tempoh perakaunan semasa. Bermula dari 1/1/20x5 - 31/12/20x5. Sewa pertama dibayar pd 1/3/20x5. Slps bln 8, kita perlu bayar lg sewa utk baki 6bln iaitu pd 1/9/20x5.Bayaran itu bg tempoh sehingga Feb 20x6. Kita sediakan Penyata Kewangan bg tahun 20x5,jadi kita perlu tahu Pendapatan & Perbelanjaan spjg tempoh ini. Begitu juga utk jumlah Aset, Liabiliti & Ekuiti pd 31/12/20x5. Tempoh perakaunan kita berakhir pd 31/12/20x5. Maka kita nak tahu apa saja yg terdapat sehingga tarikh itu. Jumlah sewa dari 1/3 - 31/12/20x5 dah digunakan.Maka ianya = Perbelanjaan. Jumlah sewa bg bln Jan & Feb 20x6 masih belum digunakan. Jika belum diguna,ianya = Aset. Jom kita lihat apa yg dah direkod dlm akaun. Peringatan, kadar sewa = RM2k/sbln. Bayaran sewa pd 1/3/20x5 ditulis sbg kredit kpd Bank krn wang keluar bila bayaran dibuat. Aset pula akan berkurang. Kredit RM12k dari Bank. Ke mana kah ia didebitkan? Ia didebitkan ke acc.Sewa. Bila bayaran ke-2 dibuat pd 1/9/20x5, Sist.Catatan Beregu ini akan berulang.Debit acc.Sewa,kredit Bank. Dlm acc.T bg Sewa,ada 2 debit kpd Bank dgn nilai yg sama RM12k. Jika tiada perubahan pd acc.Sewa, RM24k akan direkod sbg Perbelanjaan dlm Penyata Pendapatan bg tahun perakaunan semasa. Tapi kita tahu bahawa jumlah ini tak tepat krn Perbelanjaan bg 20x5 hanyalah utk 10 bln. Jumlah Perbelanjaan yg patut ditulis dlm Penyata Pendapatan semasa pula ialah RM2k x 10bln = RM20k. Maka acc.Sewa perlu dilaraskan spya Perbelanjaan yg sebenar ditunjukkan iaitu RM20k & bukannya RM24k. Apakah pelarasan yg diperlukan? Anda nak tunjukkan jumlah Perbelanjaan sebanyak RM20k.Jumlah yg ditunjukkan melebihi yg asal. Utk mengurangkan jumlah acc.Sewa kpd RM20k, anda perlu songsangkan rekodnya sekarang. Anda kreditkan acc.Sewa. Pelarasan biasanya dibuat pd hari terakhir dlm tempoh perakaunan. Maka anda kreditkan jumlah sewa bg bln Jan & Feb ke dlm acc.Sewa. Maksudnya jumlah Sewa dikurangkan kpd RM4k. Apa pula yg perlu didebitkan? RM4k ini belum lg digunakan sbb ianya utk bln depan. Jadi pd 31/12/20x5 ia = Aset anda krn ia memberikan faedah berbentuk kegunaan kedai itu utk tempoh 2 bln lg. Maka anda perlu debitkan ke acc.Aset & ini dinamakan Belanja Terdahulu. Dlm acc.T pd bhgian kredit, tuliskan Belanja Terdahulu sebanyak RM4k. Kemudian anda bukakan acc.Belanja Terdahulu, debitkan RM4k. Sewa = acc.Perbelanjaan, Belanja Terdahulu = acc.Aset. Apakah yg ditunjukkan dlm Penyata Pendapatan & Kunci Kira2? Kita perlu semak jumlah baru bg acc.Sewa. Jumlahkan & tuliskan nilai tertingginya RM24k,imbangannya RM20k ke dlm acc.Untung & Rugi. Bermaksud RM20k ini akan ditunjukkan dlm Penyata Pendapatan. Dlm Penyata Pendapatan di bwh Kos Kendalian, tuliskan Sewa = RM20k. Tambahkan dgn perbelanjaan lain utk dpt kan jumlah keseluruhan. Dlm Kunci Kira2 pula di bwh Aset Semasa, tuliskan Belanja Terdahulu = RM4k. Lazimnya dlm Kunci Kira2 ia ditulis slps Stok & Penghutang, sebelum Bank. Dari jumlah sewa RM24k; RM20k = Perbelanjaan & RM4k = Aset. Bhgian yg telah diguna ditulis dlm Penyata Pendapatan. Bhgian yg belum diguna ditulis dlm Aset Semasa sbg Aset. Pelarasan yg dibuat ialah debit Belanja Terdahulu & kredit acc.Sewa sebanyak RM4k. Inilah kaedah pelarasan bg Belanja Terdahulu pd hujung tahun perakaunan.