Tuliskan semula ungkapan 4 darab dengan, dalam kurungan
8 campur 3, dengan menggunakan hukum penaburan
pendaraban di atas penambahan.
Kemudian, ringkaskan ungkapan tersebut.
Mari kita selesaikan
ungkapan ini, dan kemudian kita akan bincangkan mengenai
hukum penaburan pendaraban di atas penambahan,
yang biasanya dikenali sebagai Hukum Penaburan.
Jadi kita ada 4 darab 8 campur 3.
Ada dua cara untuk selesaikannya.
Biasanya, bila kamu ada kurungan,
kamu akan menilai apa yang terdapat dalam kurungan terlebih dulu dan
kemudian barulah kita lihat pada apa yang ada di luar
kurungan, dan semua ini boleh dilakukan dengan senang di sini.
Kita boleh menilaikan 8 campur 3.
8 campur 3 adalah 11.
Jika kita lakukannya--biar saya buatnya mengikut arah ini.
Jika kita lakukannya, kita dapat 4 darab dengan, dan dalam kurungan
kita ada 11.
8 campur 3 ialah 11, dan ini bersamaan dengan
--4 darab 11 adalah 44, jadi kamu boleh
menilainya dengan cara ini.
Tetapi, kita disuruh untuk menggunakan Hukum Penaburan
Pendaraban.
Dalam cara tadi, kita tidak menggunakan Hukum Penaburan.
Kita hanya menilai ekspresi itu sahaja.
Kita telah selesaikan kurungan dahulu, dan kemudian darabkan dengan 4.
Dalam Hukum Penaburan, kita kena darabkan dengan 4 dahulu.
Ia dikenali sebagai Hukum Penaburan kerana kamu taburkan atau agihkan 4 itu,
dan kita akan bincangkan maksudnya kemudian.
Dalam Hukum Penaburan, ia
akan menjadi 4 kali 8 campur 4 kali 3, dan kita akan fikirkan
maksudnya sebentar lagi.
Ini akan bersamaan dengan 4 darab 8 campur 4 darab 3.
Kebanyakan orang mungkin hanya akan darabkan
4 dengan 8, tetapi tidak!
Kamu kena mengagihkan 4 itu.
Kamu hendaklah darabkannya dengan 8 dan darabkan dengan 3.
Ia di sini.
Inilah Hukum Penaburan.
Tempat kita gunakan hukum penaburan,
Dan kemudian kamu nilaikannya--dan saya akan tunjukkan kepada kamu
dalam cara visual.
Bila kamu menilainya, 4 darab 8--saya akan lakukan dalam
warna yang berlainan--4 darab 8 adalah 32, jadi kita ada 32.
campur 4 darab 3.
4 darab 3 adalah 12 dan 32 campur 12 adalah bersamaan dengan 44.
Ini sama dengan 44, jadi kamu akan dapatnya dengan mana-mana dua cara ini.
Tetapi kita perlu menggunakan Hukum Penaburan, jadi kamu
agihkan 4 dahulu. Sekarang, mari kita fikirkan
apa yang berlaku sebenarnya.
Mari kita bayangkan apakah itu 8 campur 3.
Biar saya lukiskan lapan objek.
Jadi satu, dua, tiga, empat, lima, enam,
tujuh, lapan, betul?
Dan kita campurkannya dengan 3 objek lain,
mungkin juga objek yang sama.
Satu, dua, tiga.
Jadi kamu boleh bayangkan inilah yang ada di dalam
kurungan.
Kita ada 8 bulatan campur 3 bulatan.
Kita akan darabkan seluruh benda ini, semua
ini dengan 4, apakah maksudnya?
Ini bermaksud kita akan tambahkan ini dengan dirinya
sebanyak empat kali.
Biar saya salindan tampalkan.
Salin dan tampal.
Biar saya salin dan kemudian tampalkan.
Baik.
Itu dua.
Itu satu, dua, tiga, dan kita ada empat, dan kita
akan campurkannya bersama.
Jadi, apakah maksudnya?
Empat kali, betul?
Biar saya gunakan alat melukis semula.
Kita ada satu, dua, tiga, empat kali ungkapan ini,
iaitu 8 campur 3.
Sekarang, apakah ini di sebelah sini?
Jika kamu mengira semua ini, kamu akan dapat 44.
Tetapi, apakah semua ini?
Ini sebenarnya 8 ditambah dengan dirinya sebanyak empat kali.
Kamu boleh bayangkan yang kamu sedang campurkan semua ini.
Jadi, apakah itu 8 ditambah kepada dirinya sebanyak 4 kali?
Itu adalah 4 darab 8.
Jadi, ini adalah 4 darab 8, dan apakah ini pula
dalam oren?
Kita ada satu, dua, tiga, empat kali.
Setiap kali kita ada tiga.
Jadi, ia adalah 4 kali semua di sini.
Ini adalah 4 darab 3.
Kamu boleh nampak bagaimana Hukum Penaburan berfungsi.
JIka kamu darabkan 4 dengan 8 campur 3, kamu akan mendarab--
kamu boleh bayangkan, kamu perlu gandakan ini
empat kali. Kedua-dua 8 dan 3 akan digandakan empat
kali atau dengan kata lain, ia ditambah kepada dirinya empat kali, dan
itulah sebabnya kita agihkan 4.