Cari nilai tempat 3 dalam 4,356.
Bila saya memikirkan nilai tempat, atau bila kamu
membuat banyak latihan, nilai tempat akan menjadi sesuatu
yang semulajadi, tapi setiap kali saya melihat masalah seperti ini, saya
suka mengembangkan apa itu sebenarnya 4,356
Jadi, mari kita menulis semula
nombor-nombor ini.
Saya akan menggunakan
warna yang berlainan.
Jadi 4,356 bersamaan dengan
bagaimana saya katakan tadi
4,000 ditambah dengan 300 ditambah dengan 50 ditambah dengan 6
Kamu boleh mendapat hasil yang sama jika kamu hanya mengatakan
ia: empat ribu tiga ratus lima puluh enam.
Cara lain untuk memikirkannya ialah bersamaan
dengan empat ribu ditambah
dengan 3 ratus, ditambah dengan 50, atau bersamaan dengan
5 puluh tambah 6.
atau sebagai pengganti 6,
kita boleh menyatakan tambah 6 sa.
Jika kita memikirkan balik nombor yang ada dalam soalan ini iaitu 4,356, ia adalah
bersamaan dengan empat - Aku akan menuliskannya
Biar saya tengok...saya boleh menulisnya begini
Ia adalah bersamaan dengan 4 ribu, 3 ratus, 5 puluh
dan enam sa.
Maka apabila mereka menanya apakah nilai tempat untuk nombor 3 dalam 4,356,
kita akan memberi perhatian kepada nombor 3
Jadi, jawapannya
ialah ‘ratus’.
Jika terdapat 4 disini, itu bermakna
4 ratus
Jika terdapat 5 disini, itu bermakna 5 ratus
Ia adalah tempat ketiga dari kanan
Ini adalah tempat sa
Iaitu 6 sa, 5 puluh, 3 ratus
Jadi jawapan disini adalah, ia berada dalam tempat 'ratus'