"Belanja Terdahulu".
Apa itu Belanja Terdahulu?
Belanja Terdahulu = pendahuluan
bayaran kpd perbelanjaan anda.
Cth:bayaran dibuat dlm tempoh
perakaunan semasa tapi utk
kegunaan pd tempoh perakaunan
yg seterusnya.
Bayar sekarang,
guna kemudian.
Cth:sewaan lot kedai utk men-
jalankan perniagaan kita.
Perniagaan Quirky Shirts perlu
sewa kedai dari pemiliknya
dgn kadar sewa RM2k/sbln.
Bayaran dibuat secara tahunan.
Bayaran pertama = 6bln pertama.
Habis 6bln pertama,
bayar lg utk 6bln seterusnya.
Jom lihat apa kaitannya dgn
tempoh perakaunan semasa kita. Ini
ialah tempoh perakaunan semasa.
Bermula dari 1/1/20x5 - 31/12/20x5.
Sewa pertama dibayar pd 1/3/20x5.
Slps bln 8, kita perlu bayar lg
sewa utk baki 6bln iaitu
pd 1/9/20x5.Bayaran itu bg
tempoh sehingga Feb 20x6.
Kita sediakan Penyata Kewangan bg
tahun 20x5,jadi kita perlu tahu
Pendapatan & Perbelanjaan
spjg tempoh ini.
Begitu juga utk jumlah Aset,
Liabiliti & Ekuiti pd 31/12/20x5.
Tempoh perakaunan kita berakhir pd
31/12/20x5. Maka kita nak tahu apa
saja yg terdapat sehingga tarikh itu.
Jumlah sewa dari 1/3 - 31/12/20x5 dah
digunakan.Maka ianya = Perbelanjaan.
Jumlah sewa bg bln Jan & Feb 20x6
masih belum digunakan.
Jika belum diguna,ianya = Aset.
Jom kita lihat apa yg dah direkod
dlm akaun.
Peringatan, kadar sewa = RM2k/sbln.
Bayaran sewa pd 1/3/20x5 ditulis
sbg kredit kpd Bank krn
wang keluar bila bayaran dibuat.
Aset pula akan berkurang.
Kredit RM12k dari Bank. Ke mana kah
ia didebitkan?
Ia didebitkan ke acc.Sewa.
Bila bayaran ke-2 dibuat pd
1/9/20x5, Sist.Catatan Beregu ini
akan berulang.Debit acc.Sewa,kredit Bank.
Dlm acc.T bg Sewa,ada 2 debit kpd Bank
dgn nilai yg sama RM12k.
Jika tiada perubahan pd acc.Sewa,
RM24k akan direkod sbg Perbelanjaan
dlm Penyata Pendapatan bg
tahun perakaunan semasa.
Tapi kita tahu bahawa jumlah ini tak
tepat krn Perbelanjaan bg 20x5
hanyalah utk 10 bln.
Jumlah Perbelanjaan yg patut ditulis
dlm Penyata Pendapatan semasa pula
ialah RM2k x 10bln = RM20k.
Maka acc.Sewa perlu dilaraskan spya
Perbelanjaan yg sebenar ditunjukkan
iaitu RM20k & bukannya RM24k.
Apakah pelarasan yg diperlukan?
Anda nak tunjukkan jumlah
Perbelanjaan sebanyak RM20k.Jumlah
yg ditunjukkan melebihi yg asal.
Utk mengurangkan jumlah acc.Sewa
kpd RM20k, anda perlu
songsangkan rekodnya sekarang.
Anda kreditkan acc.Sewa.
Pelarasan biasanya dibuat pd hari
terakhir dlm tempoh perakaunan.
Maka anda kreditkan jumlah sewa
bg bln Jan & Feb ke dlm acc.Sewa.
Maksudnya jumlah Sewa dikurangkan
kpd RM4k.
Apa pula yg perlu didebitkan?
RM4k ini belum lg digunakan
sbb ianya utk bln depan.
Jadi pd 31/12/20x5 ia = Aset anda
krn ia memberikan faedah berbentuk
kegunaan kedai itu utk tempoh 2 bln lg.
Maka anda perlu debitkan ke acc.Aset
& ini dinamakan Belanja Terdahulu.
Dlm acc.T pd bhgian kredit, tuliskan
Belanja Terdahulu sebanyak RM4k.
Kemudian anda bukakan acc.Belanja
Terdahulu, debitkan RM4k.
Sewa = acc.Perbelanjaan,
Belanja Terdahulu = acc.Aset.
Apakah yg ditunjukkan dlm Penyata
Pendapatan & Kunci Kira2?
Kita perlu semak jumlah baru bg
acc.Sewa. Jumlahkan & tuliskan nilai
tertingginya RM24k,imbangannya RM20k
ke dlm acc.Untung & Rugi.
Bermaksud RM20k ini akan ditunjukkan
dlm Penyata Pendapatan.
Dlm Penyata Pendapatan di bwh Kos
Kendalian, tuliskan Sewa = RM20k.
Tambahkan dgn perbelanjaan lain utk
dpt kan jumlah keseluruhan.
Dlm Kunci Kira2 pula di bwh Aset Semasa,
tuliskan Belanja Terdahulu = RM4k.
Lazimnya dlm Kunci Kira2 ia ditulis
slps Stok & Penghutang, sebelum Bank.
Dari jumlah sewa RM24k; RM20k =
Perbelanjaan & RM4k = Aset.
Bhgian yg telah diguna ditulis dlm
Penyata Pendapatan.
Bhgian yg belum diguna ditulis dlm
Aset Semasa sbg Aset.
Pelarasan yg dibuat ialah debit Belanja
Terdahulu & kredit acc.Sewa sebanyak RM4k.
Inilah kaedah pelarasan bg Belanja
Terdahulu pd hujung tahun perakaunan.