Cari nilai tempat 3 dalam 4,356. Bila saya memikirkan nilai tempat, atau bila kamu membuat banyak latihan, nilai tempat akan menjadi sesuatu yang semulajadi, tapi setiap kali saya melihat masalah seperti ini, saya suka mengembangkan apa itu sebenarnya 4,356 Jadi, mari kita menulis semula nombor-nombor ini. Saya akan menggunakan warna yang berlainan. Jadi 4,356 bersamaan dengan bagaimana saya katakan tadi 4,000 ditambah dengan 300 ditambah dengan 50 ditambah dengan 6 Kamu boleh mendapat hasil yang sama jika kamu hanya mengatakan ia: empat ribu tiga ratus lima puluh enam. Cara lain untuk memikirkannya ialah bersamaan dengan empat ribu ditambah dengan 3 ratus, ditambah dengan 50, atau bersamaan dengan 5 puluh tambah 6. atau sebagai pengganti 6, kita boleh menyatakan tambah 6 sa. Jika kita memikirkan balik nombor yang ada dalam soalan ini iaitu 4,356, ia adalah bersamaan dengan empat - Aku akan menuliskannya Biar saya tengok...saya boleh menulisnya begini Ia adalah bersamaan dengan 4 ribu, 3 ratus, 5 puluh dan enam sa. Maka apabila mereka menanya apakah nilai tempat untuk nombor 3 dalam 4,356, kita akan memberi perhatian kepada nombor 3 Jadi, jawapannya ialah ‘ratus’. Jika terdapat 4 disini, itu bermakna 4 ratus Jika terdapat 5 disini, itu bermakna 5 ratus Ia adalah tempat ketiga dari kanan Ini adalah tempat sa Iaitu 6 sa, 5 puluh, 3 ratus Jadi jawapan disini adalah, ia berada dalam tempat 'ratus'