Jadi, anda berfikir untuk berpindah ke Marikh. Sudahkah anda memilih tapak untuk rumah baru anda? Belum lagi? Saya disini akan membantu. Pertama sekali, di sini adalah beberapa perkara yang anda perlu bawa ke Planet Merah ini: toleransi sejuk yang tinggi, kesepian, dan radiasi; bekalan udara dan makanan seumur hidup; kapal angkasa berbilion dollar; keinginan untuk meninggalkan hiruk-pikuk kehidupan; dan air. Anda akan pasti memerlukan air. Bagaimanakah jenis hartanah yang anda cari ? Bagaimana pula dengan sebuah rumah agam di Noctis Labyrinthus yang seakan pagar sesat? Sebuah tempat persembunyian di Happy Face Crater ? Sebuah kubu di Face Mesa ? Pemandangan laut? Uh, berita mengecewakan tentang yang terakhir disebut tadi. Anda terlewat lebih kurang 4 bilion tahun. Kami cukup yakin bahawa Marikh pernah mempunyai lautan, tasik, sungai dan segalanya. Tetapi lama-kelamaan, hampir semua itu telah beku di bawah permukaan, atau telah tersejat ke angkasa. Ada yang mungkin masih terperangkap di bawah permukaan litupan air batu karbon dioksida yang mengembang dan mengecut bermusim. Bagaimana agaknya rupa Marikh hari ini jika ia mempunyai air di permukaannya? Itu sudah tentu bergantung kepada jumlah air yang sedang dibicarakan, tetapi mungkin seperti yang berikut. Hemisfera utara yang agak mendatar adalah di bawah ketinggian purata, jadi ia akan menjadi sebuah lautan yang amat luas, manakala hemisfera selatan dimana terdapat banyak kawah besar kemungkinannya akan tetap kering. Perbezaan antara kedua-dua hemisfera ini agak pelik, dan kami tidak tahu mengapa ia seperti itu. Hemisfera selatan kemungkinannya lebih tua, anggaran dari ciri permukaannya seperti jumlah kawah, dan bukti kenaikan aktiviti gunung berapi di kawasan utara. Ok, jadi siapa tahu? Mungkin satu hari nanti Marikh akan ada lautan lagi, tetapi, buat masa ini, apa yang kita ada ialah satu padang pasir yang amat luas dan berdebu Sebetulnya, ia cukup mirip dengan padang pasir di Bumi, sehinggakan kami dapat mempelajari banyak perkara tentang Marikh dari dunia kami sendiri. Contohnya, bukit-bukit pasir di Marikh membentuk dan berkelakuan sama seperti bukit-bukit pasir kami, walaupun bukit-bukit pasir di Marikh selalunya membesar dua kali ganda akibat tarikan kuasa graviti yang cuma sepertiga kuasa graviti di Bumi. Dan Marikh mempunyai beberapa ciri yang anda tidak akan nampak di Bumi, seperti 'tars', iaitu bukit pasir yang tidak punyai puncak mencecah ketinggian sehingga lima belas meter, dimana formasinya masih belum kami fahami. Anda mungkin tertanya, "Apa yang akan kita dapat bila kita gabungkan padang pasir seluas planet dengan atmosfera seperti di Bumi yang juga tertakluk pada perbezaan tekanan udara yang menjana angin, dan ribut debu?" Ini bahaya utama berkenaan cuaca di Planet Merah. Ianya memainkan peranan yang besar dalam membuat planet itu merah dengan menyerbarkan zarahl besi berkarat melintasi permukaan dan ke udara Akibat kuasa graviti yang rendah dan kurang kelembapan, ribut debu ini mungkin berlaku selama berbulan-bulan dan menyelubungi seluruh planet. Jadi, anda mungkin ingin bina rumah anda setinggi yang boleh. Sebenarnya, anda tidak perlu lagi mencari. Ini adalah Olympus Mons, gunung berapi terbesar di Sistem Solar. Walau Marikh mempunyai atmosfera di mana manusia boleh bernafas, anda akan dapati pemandangan yang amat mengkagumkan dari atas puncak setinggi 25 kilometer itu. Ataupun gunung berapi bukan idaman anda? Bagaimana pula dengan Valles Marineris, ngarai terbesar di Sistem Solar? Ianya sungguh luas, lingkaran yang bertentangan akan berada di bawah kaki langit. Akan tetapi, anda juga tetap akan menikmati pemandangan matahari kerbiruan terbenam di langit yang selalunya merah, warnanya didapati daripada debu yang menyerap kebanyakan cahaya biru. dan apabila cahaya matahari tersebar dimana-mana disebabkan oleh atmosfera Adakah anda punyai semangat, rasa ingin tahu, atau anda cuma ingin mencari peluang? Jadi jangan bertangguh lagi dan bertindak sekarang untuk pindah ke Marikh hari ini juga. Marikh : Lebih merah berbanding sebelum ini