Saya mahu berkongsi dengan anda
sebuah projek yang telah mengubah
pendekatan saya dalam seni bina.
Projek Pemulihan Sungai Fez.
Di lembah sungai bandar Fez di Morocco,
terdapat salah sebuah bandar berkubu
terbesar di dunia yang dipanggil Medina.
Seluruh kawasan in merupakan
tapak Warisan Dunia UNESCO.
Sejak tahun 50'an, sedang populasi madina
bertambah, infrastruktur asas bandar
seperti ruang terbuka hijau dan kumbahan
berkembang dan menjadi semakin tertekan.
Salah satu mangsa terbesar situasi ini
adalah Sungai Fez, yang merentasi medina
dan berabad-abad lamanya dianggap
sebagai jiwa bandar ini.
Sebenarnya, kita dapat
menyaksikan kepentingan
rangkaian air yang luas sungai ini
di seluruh bandar, melalui
tempat seperti mata air peribadi dan awam.
Malangnya, oleh sebab pencemaran, sungai
ini telah sedikit demi sediki, ditutupi
dengan penghadang konkrit sejak 1952.
Proses pemadaman ini ditambah pula
dengan perobohan banyak rumah
di sepanjang tebing sungai
untuk membenarkan kemasukan jentera
ke jalan-jalan sempit pejalan kaki
di medina.
Ruang-ruang kosong ini cepat menjadi
tempat letak kereta haram
ataupun kawasan membuang sampah.
Sebenarnya, keadaan sungai
sebelum memasuki medina agak bersih.
Kemudian pencemaran memberi kesannya,
terutamanya kumbahan yang tidak dirawat,
dan sisa kimia daripada industri kulit.
Pada suatu ketika, saya tidak tahan lagi
melihat pembunuhan sungai ini,
yang merupakan peninggalan penting
bandar saya ini, dan
oleh itu, saya nekad untuk bertindak
terutamanya selepas mendengar bahawa
pihak bandar telah menerima geran untuk
memesongkan dan merawat kumbahan
Dengan air yang bersih, menyelamatkan
sungai ini menjadi suatu kemungkinan,
dan dengan nasib dan desakan yang banyak,
saya dan rakan saya Takako Tajima
ditauliahkan oleh bandar untuk
bekerjasama dengan sekumpulan jurutera
untuk menyelamatkan sungai ini.
Namun, kami sebenarnya lebih licik, dan
kami telah cadangkan lebih:
untuk menukarkan tebing sungai
menjadi laluan pejalan kaki,
dan menyambungkan laluan ini
dengan jaringan fabrik bandar,
dan akhirnya menukarkan
ruang kosong bandar
di sepanjang tebing sungai
untuk menjadi ruang awam
yang semakin berkurangan di Medina Fez.
Saya akan tunjukkan, secara ringkas
dua daripada ruang awam ini.
Pertamanya ialah Plaza Rcif,
yang sebenarnya terletak
betul-betul di atas sungai,
yang anda boleh lihat di sini
dalam garisan putus-putus.
Plaza ini dahulunya sebuah
hab pengangkutan yang huru-hara
yang sebenarnya,
menggangu integriti
bandar yang, mempunyai rangkaian
pejalan kaki yang terbesar di dunia.
Dan selepas jambatan bersejarah
yang anda boleh lihat di sini,
tepat di sebelah plaza,
anda boleh lihat bahawa sungai ini
dipenuhi sampah-sarap.
Sebagai ganti, kami ingin mengubah plaza,
menjadi laluan pejalan kaki sepenuhnya,
menutupinya dengan kanopi kulit dikitar semula,
dan menyambungkannya dengan
tebing-tebing sungai.
Tapak pemulihan yang kedua
juga merupakan ruang kosong bandar
di sepanjang tebing sungai
dan digunakan sebagai tempat
letak kereta haram,
dan kami berhasrat mengubahnya
menjadi taman permainan pertama di medina.
Taman permainan ini dibina
menggunakan tayar yang dikitar semula
dan ia ditambah pula
dengan kawasan wetland yang dibina
yang bukan sahaja membersihkan air sungai
malah juga menakung air jikalau banjir.
Ketika projek ini berkembang
dan mula menerima beberapa anugerah
pihak-pihak berkepentingan
mula campur tangan,
dan mengubah matlamat
dan reka bentuk projek ini.
Satu-satunya cara untuk kami terus membawa
matlamat-matlamat utama projek ke hadapan
adalah dengan mengambil
tindakan luar biasa
yang tidak biasa arkitek lakukan.
Ianya adalah untuk kami
mengambil maruah reka bentuk kami
dan rasa sebagai pengarang,
dan menepikan kesemuanya,
dan memberi tumpuan khusus
untuk menjadi aktivis
dan mencuba menggabungkan
segala agenda pihak-pihak
yang berkepentingan
serta memberi fokus kepada
matlamat utama projek:
iaitu, menyelamatkan sungai,
merawat airnya,
dan membina ruang
awam bagi masyarakat.
Kami, sebenarnya bernasib baik,
dan banyak matlamat tersebut tercapai
atau dalam proses untuk dipenuhi.
Seperti anda lihat disini,
di Plaza Rcif
Ia kelihatan begini enam tahun lalu.
Ini rupanya hari ini.
Ia masih dalam proses pembinaan,
tapi sebenarnya,
ia banyak digunakan
oleh penduduk-penduduk tempatan.
Dan akhirnya, inilah rupa Plaza Ricf
setelah projek ini selesai.
Ini sungai yang ditutupi,
digunakan sebagai tapak pembuangan sampah.
Setelah bertahun lamanya berkerja,
sungai dengan air yang
bersih, dikembalikan.
Akhir sekali, anda dapat
lihat disini,
sungai setelah projek ini selesai.
Justeru, tentunya, Pemulihan Sungai Fez
akan terus bertukar dan menyesuaikan diri
dengan landskap sosiopolitik bandar,
tetapi kami yakin bahawa
dengan memikirkan semula
peranan seorang arkitek,
kami telah menggerakkan idea teras projek;
iaitu, untuk mengubah sungai
daripada kumbahan
menjadi ruang awam untuk semua,
dengan itu memastikan bahawa bandar Fez
akan kekal sebagai bandar
yang hidup untuk penghuninya
dan bukannya suatu warisan mumia.
Terima kasih banyak-banyak.
(Tepukan)