Jadi, anda berfikir untuk
berpindah ke Marikh.
Sudahkah anda memilih tapak
untuk rumah baru anda?
Belum lagi? Saya disini akan membantu.
Pertama sekali,
di sini adalah beberapa perkara yang
anda perlu bawa ke Planet Merah ini:
toleransi sejuk yang tinggi,
kesepian, dan radiasi;
bekalan udara dan makanan
seumur hidup;
kapal angkasa berbilion dollar;
keinginan untuk
meninggalkan hiruk-pikuk kehidupan;
dan air.
Anda akan pasti memerlukan air.
Bagaimanakah jenis hartanah
yang anda cari ?
Bagaimana pula dengan sebuah rumah agam di
Noctis Labyrinthus yang seakan pagar sesat?
Sebuah tempat persembunyian
di Happy Face Crater ?
Sebuah kubu di Face Mesa ?
Pemandangan laut?
Uh, berita mengecewakan tentang
yang terakhir disebut tadi.
Anda terlewat lebih kurang
4 bilion tahun.
Kami cukup yakin bahawa Marikh
pernah mempunyai lautan, tasik, sungai
dan segalanya.
Tetapi lama-kelamaan, hampir semua itu
telah beku di bawah permukaan,
atau telah tersejat ke angkasa.
Ada yang mungkin masih
terperangkap di bawah permukaan
litupan air batu karbon dioksida
yang mengembang dan mengecut bermusim.
Bagaimana agaknya rupa Marikh hari ini
jika ia mempunyai air di permukaannya?
Itu sudah tentu bergantung kepada
jumlah air yang sedang dibicarakan,
tetapi mungkin seperti yang berikut.
Hemisfera utara yang agak mendatar
adalah di bawah ketinggian purata,
jadi ia akan menjadi
sebuah lautan yang amat luas,
manakala hemisfera selatan
dimana terdapat banyak kawah
besar kemungkinannya akan tetap kering.
Perbezaan antara kedua-dua
hemisfera ini agak pelik,
dan kami tidak tahu
mengapa ia seperti itu.
Hemisfera selatan kemungkinannya
lebih tua,
anggaran dari ciri permukaannya
seperti jumlah kawah,
dan bukti kenaikan aktiviti gunung berapi
di kawasan utara.
Ok, jadi siapa tahu?
Mungkin satu hari nanti
Marikh akan ada lautan lagi,
tetapi, buat masa ini, apa yang kita ada
ialah satu padang pasir yang amat luas dan berdebu
Sebetulnya, ia cukup mirip dengan
padang pasir di Bumi,
sehinggakan kami dapat mempelajari banyak perkara
tentang Marikh dari dunia kami sendiri.
Contohnya, bukit-bukit pasir di Marikh
membentuk dan berkelakuan
sama seperti bukit-bukit pasir kami,
walaupun bukit-bukit pasir di Marikh
selalunya membesar dua kali ganda
akibat tarikan kuasa graviti
yang cuma sepertiga kuasa graviti di Bumi.
Dan Marikh mempunyai beberapa ciri
yang anda tidak akan nampak di Bumi,
seperti 'tars', iaitu bukit pasir yang tidak punyai puncak
mencecah ketinggian sehingga lima belas meter,
dimana formasinya masih
belum kami fahami.
Anda mungkin tertanya,
"Apa yang akan kita dapat bila kita
gabungkan padang pasir seluas planet
dengan atmosfera seperti di Bumi yang
juga tertakluk pada perbezaan tekanan udara
yang menjana angin, dan ribut debu?"
Ini bahaya utama berkenaan
cuaca di Planet Merah.
Ianya memainkan peranan yang besar
dalam membuat planet itu merah
dengan menyerbarkan zarahl besi berkarat
melintasi permukaan dan ke udara
Akibat kuasa graviti yang rendah
dan kurang kelembapan,
ribut debu ini mungkin berlaku selama berbulan-bulan
dan menyelubungi seluruh planet.
Jadi, anda mungkin ingin bina rumah anda
setinggi yang boleh.
Sebenarnya, anda tidak perlu lagi mencari.
Ini adalah Olympus Mons,
gunung berapi terbesar di Sistem Solar.
Walau Marikh mempunyai atmosfera
di mana manusia boleh bernafas,
anda akan dapati pemandangan yang amat mengkagumkan
dari atas puncak setinggi 25 kilometer itu.
Ataupun gunung berapi bukan idaman anda?
Bagaimana pula dengan Valles Marineris,
ngarai terbesar di Sistem Solar?
Ianya sungguh luas,
lingkaran yang bertentangan akan berada
di bawah kaki langit.
Akan tetapi, anda juga tetap akan menikmati pemandangan
matahari kerbiruan terbenam di langit yang selalunya merah,
warnanya didapati daripada debu yang
menyerap kebanyakan cahaya biru.
dan apabila cahaya matahari
tersebar dimana-mana disebabkan oleh atmosfera
Adakah anda punyai semangat, rasa ingin tahu,
atau anda cuma ingin mencari peluang?
Jadi jangan bertangguh lagi dan bertindak sekarang
untuk pindah ke Marikh hari ini juga.
Marikh : Lebih merah berbanding sebelum ini