Pertama kali saya dapat mengakses komputer
adalah pada umur 13 tahun.
Ibu bapa saya membeli saya sebuah Macintosh
pada tahun 1984 ketika saya berumur 8 tahun.
Saya berada di gred keenam
Saya belajar pengaturcaraan di kolej
Tahun pertama, semester pertama di
pengenalan ke sains komputer
Saya menulis program untuk bermain
tic-tac-toe
Saya rasa ia satu permulaan yang mudah. Program
pertama yang saya tulis bertanya apakah
warna kegemaran anda,
atau berapa umur anda.
Saya mula belajar bagaimana menghasilkan bulatan
hijau kemudian kotak merah muncul di skrin.
Kali pertama, saya sebenarnya mempunyai
sesuatu muncul dan berkata "Hello World".
Dan saya membuat komputer melakukannya,
ia adalah menakjubkan.
Belajar untuk program tidak bermula kerana
ingin belajar semua tentang sains komputer
atau cuba menguasai disiplin ini
atau apa-apa sepertinya.
Ia bermula kerana saya mahu melakukan
satu perkara yang mudah.
Saya ingin membuat sesuatu yang menyeronokkan
untuk saya dan adik saya.
Saya menulis program kecil ini dan
kemudian menambah padanya. Apabila saya
perlu belajar sesuatu yang baru saya belajarnya.
Sama ada dari buku atau di internet.
Ia sebenarnya seperti bermain instrumen
atau sesuatu atau bermain sukan.
Pada mulanya ia mungkin sangat menakutkan
tetapi lama-kelamaan anda akan menjadi mahir.
Pengaturcaraan ialah sesuatu yang boleh dipelajari
dan saya tahu ia mungkin menakutkan dan terdapat
banyak perkara yang menakutkan, apa yang tidak?
Sebilangan besar pengaturcaraan sebenarnya
agak mudah. Ia adalah proses membahagikan
masalah dan kemudian fikirkan algoritma yang
rumit kerana itu anggapan lama orang.
Anda tidak perlu menjadi genius untuk belajar
pengaturcaraan, anda perlu bertekad.
Penambahan, pengurangan. Itu sahaja.
Anda mungkin harus mengetahui jadual
pendaraban anda.
Anda tidak perlu menjadi genius untuk pengaturcaraan.
Adakah anda mesti seorang yang genius untuk membaca?
Jika anda ingin menjadi pemandu kereta lumba,
atau anda ingin bermain besbol atau membina rumah
semua perkara-perkara ini telah berubah
kerana perisian.
Apa yang berlaku ialah komputer berada di sekeliling
kita. Anda mahu bekerja dalam bidang pertanian?
Anda mahu bekerja dalam hiburan? Adakah anda mahu
bekerja dalam pembuatan? Ia di merata-rata tempat
Kini tahun 2013 semua bergantung kepada teknologi.
Untuk berkomunikasi. Perbankan. Maklumat.
Dan tiada seorang pun daripada kita tahu
membaca dan menulis kod.
Semasa saya di sekolah, saya berada dalam
kumpulan yang dipanggil "The Wiz Kids".
Dan bila orang tahu tentangnya,
mereka ketawakan saya.
Dan saya berkata: Saya tidak peduli. Saya rasa ia cool dan
belajar banyak darinya dan beberapa rakan saya sudah bekerja.
Dasar kami ialah mengupah sebanyak jurutera
berbakat yang boleh kita cari.
Keseluruhan had dalam sistem ini adalah
kekurang orang yang terlatih dan
mempunyai kemahiran hari ini.
Untuk menarik perhatian orang yang terbaik,
kami berusaha menjadikan pejabat hebat.
Kami mempunyai chef yang hebat
Makanan percuma
Sarapan pagi, makan tengah hari dan
makan malam.
Dobi percuma
Makanan ringan
Dan tempat bermain dan permainan video
dan skuter.
Terdapat banyak perkara menarik di sekitar pejabat,
tempat untuk orang bermain atau bersantai atau berfikir
atau bermain muzik atau menjadi kreatif.
Sama ada anda cuba dapatkan banyak wang atau
ingin mengubah dunia, pengaturcaraan komputer
adalah kemahiran yang sangat berkuasa
untuk dipelajari.
Jika seseorang memberitahu saya perisian berkaitan dengan
kemanusiaan, ia sebenarnya tentang membantu orang
dengan menggunakan teknologi komputer, ia
akan mengubah pandangan saya lebih awal.
Berpeluang untuk menghasilkan idea dan lihatnya
di tangan anda dan menekan satu butang dan
ia berada di tangan berjuta-juta orang. Maksud saya, saya fikir kita
adalah generasi pertama di dunia yang mempunyai pengalaman seperti itu.
Berfikir bahawa anda boleh memulakan sesuatu
di bilik asrama kolej anda dan anda boleh
mempunyai sekumpulan orang yang tidak pernah membina
syarikat besar sebelum berkumpul dan membina sesuatu
yang digunakan oleh satu bilion orang dalam kehidupan
harian mereka adalah tidak munasabah.
Ia amat merendah diri dan menakjubkan.
Pengaturcara esok adalah ahli sihir masa depan, anda tahu,
anda akan kelihatan seperti anda mempunyai kekuatan sihir
berbanding dengan orang lain.
Sungguh menakjubkan saya rasa ia adalah perkara
yang paling dekat dengan satu kuasa super.
Pengaturcara yang hebat adalah bintang
rock masa kini. Itu sahaja.