Saya akan tunjukkan anda
cara yang mudah
untuk melakukan operasi "Tolak".
Ia tak semestinya pantas
tetapi mampu untuk anda
mengingat apa yang dilakukan.
Mari kita selesaikan beberapa latihan.
Contohnya,
9456 - 7589 = ?
Anda hanya perlu menghafal
atau mencongak 2 nombor mudah dulu.
Iaitu;
9456 - 7000 = ?
Cuma 7000.
Mudah saja.
Dari 9456,
potong ia (dengan garisan)
dan tolakkan dengan 7000.
Dan jawapannya ialah
2456.
Jadi saya anggapkan;
9456 - 7589 = ...
jika ditolak dengan 7000
adalah sama jawapannya dengan
2456 - 589.
Saya keluarkan
7000
dari jumlah kesemuanya.
Sekarang, untuk menyelesaikan
2456 - 589,
saya keluarkan 500
dari jumlah kesemuanya.
Apabila 500
ditolak dari jumlah ini,
angka "5" ini sebenarnya
yang dikeluarkan.
Jadi, apakah jawapannya
2456 - 500?
Atau untuk memudahkan lagi,
berapa jumlah
24 - 5?
24 - 5 = 19.
Oleh itu,
2456 - 500 = 1956.
Operasi "Tolak" ini telah dikecilkan
kepada
1956 - 89.
Sekarang saya akan tolak
80
dari jumlah kesemuanya.
Jadi, nombor "8" ini pula
yang dikeluarkan.
89 - 80 = 9.
Maka, berapa jumlah
1956 - 80?
Congakkan;
15 - 8 + 17.
Jadi,
195 - 8 = 187.
Jangan lupakan nombor "6" ini.
Maka,
1956 - 80 = 1876.
Ya, sekarang operasi "Tolak" ini
semakin kecil nilainya.
Dan kita boleh congakkan jawapannya.
76 - 9 = ?
76 - 9 = 67!
Jadi jawapan akhir operasi ini ialah
1867.
Seperti yang anda perhatikan,
cara ini tidaklah begitu pantas
seperti latihan dalam video yang lepas.
Tapi, ia menarik sebab
kita cuma perlu
mencongak 2 nombor saja iaitu;
nombor di bahagian atas
dan nombor bahagian bawah.
Begitulah caranya saya mencongak.
Sekarang, kita akan semak untuk
melihat jawapan dan perbezaan.
Jom, kita selesaikan dengan cara asas.
9456 - 7589 = ?
Saya akan "meminjam" angka
sebelum melakukan operasi "Tolak".
Perhatikan jika nombor
di bahagian atas
lebih besar dari
bahagian bawah.
Saya mulakan dari kanan.
6 lebih kecil dari 9.
Jadi saya "pinjam" 1
dari tempat "Puluh",
iaitu sama dengan 10.
Maka, 6 menjadi 16,
dan 5 berkurang menjadi 4.
Sekarang, tempat "Puluh" pula.
4 lebih kecil dari 5,
maka saya pinjam 1
dari tempat "Ratus".
Jadi, 4 menjadi 14
dan 4 di sini
berkurang menjadi 3.
Perhatikan, 2 tempat ini sudah sedia
tapi 3 di sini kurang dari 5.
Jadi saya akan "pinjam" lagi.
Sekarang 3 menjadi 13,
9 berkurang menjadi 8.
Sekarang, saya sudah sedia
untuk operasi "Tolak"!
Jadi,
16 - 9 = 7,
14 - 8 = 6,
13 - 5 = 8,
8 - 7 = 1.
Tahniah,
kita dapat jawapan yang betul!
Cara ini agak panjang,
dan memerlukan banyak ruang pengiraan.
Cara ini pula agak susah untuk dihafal,
berapa jumlah yang dipinjam,
apa nombor seterusnya,
dan sebagainya.
Berbanding cara ini,
saya cuma perlu
mengingat 2 nombor
Dan nombor-nombor itu berkurang
dan mudah dikira sepanjang proses.
Mungkin cara ini lebih sesuai,
bergantung pada konteks soalan.