Pertama kali saya dapat mengakses komputer adalah pada umur 13 tahun. Ibu bapa saya membeli saya sebuah Macintosh pada tahun 1984 ketika saya berumur 8 tahun. Saya berada di gred keenam Saya belajar pengaturcaraan di kolej Tahun pertama, semester pertama di pengenalan ke sains komputer Saya menulis program untuk bermain tic-tac-toe Saya rasa ia satu permulaan yang mudah. Program pertama yang saya tulis bertanya apakah warna kegemaran anda, atau berapa umur anda. Saya mula belajar bagaimana menghasilkan bulatan hijau kemudian kotak merah muncul di skrin. Kali pertama, saya sebenarnya mempunyai sesuatu muncul dan berkata "Hello World". Dan saya membuat komputer melakukannya, ia adalah menakjubkan. Belajar untuk program tidak bermula kerana ingin belajar semua tentang sains komputer atau cuba menguasai disiplin ini atau apa-apa sepertinya. Ia bermula kerana saya mahu melakukan satu perkara yang mudah. Saya ingin membuat sesuatu yang menyeronokkan untuk saya dan adik saya. Saya menulis program kecil ini dan kemudian menambah padanya. Apabila saya perlu belajar sesuatu yang baru saya belajarnya. Sama ada dari buku atau di internet. Ia sebenarnya seperti bermain instrumen atau sesuatu atau bermain sukan. Pada mulanya ia mungkin sangat menakutkan tetapi lama-kelamaan anda akan menjadi mahir. Pengaturcaraan ialah sesuatu yang boleh dipelajari dan saya tahu ia mungkin menakutkan dan terdapat banyak perkara yang menakutkan, apa yang tidak? Sebilangan besar pengaturcaraan sebenarnya agak mudah. Ia adalah proses membahagikan masalah dan kemudian fikirkan algoritma yang rumit kerana itu anggapan lama orang. Anda tidak perlu menjadi genius untuk belajar pengaturcaraan, anda perlu bertekad. Penambahan, pengurangan. Itu sahaja. Anda mungkin harus mengetahui jadual pendaraban anda. Anda tidak perlu menjadi genius untuk pengaturcaraan. Adakah anda mesti seorang yang genius untuk membaca? Jika anda ingin menjadi pemandu kereta lumba, atau anda ingin bermain besbol atau membina rumah semua perkara-perkara ini telah berubah kerana perisian. Apa yang berlaku ialah komputer berada di sekeliling kita. Anda mahu bekerja dalam bidang pertanian? Anda mahu bekerja dalam hiburan? Adakah anda mahu bekerja dalam pembuatan? Ia di merata-rata tempat Kini tahun 2013 semua bergantung kepada teknologi. Untuk berkomunikasi. Perbankan. Maklumat. Dan tiada seorang pun daripada kita tahu membaca dan menulis kod. Semasa saya di sekolah, saya berada dalam kumpulan yang dipanggil "The Wiz Kids". Dan bila orang tahu tentangnya, mereka ketawakan saya. Dan saya berkata: Saya tidak peduli. Saya rasa ia cool dan belajar banyak darinya dan beberapa rakan saya sudah bekerja. Dasar kami ialah mengupah sebanyak jurutera berbakat yang boleh kita cari. Keseluruhan had dalam sistem ini adalah kekurang orang yang terlatih dan mempunyai kemahiran hari ini. Untuk menarik perhatian orang yang terbaik, kami berusaha menjadikan pejabat hebat. Kami mempunyai chef yang hebat Makanan percuma Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Dobi percuma Makanan ringan Dan tempat bermain dan permainan video dan skuter. Terdapat banyak perkara menarik di sekitar pejabat, tempat untuk orang bermain atau bersantai atau berfikir atau bermain muzik atau menjadi kreatif. Sama ada anda cuba dapatkan banyak wang atau ingin mengubah dunia, pengaturcaraan komputer adalah kemahiran yang sangat berkuasa untuk dipelajari. Jika seseorang memberitahu saya perisian berkaitan dengan kemanusiaan, ia sebenarnya tentang membantu orang dengan menggunakan teknologi komputer, ia akan mengubah pandangan saya lebih awal. Berpeluang untuk menghasilkan idea dan lihatnya di tangan anda dan menekan satu butang dan ia berada di tangan berjuta-juta orang. Maksud saya, saya fikir kita adalah generasi pertama di dunia yang mempunyai pengalaman seperti itu. Berfikir bahawa anda boleh memulakan sesuatu di bilik asrama kolej anda dan anda boleh mempunyai sekumpulan orang yang tidak pernah membina syarikat besar sebelum berkumpul dan membina sesuatu yang digunakan oleh satu bilion orang dalam kehidupan harian mereka adalah tidak munasabah. Ia amat merendah diri dan menakjubkan. Pengaturcara esok adalah ahli sihir masa depan, anda tahu, anda akan kelihatan seperti anda mempunyai kekuatan sihir berbanding dengan orang lain. Sungguh menakjubkan saya rasa ia adalah perkara yang paling dekat dengan satu kuasa super. Pengaturcara yang hebat adalah bintang rock masa kini. Itu sahaja.